Ucapan Buat Semua - Aidil Adha 1431 H
Wednesday, November 17, 2010
Ucapan Aidil Adha 1431 H
Semoga sidang pembaca – sahabat-sahabat, rakan-rakan, teman-teman dan para pengunjung maya blog ini – berada di bawah payungan rahmah dan kasih sayang Allah SWT.
Saya, pengendali dan moderator blog BroHamzah ingin mengucapkan taqabbalaLah minna wa minkum bersempena dengan kedatangan hari raya Adha kali ini.
Perihal Pengorbanan
(1) Peristiwa pengorbanan telah berlaku di dalam sejarah setiap para pejuang kebenaran. Mereka melakukan pengorbanan yang luar biasa sehingga dikurniakan oleh Allah SWT bantuan dan pertolongan yang luar biasa.
(2) Pengorbanan, sering kali mengundang keperitan, kejerihan, kepayahan dan kesusahan di dalam mengharunginya. Namun, pengorbanan juga akan dihiasi dengan kemanisan, kepuasan, ketenangan dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT.
(3) “ Pengorbanan seseorang mukmin yang dilakukan sama ada dari aspek wang ringgit, harta, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya perlu dilakukan tanpa rasa terbeban dan terpaksa. Keikhlasan di dalam melakukan pengorbanan akan dihiasi dengan perasaan senang hati, jiwa yang bahagia serta hati yang tenteram. Baginya, pengorbanan itu adalah suatu kenikmatan dan kemanisan dalam proses penghambaan kepada Allah S.W.T.” – Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
(4) Untuk meraih sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. Tidak semua perkara yang kita hajati akan kita perolehi semuanya. Kita perlu korbankan suatu perkara, bagi memperolehi sesuatu perkara.
(5) Pengorbanan, ia harus lahir daripada kefahaman, kesedaran, keyakinan dan keimanan yang jitu kepada Allah SWT. Jika ianya, hanya didasari faktor-faktor yang bersifat keduniaan, berkepentingan diri, dan semangat semata-mata ia akan luntur, pudar dan akan memberikan mudarat.
Perihal Kesatuan dan Kebersamaan
(1) Kesatuan yang lahir daripada Aqidah Islamiyah akan membuatkan suatu ukhuwah Islamiyah yang tulen, bersih, jernih dan utuh kerana Allah SWT.
(2) Kesatuan itu akan lahir daripada kebersamaan daripada segi pemikiran, kefahaman, keyakinan, kejiwaan dan memiliki matlamat yang sama.
(3) Seorang teman pernah bermadah : “ Berjuang untuk bersama, bersama untuk berjuang.” – Hafizuddin Shukri.
(4) Kesatuan dan kebersamaan harus diperjuangkan sebagai agenda utama umat Islam hari ini. Simbol kesatuan di Kota Mekah semasa musim haji adalah simbolik kesatuan ummah yang harus dijelmakan di dalam kehidupan seharian.
(5) Ka'abah sebagai kunci perpaduan, kemuliaan dan simbol tauhid dan kerohanian. Himpunan seramai 2.5 juta umat Islam adalah himpunan keagamaan yang terbesar di abad moden ini. Perhimpunan ini akan memberikan sentuhan rohani bagi mereka yang mencari cahaya hidayah Ilahi dan berjuang bersungguh-sungguh mencapai keredhaan Allah SWT.
Semoga kita memahami, menghayati segala pengorbanan para anbiya, para auliya, para mujahid, dan seluruh pejuang al-Haq di sepanjang zaman ini.
Semoga kita juga, dilimpahi Allah SWT semangat perjuangan yang tidak akan luntur, pudar dan goyah disebabkan mehnah, ujian dan tribulasi dunia yang menimpa.
Kepada Allah SWT, segala pujian dan mohon munajat agar kita dikurniakan kepada kita semua keikhlasan, kejujuran, kemulusan hati dan kejernihan dalam iman dan beramal.
7 comments:
Salam Aidiladha.. n_n
Allahuakhbar~
Salam aidiladha dan salam penghayatan :)
(1) Ckin Kembaq
Salam kembali syukran atas ucapan
(1) iqbalsyarie
Salam kembali syukran atas ucapan.
Penghayatan pengorbanan inilah yang harus kita tanamkan dalam kehidupan sebgai mukmin dan juga sebagai seorang dai.
Syukran
salam aidiladha ;P
(1) luv Syahnia
Salam ziarah kembali.
Salam Aidil Adha, semoga ruh pengorbanan benar-benar meresap dalam jiwa kita.
~ BroHamzah
to brohamzah..hurmm.. salam eid adha.. bro silap ucap kat ana..aid fitri... moga barakah sentiasa.. erti pengorbanan dalam diari hidup muslim.. sykran atas ingatannya disetiap masa,
Post a Comment