Jadilah yang disukai, disayangi dan dicintai!

Sunday, October 31, 2010

Ukhuwah Fillah, ayuh kita bumikannya sesama insan


Jadilah yang disukai, disayangi dan dicintai!

Oleh : BroHamzah

Tentu kita akan rasa gembira, seronok dan paling penting rasa dihargai apabila kita tahu bahawa ada seseorang menyukai dan menyayangi kita.

Perasaan kita rasa berbunga-bunga.Dan timbul sedikit rasa bangga.

Bayangkan, kehadiran kita disenangi, dan orang lain merasai kehadiran kita. Kewujudan kita dihargai dan kita benar-benar rasa selesa dengan suasana sebegitu.

Itu fitrah dan naluri insan. Perasaan ini harus kita lorongkan ia pada suluhan syara’ yang sahih. InsyaAllah.

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, apatah lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menelefon atau mengantar SMS kepada anda.

Tiada yang sudi, meluahkan perasaan kepada kita
Tiada kiriman khabar menanyakan kita
Tiada pemberian hadiah di hari kegembiraan kita
Tiada teman berbicara di saat kelapangan
Tiada suasana ceria dan mengembirakan
Tiada insan yang selalu bertanya khabar
Tiada siapa,

Tiada dan tiada

Hidup tanpa kasih sayang

Hidup benar-benar sunyi, kesepian dan kita hidup bersendirian. Tiada teman berbicara dan bertukar-tukar perasaan. Dan, soal ini – saya ingin mengajak – untuk kita membina dan meluaskan empayar perkenalan, persaudaraan dan persahabatan.

Langkah yang paling utama untuk menjayakan – ialah kita perlu menyemai sifat untuk menyukai orang lain. Dan erti kata mudah kita perlu belajar untuk menyayangi semua orang disekitar kita.

Orang yang banyak memiliki sifat sayang dalam dirinya akan menarik orang agar sayang kepadanya. Semua orang – tidak kira muda, tua, lelaki, perempuan, orang besar, orang kecil- perlu disayangi dan dihargai, agar kita mudah dihormati.

Sifat kasih sayang adalah sifat yang sangat baik dan sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. Islam adalah agama kasih sayang. Malah, Allah SWT mengiktiraf bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

(Riwayat Muslim)


Hati kita adalah milik Allah SWT. Yang memberikan kasih sayang ini adalah Allah SWT. Kita sama-sama berusaha untuk mewujudkan perasaan ini dikalangan kita. Dengan usaha, doa dan munajat kepadaNya, insyaAllah kita akan disukai, disayangi, dihargai, dihormati dan dicintai.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

(1)Apabila berbicara, lahirkan ia dengan tutur kata yang sopan, manis dan tiada sifat kepura-puraan.

(2)Sentiasa tersenyum, dan cuba menjadikan senyuman yang menyenangkan itu sebagai imej kita.

(3)Berusaha untu menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan pembalasan.

(4)Menghindari sifat mementingkan diri sendiri. Mengutamakan kepentingan khalayak ramai.

(5)Menjaga aib orang dengan merahsiakannya. Sekiranya kita menjaganya, Allah akan memelihara aib kita.

(6)Selalulah memberikan hadiah penghargaan kepada individu yang dikenali walaupun hadiah itu murah dan simple. Yang penting adalah nilai penghargaan kepada insan.

(7) Berikan pujian, galakan dan penghargaan kepada orang lain dengan keikhlasan dan kejujuran.

(8)Membalas hadiah yang diberikan oleh sahabat dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.

(9) Selalu membelanja sahabat, kawan dan kenalan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.

(10) Sentiasa perbaharui niat persahabatan, perkenalan, dan persaudaraan kerana Allah SWT.

(11)Sentiasa bersihkan hati dengan amalan soleh seperti memelihara solat, membaca Al-Quran, dan sebagainya. Hati yang bersih, akan dicambak kasih sayang di dalam hati manusia lain untuk mengasihinya.

Bermula dengan suka, perasaan kasih dan sayang akan tersemai kukuh di hati. Dari sinilah, perasaan cinta sesama insan akan melebar di kalangan manusia di sekitar kita. Saya yakin, dengan perasaan inilah kita akan menjadi kuat dan terus hidup dengan suasana yang harmoni, aman dan tenteram di dunia ini.

Jom kita berkenalan, bersaudara, berukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah.

Salam ukhuwah fillah daripada saya untuk kalian.

Mungkin selepas ini kita boleh adakan sesi taaruf. InsyaAllah

Read more...

Apabila diuji oleh Allah SWT

Pernahkan anda mengalaminya, saya belajar seperti ini hari ini. (",)


Apabila diuji oleh Allah SWT

Oleh : BroHamzah

Saya mulakan tulisan ini dengan lafaz bismillah, semoga yang tercatat bukan untuk apa-apa kecuali dalam kerangka ubudiyyah untuk, dan kerana Allah SWT.

Saya dahulukan juga dengan ucapan sekalung tahniah buat “Pahlawan Merah” atau Red Warrior kerana berjaya menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan KAFA. Semoga Allah redha, dan terus memberkati seluruh rakyat negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Makkah. – Saya semakin sayang dan suka berada di sini. (“,)

Pagi ini ujian itu hadir

Pagi ini, saya diberi suatu didikan yang sangat berguna oleh Allah SWT. Satu didikan yang sangat menyentuh dan membuatkan saya semakin yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Segala yang tersirat, akan memberikan kita pengalaman, pengajaran dan ibrah yang akan mendidik diri.

Pagi ini, saya dalam perancangan untuk menyelesaikan beberapa tugasan dan berhasrat untuk ke pejabat walaupun hari ini adalah cuti khas bagi seluruh rakyat Kelantan atas kemenangan team bola sepak negeri yang menjadi juara Piala Malaysia semalam. Dengan izin-Nya, hari ini hujan. Dan saya telah mengambil keputusan untuk meminjam kereta sahabat saya untuk ke sana.

Diringkaskan cerita, saya menuju ke kereta dan menghidupkan kereta dengan kunci yang tersedia ada. Saya buka kunci semua kereta dari dalam dengan menekan satu suis kereta, kemudian saya menuju ke tempat letak barang di belakang kereta. Saya tutup pintu utama kereta, dan melangkah tenang ke belakang kereta.

Lalu, apabila membuka pintu belakang kereta. Dan tiba-tiba saya dapati, - ia masih terkunci dan tidak boleh buka. Hmm, saya kemudiannya, pergi ke pintu utama kereta semua dan membukanya. Dan, - saya terkejut – Ia juga terkunci!



Hah! Allahuakbar.

Kunci yang satu-satunya ada, berada di dalam kereta.
Pintu kereta terkunci semuanya.
Dan, kereta sedang terpasang hidup dengan enjin “bergerak” motornya.

Saya berhenti seketika, memikirkan bagaimana hendak selesaikan perkara ini. Beberapa sahabat datang membantu. Segala usaha digerakan dan saya berfikir sambil mencari jalan penyelesaian.

Sahabat saya, Muadz tuan punya kereta juga berusaha keras untuk membuka kereta ini. – Kami sedang berusaha dan turut dibantu oleh seorang lagi sahabat yang datang membantu, Nasa.

Hampir sejam masa berlalu, usaha kami nampaknya menemui kegagalan. Kemudian, datang seorang pengawal asrama bertanyakan permasalahan kami.

“ Oh, kalau begitu kita panggil Master Key la, insyaAllah dia boleh buka,” Cadangnya.

“ Pak Cik tahu ka, tempatnya?,” Soalnya.

“ Tahu, insyaAllah. Kalau dia tidak pindah. Kedainya berdekatan dengan Kota Bharu, “ Katanya kepada saya.

“Ok, kita pergi ke kedainya,” Saya membuat keputusan untuk memanggilnya. Saya bergegas ke sana dengan pengawal tersebut.

Sebenarnya, yang merisaukan saya ialah keadaan enjin yang sudah hidup terlalu lama. Bimbang jika kepanasannya itu akan meningkatkan suhu kereta.

“Semoga tiada perkara buruk yang berlalu,” getus hati kecil ini.

Sepanjang berada di atas motor, saya teringat pesanan Rasulullah SAW, jika ditimpa musibah banyakkan istighfar dan memohon kepada Allah SWT. Ketika itu, harapan dan pergantungan membulat kepada Nya. Semoga segala musibah kecil ini, dipermudahkan oleh Nya.

Dipendekan cerita, kami berjaya bertemu kedai Master Key tersebut (orang cina) dan menceritakan apa yang berlaku. Dan, tuan kedai itu memberikan nombor telefon kawannya.

“ Hari hujan ma, saya malas hendak keluar. U telefon ini nombor,” Katanya mudah.

“ Ok, terima kasih uncle,” Kata saya sambil tersenyum kepadanya.

Saya hubungi nombor yang diberikan oleh tuan kedai itu tadi. Kawannya setuju untuk datang membantu saya. Saya pulang ke tempat kereta kembali. Ternyata kawannya belum sampai lagi. Ketika itu, waktu zohor sudah masuk. Dan saya dan sahabat-sahabat yang ada membuat keputusan untuk solat zohor terlebih dahulu. Mungkin dalam beberapa ketika lagi, kawan master key itu akan sampai.

Ketika menghadap-Nya

Saya hadapkan diri ke arah kiblat, dan dengan jiwa yang tenang saya dirikan solat zohor. Ketika ini, fokus dan penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT. Dan, saat ini saya benar-benar mengharap kepada-Nya.

Tadahan tangan seusai solat diangkat memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT agar Allah permudahkan.

“ Ya Allah, Engkaulah yang mengatur semua ini. Dengan rahmatMu, permudahkanlah ia bagiku.” Itulah sebahagian doa saya.

Seusai solat

Selepas solat, saya menuju ke kereta semula. Dan ketika itu, saya melihat sahabat saya (Muadz) sudah berada dalam kereta dengan pintu sudah terbuka. Saya akan terkejut.

“ Aikh! Kawan tokey itu dah datang ke?,” Tanya saya kepadanya.

“ Entahlah, masa ana datang tadi selepas solat. Ana cuba buka pintu ini. Tiba-tiba boleh dengan mudah. Wallahu’alam,” Katanya dengan tersenyum.

“ Mungkin kawan tokey itu datang dah kot dan dia dah buka tadi,” Kata saya.

Kemudian, sebuah kereta saga datang dari arah belakang. Kelihatan ada seorang uncle berbangsa cina. Saya rasakan itu adalah kawan master key itu. Saya menuju ke arahnya.

“ Hello, uncle. Kereta ini dah boleh buka, uncle buat ka tadi?,” Soal saya sambil bersalam denganya.

“ Eh, belum lagi, ma. Saya baru sampai ini,” Katanya.

“ Ya ka?, “ Soal saya kehairanan. Saya ucapkan terima kasih kepada uncle itu atas kesudian untuk datang membantu. Masalah kami sudah selesai dengan izin-Nya.

Ibrah yang nyata

Kami kehairanan sebenarnya, lebih sejam kereta itu berkunci dari dalam. Dan, selepas solah zohor dengan izin Allah SWT ia berjaya dibuka dengan begitu mudah.

Saya tidak tahu siapa yang membukanya. Tetapi, saya benar-benar tahu kami telah berusaha, berikhtiyar dan berfikir dengan susulan tindakan untuk menyelesaikan. Dan, keputusan kami serahkan kepada Allah SWT. Dan semua ini adalah ketentuan, ketetapan dan ia berlaku dengan keizinanNya.

“ Alhamdulillah, hari ini Allah uji kita dengan ujian yang kecil,” Saya ingatkan diri saya dan sahabat saya.

Selepas peristiwa ini, saya merenungi apa yang berlaku. Saya mengimbau semula apa yang terjadi sebentar tadi. Ia adalah suatu proses didikan yang nyata, dan real berlaku di dalam kehidupan kita semua. Saya yakin semua di kalangan kita pernah mengalaminya. Cuma bagaimana kita melihatnya dan sikap kita menyelesaikannya.

Apabila terjadi perkara ini tadi, saya teringat suatu nasihat Dr Abdullah Sudin ( Boss saya di KTD),: “ Pandanglah sesuatu perkara dengan pandangan iman dan sentiasa berfikiran positif.” Sekiranya, berlaku musibah dan ujian dalam kehidupan. Banyakkan istighfar dan munajat kepada Allah. Perkara ini lah yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepada kita.


Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah (2) : 153)

Penutup dan Pengajaran buat diri

Saya benar-benar belajar daripada peristiwa ini. Jika musibah, cabaran dan halangan menghimpit diri dalam apa jua situasi seharusnya kita perlu laksanakan beberapa perkara di bawah ini :

1. Tenangkan diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan dengan melulu, tergesa-gesa dan bertindak diluar kawalan diri . Jangan salahkan sesiapa. Dengan ketenangan, ketenteraman, kedamaian, keluhuran hati, kita mampu berfikir dengan emosi terkawal dan mampu bertindak dengan rasional.

2. Lakuan jalinan Zikir dan Fikir. Mengingati Allah ketika musibah itu adalah penawar bagi perasaan yang tidak tenteram. Dan, berfikir untuk mencari jalan keluar itu adalah langkah yang sewajarnya agar ia ikhtiyar dan usaha dilaksanakan dengan sebaiknya.

3. Gerakan segala bentuk usaha. Tetapi, usaha yang utama juga adalah pengharapan, pergantungan dan permohonan doa kepada Allah SWT. Istighfar dan pujian kepadaNya tidak putus daripada ucapan bibir. Dan, asbab untuk menyelesaikan it uterus digerakan.

4. Jika menemui kegagalan dalam cubaan awal, teruskan usaha dengan mempergiatkan jalinan zikir dan fikir itu. Dirikan solah dan banyakan bersabar. Saya semakin yakin dengan firman Allah SWT agar, memohon bantuan dan pertolongan dengan banyakkan bersabar serta dirikan solah.

5. Jika, musibah itu beransur hilang dan masalah berjaya diselesaikan maka lafaz syukur Alhamdulillah terus dizahirkan dan katakana kepada diri SubhanaAllah. Maha Suci Allah atas segalanya.

Ameen, Ya Allah.
Terima kasih atas teguran, didikan dan tarbiyahMu kepadaku.
Ia adalah teguran langsung kepada sanubari ini.

Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat : suara yang sudah terkenal!!!.

Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah : Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu.

Read more...

Kajian Fiqh Sirah : Sultan Muhammad Al Fateh

Friday, October 29, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh ; fiqh sirahnya wajar diketengahkan

Kajian Fiqh Sirah : Sultan Muhammad Al-Fateh
Oleh : BroHamzah

“ Siapakah generasi pemuda atau remaja yang akan menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh?”

“ Siapakah akan menggantikan Sallehudin Al-Ayubbi?”

Itulah ayat yang sering saya dengan ketika menghadiri kem atau ceramah ketika zama kanak-kanak lagi.

Sehingga saya, tertanya-tanya siapakah mereka ini. Kerana, setahu saya mereka bukanlah sahabat Rasulullah SAW.

Siapakah Sallehudin Al- Ayubbi dan Sultan Muhammad Al-Fateh ?

Akhirnya ia terjawab apabila , kisah kehebatan mereka diceritakan oleh beberapa orang pak cik dalam satu kem remaja yang pernah saya ikuti masa kecil dulu.

Bermula saat itu, saya menanam azam untuk mendalami kisah sejarah mereka berdua. Kedua-dua orang tokoh kepimpinan Islam ini sangat saya kagumi dan ingin membaca, meneliti dan mengkaji sejarah kehidupan mereka . Pernah saya melihat kartun dan juga filem yang berkaitan (dua) 2 tokoh Islam yang sangat luar biasa ini.


Suatu hari, terdetik di hati untuk membaca sejarah mereka dalam kerangka untuk mencari rahsia kekuatan, keperibadian dan corak kepimpinan kedua-dua pemimpin ini yang pernah mengegarkan dunia dengan sejarah kegemilangan mereka dalam mencorak ketamadunan ummat Islam.

Kini, saya cuba menelaah sebuah buku novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip Talib berkaitan Sultan Muhammad Al-Fateh. Semalam, semasa singgah solat Jumaat di Gua Musang ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur saya terlihat buku novel tersebut dan terus membelinya. Sebenarnya sudah lama berhajat untuk memilikinya dan dengan keizinan Allah, alhamdulillah saya berkesempatan membelinya.

Terukirnya sebuah sejarah

Sultan Muhammad al-Fateh adalah seorang pemimpin Islam di zaman yang sangat hebat, disegani lawan dan dihormati oleh rakyatnya. Baginda menaiki tahkta dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 19 tahun. Namun, pada usia begitu baginda adalah seorang pemuda yang matang, berwibawa dan mempunyai sifat kepimpinan yang menyerlah.

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, beliau diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Baginda sangat fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Baginda disifat sebagai seorang tokoh yang sangat soleh, tawaduk serta sangat mencinta ulama dan selalu mengadakan perbincangan dengan mereka berkaitan permasalahan negera. Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Baginda disifatkan sebagai sebaik-baik sultan dan tenteranya diiktiraf sebagai sebaik-baik tentera dan pada masa yang sama, rakyat juga adalah sebaik-baik rakyat.

Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang pernah dinyatakan oleh baginda ketika masih hidup.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq : “..Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Kualiti keperibadian

Ketika Kota Konstantinople telah ditawan, dan waktu Jumaat telah masuk, Sultan Muhammad Al Fateh berkenan untuk memilih imam bagi memimpin solat Jumaat yang pertama di Kota Konstantinople. Namun cara pemilihannya agak unik, baginda memanggil seluruh tenteranya dan meminta mereka semua berdiri dengan teratur.

Setelah semuanya dalam kedudukan yang tersusun, maka dia bertanya kepada tentera-tenteranya:

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk…”

Tidak ada siapa di kalangan anggota tenteranya yang duduk.
Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat-solat sunat yang utama?”

Ketika ini sebilangan kecil dari anggota tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajjud sila duduk.”

Kali ini seluruh anggota tenteranya duduk kecuali baginda sendiri dan akhirnya baginda sendiri yang memimpin solat berjemaah di Kota Konstantinople.

Ternyata baginda adalah orang yang paling soleh dan dekat dengan Allah di kalangan tenteranya, maka benarlah sabda junjungan bahawa yang akan menakluk Konstantinople itu adalah tentera yang terbaik dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.

MasyaAllah, jika beginilah kualiti pemimpin dan tentera Sultan Muhammad Al Fateh yang menakluk dan membebaskan Kota Konstantinople dari jajahan Byzantine, maka tidak hairanlah pertolongan Allah akan sentiasa bersama dengan mereka.

Manfaat, kajian dan analisis sejarah

Saya berhajat untuk menghabiskan telaah buku ini dalam masa terdekat dan akan cuba membuat sedikit kesimpulan daripada sejarah kehidupan serta kejayaan beliau.

Semoga saya memperolehi satu istifadah yang besar daripada pembacaan ini. InsyaAllah.

Read more...

Al-Isyq (Mabuk Cinta), Solusinya

Thursday, October 28, 2010

Munajat dalam tadahan pengharapan seorang hamba mendambakan cinta Ilahi


Perkongsian 3 : Al-Isyq (Mabuk cinta), Solusinya
Oleh : BroHamzah



Post ini, adalah artikel terakhir berkaitan artikel sebelumnya yang menjelaskan berkaitan virus mabuk cinta. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, menamakannya sebagai al-Isyq. Mungkin, bagi yang belum membacanya harus meneliti, dan memahaminya terlebih dahulu. Anda boleh melihatnya di sini.

Solusi, mencari jalan keluar

Sukar untuk memberi solusi dan jalan keluar daripada penyakit ini, kecuali kita mencegahnya daripada awal dan rawatnya perlu tepat dengan penawar yang betul. Saudara dan saudari, mabuk cinta dalam konteks yang saya perpanjangkan di sini harus difahami dan diteliti.

Bimbang akan ada yang menyatakan bahawa saya telah menyatakan bahawa mempunyai perasaan cinta itu salah. Tidak sama sekali, saya ingin sama-sama kita memahami, mempelajari, mendalami dan menghayati apakah itu cinta yang sebenar.

Pada suatu hari dalam sebuah pertemuannya dengan anak muda, Imam Hassan Al-Banna ra telah disoal dengan satu soalan oleh seorang pemuda.

“ Wahai, sheikh. Adakah cinta itu halal atau haram ?,” Soalnya.

Imam Hassan Al-Banna menjawab dengan tenang.

“ Cinta yang halal itu, HALAL,”
“ Cinta yang haram itu, HARAM,”

Jelas, kata kunci di sini sebenarnya ialah kita harus menuntut ilmu, mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu agar kebenaran itu sentiasa menjadi kehidupan seharian kita. Ia adalah sebahagian ilmu dan perkara yang wajib kita ketahui.

Semalam, saya bersembang-sembang dengan seorang pelajar dan beliau merupakan salah seorang pimpinan badan pelajar. Beliau mempersoalkan kepada sekarang terlalu banyak isu-isu seperti ini diketengahkan (Maksudnya, berkaitan cinta, couple dan seangkatan dengannya). Sedangkan banyak perkara lagi yang harus kita bincangkan dan diskusikan.

Menurut beliau, alangkah baiknya jika kita bincangkan soal memperkasakan dakwah dan tarbiyah di kampus, soal-soal kebajikan pelajar, isu-isu semasa yang berkaitan permasalahan ummah dan sebagainya.

Saya sangat setuju dengannya. Ujar saya, itulah yang sepatutnya. Mungkin, fokus perbincangan kita selepas ini perlu menuju ke arah itu. Cuma, saya berpandangan jangan kita jadikan isu berkaitan cinta ini sebagai perkara utama melebihi yang lain. Anggaplah ia sebagai ilmu yang perlu kita ketahui seperti ilmu-ilmu lain. InsyaAllah.

Saya telah mengutip beberapa nasihat, tips dan juga panduan yang sangat berguna untuk kita mencegah diri daripada terkena, tersihir, terjebak, tergelincir dan ter”panah” dengan penyakit mabuk cinta ini. Sedikit panduan, insyaAllah.

(1) Pertama, memahami, menyedari dan menginsafi hakikat kewujudan di muka bumi ini dengan sebenar-benar hakikatnya. Kehidupan ini, kemuncak kejayaannya ialah apabila kita dapat meraih kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu akan dikecapi hanya bermula dengan tiga perkara : (1) Mengenali Allah SWT, (2) Mentaati Allah (3) Mencintai Allah. Dan mencintai Allah itu adalah sebahagian daripada kebahagiaan. Jadi, saudara saudariku marilah kita menjadikan mahabatullah itu sebagai tapak asas yang kukuh di sanubari kita. InsyaAllah

Firman Allah yang bermaksud :

“ Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”

( Al-Baqarah (2) : 165)

Kata Imam Ghazali, cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan rindu. Mahabatullah akan melahirkan rasa kerinduan yang bersangatan kepada Allah SWT.

(2) Kedua, melakukan persiapan dan persediaan dalam konteks self development. Mulai saat ini, fokuskan kepada proses pembangunan diri dan pembentukan peribadi melalui proses pendidikan Islamiyah yang syumul, menyeluruh dan kamil. Dan – menyiapkan tapak binaan keimanan dengan kerangka yang betul, sahih dan diyakini menurut syarak.

Bagaimana hendak laksanakannya?

Lalui, proses tarbiyah dan dalam masa yang sama janakan dakwah.

Ia bergerak seiring, seimbang dan serentak! Nasihat yang sangat bertenaga daripada seorang sheikh Mustafa Mahsyur yang harus disemat di dalam minda dan jiwa.

“ Aslih Nafsaka Wad’u gharaka!”

“ Perbaikilah diri kamu dan Serulah orang lain!”


(3) Ketiga, kita mesti pelajari, fahami, dan dalami mengenai ilmu cinta. Perasaan cinta tidak terbatas kepada perasaan antara 2 makhluk sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Tetapi, cinta itu luas. Melakukan perancangan untuk konsisten menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah dan seminar-seminar yang membicarakan cinta dari pelbagai sudut. Cinta terhadap diri sendiri, kaum keluarga,cinta dalam hubungan persahabatan (ukhuwah), cinta dalam komuniti masyarakat,semangat mencintai alam sekitar, cinta dalam konteks perkahwinan, cinta terhadap negara, dan sebagainya.

Dan, dan sini bersedialah untuk merasai perasaan cinta. Selalu saya sebutkan kepada pelajar :

Jika diberikan pilihan antara ini jatuh cinta dan membangunkan cinta, mana satukah pilihan anda?

Jika saya saya memilih yang kedua, membangunkan cinta.

Membangunkan perasaan cinta kepada Allah SWT dengan ilmu, persediaan dan tahu ilmu menguruskannya.

(4) Keempat, sentiasa peka dan sensitif dalam soal pemeliharaan kejernihan, kesolehan dan kebersihan hati. Dan soal ini saya sangat-sangat yakin dengan seruan dan suruhan Allah SWT dalam Surah An-Nur (24) ayat 30 dan 31 yang bermaksud :

“ Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…”

Dan dan jaminan Allah SWT ialah

“ yang demikian itu lebih suci bagi mereka.”

Memelihara pandangan adalah sesuatu perkara yang sangat mustahak, penting dan utama kepada diri kita. Rupa-rupanya, salah satu agen yang banyak membawa kerosakan kepada hati ialah mata. Pandangan dan renungan, banyak memberi kesan kepada hati seorang insan.

Pandangan mata perlu dititik beratkan dan dipelihara bukan sahaja ketika berada di alam realiti bahkan di alam maya. Seorang mukmin tidak memandang mudah walaupun hanya sekadar melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati.

Dan saya tidak bermaksud, apabila sudah tiba saatnya untuk berumah tangga dan telah berumah tangga maka pandangan mata tidak lagi perlu dipelihara. Tetapi, menjaga pandangan mata ini adalah usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Semua pihak sebenarnya, wajib menjaga pandangan mata mereka. Baik lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja, dewasa, golongan berusia, pendidik, pelajar, rakyat, pemerintah, pemimpin dan semuanya wajib melaksanakannya.



(5) Kelima, antara perasaan yang akan melindungi manusia daripada kemurkaan Allah ialah kesentiasaan berwaspada dengan perasaan khauf kepadaNya. (Takutkan kepada Allah).

Firman Allah SWT, yang bermaksud :

“ Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku.”

( Ali Imran (3) : 175)

Seorang hamba akan sedar, berwaspada, berhati-hati dan berjaga-jaga dengan penuh keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

“ Bertaqwalah kepada Allah, di mana saja engkau berada.”

(Riwayat Al-Tirmizi)

Takut kepadaNya akan timbul apabila taqwa itu tersemat kukuh disanubari. Kerana itu, proses pembentukan taqwa perlu berlaku secara amaliyah di dalam diri tanpa sebarang pengabaian.

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya.”

(6) Keenam, sibukan diri dengan pelbagai aktiviti yang akan mengisi hati dengan kebenaran, kebajikan dan kebaikan. Tarbiyah diri dirancang secara bersistem agar proses pendidikan jiwa itu berlaku secara konsisten, istiqamah dan berpanjangan.

Tabiat hati kita, jika tidak diisikan dengan kebaikan maka dengan sendirinya ia akan terisi dengan kemaksiatan. Sebolehnya kita berikhtiyar agar masa lapang kita sentiasa dengan perkara-perkara yang bermanfaat, dan seharusnya kita merasai bimbang jika kita terlalu banyak masa kosong dan terluang tanpa apa-apa aktiviti.

Setiap detik dan masa yang ada, perbanyakanlah mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“…ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang banyak di waktu pagi dan petang.”

( Al-Ahzab (33): 41-42)

Sebenarnya, masa kosong boleh membunuh jiwa dan merosakan kita tanpa disedari. Ketika ini nafsu akan memainkan peranannya.

Dalam buku karya Imam Ghazali iaitu Mukashafah Al Qulub ( Penenang Jiwa) ada memetik kata-kata Hatim al-Ashom : “ Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku, dan dosa adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.”


Penutup

Itulah beberapa panduan yang saya petik daripada Al-Quran, Hadis, kitab-kitab karangan para ulamak muktabar, ceramah-ceramah yang biasa saya dengari dan kuliah-kuliah seminar yang pernah dihadiri. Kesemua ini insyaAllah adalah jalan-jalan untuk memelihara, mempertingkatkan dan menyuburkan keimanan serta keyakinan kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Orang-orang yang mukmin hanya orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

( Al Hujurat (49) : 15)

Read more...

Disiplin, disiplin dan disiplin

Wednesday, October 27, 2010

" Disiplin itu adalah paksa diri."

Disiplin, disiplin dan disiplin

Oleh : BroHamzah

“ Untuk berjaya dan menjadi ummat yang cemerlang kita perlu ada 3 syarat,” Begitu lantang suara seorang tokoh masyarakat dan motivator yang terkenal Malaysia, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

“ Saya minta semua yang ada dalam dewan ini menyalinnya,” Pinta beliau.

“Yang pertama ialah ….”

“ Disiplin.”

Saya lihat ramai yang tunduk menulis dengan tekun, khusyuk dan penuh minat.
“ Yang kedua ialah..”

“Disiplin.”

Hah, terdetik dalam hati. Cikgu Azmi tersilap sebut kot.

“ Dan, yang ketiga ialah ..”

“ Disiplin.”

Saya tersenyum dan ramai yang mengangguk faham tanda setuju dengan kenyataan ini.

“ Hadirin dan sahabat-sahabat sekalian, inilah syarat untuk kita berjaya. Tanpa disiplin, kita tidak akan berjaya dan jangan sebut soal untuk maju kehadapan.” Begitulah lebih kurang kenyataan Cikgu Azmi yang masih saya ingat.

Ya, DISIPLIN

Bagi saya, ia adalah satu ungkapan dan kenyataan yang sangat menarik dan kena pada masanya.

Tiada siapa yang boleh nafikan pernyataan ini. Untuk cemerlang, berjaya dan berada dipuncak kegemilangan, disiplin adalah kata kuncinya.

Tanyalah kepada sesiapa pun yang sudah berjaya dalam apa jua bidang. Bidang kerjaya, akademik, sukan, dan apa pun – syarat utama yang membawa mereka pada tahap sekarang ialah DISIPLIN.

Firman ALLAH, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya.”

(Ali Imran (2) : 200)

Bagi saya, disiplin itu :

1. Membawa kata kunci kepada paksa diri + konsisten + usaha keras + tiada putus asa. 4 Elemen ini menjadikan kata kerja disiplin itu menjadi dan steady.

2. Disiplin adalah lambang sifat keseriusan, sensitif dan peka terhadap matlamat serta target seseorang yang telah disasarkannya untuk dicapai.

3. Dan, untuk berjaya seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas iaitu bersabar dan tetap bersedia. 2 elemen ini perlu ada dalam usaha pendisiplinan diri.

4. Disiplin juga adalah memberi tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna.

5. Disiplin adalah indhibat dalam amalan. Ia bermakna, melaksanakan kerja tanpa banyak proses pemantauan dari sesiapa pun.

6. Bagi mereka yang melalui proses pendidikan ( tarbiyah), disiplin itu akan lahir daripada kematangan dan memahami secara jelas konsep tarbiyah.

7. Disiplin itu akan meningkatkan syuur (semangat) dan amalan soleh secara berperingkat-peringkat, beransur-ansur, dan berlakunya peningkatan. Konsepnya ialah ansur maju. Ada kemajuan dari satu masa ke satu masa. Ada kejayaan dari satu tahap ke satu tahap.

Dalam ajaran Islam banyak ayat Al Quran dan Hadis , yang memerintahkan disiplin dalam arti ketaatan pada peraturan yang telah ditetapkan, antara lain surat An Nisa ayat 59, yang artinya :

" Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan kepada Ulil Amri dari (kalangan) kamu.”

(An Nisa(4) : 59)

Teguran membina

Mingguan lepas saya telah memberikan satu assignment kepada adik-adik program PESAT mingguan dan meminta mereka menghantarkan melalui emel. Assignmentnya begitu mudah, sedikit ringkasan serta komentar berkaitan pengisian program yang telah mereka lalui.

Dan, akhirnya – saya dapat hanya 2 orang sahaja yang berjaya menghantar tepat pada waktunya dan menyelesaikan tugasan ini mengikut apa yang telah ditetapkan.

“ Assignment ini, adalah satu kayu ukur untuk kita lihat keberadaan diri kita yang sebenarnya. Jika kita belum masih berada di tahap minda bertangguh-tangguh dan memandang remeh serta mudah apa yang kita lalui pada hari ini. Kita perlu soal diri kita semula?,” Cetus saya dimalam itu.

“ Ana, tidak ingin menyalahkan sesiapa. Dan kita lihat hasilnya. Ia berkaitan soal sikap dan cara kita bertindak,” Tambah saya lagi.

“ Dan, ia ada hubungkaitnya dengan disiplin diri kita,” Saya memberikan penekanan ringkas.

“ Malam ini, adalah malam kita sama-sama melihat balik diri kita dan cuba mempertingkatkannya. Marilah sama-sama kita berlatih untuk mendisiplinkan diri. Ini baru tugasan yang kecil. Jika inilah cara pandangan kita, ana bimbang apabila kerja-kerja yang lebih besar yang sedang menanti untuk kita uruskan dan selesaikan,” Teguran saya ini bukan kritikan, tetapi teguran untuk membina.

Perkara yang sama juga, saya selitkan dalam agenda utama perbincangan PESAT minggu lalu untuk adik-adik PESAT saya. Bagi saya, untuk mendisiplinkan diri ia memerlukan proses dan latihannya. Tiada keajaiban atau magik dalam soal ini.


No Pain, No Gain

Disiplin itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Bersabar untuk memaksa diri mengikuti apa yang dapat mendekatkan kita untuk mencapai target dan hajat yang telah kita letakan dalam minda. Bak kata pepatah Inggeris : “ No Pain No Gain”

Bagi seorang pelajar, disiplin dalam menyiapkan assignment dan thesis yang telah diberikan oleh pensyarah adalah sesuatu kemestian, dan ianya sangat memeritkan. Perlu bersengkang mata menyiapkan jika date line semakin hampir. Mahu tidak mahu, ia harus diselesaikan sesegera mungkin.

Bagi seorang pekerja, disiplin dalam mengendalikan urusan kerja di pejabat atau tugasan yang telah diamanakan oleh bossnya adalah keutamaannya. Dia perlu tangkas, ligat dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyiapkan segala tugasan itu ON TIME dan menepati hasrat boss (tuan).
Bagi seorang pemimpin, disiplin baginya adalah suatu yang harus dijelmakan dalam kehidupan. Pemimpin yang berdisiplin adalah pemimpin yang telah mengerakan satu budaya kerja yang sangat efisen kepada orang bawahannya. Tanpa disiplin, kepimpinannya tidak memberikan kesan dan daya pengaruh yang meluas.

Bagi seorang penulis, disiplin menyiapkan penulisan harus berjalan kehidupan hariannya . Dengan mensistemkan budaya berfikir, perlu banyak menelaah buku, menyibukan diri dengan perbincangan ilmiah serta bijak mengurus masa adalah langkah proaktif bagi melahirkan biah disiplin pada dirinya. Justeru, disiplin inilah akan melahirkan penulis yang benar-benar bagus, prolifik dan berdaya maju.

Bagi seorang dai, disiplin itu memayungi seluruh kehidupannya. Disiplin untuk membangunkan keperibadian dirinya dengan segala amalan-amalan yang akan memberikan kekuatan ruhaniyah, jasadiyah dan fikriyah. Disiplin seorang dai lahirkan daripada keimanan, ketaqwaan dan keyakinannya kepada Allah SWT. Dakwah juga akan dijanakan dengan penuh ketertiban dengan daya usaha pendisiplinan yang nyata agar usaha-usaha dakwah melebar ke seluruh alam.

Inilah daya usaha disiplin. Sebenarnya, semua pihak tidak kira sesiapa pun perlukan disiplin dalam dirinya untuk mengapai sesuatu. Kita Tanya diri kita, adakah disiplin telah menjadikan darah daging kita.

Tahniah, penerima Anugerah Nilam KTD Semester 2, sesi 2009/2010

Anugerah Kecemerlangan KTD

Semalam, adalah hari yang diadakan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR KTD bagi semester 2 sesi 2009/ 2010. Saya gembira dan terharu melihat ramai pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik mereka. Sekitar 150 orang yang mendapat sijil penghargaan dan juga beberapa anugerah lain yang disertakan dengan ganjaran kewangan.

Ucapan tahniah, kepada penerima Anugerah Nilam ( Terbaik Keseluruhan) iaitu Saudari Nur Waheedah Binti Sabarudin atas kejayaannya itu. Saya yakin, jika ditanya tentang rahsia kejayaan beliau. Pastinya, beliau menjawab : “ Disiplin”.

Tahniah buat semua, jom kita latih untuk berdisiplin. Ia bermula dengan diri kita. Ubah paradigm berfikir dan ajaklah semua yang ada disekeliling untuk membina satu amalan disiplin yang sihat selari dengan tuntutan Islam.

Read more...

Abang, saya mahu kahwin!

Tuesday, October 26, 2010

Perkahwinan itu ; 1 + 1 = 2 atau 1 + 1 = 1

Abang, saya mahu kahwin!
Oleh : BroHamzah

“ Abang, saya ada hajat,” Satu ungkapan keluar daripada seorang sahabat.
“ Ya?,” Soal saya ringkas.
“ Saya hajat hendak kahwin,” Katanya berterus terang.

Sejak akhir-akhir ini, dialog sebegini kerap hadir dalam kehidupan seharian saya. Ada di kalangan mahasiswa yang berhajat untuk berpasangan, ingin mendirikan rumah tangga dan dengan ungkapan mudah : ingin berkahwin.

“ Dan nikahkanlah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Tahu.”

( An-Nur : 32)

Perkahwinan itu

Saya tidak halangan buat kalian. Bagi saya, berkahwin adalah hak semua bangsa dan manusia. Cuma ringkas sahaja nasihat saya bagi mereka-mereka yang mempunyai hajat ini.

1. Perkahwinan itu adalah gabungan kepada satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat. Ia bukannya soal kecil tetapi amanah kubra.

2. Perkahwinan bermakna anda akan melangkah ke alam yang baru dan zaman yang berbeza dari sebelumnya. Ia bermakna, anda perlukan “sesuatu” sebelum melangkah ke sana.

3. Perkahwinan, ia perlukan persediaan, persiapan dan segala bentuk perapian yang harus anda lihat secara menyeluruh.

4. Perkahwinan membawa erti kepada perubahan kehidupan bersendirian kepada berteman. Perubahan untuk menerima seseorang yang akan menjadi pendamping dan peneman hidup.

5. Keputusan perkahwinan dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan cahaya pedoman yang jelas, terang dan benar.

6. Perkahwinan juga adalah kesediaan untuk menerima kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan pasangan yang akan menjadi teman setia dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

7. Perkahwinan harus diatur dengan menyedari dan memahami [2] perkataan iaitu keperluan dan kemampuan. Fikirkan keperluan sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Dan Renungkan kemampuan sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Proaktif, dinamik, cergas dan berwawasan

Zaman Kampus


Adik-adik mahasiswa dan mahasiswi ku

Perkahwinan diasas, dibina dan dibentuk melalui jalan-jalan yang bersih, suci dan jernih. Kerana itulah anda harus melaluinya melalui penuntutan ilmu yang sahih. Saat ini, fokuskan kepada akademik dan ilmu anda. Zaman kampus adalah zaman membina kegemilangan, kecemerlangan dan kejayaan diri.

Ajakanku kepada kalian :

1. Ayuh, kita sibukan diri dengan aktiviti keintelektualan dan keilmuan yang mampu membina kematangan kita dalam berfikir

2. Sibukan jadual harian dengan program-program yang dapat mengilap potensi hati, dan diri untuk terus menerus dekat dan hampir dengan Allah SWT. Hadirilah program-program, dan aktiviti-aktiviti yang memberikan sentuhan keimanan kepada kalian. Tazkirah mingguan, ceramah-ceramah motivasi, kuliah pengajian Islam, kursus-kursus memperkasa soft skill, ceburi aktiviti khidmat kemasyarakatan dan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada bangsa dengan saluran yang ada.

3. Sentiasa fokus dalam merancang, melaksanakan pelan tindakan dan menilai kemajuan diri dalam aspek-aspek pembangunan kemahiran diri secara konsisten

4. Memilih dan bersahabat dengan mereka-mereka yang mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan kecemerlangan diri sama ada dari aspek intelek, jasmani, ruhani dan emosi.

5. Berlatihlah untuk memikirkan perkara-perkara yang besar agar, akan lahir dari jiwamu sifat-sifat kepimpinan yang besar dan sentiasa berpandangan jauh ke hadapan

6. Berfikirlah untuk membangunkan diri, penyelesaian permasalahan ummah, meningkatkan kualiti kepakaran keilmuan kendiri dan sebagainya.

7. Anda mampu merubahnya.

Bunga-bungan perasaan itu harus dikendalikan dengan bijak

Kendalikan perasaan itu dengan berhemah dan berhikmah

“Tidaklah seorang hamba mencapai darjat muttaqin (orang yang takwa) sehingga ia meninggalkan sesuatu yang tidak terlarang kerana khuwatir terjatuh pada yang terlarang.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari Athiyyah as-Sa’di dengan sanad sahih)

Adik-adik mahasiswa mahasiswi yang dihormati,

Saya sangat-sangat memahami perasaan, cetusan rasa dan keinginan naluri yang sentiasa wujud dalam sanubari anda semua. Namun, marilah dengan penuh berhemah dan berhikmah kita sama-sama mengendalikannya dengan panduan suluhan syara’. Perasaan itu fitrah. Perasaan itu pemberian Allah SWT. Ia adalah anugerah kurniaan Sang Pencipta. Kita harus bijak mengemudinya dengan cermat. Ingatanku ini buat kita semua :

1. Perasaan dihati yang hadir, biarlah ia disemai dengan asas keimanan yang sentiasa membajai hati dengan ruh-ruh ketauhidan dan semangat mencintai deen Islam.

2. Peliharalah ia dengan amalan soleh yang menyucikan, menjernihkan dan membersihkan hati kita. Tingkatkan mutu Solat Fardu dengan sentiasa berjemaah. Perbanyakan amalan solat sunnat semampu yang boleh. Lazimilah istighfar dan zikrullah setiap detik kehidupan. Luaskan talian ukhuwah fillah sesama insan. Jadikan solat tahajud di malam hari sebagai amalan kekuatan ruhaniyah. Dan, sentiasa berazam untuk mengerakan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi kehidupan.

3. Naluri perasaan itu, kawallah ia dengan panduan daripada Rasulullah SAW. Perbanyakan ibadah puasa sunnat, bergaul dan sentiasa bersama sahabat-sahabat yang cenderung kepada kesolehan. Pelihara pandangan mata kalian, dengan menundukannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan cegahlah daripada terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

4. Janganlah memilih untuk jatuh cinta terhadap lawan jantina pada ketika bukan saatnya. Anda berhak untuk melakukan pilihan. Andai diberi pilihan untuk jatuh cinta dan membangunkan cinta, maka – jika saya – pilihlah untuk membangun cinta. Kita gerakan perasaan ini dengan membangunkan cinta yang utama. Belajarlah tentang cinta. Dengan cinta hakiki , kita akan menghargai hayah ini.

5. Dalam soal jodoh, usahlah sibuk “mencari” tetapi pintalah ia kepada Allah SWT. Memohon dalam tadahan munajat yang menjadikan cinta Allah itu tunjang kepada segala-segalanya. Kepasrahan, pergantungan dan pengharapan itu membulat kepada Allah, InsyaAllah kalian akan dikurniakan “seseorang” yang sangat istimewa dalam hidup. Yakinlah!

6. Saat dan ketika, sibuklah dengan proses pembangunan dan pembentukan diri kalian. Self development itu lebih utama dan penting. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!.


Kalam Akhir

Adik-adik sidang pembaca,

Ku tahu, nukilan dan coretan ini begitu sukar dibumikan. Ia memerlukan dedikasi kesabaran yang tinggi dan mujahadah yang sangat luar biasa kepada keupayaan kendiri. Namun, inilah seharusnya yang kita lalui dalam proses didikan hati (Tarbiyah Qalbi)

Tiada yang mudah, kecuali ia adalah kepayahan, kesusahan dan keperitan.

Tiada jalan pintas, short cut atau pendek, kecuali ia adalah jalan yang panjang dan lama

Inilah proses. Suatu bentuk didikan amaliyah. Menuntut kita memahaminya, menghayatinya, menyakininya, melaksanakannya, membuatnya, mengamalkannya dan membumikannya dalam hayah ini.

Saya juga sedang berusaha ke arah itu, dengan kudrat yang ada.

Kerana

Saya juga masih bujang dan single, seperti kalian semua!

Read more...

Memujuk Hati

Air matamu itu, biarkanlah ia mengalir sepuas-puasnya

Memujuk Hati
Oleh : BroHamzah

Seruan dan pujukan ini buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Melalui jalan dan berada dalam bahtera ini kadang kalanya membuatkan jiwa dan hati kita tersentak, terguris dan terasa dengan pelbagai karenah manusia. Kerana kekurangan, kelemahan, kealpaan, dan kecuaian diri sendiri – kita sering kecewa dan dikecewakan. Apatah lagi, apabila mengenangkan diri yang mempunyai 1000 kesalahan, kesilapan, keaiban dan pelbagai rupa bentuk kelemahan yang “malu” untuk diketengahkan.

Dan, saat dan ketikanya – kita diuji dan diuji dengan kepedihan demi kepedihan. Bagi yang berkorban, mulai teretak dengan “kepedihan dalam berkorban”. Ketika diselubungi, kekecewaan, keputus asaan, dan kehibaan, maka hadapkan hatimu sepenuhnya kepada Allah SWT. Hadaplah ia dengan penuh kerendahan dan kehinaan.

Wahai diri dan wahai sahabat-sahabat seperjuangan,

Seorang Murabbi selalu berpesan agar banyakkan bersabar. Bersabar dan bersabarlah. Bersabarlah dalam kesabaran jika diuji, dicuba, dicabari, didugai dan disakiti.

Kata Murabbi : “ Wahai sahabat-sahabat, kuatkanlah kesabaran antum. Bersabarlah dan bersabarlah.”


Kesedihan, dan kekecewaanmu jangan dirungsingkan

Untaian madah pujukan kesabaran

Bersabarlah – sahabat - dalam menghadapi pelbagai keinginan, hajat dan kehendak perasaan,

Bersabarlah dalam memasang dan memendam kemuncak cita-cita , ia yang memerlukan banyak pengorbanan dan menuntut masa yang panjang untuk meraihnya.

Bersabarlah terhadap kelemahan, keaiban dan kekurangan diri serta teman-teman disamping mu

Bersabarlah dalam berhadapan dengan naluri kegopohan dan kebosanan, ia akan menghambatmu di saat-saat semangat memuncak tinggi

Bersabarlah terhadap keinginan manusia yang diselaputi kejahilan dan penyelewengan yang nyata, ia sering mengheretmu kelemahan penyesalan

Bersabar dan terus bersabarlah terhadap mereka yang terlalu mendesak - terburu-buru inginkan hasil yang segera

Bersabar - wahai diri- berhadapan dengan masalah kekurangan para pembantu, peneman dan penguat yang dekat disisi

Bersabarlah dengan kesabaran yang kuat ketika bermuhajadah melawan godaan syaitan di saat kesusahan dan kesempitan

Bersabarlah jua, ketika berada dalam titian perjuangan yang penuh warna suka dan duka

Bersabarlah juga untuk menelan segala kepahitan dalam berkorban

Bersabarlah di saat meraih kemenangan dan kejayaan yang hadir tanpa diduga

Bersabarlah dengan kurniaan kemewahan dan kesenangan yang dikurniakan olehNya

Bersabarlah juga agar sentiasa tetap memelihara hubungan hati dengan Allah SWT sehingga ke akhirnya

Bersabarlah, agar kesabaran ini akan menambahkan kesabaran demi kesabaran.

Bersabarlah agar kamu cekal dan tabah

Bersabarlah jika perasaan lemah mulai menghimpit diri

Bersabarlah jika kelemahan demi kelemahan menghambat diri

Penawar hati bagi yang resah durjana

Kesatlah linangan air matamu,
Tangisan dan esakan itu, harus segera dihindari.

Firman ALLAH (maksudnya)

“ Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

(Surah Ar-Rum (30) : 54)

Usah biarkan dirimu yang lemah ini terus menerus berada di lembah kelemahan. Jangan biarkan hari- hari yang berlalu ini berlepas pergi dengan tangisan, esakan dan teriakan keputusasaan yang melemahkan jiwa, semangat dan tekadmu.

Di sebalik kelemahan yang Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam.

Firman ALLAH (maksudnya):

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali-Imran (3) : 139)


Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian.
Ah, benar. Bersabar itu perlukan tindakan. Bersabar untuk belajar bersabar.

Read more...

Manfaat dari KPU 2010

Monday, October 25, 2010

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010. Semoga Allah redha dan rahmati usaha ini


Manfaat dari KPM 2010

Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan segala kesempatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Dan – saya – juga ingin melahirkan rasa penuh kesyukuran kepadaNya kerana dengan keizinan dan ketentuaan-Nya saya dapat hadir ke sebuah program yang memberikan banyak pengalaman, input dan maklumat kepada diri saya.

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya Konvensyen Pembangunan Ummah 2010 anjuran HALUAN Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah SWT. Secara keseluruhannya, saya amat-amat puas hati dengan perjalanan konvensyen pada kali ini. Pengurusan yang kemas, sistematik dan teratur. Dan, ahli jawatan kuasa yang peka, serta sentiasa bersemangat bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan konvensyen pada kali ini berjalan dengan lancar.




Segolongan pemuda yang hadiri untuk mengutip manfaat dari Konvensyen




Mengenali Tokoh-tokoh Masyarakat

Kali ini, saya dapat mengenali dengan lebih rapat tokoh-tokoh yang ditampilkan dalam pembentangan kertas kerja konvensyen. Mereka-mereka ini sememangnya terkenal, sangat arif dan sangat berkemahiran dalam bidang kepakaran mereka masing-masing. Mendengar, mencatat, dan memahami buah fikiran, cetusan idea dan pandangan mereka adalah antara fokus saya dalam menghadirkan diri dalam konvensyen ini.

Mereka-mereka yang saya maksud itu ialah :

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

( Beliau menyentuh berkaitan isu pembangunan ummah dan memberikan beberapa perkara yang harus ada dalam KPI untuk membangunkan ummah pada parameter yang sebenarnya).

Professor Pendidikan Institusi Pendidikan UIAM YBhg Prof Dato’ Dr Sidek Baba,

( Beliau menjelaskan keharusan untuk memahami espitemologi ilmu yang harus menjadi tonggok keilmuan dan Islam, harus menjadi dasar utama pendidikan)

Penasihat Global Civilizations Study Centre UK YBhg Dr Kamal Tawfik ElHelbawy,

( Perkongsian beliau, adalah berkisar ketamadunan dunia Islam dan Barat. Pembentang beliau menarik perhatian para hadirin kerana banyak membawa perkongsian kisah benar dari UK untuk dijadikan iktibar dan perkongsian pengalaman).

Pengerusi QSR Brands Bhd YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim,

( Tan Sri, berjaya memberikan satu dimensi dalam soal Jihad Bisnes. Saya kira, pembentangannya menarik, bertenaga dan dihiasi dengan slide yang menarik. Beliau menyarankan kepada kita bahawa, penglibatan dalam perniagaan adalah salah satu perjuangan yang harus dititikberatkan jika ingin membangunkan ummah)

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) YBhg Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan,

( Datuk, dalam penbentangnya mengajak para peserta konvensyen untuk memahami keadaaan ekonomi ummah melayu secara terperinci dan beliau menegaskan juga bahawa agenda memantapkan ekonomi ummat Islam harus dilihat secara kolektif dan bersepadu.)

Pensyarah Institut Sains dan Teknlogi Nasional (ISTN) Jakarta, Indonesia YBhg Prof Dr Ir Agus Priyono,

( Beliau berkongsi berkaitan pengalaman dakwah di Indonesia dalam soal membangunkan ummah. Pembentangan penuh bersemangat dan berjaya menghidupkan suasana dewan walaupun berada di sesi petang)

Presiden HALUAN Malaysia YBhg Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman

( Dr Abdullah, menegaskan bahawa dasar model pembangunan ekonomi harus kembali kepada model yang telah digariskan oleh Islam. Apa yang dilaksanakan bagidan Rasulullah SAW harus dilihat serius dan perlu digerakan dalam kehidupan merangkumi apa jua bidang)

Wakil TERAS , Ybhg Tn Hj Muhammad Azmi Bin Abdul Hamid

( Seorang tokoh masyarakat yang mempunyai identity tersendiri. Orangnya kelakar, bersahaja tetapi setiap tutur bicaranya mengajak semua hadirin berfikir secara serius, dan bertindak dengan penuh disiplin)

Wakil WADAH, YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman.

( Beliau banyak berkongsi pengalaman dalam soal peranan NGO dalam konteks pembangunan ummah di Malaysia. )

Itu serba sedikit ulasan saya mengenai tokoh-tokoh dalam konvensyen pada kali ini. Sebelum ini, hampir kebanyakan daripada mereka, hanya saya kenali nama dan sumbangan serta kepakaran mereka. Belum pernah berdepan dan menghadiri ceramah atau seminar yang disampaikan oleh mereka. Tetapi, pada kali ini saya berkesempatan. Alhamdulillah.


Manfaat yang berharga

Terdapat beberapa perkara yang saya perolehi sepanjang menghadiri konvesyen kali ini :

Pertama, ( Memperkayakan maklumat)

Cuba memahami isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan ummah secara lebih mendalam, serius dan melihatnya daripada kaca mata prespektif tokoh-tokoh Negara. Saya kira, medengar dan mengambil kira pandangan mereka-mereka yang sudah lama berada dalam bidang sebegini adalah perkara yang penting dalam merancakan lagi segala usaha bagi menangani permasalahan yang berlaku di kalangan ummah pada hari ini.

Isu-isu seperti pembangunan ekonomi, pengurusan pendidikan, keadilan sosial, kerancakan dakwah, perlaksanaan sistem penyelesaian yang lebih efektif adalah perkara-perkara yang banyak diketengahkan oleh para pembentang kertas kerja.

Dan, saya kira sebagai orang muda dan generasi pewaris masa hadapan – para remaja, pemuda dan mahasiswa harus didedahkan dengan perkara-perkara sebegini. Ia akan mempercepatkan proses kematangan dan kedewasaan kerana hal-hal yang diperbincangkan adalah sesuatu yang besar, dan serius. Soal pembangunan ummah berkait rapat dengan soal pembentukan generasi muda. Tidak dapat tidak, para syabab, rijak, para fityan harus ke hadapan dalam soal pembangunan ummah.


Kedua, ( Memperluaskan jaringan sosial)

Interaksi dengan para peserta yang hadir dalam konvensyen pada kali ini menyemarakan lagi hubungan interaksi dan memperkembangkan jaringan sosial antara semua pihak. Antara, mereka yang telah sedia kita kenal dan juga bersama membina tali perkenalan dengan individu yang baru ditemu dalam konvensyen ini. Semoga titik asas kepada perkenalan dan persaudaraan adalah berteraskan keimanan dan aqidah islamiyah.

Pembangunan Ummah, ia harus diusahakan

Harapan saya, segala yang diperpanjangkan di dalam konvensyen ini akan memberikan banyak pendedahan dan cetusan idea daripada banyak pihak untuk meneruskan usaha-usaha ke arah membangunkan ummah yang akan mendaulatkan sistem Allah SWT dimuka bumi ini. InsyaAllah.

Mudah-mudahan, ia akan menyatukan hati, jiwa, dan pemikiran kita untuk bersama-sama mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read more...

Merawat Virus Mabuk Cinta

Wednesday, October 20, 2010

Hati harus dibajai dengan perasaan cinta Mahabatullah


Perkongsian bersama 2 : Merawat Virus Mabuk Cinta

Oleh : BroHamzah


Saya ingin meneruskan perkongsian seterusnya berkaitan input-input dan juga kefahaman yang diperolehi daripada seminar yang saya hadiri baru-baru ini. Tulisan ini saya kongsikan setelah diuji dengan keadaan tubuh badan yang kurang sihat, dilanda musibah kesakitan dan kurang keupayaan. Semoga Allah SWT meredhai saya, dan segala kesakitan ini sebagai tanda kasih sayangnya dan kafarah buat segala dosa-dosa saya.

Tulisan kali ini, saya banyak membuat rujukan. Bukan sekadar pandangan peribadi yang sangat jahil dan tidak berilmu. Saya lakukan rujukan sebagai panduan untuk diri agar nukilan ini bukannya atas asbab diri. InsyaAllah


Hasil tulisan ini, adalah untuk ingatan, nasihat dan tazkirah buat diri saya. Agar saya mengerti, memahami, menghayati, menginsafi, menyedari, menyakini dan berusaha menghidupkannya secara nyata & pasti dalam amalan seharian sebagai seorang muslim mukmin yang sejati.

Semoga Allah redha.


Meluruskan pandangan berkaitan cinta

Asal fitrah dan perasaan cinta itu sangat bersih, suci dan menjernihkan. Namun, apabila ia salah dikemudikan segala perasaan cinta ini dengan bertunjangkan hawa nafsu, maka ia tercemar, dikotori dan tidak lagi bersih. Maka tercemarlah hati dengan perbuatan-perbuatan yang ingin menzahirkan perasaan cinta itu tadi. Maka, yang asalnya bersih, suci itu menjadi kotor, jijik dan tercemar kerana salahnya cara penzahirannya itu.

Saya masih teringat satu penyampaian yang pernah disampaikan oleh Tuan Haji Rosdi berkaitan Tajuk “ Merawat Virus Cinta” suatu masa dahulu.

Istilah virus sangat popular dewasa ini, jika dihubungkan dari sudut biologi virus membawa gambaran yang berkaitan sesuatu unsur yang boleh pembawa penyakit. Jika dihubungkaitkan dari sudut teknologi, virus ialah suatu intiti program komputer yang mempunyai keupayaan untuk menyerang dan melumpuhkan sesuatu sistem komputer. Dan, dengan kata umumnya virus itu adalah sesuatu yang boleh membawa kepada bencana, kerosakan dan kemusnahan.

Tuan Haji Rosdi pernah menjelaskan kenapa sejak akhir-akhir ini, beliau terpaksa menyentuh tajuk-tajuk sebegini. Setaip hari, pasti sahaja ada pelajar yang datang mengadu, meluah masalah dan berbincang hal peribadi terutamanya berkaitan perasaan dan gelora jiwa di zaman remaja.

“ Tuan, hati saya telah dicuri.”
“Encik, jiwa saya kesunyian”
“ Saya jatuh hati kepada seorang siswi”
“ Tuan, hati saya rasa kosong sangat.”



Dan, kerana gagal mengawal dan mengendalikan perasaan ini ramai yang “meraikan” perasaan ini dalam bentuk-bentuk yang tidak syari’e. Dalam bentuk berpasangan, dalam bentuk couple, hubungan berdua-duaan dan sebagainya. Justeru, tajuk merawat virus cinta ini diketengahkan bagi merawat sebelum ia merebak ke peringkat yang lebih parah.




Hati akan rosak dengan virus penyakit al-isqy


Intipati PESAT ( Program Pembangunan Sahsiah Terpuji)

Dan, pernah ini juga saya kongsikan bersama ahli-ahli PESAT mingguan yang saya kendalian. Saya memberi satu tajuk penyampaian berkisar ciri-ciri Keperibadian Mukmin dan salah satu cirinya ialah kemampuan serta berupaya untuk melawan tuntutan hawa nafsu. (Mujahadah an-Nafs).


Dalam perkongsian yang pertama, sedikit sebanyak saya telah kongsikan apa yang saya faham melalui kupasan yang disampaikan oleh panel dan penceramah seminar tersebut. Dan, sebagai pengukuhan akan saya ambil petikan huraian yang ditulis oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam membicarakan virus mabuk cinta ini. Menurut beliau dalam karya besarnya iaitu Zadud al-Maad :

“ Gejolak cinta adalah jenis penyakit hati yang memerlukan rawatan khusus disebabkan perbezaannya dengan jenis penyakit lain dari segi bentuk, sebab mahupun penawarnya. Jika telah mengotori kesucian hati manusia dan mengakar di dalam hati, sukar bagi para doktor mencarikan ubat penawarnya dan penderitanya sukar untuk disembuhkan.”


Ibnu Qayyim telah memberikan definisi yang banyak tentang cinta dalam buku beliau iaitu Raudhatul Muhibbin, berkaitan cinta. Dan salah satu definisi cinta beliau telah telah memberi salah satu definisinya iaitu al-isyq (Mabuk Cinta).

Mabuk cinta atau al-isyq, adalah jalan yang sangat berbahaya, licin dan menggelincirkan. Banyak yang telah terjerumus kepada penyakit ini.

Mereka-mereka yang terkena panah asmara ini adalah orang yang paling susah hidupnya, paling hina, paling gelisah dan paling jauh dari Tuhan-Nya.

Ibnu Qayyim menghuraikannya lagi :

“Mabuk Cinta (al-isyq) adalah rosaknya ilmu, khayalan dan pengetahuan seseorang. Hal ini demikian kerana, orang yang dilamun cinta akan selalu mengkhayalkan orang yang dicintainya secara berlebihan dan tidak sesuai dengan apa yang ada hingga akhirnya penyakit ini menimpa dirinya. Jika dia mengetahui bahawa mengagumi orang yang dikaguminya dengan sebenarnya, dia tidak akan terjatuh ke dalam lembah cinta, walaupun telah terjadi antara keduanya rasa cinta dan hubungan.”



Kenali, selami dan rawatilah hati anda

Penyakit al-isyq dan puncanya


Penyakit al-isyq akan menimpa orang-orang yang hatinya kosong dari rasa mahabbah (cinta) kepada Allah, selalu berpaling dariNya dan dipenuhi kecintaan kepada selainNya. Hati yang penuh cinta kepada Allah dan rindu bertemu dengaanNya pasti akan kebal terhadap serangan virus ini. Benar, kerana hati kosong, gersang, sunyi dan tidak terisi mempunyai seseorang itu mencari sesuatu agar hati, perasaan dan jiwanya terisi.

Ya, inilah tabiat dan sifat hati.

Jika kita tidak isikan hati kita dengan kebenaran dan kebaikan. Secara mudah dan – automatiknya – kebatilan, keburukan dan maksiat akan menyelinap secara halus masuk ke dalam hati.


Dan, perasaan kasih sayang, cinta dan rindu inilah pengisi utama yang akan memasuki kamar hati dengan mudah. Kenapa? Kerana ia adalah fitrah kejadian manusia. Ia adalah sesuatu yang akan hadir, walapun tidak dipelawa atau diminta.

Saya memerhati bahawa, kini kenapa para remaja mudah terkena penyakit-penyakit sebegini. Apatah lagi, di saat naluri dan gelojak masa remaja mulai bergelora di awal usia mengenal kehidupan. Jawapannya ialah, kebanyakannya kehilangan kasih sayang, perhatian dan tumpuan sejak daripada kecil.

Dikasihi, dan ingin mengasihi itu muncul tatkala mulai memahami erti kehidupan yang seharusnya subur dengan segala bentuk perasaan yang indah, bahagia dan mendamaikan.

Dicintai, dan ingin mencintai itu timbul tatkala perasaan hati terasa gersang daripada sentuhan kasih sayang dan belaian perhatian.

Dan, penyakit al-isyq akan muncul apabila keimanan tidak bertapak kukuh mengakar disanubari dan jiwa benar-benar jauh daripada kecintaan kepada Allah SWT.


Bagaimana virus ini boleh berjangkit ?

Penyakit al-isyq terjadi dengan dua sebab, pertama: Kerana mengganggap indah apa-apa yang dicintainya. Kedua: perasaan ingin memiliki apa yang dicintainya. Jika salah satu dari dua faktor ini tiada nescaya virus tidak akan berjangkit. Walaupun penyakit kronik ini telah membingungkan banyak orang dan sebahagian pakar berupaya memberikan penawarnya, namun penyelesaian muktamad yang diberikan belum mengena secara nyata.

Tanda-tanda mabuk cinta, zaman kini boleh kita lihat secara nyata dan ia sebenarnya sedang berlaku di sekeliling kita. Hati, minda, perasaan dan kehidupan kita hanya tertumpu kepada individu yang dicinta. Istilah hari ini, memberikan perkataan mengambarkan mabuk cinta dengan angau, jiwang karat dan sebagainya.

Mandi tidak bahasa, tidur tidak lena, makan tidak kenyang-kenyang dan sebagainya adalah kata-kata yang seringkali kedengaran apabila melihat seseorang itu sedang dilanda mabuk cinta. Menurut seorang teman saya,seorang pakar motivasi ; antara tanda seorang remaja dilanda mabuk cinta mudah sahaja, ditangannya sentiasa ada telefon bimbit dan selalu “sibuk” dengan SMSnya. Sering tersenyum seorang diri dan banyak termenung.

Dan, boleh perhatikan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anda. Perhatikan. Anda boleh menilai dan menganalisanya.

Katanya lagi, biasanya mereka yang dilanda mabuk cinta hilang fokus kepada pekerjaan, pelajaran dan kehidupan mereka dan kini – sibuk menjelajah- dunia perasaan buat seketika. Ketika ini, syaitan akan memainkan peranannya. Segala kemahiran, tipu daya, helah dan bisikan akan digunakan sebagai senjata utama untuk membawa insan-insan yang dilamun mabuk cinta ini ke lembah kehinaan, kemusnahan, kehancuran dan lebih teruk ialah kepada kemurkaan Allah SWT.

Hari ini, kesan kepada merebaknya penyakit al-isyq ini telah menzahirkan satu fenomena yang sangat membimbangkan. Kerana ini memiliki apa yang dicintai – maka timbullah pelbagai perkara yang sangat menyentak jiwa dan hati kita. Gejala perzinaan (kononnya sebagai lambang kesetiaan dan bukti cinta), bunuh diri (kecewa apabila gagal merealisasikan kemuncak cinta), gejala pembuangan bayi (akibat perbuatan zina terkutuk), kes lari dari rumah & keluarga (kononnya bukti pengorbanan mengikut kekasih setia) dan sebagainya, memberikan kita satu gambaran yang jelas akan kesan buruk penyakit ini.

InsyaAllah, perkongsian yang seterusnya akan menjurus kepada penyelesaiannya. Nantikan.InsyaAllah


Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP