Catatan Perjalanan

Monday, August 31, 2009

Luaskan Pandanganmu dengan Mengembara Memerhati Alam

Catatan Perjalanan

Sepanjang perjalanan ke Perlis. Catatan ini untuk gerak hati yang sentiasa ingin sujud kepadaNya

Pertama

Redha adalah pantulan cerminan keyakinan kepada Allah SWT. Keyakinan yang mendalam dengan segala ketetapan Allah SWT adalah cebisan keimanan yang menyejukan dan membahagiakan. Redha dengan Allah SWT adalah ketenangan, kepasrahan dan penyerahan sepenuhnya tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu. (Penang, 31 Ogos 2009)

Kedua

Hamba Rabbani yang membulatkan perasaannya dalam beribadah akan merasai kelazatan iman yang sebenarnya, disirami ketenangan jiwa yang melegakan, dikurnia kekayaan hati yang menyejukan dan dilimpahi keberkatan rezeki yang tidak putus-putus.( Alor Setar, 31 Ogos 2009)

Ketiga

Insan yang Berjaya ialah mereka yang benar-benar ikhlas dalam mengenali Allah SWT, tulus dalam metaatinya dan berusaha keras menghindari kebatilan dan kemurkaanNya. (Perlis, 31 Ogos 2009)

Read more...

PRINSIP KEJAYAAN YANG MESTI DIKETAHUI

Sunday, August 30, 2009

Prinsip Kejayaan Untuk Muslim

Prinsip 1

" Apabila kamu telah membulatkan TEKADMU maka bertawakalah kepada ALLAH SWT."

( Ali Imran : 159)

Syarat untuk BERJAYA : Mesti ada matlamat yang jelas, bertekad untuk memperolehnya dan yang selebihnya berdoa kepada ALLAH SWT.

Apa itu tekad? Tekad bermaksud meletakkan satu keazaman yang KUAT untuk memberi tumpuan kepada sesuatu kerja sambil mengenepi benda-benda yang kecil. Maknaya, apabila kita bertekad mendapatkan sesuatu perkara kita rela mengharungi cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan yang hadir di dalam hidup kita.

Prinsip 2

" Dan tidak ada bagi manusia itu melainkan apa yang telah ia usahakan."

(An-Najm : 39)

Untuk memperolehi sesuatu, kita mestilah BERUSAHA bersungguh-sungguh untuk mendapatkanNya. Ini adalah fitrah yang menjadikan ketentuan Allah SWT. Lagi kuat usaha yang dicurahkan maka lagi baiklah hasil yang diperolehi.

Jadi ia juga boleh disimpulakan bahawa Kejayaan ini adalah pilihan kita sendiri. Sama ada MAHU atau TIDAK.

Prinsip 3

" RAJIN itulah penyebab utama segala KEJAYAAN, dan MALAS itulah punca setiap KEGAGALAN."

Dalam kamus, perkataan berjaya mendahului perkataan rajin dan perkataan gagal mendahului perkataan malas. Tetapi di dalam realiti kehidupan sebaliknya yang berlaku. Jadi kerajinan pasti membuahkan kejayaan. Dan hukuman kemalasan ialah kegagalan.

Kata Imam Ghazali : " Rajin adalah penawar yang paling mujarab dan malas adalah racun yang paling berbisa."

Read more...

Bulan Ramadhan - Bersihkan Hatimu

Suasana Hening Ramadhan Yang Menghidupkan Hati

Bulan Ramadhan - Bersihkan hatimu.

Bulan Ramadhan adalah Bulan Kebersihan. Inilah Bulan untuk menjernihkan hati dan membersihkan jiwa kita daripada titik-titik dosa dan maksiat.

Saudaraku, temanku dan sahabatku. Sesungguhnya kunci kejayaan kita terletak pada hati kita. Apabila baik hatinya, baiklah seluruhnya dan apabila sebaliknya, jahatlah seluruhnya. Hati kita adalah penentu kualiti diri kita. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti dan tiada nilai apabila tidak diikuti dengan proses pembinaan dan pembentukan hati yang sejahtera. Keberkesanan pembinaan kualti diri manusia begitu bergantung kepada kejayaan pembinaan Hati.Bagaimana cara mendapatkan hati yang BERSIH dan TETAP HIDUP? Ini caranya

CARA SATU

Selalu berzikir kepada Allah SWT. Dengan banyakkan zikrullah terus-menerus ia dapat memberi kekuatan sehingga hati sentiasa jernih dan bersih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihnya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasa perasaan dan emosi.

CARA DUA

Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

CARA KETIGA

Berusaha memaksa diri bagi terus beribadah dengan Ibadah yang terbaik kerana Ibadah yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Itulah cara yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan kita agar kesegaran dan kejernihan hati sentiasa diperbaharui. Tarbiyah Islamiyah yang sedang kita lalui pada saat ini, menjadikan hati kita ini sebagai sasaran pembaikan dan pemurnian.

Saudaraku, hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadar pada hati yang kotor. Keimana hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang Muslim.

Allah SWT memberi peluang yang terhampar luas di depan mata kita untuk membersihkan hati kita. Peluang ini, wajar kita rebut. Peluang berada di Bulan Ramadhan.

Saudara, Bersihkanlah hatimu.

Read more...

Sembang Tarbawi - Taqwa


Sembang-sembang Tarbawi - Taqwa.

“ Marilah, sama-sama kita berazam dan bertekad untuk menjadikan Ramadhan pada tahun ini adalah yang terbaik dalam Sejarah hidup kita,” Saya mulakan kelas pada pagi itu dengan penuh bersemangat.

Bersemangat dengan menjalani kehidupan di Bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan kerahmatan.

“ Outcome atau Output kepada Ramadhan nanti, ialah kita ingin menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa,” nasihat saya lebih berfokus kepada objektif Ramadhan.

“ Justeru, para pelajar sekalian. Marilah sama-sama kita lakukan perancangan dan pelan tindakan untuk RAMADHAN 1430 H ini dengan serius dan teliti.” Gesaan saya sebenarnya untuk diri dan para pelajar yang ada.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan rasa perhambaan dan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi peluang, kesempatan dan ruang untuk kita berada di Bulan Ramadhan.

Meraih Janji Allah SWT ; TAQWA.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dirindui oleh jiwa-jiwa yang beriman dan mengharapkan kasih sayang dan belas ihsan Allah SWT. Bulan membuah kecintaan dan mengarap rasa kerinduan yang mendalam kepada kekasih kita yang sebenar.

Bagi yang melalui Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung-hitung amalannya, ia akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan,jiwanya disinari dengan sinaran kerohanian dan kehidupan itu dibekali dengan bekalan ketaqwaan.

“ Bulan ini, Allah banyak mudahkan kita untuk melakukan segala amal ibadah. Ini tanda kasih sayang dan rahmat Allah SWT,” Saya teruskan ingatan berkaitan Ramadhan kepada para pelajar.

“ Kamu semua tahu, apa yang akan kita perolehi dalam bulan Ramadhan?,” soal saya.

“ Taqwa.”Ada yang memberi respon. Alhamdulillah.

“ Apa itu Taqwa?”, Soal saya lagi.

Suasana kelas diam dan semuanya tersenyum-senyum.

TAQWA natijah Ramadhan Al-Mubarak

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT telah berfirman yang menjelaskan bahawa Ibadah puasa ini diwajibkan kepada Ummat Muhammad seperti ummat-ummat terdahulu. Allah SWT berfirman di ayat terakhir dengan ungkapan “mudah-mudahan” kamu menjadi orang bertaqwa. Mudahan-mudahan itu tersirat maksudnya. Ada yang mendapat taqwa dan ada yang tidak memperolehinya.

“ Saya ada soalan, penting ke Taqwa dalam kehidupan kita?”, ada seorang pelajar menyoal.

“ Soalan yang baik.Taqwa itu sangat signifikan dalam hidup kita.”Ujar saya.

Ambil Al-Quran. Cuba rujuk surah-surah berikut.

Pertama, Al-Anfal : 29

Kedua, Al-Hadid : 28

Ketiga, At-Talaq : 2-3

Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi, apa yang kita dapati?

Kita akan dapati bahawa ketakwaan kepada Allah SWT adalah merupakan Asas Gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan).

Banyak sebenarnya takrifan Taqwa yang diberikan oleh para Ulama.Antaranya :

“ Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana ia menegah engkau dan bahawa Allah tidak mengurangi (merugikan) engkau ketika mana ia memerintahkan.”

“ Taqwa ialah memelihara diri daripada Azab Allah dengan mengerjakan amal Soleh dan takut kepada Nya ketika terang dan tersembunyi.”

Pernah dengar kita Saidina Umar Al-Khattab menyoal seorang sahabat, Ubai Bin Kaab tentang Taqwa.

Ubai bertanya : “ Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri? “

Umar menjawab : “ Bahkan!”

Ubai bertanya lagi : “ Apa yang engkau lakukan?”

Jawab Umar : “ Aku berhati-hati dan berusaha melepasinya.”

Ubai berkata : “ Maka itulah yang dikatakan Ketakwaan.”

Rumusan dan Kesimpulan tentang Taqwa

“ Jadi, para pelajar.Apa kesimpulan tentang perkongsian Ustaz pada pagi ini.?” Saya cuba mengakhiri tazkirah pagi itu dengan membuat satu simpulan yang mudah untuk mereka.

"Ketaqwaan adalah merupakan suatu hasil yang JITU, serta buah yang semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam, yang sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Lahir satu perasaan yang sentiasa takut kepadaNya, kegerunan dan ketakutan dan seksaanNya, keinginan serta kesungguhan (ketamakan) kepada keampunan dan kurniaan pahalaNya.”

Dengan Taqwa, jadilah engkau insan yang Soleh, mukmin yang bertakwa lagi berhati-hati, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.

Saya melangkah keluar dari dewan Kuliah dengan satu perasaan, mudahan Taqwa itu milik saya, dana para pelajar yang cuba memahami kata-kata itu dengan hati, jiwa dan perasaan mereka.

Read more...

BERJIWA BESAR

Wednesday, August 26, 2009

Warna Warni Kehidupan Yang Sementara

"Setiap kita yakin bahawa semua kita akan mati tetapi manusia yang BERJIWA BESAR akan mengolah 'seni kematiannya'”

HASSAN AL-BANNA

Read more...

Nilai Sebuah Persahabatan

Sahabat itu mendalam ERTInya

Sahabat,

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kita bersama diruang maya ini. Syukur juga diatas nikmat persaudaraan yang terbit hasil daripada proses didikan iman dan tidaklah kita dikatakan beriman selagi kita tidak merasa mahabbah ( kasih sayang ) sesama kita kerana cita-cita dan matlamat kita adalah sama.

Teman-teman yang Budiman,

Didoakan semoga semuanya kini sedang menghirup udara segar kurniaan Allah SWT dan merasai kenikmatan berubudiyah kepada Allah SWT dengan aman dan tenang. Alangkah indahnya dan damainya menjadi seorang muslim dan muslimah yang memahami segala tuntutan Rabbnya. Dengan iman dan ketaqwaan yang tertanam di dalam diri hati kita akan terasa amat tenang dan damai sedamainya. Melalui proses Tarbiyah Islamiyah Harakiyah inilah , hati dan jiwa kita dibentuk sehinggalah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah SWT. Teringat kata- kata seorang tokoh ilmuan terkenal, Prof Yusof Al-Qardawi :

" Imanlah satu-satunya unsur yang dapat mencipta perubahan dalam jiwa manusia dan menjadikan manusia dalam bentuk yang baru, sehingga berubah pada pandangan hidup dan jalan hidup yang ditempuhnya."

Setelah sekian lamanya kita berada di dalam proses pendidikan jiwa ini dan melalui sendiri proses Riadah Qalbiah, bersungguh-sungguh membuang karat-karat jahiliyah yang wujud di dalam diri, bolehlah kita mengimbas kembali dan menyemak semula peningkatan diri kita dalam proses ini. Inilah tugas kita sebagai hamba Allah SWT yang amat berhajat kepadaNya. Di sinilah keperluan kita untuk melakukan muhasabah diri.

Sahabat-sahabat Fillah,

Sahabat-sahabat dan teman-teman yang sama-sama berada dalam proses pendidikan ini adalah orang yang istimewa dalam kehidupan kita. Hakikat ini mestilah dirasai sungguh-sungguh. Persaudaraan dan kasih sayang sesama kita adalah tunggak kekuatan dan keberkatan di dalam kehidupan kita. Ikatan persaudaraan berteraskan keimanan kepada Allah SWT inilah yang menyebabkan istimewanya kedudukan sahabat-sahabat dan teman-teman kita. Kita berkongsi pemikiran yang sama, mempunyai perjalanan hidup yang sama dan matlamat hidup yang sama. Hanya dalam suasana ini lah kita mencetuskan suasana yang baik dan kondusif dalam mendidik dan mengasuh jiwa kita. Dalam suasana ini lah kita dapat berbincang dan berinteraksi dari hati ke hati dengan selesa dan puas. Suasana ini diumpamakan sebagai taman-taman syurga yang dapat melahirkan nikmat persaudaraan dalam Islam.

Sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang benar ini merupakan segelintir insan yang telah diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk memahami hakikat Islam yang sebenarnya dan melaksanakan Islam sebagai Ad-Deen dalam semua aspek kehidupan. Dalam suasana Islam yang asing kini, masih terdapat hati-hati yang menyerahkan secara dan sedar hati mereka untuk diproses dan dididik mengikut acuan Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Sahabat-sahabat sekalian,

Dalam hidup pasti kita akan diuji, terutamanya dalam soal persaudaraan ini. Jadi sekiranya timbul sebarang masalah dalam kita mengamalkan Islam, hendaklah kita serahkan penyelesaiannya mengikut jalan yang syara', Kita perlu bersikap positif dan berlapang dada dan banyakkan bersabar. Kita kena lihat bahawa kelemahan dan kekuatan sahabat sebagai bahan tarbiyah untuk kita. Bagi menyuburkan rasa ikatan ini, perlulah kita rasai bahawa masalah sahabat adalah masalah kita, kegembiraan sahabat adalah kegembiraan kita dan kesedihan sahabat adalah kesedihan kita.

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Di sini juga ingin saya berkongsi dengan kalian, sedikit peringatan yang disampaikan oleh sahabat yang masih tetap segar dalam ingatan kerana kata-kata hikmat tersebut kian terasa kebenarannya. Seorang sahabat berpesan , catalyst atau pemangkin atau pencepat tarbiyah ialah kehadiran kita dalam program, tumpuan dan ulangkaji bahan-bahan dalam HQ, 'concentration' dalam solah dan berkerja memimpin satu persatu individu.

Dalam mengharungi proses ini, kita akan diuji dan diuji. Anggaplah ini sebagai satu tapisan untuk menilai tahap kualiti keimanan kita kepada Allah SWT. Jalan yang kita pilih ini tidak mudah, tidak ada ganjaran 'immediate' yang jatuh bergolek di hadapan kita. Hanya air mata redha dengan ujian dan cabaran yang mampu kita tumpahkan demi mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. Ingin saya sampaikan bahawa jalan ini tidak dihampari dengan hamparan permaidani merah tetapi ia ditaburi dengan duri-duri serta kaca kesukaran dan kepayahan. Allah SWT akan menguji kita. Menguji saya dan menguji saudara pembaca sekalian. Semoga kita bersedia menghadapinya.

Saudara dan saudari sekalian,

Akhir kalam, marilah kita check balik titik tolak kita. Ketahuilah bahawa titik tolak kita di atas jalan ini adalah keimanan kita kepada Allah SWT. Inilah titik tolak yang betul dan shahih. Perlulah kita ingatkan kepada diri kita dan orang lain tentang keimanan kepada Allah SWT. Perkara ini selalu ditekankan oleh sahabat-sahabat awal di dalam perjumpaan dan penemuan mereka. Perkara inilah yang menjadi trend mereka dan kita perlu jadikan ia trend kita. Jika ada dikalangan kita tidak mengemari trend ini kita akan dapati ia berbeza. Berbeza kerana titik tolaknya tidak menjadikan keimanan itu sebagai masdar utama.

Sekian

Yang memerlukan doa kalian


BroHamzah

26 Julai 2009

Read more...

Segarkah Diri dan Bangkitkan Syuur Mu



Jadikan Hidupmu Yang Sementara Ini Sebagai Medan Mencari Bekalan Untuk Kehidupan Yang Kekal Abadi

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP