Apabila diuji oleh Allah SWT

Sunday, October 31, 2010

Pernahkan anda mengalaminya, saya belajar seperti ini hari ini. (",)


Apabila diuji oleh Allah SWT

Oleh : BroHamzah

Saya mulakan tulisan ini dengan lafaz bismillah, semoga yang tercatat bukan untuk apa-apa kecuali dalam kerangka ubudiyyah untuk, dan kerana Allah SWT.

Saya dahulukan juga dengan ucapan sekalung tahniah buat “Pahlawan Merah” atau Red Warrior kerana berjaya menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan KAFA. Semoga Allah redha, dan terus memberkati seluruh rakyat negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Makkah. – Saya semakin sayang dan suka berada di sini. (“,)

Pagi ini ujian itu hadir

Pagi ini, saya diberi suatu didikan yang sangat berguna oleh Allah SWT. Satu didikan yang sangat menyentuh dan membuatkan saya semakin yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Segala yang tersirat, akan memberikan kita pengalaman, pengajaran dan ibrah yang akan mendidik diri.

Pagi ini, saya dalam perancangan untuk menyelesaikan beberapa tugasan dan berhasrat untuk ke pejabat walaupun hari ini adalah cuti khas bagi seluruh rakyat Kelantan atas kemenangan team bola sepak negeri yang menjadi juara Piala Malaysia semalam. Dengan izin-Nya, hari ini hujan. Dan saya telah mengambil keputusan untuk meminjam kereta sahabat saya untuk ke sana.

Diringkaskan cerita, saya menuju ke kereta dan menghidupkan kereta dengan kunci yang tersedia ada. Saya buka kunci semua kereta dari dalam dengan menekan satu suis kereta, kemudian saya menuju ke tempat letak barang di belakang kereta. Saya tutup pintu utama kereta, dan melangkah tenang ke belakang kereta.

Lalu, apabila membuka pintu belakang kereta. Dan tiba-tiba saya dapati, - ia masih terkunci dan tidak boleh buka. Hmm, saya kemudiannya, pergi ke pintu utama kereta semua dan membukanya. Dan, - saya terkejut – Ia juga terkunci!



Hah! Allahuakbar.

Kunci yang satu-satunya ada, berada di dalam kereta.
Pintu kereta terkunci semuanya.
Dan, kereta sedang terpasang hidup dengan enjin “bergerak” motornya.

Saya berhenti seketika, memikirkan bagaimana hendak selesaikan perkara ini. Beberapa sahabat datang membantu. Segala usaha digerakan dan saya berfikir sambil mencari jalan penyelesaian.

Sahabat saya, Muadz tuan punya kereta juga berusaha keras untuk membuka kereta ini. – Kami sedang berusaha dan turut dibantu oleh seorang lagi sahabat yang datang membantu, Nasa.

Hampir sejam masa berlalu, usaha kami nampaknya menemui kegagalan. Kemudian, datang seorang pengawal asrama bertanyakan permasalahan kami.

“ Oh, kalau begitu kita panggil Master Key la, insyaAllah dia boleh buka,” Cadangnya.

“ Pak Cik tahu ka, tempatnya?,” Soalnya.

“ Tahu, insyaAllah. Kalau dia tidak pindah. Kedainya berdekatan dengan Kota Bharu, “ Katanya kepada saya.

“Ok, kita pergi ke kedainya,” Saya membuat keputusan untuk memanggilnya. Saya bergegas ke sana dengan pengawal tersebut.

Sebenarnya, yang merisaukan saya ialah keadaan enjin yang sudah hidup terlalu lama. Bimbang jika kepanasannya itu akan meningkatkan suhu kereta.

“Semoga tiada perkara buruk yang berlalu,” getus hati kecil ini.

Sepanjang berada di atas motor, saya teringat pesanan Rasulullah SAW, jika ditimpa musibah banyakkan istighfar dan memohon kepada Allah SWT. Ketika itu, harapan dan pergantungan membulat kepada Nya. Semoga segala musibah kecil ini, dipermudahkan oleh Nya.

Dipendekan cerita, kami berjaya bertemu kedai Master Key tersebut (orang cina) dan menceritakan apa yang berlaku. Dan, tuan kedai itu memberikan nombor telefon kawannya.

“ Hari hujan ma, saya malas hendak keluar. U telefon ini nombor,” Katanya mudah.

“ Ok, terima kasih uncle,” Kata saya sambil tersenyum kepadanya.

Saya hubungi nombor yang diberikan oleh tuan kedai itu tadi. Kawannya setuju untuk datang membantu saya. Saya pulang ke tempat kereta kembali. Ternyata kawannya belum sampai lagi. Ketika itu, waktu zohor sudah masuk. Dan saya dan sahabat-sahabat yang ada membuat keputusan untuk solat zohor terlebih dahulu. Mungkin dalam beberapa ketika lagi, kawan master key itu akan sampai.

Ketika menghadap-Nya

Saya hadapkan diri ke arah kiblat, dan dengan jiwa yang tenang saya dirikan solat zohor. Ketika ini, fokus dan penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT. Dan, saat ini saya benar-benar mengharap kepada-Nya.

Tadahan tangan seusai solat diangkat memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT agar Allah permudahkan.

“ Ya Allah, Engkaulah yang mengatur semua ini. Dengan rahmatMu, permudahkanlah ia bagiku.” Itulah sebahagian doa saya.

Seusai solat

Selepas solat, saya menuju ke kereta semula. Dan ketika itu, saya melihat sahabat saya (Muadz) sudah berada dalam kereta dengan pintu sudah terbuka. Saya akan terkejut.

“ Aikh! Kawan tokey itu dah datang ke?,” Tanya saya kepadanya.

“ Entahlah, masa ana datang tadi selepas solat. Ana cuba buka pintu ini. Tiba-tiba boleh dengan mudah. Wallahu’alam,” Katanya dengan tersenyum.

“ Mungkin kawan tokey itu datang dah kot dan dia dah buka tadi,” Kata saya.

Kemudian, sebuah kereta saga datang dari arah belakang. Kelihatan ada seorang uncle berbangsa cina. Saya rasakan itu adalah kawan master key itu. Saya menuju ke arahnya.

“ Hello, uncle. Kereta ini dah boleh buka, uncle buat ka tadi?,” Soal saya sambil bersalam denganya.

“ Eh, belum lagi, ma. Saya baru sampai ini,” Katanya.

“ Ya ka?, “ Soal saya kehairanan. Saya ucapkan terima kasih kepada uncle itu atas kesudian untuk datang membantu. Masalah kami sudah selesai dengan izin-Nya.

Ibrah yang nyata

Kami kehairanan sebenarnya, lebih sejam kereta itu berkunci dari dalam. Dan, selepas solah zohor dengan izin Allah SWT ia berjaya dibuka dengan begitu mudah.

Saya tidak tahu siapa yang membukanya. Tetapi, saya benar-benar tahu kami telah berusaha, berikhtiyar dan berfikir dengan susulan tindakan untuk menyelesaikan. Dan, keputusan kami serahkan kepada Allah SWT. Dan semua ini adalah ketentuan, ketetapan dan ia berlaku dengan keizinanNya.

“ Alhamdulillah, hari ini Allah uji kita dengan ujian yang kecil,” Saya ingatkan diri saya dan sahabat saya.

Selepas peristiwa ini, saya merenungi apa yang berlaku. Saya mengimbau semula apa yang terjadi sebentar tadi. Ia adalah suatu proses didikan yang nyata, dan real berlaku di dalam kehidupan kita semua. Saya yakin semua di kalangan kita pernah mengalaminya. Cuma bagaimana kita melihatnya dan sikap kita menyelesaikannya.

Apabila terjadi perkara ini tadi, saya teringat suatu nasihat Dr Abdullah Sudin ( Boss saya di KTD),: “ Pandanglah sesuatu perkara dengan pandangan iman dan sentiasa berfikiran positif.” Sekiranya, berlaku musibah dan ujian dalam kehidupan. Banyakkan istighfar dan munajat kepada Allah. Perkara ini lah yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepada kita.


Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah (2) : 153)

Penutup dan Pengajaran buat diri

Saya benar-benar belajar daripada peristiwa ini. Jika musibah, cabaran dan halangan menghimpit diri dalam apa jua situasi seharusnya kita perlu laksanakan beberapa perkara di bawah ini :

1. Tenangkan diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan dengan melulu, tergesa-gesa dan bertindak diluar kawalan diri . Jangan salahkan sesiapa. Dengan ketenangan, ketenteraman, kedamaian, keluhuran hati, kita mampu berfikir dengan emosi terkawal dan mampu bertindak dengan rasional.

2. Lakuan jalinan Zikir dan Fikir. Mengingati Allah ketika musibah itu adalah penawar bagi perasaan yang tidak tenteram. Dan, berfikir untuk mencari jalan keluar itu adalah langkah yang sewajarnya agar ia ikhtiyar dan usaha dilaksanakan dengan sebaiknya.

3. Gerakan segala bentuk usaha. Tetapi, usaha yang utama juga adalah pengharapan, pergantungan dan permohonan doa kepada Allah SWT. Istighfar dan pujian kepadaNya tidak putus daripada ucapan bibir. Dan, asbab untuk menyelesaikan it uterus digerakan.

4. Jika menemui kegagalan dalam cubaan awal, teruskan usaha dengan mempergiatkan jalinan zikir dan fikir itu. Dirikan solah dan banyakan bersabar. Saya semakin yakin dengan firman Allah SWT agar, memohon bantuan dan pertolongan dengan banyakkan bersabar serta dirikan solah.

5. Jika, musibah itu beransur hilang dan masalah berjaya diselesaikan maka lafaz syukur Alhamdulillah terus dizahirkan dan katakana kepada diri SubhanaAllah. Maha Suci Allah atas segalanya.

Ameen, Ya Allah.
Terima kasih atas teguran, didikan dan tarbiyahMu kepadaku.
Ia adalah teguran langsung kepada sanubari ini.

Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat : suara yang sudah terkenal!!!.

Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah : Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu.

13 comments:

.::: mr IQ :::. October 31, 2010 at 2:28 AM  

terima kasih atas perkongsian...

Izzati Nur October 31, 2010 at 2:36 AM  

betapa cantik cara didikan ALLAH swt
pada hambaNYA..

BroHamzah October 31, 2010 at 3:10 AM  

(1) mr IQ

Sedikit perkongsian untuk manfaat bersama.
Sharing Is Caring

(2) sisIzzati

Inilah didikan Allah SWT. Apa jua yang berlaku harus kita hubungkaitkan dengan Allah SWT, keimanan dan keyakinan terhadapaNya.

InsyaAllah

Ameen Muslim October 31, 2010 at 3:11 AM  

subhanallah. ALLAH tarbiyah kita melalui ujianNYA. beruntunglah bagi orang-orang yg sabar dgn ujian yg diberikan,

Unknown October 31, 2010 at 3:34 AM  

Salam dan terimakasih atas perkongsian ini.
saya juga pernah mengalami situasi yang agak serupa ,dan saya selalu teringat pesanan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,sebenarnya setiap musibbah yang kita lalui adalah kafarah dari dosa-dosa kita ,jgn salahkan sesiapa.salahkan diri sendiri.

setiapkali saya mengalami musibbah,saya akan cari apa dosa yang saya lakukan pada hari itu samaada pada orang atau pada Allah.Setelah itu beristighfar dan berdoa.Insyaallah masaalah selesai..

hamba Ilahi,  October 31, 2010 at 6:24 AM  

assalamualaikum,
ya Allah, menangis ana baca entry ni :(
sungguh luas kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya. :(
cuma ana sebagai hambaNya, kadang-kala tidak dapat melihat.

alhamdulillah,
Allah juga memberi kesedaran kepada diri ana dengan membaca tulisan ustaz.
memang benarlah, Allah melihat pada usaha dan natijahnya Allah tentukan.

setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
moga kita terus kuat untuk kekal di atas jalan yang diredhaiNya.
amin~

artikel yang sangat-sangat membangunkan ana dari lena.
terima kasih atas perkongsiannya.~

BroHamzah October 31, 2010 at 7:51 AM  

(1) Ameen Muslim

Memang benar, saya semakin yakin dengan suruhan Allah itu. Dengan Sabar dan Solat itu adalah jalan untuk berusaha mencari penyelesaiaannya. Alhamdulillah. Peristiwa ini sangat mendidik jiwa.

(2) Ijoks2009

Terima kasih atas coretan saudara. Memang benar cakap saudara. Apabila ia terjadi kepada kita, ia akan meningkatkan keyakinan kita.

MasyaAllah

(3) hamba Ilahi

Walaikumusalam, ana sangat terkesan dengan didikan ini, kerana itu ana kongsikan ia. Ana yakin jika berserahk kepadanya melalui sabar, usaha, ikhtiyar, tawakkal dan solat, insyaAllah bantuan Allah akan menyusul.

InsyaAllah.
Syukran atas coretan ini

Chenta October 31, 2010 at 8:37 AM  

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
betapa cantik didikan ALLAH...
saya pernah mengalami peristiwa mcm ni...
ALLAH uji handphone xblh buka...
sbb saya pakai security code...
ALLAH izin saya tersilap bagi security code pada sahibah...
sahibah kata xblh buka...
baru saya ingat...
saya tersilap bagi nombor...
bila saya cuba buka guna nombor yang betol..
xblh dah nak buka...
pas 2, kami berdua solat zohor terlebih dahulu...
risau sangat masa 2...
kalau kena pergi pecahkan code telefon dikedai mesti mahal jugak...

slps siap solat...
saya cuba skali lagi buka..
alhamdulillah...
dah blh ka...
sahibah kata pada saya...
ALLAH tengah tegur...

BroHamzah October 31, 2010 at 7:28 PM  

(1) Mussalmah Aladin

Alhamdulillah, situasi kita hampir sama. Inilah tarbiyah daripada Allah SWT. Ia mendidik dan seharusnya keyakinan kita semakin tertingkat dengan didikan ini.

Benar, Allah sedang menegur kita.
Teguran Allah itu adalah sesuatu yang tarbawi bagi mereka-mereka yang berfikir, berzikir dan sedarkan akan hakikat didikan itu sendiri

Syukran atas coretan saudari.
~ BroHamzah

intaneqashut October 31, 2010 at 8:06 PM  

'tersuka' pula dengan tajuk ini...hehe, tidak d uji berat...tpi, cuma demam saja. Itu pun sudah rasa teruji...aigOOOoo~

Entri Baru, Jom terjah

BroHamzah October 31, 2010 at 9:43 PM  

(1) intaneqashut

Kecil, halus atau besar, berat ujian
Ia adalah didikan. Terasa sebenarnya ujiannya itu.Kekadang, kita memandangnya kecil, ada orang melihatnya besar.

Apapun semoga kita tabah dan sabar menghadapinya.

Syukran atas coretan saudari
~ BroHamzah

Ckin Kembaq October 31, 2010 at 11:14 PM  

Subhanallah.. Dia nak uji keimanan BroHamzah kot..sama ada ingat padaNya or tak.. n_n

p/s : Tiap yang brlaku tu tujuannya n ak bg kita ingat semula pada pencipta kita..sy pun..dlm smggu,ada byk ujian.. n_n

BroHamzah November 3, 2010 at 8:44 PM  

(1) Ckin Kembaq

Setiap ujian, anugerah, cabaran dan kurniaan itu, semuanya adalah tapisan keimanan.

Betul, kata saudari ujian itu untuk membawa kita remind, dan ingat semula kepada Allah SWT.

Wah, inilah cantik dan indahnya didikan Allah SWT.

Syukran atas coretan saudari
~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP