Santai - Afifah Solehah dan Abinya

Sunday, February 28, 2010

Afifah dan Abinya
Gambar yang saya tunjukan sebelum ini adalah gambar anak kepada sahabat saya Zulkifli Willi. Namanya sedap sekali secomel orangnya, Afifah Solehah. Bila lihat wajahnya, tenang sahaja hati. Afifah ini periang dan suka senyum kepada sesiapa sahaja. Kami panggil dia, " Baby Mesra Alam." Tidak kira dengan sesiapa pun, dia suka sangat senyum dan jarang menangis.
Semoga Afifah menjadi anak yang solehah yang akan menyejukan hati Abi dan Umminya. Zul, didik lah anak anta ini dengan sebaik-baik didikan ( Tarbiyah Islamiyah).

Read more...

Soal Jawab ~ Berdepan dengan Keluarga

Kebenaran itu mesti disampaikan kepada sesiapapun hatta kepada keluarga kita


Soal satu



Assalamualaikum WBT,



Harap abang sihat. Saya ingin kongsikan sedikit masalah keluarga saya. Saya mempunyai bilangan adik beradik yang agak besar. Masalah saya ialah kebanyakan adik beradik saya adalah mereka yang selalu menimbulkan masalah dan terlibat dengan masalah akhlak. Maksud saya, masalah dari segi hubungan dengan ibu bapa, masalah pelajaran dan akhlak. Sebagai pelajar yang ingin berubah, saya benar-benar ingin untuk membimbing mereka, tetapi apakan daya saya terlalu lemah untuk buat semua ini. Siapa la saya dimata abang dan kakak saya.


( Soalan diolah sedikit bahasanya tanpa mengubah maksud pertanyaan yang diajukan)

Jawapan seadanya



Kehidupan ini tidak sunyi daripada ujian, dugaan dan mehnahnya. Inilah kehidupan yang sedang kita lalui. Kehidupan ini bersilih ganti siang dan malamnya, dicelah-celahnya dihiasi dengan ujian dan cabaran yang pelbagai.


Ibnu Qayyim Al-Jauziyah pernah menyebut : “ Jika kita memilih jalan keimanan dan ketaqwaan ia bermakna kita memilih jalan kepayahan dan kesukaran.”


Ujian yang Allah SWT timpakan kepada kita, adalah ujian untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya. Menguji keyakinan kita kepadaNya, Menguji sifat kebergantungan kita kepada kekuasaan dan kehendakNya.

Dalam menghadapi segala Ujian hidup, perkara yang terpenting adalah bagaimana sikap kita menghadapinya dan bertindak untuk bertindak balas dengan ujian ini?


Bersedih, Kecewa, Merungut, Marah?


Atau bersabar, berusaha menyelesaikannya dan sentiasa bersikap positif


Berat sungguh ujian anda kerana ia melibatkan individu yang anda sayangi dan hampir dengan anda. Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah kuatkan hati untuk hadapi semua ini. Jalinkan kerendahan hati untuk menghadapi semua ini. Marilah sama-sama kita kuatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan yakinlah pertolongan Allah SWT itu sangat hampir dengan kita.

Apabila melibatkan permasalahan keluarga, suka abang ingatkan tentang 3 T yang boleh kita laksanakan iaitu Time, Talk dan Touch.

TIME – berikan masa kita kepada mereka dan banyakan masa kita bersama mereka. Bina hubungan dan jangan sesekali membiarkan hubungan kekeluarga itu retak. Hargai setiap detik bersama mereka.

TOUCH – sentuhan itu penting. Apatah lagi sentuhan kasih sayang, selalu bersalaman, memeluk dan mencium tangan kedua ibu bapa kita. Ia adalah tanda memesraan dan tanda bahawa kasih sayang itu memayungi sesebuah keluarga.

TALK – bersembang dan bergurau semasa ahli keluarga adalah medium yang penting untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli keluarga. Banyakkan sesi luah hati secara tidak formal dengan keluarga anda. Jika sukar, bina lah ruang-ruang dan peluang-peluang untuk mewujudkan suasana harmoni untuk mengeratkan hubungan sesam ahli keluarga.

Diatas ada sedikit panduan untuk anda. Semoga Allah SWT permudahkan.

Read more...

Santai - Siapa ini?

Saturday, February 27, 2010

Siapa ini?

Read more...

Kejutan dan Ingatan

Friday, February 26, 2010

Ia adalah Muhasabah Buat Diri


Kejutan dan Ingatan
Oleh : BroHamzah

Minggu ini saya dapat satu mesej melalui Laman Sosial Networking yang saya miliki. Ia amat menghairankan dan mengejutkan. Mesej daripada seorang adik peserta kem rasanya, tetapi saya tidak pasti sekolah mana.



Assalamualaikum


Abang Ali Meninggal?


Ramai kawan-kawan saya yang bagi tahu. Kami semua terkejut la. Ini nak Tanya betul atau tidak. Macam tidak percaya. Ada yang kata mereka dengar melalui pengumuman kat Sekolah. Ada kata tidak dengar apa-apa pun.

Bila direnungkan kembali. Lucu pun ada. Kehairanan pun ada juga. Tetapi, bila direnungkan, saya tetiba teringkat satu hakikat yang sangat besar.Ia sangat mengerunkan. Iaitu sesuatu yang akan kita lalui.



“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”



Surah Ali-Imran ayat 185.

Saya teringat satu Kata-kata Ustaz Muhammad Najib Abdullah dalam satu penyampaiannya.Katanya simple tetapi dalam pengertiannya :

“ Yang muda AKAN mati, dan yang tua PASTI mati.”

Ertinya apa?

Kita semua akan menemui Allah SWT. Namun bagaimana persiapan kita?

As Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berpesan :

“ Semua manusia akan menemui kematian, dan mereka yang berjiwa besar adalah mereka yang mengolah seni kematiannya.”

Benarlah kata para Ulamak :

“ Jika engkau inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai peringatan.”

Saya tertunduk, insaf dan melihat diri saya sedalam-dalamnya.

PERSIAPAN BERTEMU ALLAH SWT
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa salah satu cara untuk bersihkan hati yang berkarat ialah dengan mengingati mati. Ia bererti agar kita perlu sentiasa ingatkan diri tentang hakikat diri dan hakikat pengakhiran kita. Ke mana kita selepas ini?

Kehidupan kita yang hanya avaragenya 60 – 70 tahun umur kehidupan, adalah untuk mengumpul bekalan sebelum saat-saat pertemuan dengan Allah SWT. Nilaian dan tempoh umur yang terlalu singkat inilah menjadi penentu kehidupan kita di akhir kelak. Soal pemilihan jalan hidup ketika ini, menjadi AGENDA yang penting dalam hidup.

Saya inginkan kehidupan saya ini, kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Kehidupan yang dihiasi dengan keimanan dan kepergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Jalan hidup yang dilimpahi keberkatan dan keampunan Allah SWT. Dan yang terpenting jalan hidup yang boleh memberi manfaat kepada orang lain yang berada disekeliling saya.

Jalan dakwah dan jalan tarbiyah adalah jalan kehidupan yang menjadi nadi kehidupan saya. Ia merupakan jalan yang menjadikan saya hamba rabbani yang sentiasa peka tentang keadaan diri saya dan sentiasa mempunyai hasrat dan perasaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan diri saya. Bagi saya inilah sunnah Rasulullah SAW yang terbesar yang seharusnya kita ikuti.

Jika kematian itu menjemput saya, biarlah dalam keadaan Allah SWT meredhai dan menerima saya sebagai hamba dhaif yang sentiasa patuh dan taat kepadanya.

“ Ya Allah ya tuhanku, Engkau Ampunilah segala dosaku dan terimalah aku sebagai hambaMu. Ya Allah ya tuhanku, Engkau ambillah aku dalam keadaan Engkau meredhaiku dan janganlah Engkau membiarkan diriku ini dalam kelalaian dan kealpaan daripada mengingatimu.”

MUHASABAH HARIAN

Namun, jika direnungkan kembali ternyata banyak masa saya masih terluang dan dihabiskan dengan sia-sia. Banyak dosa saya kepada Allah SWT, kepada ibu bapa dan jua kepada manusia yang berada disekitar saya. Bayangkan jika kematian menjemput saya ketika ini?

Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah.
Dosaku menggunung tinggi, tetapi rahmatmu melangit luas
Walaupun taubat seringku mungkiri, tetapi pengampunanMu tidak pernah bertepi
Ya Allah, pandanglah Aku
Bimbinglah aku dan berikanlah Taufiq Hidayahmu kepadaku
Berikanlah kesempatan hidupku ini, untuk mencari bekalan Taqwa
Sebelum saat-saat pertemuanku dengan Mu
Terimalah aku dalam keredhaan dan keampunanMu..

P/S : Bulan lepas, seorang sahabat satu batch saya semasa saya di sekolah menengah telah dijemput oleh Allah SWT pulang ke rahmatullah. Siapa sangka usia yang muda begitu, sihat tanpa sakit akan menemui kematian. Peristiwa di atas memberi peringatan yang sangat berguna untuk hati saya.

Read more...

Baginda Rasulullah SAW, Cintaku kepadanya

Thursday, February 25, 2010

Pergorbanan baginda adalah bukti kecintaan yang mendalam kepada umatnya
Baginda Rasulullah SAW, Cintaku kepadanya


Oleh : BroHamzah


Sewaktu di tingkatan 2, saya pernah membaca sirah Rasulullah SAW dan para sahabat. Ketika itu, banyak kisah-kisah yang sangat luar biasa dan ia menjadi bahan tarbawi untuk saya sebagai didikan pembinaan asas kecintaan kepada Rasulullah SAW dan generasi para sahabat RA.


Satu perkara yang benar-benar meninggal kesan yang mendalam kepada jiwa saya adalah pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam perjuangan dan menegakan deen Islam. Ternyata jiwa dan hati baginda begitu mulia, dan tiada gambaran yang boleh diberikan melalui kata-kata tentang hakikat ini.
Saya kongsikan kisah Baginda Rasulullah SAW yang saya petik daripada Blog salah seorang Murabbi saya untuk saa-sama kita hayati dan mendalami sirah pengorbanan dan perjuangan seorang insan yang seharusnya menjadi insan yang kita cinta segenap jiwa dan hati kita.

Pengorbanannya diluar batas kemanusiaan. Pernah Baginda berjalan-jalan ditengah padang pasir ketika tengahari yang panas yang kebiasaannya masyarakat Arab akan berehat di rumah. Apabila Baginda bertemu dengan dua orang sahabat maka ditanya kepada Baginda, kenapa Baginda SAW di situ, maka jawabnya “Aku lapar, sudah beberapa hari aku tidak makan”.

Bukankah Saidatina Khadijah isterinya adalah seorang janda yang cukup kaya dan Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang peniaga yang Berjaya dan disenangi?
Kemanakah perginya harta kekayaan Baginda?
Kenapa Baginda harus lapar?


Bahkan setelah dijamu makan oleh sahabat tadi, Baginda minta pula sedikit makanan untuk anaknya Fatimah RA, kata baginda “Sudah beberapa hari makanan tidak masuk ke dalam perutnya”. Kemanakah seluruh kekayaan Baginda dibelanjakan hingga Baginda dan anak kesayangannya itu terpaksa melalui hari-hari yang panas dalam kelaparan?

Bukankah semuanya dikorbankan untuk kita?

Untuk keimanan sampai ke hati-hati kita,

untuk kita mengenal Allah sebagai Ilah dan Rabb

dan untuk kita selamat dari azab neraka Allah SWT.

Kenapa baginda harus berkorban hingga begitu sekali? Begitulah mendalamnya cinta Baginda kepada kita ummatnya. Tak terbayangkah kita ketika Baginda berdepan dengan sakitnya sakaratul maut? Nama siapakah yang disebut-sebut Baginda? Bukankah Baginda menyebut … ummati! ummati! ummati!. Sekiranya kita benar-benar cintakan Baginda tentunya kita akan terdengar panggilannya itu setiapkali kita membaca kisah saat-saat kematinnya. Ya, kita tidak dapat dengar dengan telinga kita tetapi kita akan dengarkannya dengan jiwa dan nurani kita. Panggilan yang penuh kasih dan pengharapan agar kita nanti akan bersamanya di Akhirat nanti.


Cuba kita bayangkan hijrah Baginda ke Madinah. Perjalanan yang hampir 500 KM. Menempuh padang pasir yang kontang dengan batuannya yang tajam sedangkan musuh boleh muncul pada bila-bila masa sahaja.


Cuba kita bayang peristiwa di Ta'if. Setelah begitu hebat dakwahnya ditentang di Mekah, Baginda berangkat ke Ta'if dengan seribu harapan. Tidak ada unta yang menjadi tunggangan Baginda melainkan Keimanannya pada Allah SWT, Tidak ada tongkat melainkan Roja'nya pada Allah dan tidak ada bekalan selain Taqwanya pada Allah SWT. bagaimana pula layanan penduduk Ta'if yang merupakan tetangga Halimaton Sa'diah, ibu susuan Baginda? Apa yang mereka lemparkan pada tubuh Baginda?. saidina Zaid menjadikan dirinya sebagai benteng lalu hampir-hampir kepalanya pecah. Darah-darah baginda SAW mengalir dari betis-betisnya lalu membasahi bumi Ta'if. Adakah Baginda doakan kebinasaan kepada mereka yang begitu membencinya? lalu apa yang Baginda doakan?

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu, kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha."

Inilah secebis kisah perjuangan baginda SAW untuk kita menanamkan cinta dan rindu kita kepadanya. Semoga Sambutan Maulidur Rasul kali ini akan menyegarkan pohon cinta kita kepadanya. Marilah kita sirami pohon iman ini dengan menghayati sirah baginda diwaktu-waktu yang berharga ini. Semoga air mata kita tidak lagi terlalu berharga untuk Baginda Rasulullah SAW.

Read more...

Meraih Kebahagiaan

Wednesday, February 24, 2010

Bahagia itu apabila kita rindu untuk bersamaNya, menyerah diri kepadaNya dan suka perbanyakan sujud terhadapNya.

Meraih Kebahagiaan

Oleh : BroHamzah

Kebahagiaan itu bukan pada istana Sultan Brunei yang megah berdiri, bukan pula pada kecanggihan kelengkapan tentera Amerika yang serba lengkap, bukan juga pada rumah mewah menteri-menteri kerajaan, bukan pada simpanan harta menggunung para jutawan tersohor dunia, bukan juga pada empayar perniagaan para ahli koprat yang terkenal dan bukan juga pada taman-taman Mega yang dipenuhi dengan bunga-bungan yang berwarna-warni.


Kebahagiaan itu bukan berupa cek yang dapat ditunaikan, bukan berupa kenderaan canggih yang dapat diperjual-belikan, bukan berupa bunga yang dapat dicium bau yang semerbak harumnya, bukan berupa kain nan indah yang dibentangkan untuk menghiasi rumah yang indah.

Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya, dan adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya. Kebahagiaan itu terletak pada keimanan, keyakinan dan ketaatan kepada Allah Yang Maha Membalas. Lihat pada Rasulullah SAW, baginda merupakan insan yang paling bahagia di dunia.

QUDWAH HASANAH



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam adalah seorang yang sederhana, berlapang dada, optimis, semangatnya tinggi, perasaannya hidup dan mudah dalam semua urusannya. Baginda terlalu dekat di hati masyarakat, sederhana dengan keagungannya, hampir dengan semua orang lagi berwibawa. Baginda pemurah dengan senyuman, dicintai kerana ketinggian budi pekertinya, akrab dengan sesiapa pun sama ada yang jauh mahupun yang dekat. Baginda berakhlak mulia, cerah penampilannya, penuh rasa malu, suka berjenaka dan ramah penerimaanya. Baginda selalu gembira dengan pemberian Allah, sehingga tidak pernah kenal erti putus asa, tidak pernah tertekan jiwanya. Baginda sering memandang jauh kehadapan. Baginda adalah pemegang risalah, pembawa prinsip-prinsip hidup dan guru bagi umat manusia. Baginda juga adalah perbendaharaan peribahasa, gudang keutamaan lautan anugerah dan sumber cahaya.


Itulah contoh praktikal untuk kita. Hidup baginda penuh dengan kebahagiaan. Penuh dengan segala kebaikan. Tahukah saudara, ia bermula dengan iman dan keyakinan kepada Allah SWT? Inilah yang saya namakan ia sebagai hakikat kebahagiaan.

KEHIDUPAN YANG MEMBAHAGIAKAN


Imam Ahmad Bin Hanbal dipenuhi kebahagiaan dalam hidupnya, padahal pakaian putihnya penuh dengan tampalan yang dijahitnya dengan tangannya sendiri. Tempat teduhnya dperbuat dari tanah liat yang hanya memiliki tiga bilik. Makanannya hanya sepotong roti dengan dilumuri dengan minyak zaitun. Sekalipun demikian, dia merasa kesenangan, tenang, mantap, damai, hidup tanpa bebanan dan memperolehi nikmat ketenangan. Kenapa? Ini kerana dia memiliki hati yang kukuh, cita-cita yang tinggi, mencari pahala serta redha Allah SWT, dan beramal bersungguh-sungguh untuk akhirat dan syurga yang dirinduinya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, hidup seorang diri, tidak mempunyai keluarga, tidak mempunyai rumah, tidak punyai pangkat dan kekayaan. Dia hanya memiliki sebuah bilik di sebelah Masjid Jami' Bani Umayyah, sebagai tempat berteduh. Untuk makan, hanya diperlukan sepotong roti. Dan pakaian hanya memiliki 2 helai baju yang dipakai bergantian. Namun insan yang dikhabarkan ini, syurga ada dalam dadanya, jiwanya jernih dan bersih. Pohonan keimanan dan ketaqwaan tertanam kukuh dalam kalbunya dan keyakinannya tetap teguh pada Allah SWT dan ajaran Rasulullahnya. Hidupnya bahagia, beliau tersenyum mendambakan syurga yang dirinduinya saban hari.


Hari ini, kita beranggapan kebahagiaan itu pada muatan kemewahan dalam rumah yang besar, berlimpahan segala sesuatu yang bernilai tinggi, serta hidup kita dikenali dan disanjuang manusia yang pelbagai. Bagi kita, hal-hal yang disukai, diminati akan membuatkan kita bahagia, senang, gembira dan hidup kaya raya. Akan tetapi, semua itu akan menjadi penyebab jiwa resah, tertekan dan hanya menambah pelbagai masalah saja.


Saudara-saudariku, marilah kita mencari Allah SWT dalam hidup kita. Mencari Allah SWT mempunyai jalan yang sukar dan penuh likuan yang berduri. Inilah harga yang perlu kita bayar untuk sesuatu yang bernilai dan berharga. Hasilannya adalah sebuah ketenangan dan kebahagiaan. Ketenangan adalah ketetapan hati kepada Allah SWT atau ketenangan jiwa kerana berserah diri kepada Allah Yang Maha Rahman. Ketenangan hanya akan didapatkan oleh orang-orang yang beriman dan ketenangan akan menyelamatkan mereka dari kebingungan, kekacauan, keraguan dan ketidakpuasan.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata : Rasulullah saw telah membaca ayat ini (maksudnya):



“ Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam ”




( Al-An’am : 125)



Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apakah itu melapangkan ?





Jawab Baginda : Cahaya yang dicampakkan ke dalam hati .





Mereka bertanya lagi : Wahai Rasulullah, adakah ia mempunyai tanda-tanda untuk mengenalinya ?



Jawab Baginda : Ya, ada.



Mereka bertanya lagi : Apakah dia?



Sabda Baginda saw : Mendekati ( menghampiri ) kepada tempat yang kekal ( akhirat ), menjauhi tempat yang menipu ( alam dunia ) dan bersedia untuk mati sebelum mati.




(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir At-Tobari. Disebutkan juga oleh Ibnu Kathir di dalam tafsirnya melalui beberapa jalan. )

Ketenangan, keimanan, kepasrahan dan kepergantungan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan!

Read more...

Sediakan Medan Amaliyah

Tuesday, February 23, 2010

Murrabi Mithali, ia mendidik dengan jiwa dan perasaan


Sediakan MEDAN Amaliyah
Oleh : BroHamzah

“ Murabbi yang baik adalah murabbi yang berkemampuan mendidik anak didiknya untuk menjadi lebih baik daripadanya.” Itu antara pesan Al-Fadhli Ustaz Dahlan Bin Mohd Zin.

Banyak kisah yang menarik berkaitan cara Ustaz dalam mendidik anak-anak didiknya. Alhamdulillah, antara perkara yang ditekankan oleh Ustaz ialah proses Tarbiyah secara amaliyah iaitu praktikal. Setelah memberi kesedaran dan fikrah (kefahaman) Islam, pastinya ia mestilah disusuli dengan amaliyah kerana inilah medan amal.

Dr Abdullah Sudin pernah menceritakan bagaimana beliau dididik oleh UDMZ ketika beliau menetap di Perlis era tahun 1980 an dulu.



“ Pernah suatu ketika, Ustaz memberi satu tajuk berkaitan “ Ukhuwah Islamiyah” dan Ustaz menghurainya secara serius dan hidup kepada kami.Dan dalam tempoh terdekat itu, kami akan mengadakan satu perjumpaan dengan sahabat-sahabat di Kuala Lumpur.” Cerita Dr Abdullah dalam suatu ceramahnya.



“ Ustaz maklumkan kepada kami, “ Kita akan bertolak esok pada pukul jam 3 pagi.” Satu arahan yang mudah tetapi jika tanpa kesungguhan dan ikatan ukhuwah sesama sahabat tentu ianya sukar.” Jelas Beliau.



“ Esoknya kami bergerak secara konvoi seramai 13 buah kereta menuju ke Kuala Lumpur. Dalam permusafiran ini banyak elemen penerapan tarbawi berlaku antara kami dan yang paling ketara ialah persaudaraan sesama Islam.Ketika itu, jalan ke Kuala Lumpur tidak sebaik lebuh raya yang ada pada masa kini. Bayangkan, kami bermusafir bersama-sama dengan sejumlah kenderaan sebanyak itu. Tentunya ia adalah satu didikan yang sangat berkesan.”


“ Inilah medan amaliyah yang dilaksanakan Ustaz kepada kami.” Dr Abdullah memberi kesimpulan kepada kami.

Apa Ibrah atau pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini?

Read more...

Motivasi Belajar

Monday, February 22, 2010

Menuntut Ilmu bukan hanya untuk menajamkan akal tetapi menjernihkan hati dengan nur kebenaran


Soal Jawab

Suatu malam, peti mesej handset saya berbunyi. Ada satu mesej, soalan daripada pelajar saya.


Assalamualaikum WBT Ustaz



Macam mana saya hendak tingkatkan prestasi diri saya agar lebih dekat kepada Allah dan pada tahun ini saya rasakan saya amat malas sekali untuk belajar dan saya cepat meradang apabila orang menegur saya terutamanya ibu bapa saya, saya berasa rimas sekali. Tolonglah saya Ustaz, saya tidak hendak jadi anak yang derhaka.

Alhamdulillah, bibit kesedaran masih bersinar dalam hati pelajar ini. Sebelum, membalas jawapannya saya bertanyakannya satu soal.

Sebelum Ustaz menjawab soalan ini, izinkan Ustaz Tanya satu soalan. Boleh?

InsyaAllah, Boleh ustaz.

Dalam hidup ini, apa perkara yang paling kamu HAJAT dan IMPIKAN?

Saya ingin membahagiakan ibu bapa saya kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya selama ini. Kedua, saya ingin mencapai matlamat hidup saya iaitu menjadi seorang yang berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ketiga, saya ingin menjadi wanita solehah di sisi Allah SWT, InsyaAllah. Keempat, saya ingin memenuhi hajat ibu bapa saya kerana saya adalah satu-satunya harapan ibu bapa saya untuk mengubah nasib keluarga.

Jawapan saya,

Alhamdulillah, impian dan harapan yang tinggi. Kamu tahu, jika kamu fahami, hayati dan amati sedalam-dalamnya cita-cita kamu itu, kamu akan terdorong untuk BERUBAH & MENGEJAR cita-cita itu dengan tekad dan azam yang tinggi. Bagi Ustaz, keluarga itu adalah sumber kekuatan untuk belajar. Sebelum tidur, cuba bayangkan wajah ibu bapa awak. Bayangkan urat-urat pada wajah ibu kamu. Bukankah mereka semakin berusia, bayangkan rambut mereka yang semakin memutih. Dan paling penting, bayangkan HARAPAN mereka kepada awak. Hati awak akan terusik dan air mata akan mudah mengalir apabila teringatkan mereka dan harapan mereka terhadap kamu. Jadi, jadikan IBU BAPA kamu,pendorong dan motivasi untuk belajar.Boleh?

InsyaAllah, saya akan cuba. Terima kasih atas pandangan dan nasihat yang Ustaz berikan



Satu lagi, latih dan tanamkan kepada hati untuk belajar kerana Allah SWT. InsyaAllah, inilah kekuatan utama dalam menuntut ilmu.

InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi.

Pesanan Buat diri
Menuntut Ilmu perlukan keikhlasan, kesungguhan dan tidak mengenal erti penat dan jemu. Belajarlah untuk menjadi pakar dalam bidang anda masing-masing. Peringatan ini untuk diri saya juga. Target untuk menyambung belajar sehingga Ijazah kedoktoran. (PhD). Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?

Read more...

Hidup Biar Buleh Tupe

Sunday, February 21, 2010

Trademark KTD, yang selalu diwar-warkan oleh Ketua Eksekutif KTD


Hidup Biar Bulih Tupe
Oleh : BroHamzah

Sembang-sembang saya dengan Ketua Eksekutif KTD (http://www.ktd.edu.my/), Dr Abdullah Sudin Bin Abdur Rahman pada minggu lepas banyak memberi ilmu-ilmu dan perkongsian pengalaman yang baru bagi saya.

Dr Abdullah Sudin sememangnya dikenali sebagai seorang yang mempunyai watak kepimpinan yang disegani, orangnya peramah( tidak lokek dengan senyuman), sangat teliti dalam kerjanya, mempunyai daya pengaruh yang meluas, mempunyai daya fokus yang tinggi pada kerjayanya dan juga suka berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja.

Oleh itu, saya rasa amat beruntung kerana diberi peluang untuk mengenalinya dan berkerja di bawah bimbingannya. InsyaALLAH, dengan kesempatan dan kemampuan yang ada saya akan cuba berkongsikan dengan anda sekalian pengalaman dan perkongsian saya bersama tokoh pimpinan yang dihormari ramai ini.

SUKA MEMBANTU DAN BERKHIDMAT

Salah satu konsep yang ingin diterapkan oleh Dr Abdullah Sudin kepada Mahasiswa/I KTD adalah kecemerlangan yang holistik. Kebanyakan para pelajar cukup sinonim dengan trademark yang selalu diwar-warkan oleh KE KTD ini iaitu Belajar Biar Pandai, Perangai Biar Juruh dan Hidup Boleh Tumpang.

“ Saya sering mengingatkan para pelajar dengan kata-kata ini, “Belajar biar pandai, perangai biar berakhlak dan hidup biar orang lain boleh tumpang (menyumbang kepada orang lain)”. Orang profesional tetapi tidak berakhlak akhirnya akan rosak. Manakala akhlak yang baik tapi tidak boleh memberi manfaat maka tidaklah mencukupi. Biarlah pelajar-pelajar KTD yang keluar ke masyarakat sebagai profesional yang mempunyai kesedaran untuk membantu orang lain sehingga membentuk mata-mata rantai yang bantu-membantu.” Ulas Dr Abdullah Sudin tentang harapannya untuk pelajar KTD.

Teringat saya tentang sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Sebaik-baik manusia adalah mereka yang boleh bermanfaat kepada orang lain.”

Inilah indahnya ajaran Islam. Bermanfaat kepada sesiapa sahaja menjadikan seorang mukmin itu boleh berkhidmat kepada semua manusia yang ada disekelilingnya. Sikap bantu-membantu, bahu-membahu, suka memberi perkhidmatan dan tidak lokek inilah yang menjadi teras dan konsep utama yang ingin dibawa oleh Dr Abdullah Sudin kepada warga KTD.

PENGALAMAN PERIBADI

Suatu hari, semasa sesi sembang-sembang dengan KE dan staff KTD yang lain Dr Abdullah Sudin sempat berkongsi pengalamannya.

“ Apabila kita bantu orang lain, insyaAllah Allah SWT akan bantu kita. Saya sangat yakin tentang perkara ini. Banyak pengalaman hidup yang telah membuktikan bahawa sekiranya kita bantu orang lain, Allah SWT dan orang disekeliling akan bantu kita balik ,” Kongsi KE dengan kami petang tersebut.

Pengalaman Pertama

“ Dulu masa buat PhD di United Kingdom, hidup saya seperti sekarang juga. Suka buat kerja kebajikan dan sibuk dengan aktiviti membantu orang lain,” Beliau memulakan cerita.
Kami yang ada khusyuk mendengar dan memberi perhatian.

“ Saya buat PhD, hampir 3 tahun Setengah lebih kurang. Suatu hari, saya minta tangguh VIVA PhD saya daripada supervisor saya selama sebulan. Tetapi Supervisor saya tidak bagi.”

“ No Way,” Tegas Supervisor KE.

Supervisor KE sudah susun jadual untuk pemeriksa luar ( external examiner) dan jelasnya, agak sukar untuk mengubah jadual semudah itu. Jika permintaan Dr Abdullah dilakukan, ia akan menggangu banyak tugas yang lain.

Dengan akur, Dr Abdullah terima kenyataan ini. Tujuan beliau minta tangguh adalah untuk mengemaskan kajiannya tentang tesis PhDnya,jadi ini bermakna beliau perlu usaha keras untuk selesaikan PhD pada tarikh yang telah ditetapkan seperti awalnya.

Keesokannya, Dr Abdullah Sudin menerima panggilan daripada Supervisor.
“ Assalamualaikum, kamu ada telefon pemeriksa luar ke?,” Soal Supervisor Dr Abdullah.

“ Tidak,kenapa Dr?” Jawab Dr Abdullah.

“ Tadi, pemeriksa luar itu telefon saya. Dia minta tangguh Viva kita sebulan lagi. Katanya ada hal yang tidak boleh dielakkan,” Terang Supervisor itu.

Dr Abdullah terkejut dan sangat bersyukur. Allah SWT permudahkan urusannya. Kata KE, kalau difikirkan secara logik, tentunya perkara ini nampak mustahil tetapi ketentuan Allah SWT, perkara ini boleh berlaku.

Pengalaman Kedua

“ Ada satu lagi, pengalaman saya yang sangat menyakinkan saya tentang kebaikan jika kita membantu orang.” KE menyambung ceritanya.

Dr Abdullah bercerita kepada kami, kisah peringkat awal beliau mengambil alih Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) pada awal tahun 2004 dahulu. Ketika itu, kewangan KTD sangat tenat, dan beliau sendiri tidak bergaji untuk tempoh yang agak lama.
“ Kamu tahu di mana rezeki saya ketika itu,” Soalnya.

Saya menggeleng kepala.

“ Allah SWT izin, saya banyak dapat jemputan menyampaikan ceramah dan menjadi panel forum. Rezeki saya Allah SWT salurkan melalui ini. Kekadang ada ceramah, saya cakap tidak sampai sejam sekitar 30 ke 40 minit sahaja. Saguhati atau cederhati yang diberikan sampai mencecah RM 300 sehingga RM 500,” ujarnya dengan penuh kerendahan diri. MasyaAllah.

“ Bukan niat saya kepada wang itu, tetapi itu hakikat rezeki yang ingin Allah SWT tunjukan kepada kita.” Tambahnya lagi.

“ Inilah keyakinan saya tentang memberi khidmat kepada orang lain. Sebab itulah projek HALUAN yang saya usahakan sekarang ini bersama sahabat-sahabat saya menjurus ke arah khidmat bersama masyarakat. Kita perlu banyak memberi, tidak kiralah dalam bentuk apa pun sama ada wang, tenaga, buah fikiran, masa atau kudrat kita sendiri kerana di situlah nilai kehidupan kita,” KE mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

Semoga kisah yang benar di atas meningkatkan motivasi kita dalam melaksanakan konsep “ Hidup boleh tumpang” dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan dengan pada pembaca dengan kisah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi bersama KE KTD ini dari semasa ke sama. InsyaALLAH.

Tambahan : Dr Abdullah Sudin juga merupakan Presiden Haluan Malaysia ( http://www.haluan.org.my/)

Read more...

Sesuatu yang menakutkan

Saturday, February 20, 2010

Keruntuhan akhlak dan rosaknya nilaian dalam masyarakat lebih dahsyat kesannya berbanding kemusnahan bangunan dan berleluasannya peperangan
Sesuatu yang menakutkan

Saya kongsikan satu hakikat yang tidak dapat kita nafikan lagi. Kebatilan, kerosakan, kejahilan dan kemusnahan sosial masyarakat dunia semakin parah. Sumber berita yang didedahkan ini telah membuktikan kepada kita, dunia kini kian parah dan sangat tenat.


Ketenatan masyarakat, itu menunjukan natijah kepada kerosakan yang dahsyat kepada masyarakat umum secara amnya apabila kehidupan manusia itu tidak berteraskan kepada Aqidah mentauhidkan Allah SWT.


Dunia pada hari ini, telah menyaksikan bahawa manusia telah mempunyai KRISIS yang sangat besar dan bahaya. Krisis saya maksudkan ialah mereka tidak mentauhidkan ALLAH SWT dan hilang hubungan antara mereka dengan Allah SWT dan inilah sebenarnya yang kita maksudkan Mungkar Al-Akbar.


Natijahnya atau kesannya, kita boleh lihat gejala yang bertentang dengan nilaian Islam yang menular dan bernanah dalam masyarakat..

Oleh Hafizahril Hamid
Sumber : http://utusan.com.my/utusan/
21 Februari 2010

KEMODENAN dunia telah memungkinkan segalanya. Pengaruh dunia moden juga telah membenarkan manusia untuk melakukan apa saja atas alasan itu adalah hak asasi manusia. Sebut apa saja, kebebasan bersuara, berpakaian, berpolitik, beragama, hidup bersama tanpa ikatan sah mahupun perkahwinan sejenis semuanya dibenarkan tanpa sebarang batasan. Semua ini dibenarkan atas alasan dihambat arus kemodenan. Tidak ada salahnya kemodenan namun akibat terlalu dibuai perasaan dan nafsu maka manusia mula bertindak di luar kawalan.


Dalam kita mengakui peradaban moden ini kita juga turut dihimpit dengan kehendak manusia yang semakin tidak terbatas. Kebebasan yang sepatutnya memandu manusia ke arah kehidupan yang lebih baik akhirnya menghanyutkan manusia itu sendiri.


Kenapa semua ini berlaku. Jawapannya mudah hanya kerana kita hidup di dunia moden tidak bermakna agama bukan lagi satu institusi penting yang perlu dipertahankan. Ini tidak, agama kini merupakan perkara yang ditolak dan didakwa hanya membataskan kebebasan manusia.

Seiring dengan kemodenan jugalah nafsu manusia menjadi pelbagai dan tidak lagi terbatas kepada hubungan yang diredai antara lelaki dan wanita. Di Barat hubungan sejenis yang lebih dikenali sebagai homoseksual dan lesbian semakin mendapat tempat di kalangan penduduknya.


Negara-negara Barat semakin mengiktiraf perkahwinan sejenis walaupun adalah jelas kita tidak boleh menerima perlakuan terkutuk sebegini. Lebih malang lagi para pemimpinnya turut tidak teragak-agak untuk memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah pengamal homoseksual.


Dunia telah dikejutkan tahun lepas dengan pelantikan Johanna Sigurdardottir sebagai perdana menteri pertama dunia daripada golongan lesbian. Bekas pramugari itu dilantik menjadi Perdana Menteri Iceland pada Februari tahun lepas dan sangat berbangga dengan kecenderungan seks luar tabiinya.


Ahli politik berusia 67 tahun dan mempunyai dua anak lelaki hasil dari perkahwinan sebelumnya kini tinggal bersama pasangannya Jonina Leosdottir seorang penulis dan ahli teater. Namun ini tidak bermakna kehidupan peribadinya menjadi perhatian umum kerana beliau sangat mempertahankan kehidupan peribadinya. Adalah tidak mengejutkan jika kebanyakan penduduk Iceland yang hanya berjumlah 320,000 orang itu tidak mengetahui kecenderungan seksualnya yang sebenar.


Itu belum lagi pemimpin-pemimpin lain di Barat.


Datuk Bandar Paris Bertrand Delanoe dikatakan sebagai pemimpin gay paling berpengaruh di dunia. Malah beliau dikatakan mempunyai potensi yang cerah untuk menjadi Presiden Perancis jika bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2012.

Beliau yang dilahirkan di Tunisia pada Mei 1950 telah dilantik menjadi Datuk Bandar sejak 2001 namun tidak pernah bergiat secara aktif dalam pertubuhan gay di negaranya.

Selain itu pemilihan ahli politik yang dilahirkan di Malaysia Penny Wong juga memberi signifikan yang besar dalam politik Australia. Beliau yang memegang jawatan Menteri Perubahan Iklim dan Air merupakan orang Asia pertama dilantik memegang jawatan menteri. Namun kontroversi yang lebih besar ialah beliau juga merupakan menteri Kabinet pertama yang mengumumkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kecenderungan di luar tabii dengan mengaku sebagai seorang lesbian.


Tidak sah jika tidak dimasukkan cerita mengenai lelaki gay pertama Amerika Syarikat (AS) yang memenangi jawatan awam iaitu Harvey Milk.


Beliau terpilih menganggotai Lembaga Penyelia Bandar raya Los Angeles pada 1977. Beliau yang dianggap sebagai "tokoh politik gay" mati dibunuh pada 27 November, 1978, tidak sampai setahun memegang jawatan tersebut bersama Datuk Bandar George Moscone oleh bekas anggota Lembaga Penyelia Los Angeles Dan White. Alasan utama kenapa pembunuhan ini berlaku adalah atas agenda politik selain White dikatakan sangat anti dengan golongan gay. Akhirnya beliau hanya dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun tetapi dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

BroHamzah menulis :


Kesimpulannya


Nilaian masyarakat pada hari ini tidaklah bertunjangkan nilaiaan Allah SWT dan Islam sebagai satu cara hidup. Apabila mengamati semua ini, kerja kita sememangnya banyak dan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan masyarakat perlu diteruskan. Siapa yang akan melakukan semua ini?

Read more...

Catatan Perjalanan

Siang dan Malam Silih berganti, dicelah-celahnya ada kehidupan yang perlu ditempuhi


“ Setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah ibrah dan tarbiyah daripada Allah SWT untuk meneguhkan dan menguatkan jiwa manusia agar sentiasa dibekalkan kecekalan, ketabahan dan kepasrahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang yang pastinya dihiasi dengan warna warni ujian, cabaran dan dugaan.”



( Kota Bharu, 20 Februari 2010)

Read more...

Bahagianya Merayakan Cinta

Friday, February 19, 2010

Cinta adalah indah, mengagumkan dan menyempurnakan kemanusiaan


Bahagianya Merayakan Cinta
Oleh : BroHamzah

SUATU PETANG YANG DAMAI

“ Abang Ali, ana ada masalah sikit la. Nak share dengan abang Ali, boleh?.” Seorang adik menyoal saya.



Soalannya itu saya balas dengan senyuman.



“ Boleh,tidak jadi masalah,” Jawab saya sambil memandang ke arahnya.


“ Tapi Abang, ana rasa segan la nak bagitau,” Adik itu memulakan perbicaraan.


“ La, anta ini. Macam tidak biasa pulak dengan ana,” Balas saya kepadanya.


“ Macam ini..” Percakapannya agak tersangkut-sangkut seolah-olah macam menyembunyikan sesuatu.



“ Apa dia, jangan la dok segan-segan dengan ana,”saya seseolah mendesak.



“ Ana sebenarnya, jatuh hati kepada seorang pelajar puteri. Setiap kali terpandang wajahnya, hati ana berdebar semacam je,” Katanya sambil mata tunduk ke bawah.



Saya tersenyum sambil memegang bahunya.



“ Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT,” ucap saya.



“ Hah? Kenapa abang cakap macam tu,” dia terkejut dengar jawapan saya.



“ Ya lah, anta ada perasaan kepada lawan jantina. Itu fitrah manusia. Maksudnya anta ini manusia normal.” Saya menerangkan kepadanya secara ringkas.



“ Tetapi, apa yang penting di sini ialah bagaimana anta nak pastikan perasaan ini benar-benar disalurkan kepada keredhaan Allah SWT dan bagaimana sikap anta hendak menguruskan perasaan cinta ini agar anta semakin dekat dengan Allah SWT.” Ujar saya.

Selalunya, adik-adik sewaktu saya sekolah dahulu selalu berkongsi masalah dan kisah cinta mereka dengan saya. Begitulah fitrah manusia, kisah perasaan fitrah yang seharusnya difahami secara betul dan benar bersumber Al-Quran dan As Sunnah.



CINTA ITU PERASAAN YANG UNIK DAN MENDALAM



Cinta merupakan suatu perasaan yang dianugerahi oleh Allah SWT kepada setiap insan yang ada dimuka bumi ini. Cinta adalah suatu perasaan yang lahir daripada jiwa dan naluri manusia. Maha Penyayang dan KasihNya Allah SWT yang mengurniakan perasaan cinta ini kepada manusia sehingga dengan perasaan yang suci dan bersih inilah kehidupan manusia itu hidup dan memberi kekuatan kepada sekalian manusia.



Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita manusia yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta ini boleh membinasakan dan merosakan malah boleh menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya.



Sebagai seorang manusia yang normal, setiap daripada kita mempunyai perasaan ingin dicintai dan ingin mencintai. Perasaan ini adalah perasaan fitrah yang sejajar dengan keinginan dan kehendak fitrah manusia itu sendiri. Cinta diiktiraf sebagai keperluan dalam kehidupan, dan juga jalan untuk mengenal dan membesarkan Allah SWT, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 49 surah Adz Dzariyat yang bermaksud :


“ Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.”



Hebatnya Allah SWT, alam yang terbentang luas ini menandakan cinta dan kasih sayang Allah SWT. Kita hamba Allah SWT yang memperolehi nikmat yang pelbagai ini juga kerana cinta dan kasih sayang Allah SWT. Hidupnya manusia di muka bumi ini dengan aman dan damai bertitik tolak atas dasar kasih sayang dan perasaan cinta ini.



Saya teringat satu kata-kata seorang ulama : “ Cinta itu adalah tiang seri kehidupan, tanpa cinta akan musnahlah kehidupan itu sendiri.”



Hakikatnya, dengan kekuatan cinta inilah kita hidup dan perjuangan untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Cinta fitrah yang kita dambakan adalah cinta yang merangsang perasaan untuk sayang dan menyintai Allah SWT, menaikan semangat perjuangan kehidupan , meneguhkan jiwa tatkala badai kesulitan menghimpit diri dan cinta yang memberi makna kepada kehidupan.



KEKUATAN CINTA



Cinta yang diperlukan adalah cinta yang menguatkan bukannya melemahkan, cinta yang menyucikan perasaan dan kehormatan, bukannya merosakkan dan mengotorkannya. Inilah cinta fitrah yang seharusnya difahami.



Imam Ghazali melihat cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengupas soal cinta manusia dan cinta ketuhanan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Katanya juga, cinta itu adalah sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyikan. Jika dilamun gelojak perasaan cinta, seseorang yang bercinta akan merasai perasaan rindu yang bersangatan dan terkenang-kenangkan orang yang dicintainya. Inilah cantiknya Islam, kerana ia meletakan cinta pada tempat yang tertinggi iaitu cinta suci kepaa Yang Maha Pencinta dan menjadikannya agenda utama dalam Kehidupan.



Saya tertarik dengan ulasan Dr Mahmud asy-Syarif di dalam bukunya Al-Hubb fil Quran berkaitan cinta.




Katanya : “ Islam adalah agama cinta dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”



Namun, cinta yang suci, bersih dan jernih ini akan menjadi jijik, kotor dan memualkan apabila jalan saluran cinta itu berlawanan dengan tuntutan Islam. Inilah yang kita katakan cinta itu mengundang fitnah. Dewasa kini, makna cinta itu telah dikecilkan skop kefahamannya hanya menjurus kepada hubungan cinta di antara lelaki dan perempuan dan lebih menyedihkankan cinta itu hanya dipandang dari sudut cinta romantik atau cinta berahi (syahwat) semata-mata.



Apabila perasaan cinta ini tidak dikawal dan dipandu oleh panduan syara’, kita dapat lihat kesan dan natijahnya di dalam suasana pada hari ini. Setiap hari kita dapat melihat menularnya gejala keruntuhan akhlak yang melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita di kalangan anak-anak remaja. Dan lebih menyedihkan budaya berpasangan atau couple itu menjadi sesuatu yang biasa pada hari ini.

MENGURUS CINTA

Saya berikan beberapa tips untuk mengurus cinta ini menurut pandangan Islam.


Pertamanya, membina dan membentuk keimanan yang benar kepada Allah SWT dengan sebenar-sebenar keimanan.



Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT menjadi tunggak kepada terbinanya rasa untuk kita membentuk perasaan cinta yang agung, tulen dan benar kepada Allah SWT.


Ibnu Qayyim ada menyebut : “ Sekiranya kita memilih jalan keimanan dan ketaqwaan, ini bermakna kita memilih jalan kesukaran dan kepayahan.”



Jalan keimanan menuju keredhaan Allah SWT adalah jalan yang getir dan sukar. Namun jalan inilah yang akan menambah rasa kecintaan dan kepasrahan kita kepada Allah SWT. Jalan inilah yang akan memberi kemanisan kita ketika segala bentuk ujian dan cabaran datang menghimpit diri dan tekanan yang menekan dada. Namun, semua ini akan menjadi suatu kekuatan sekiranya ia dihadapi dengan kecintaan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.



Keduannya, mengurus perasaan cinta ini dengan panduan yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.



Apabila kita meningkat dewasa, keinginan dan hajat untuk mencintai lawan jantina akan hadir secara nalurinya. Ketika itu, kita perlukan panduan untuk merujuk dan bergantung sebagai “manual” panduan untuk mengurus kehidupan. Saya ingin tekankan di sini, uruslah perasaan cinta yang hadir itu dengan meletakan iman di hadapan kita. Iman di dada lah yang akan menjadi faktor utama kita untuk mengurus perasaan ini sehingga segala tindak tanduk kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Ketiga, sentiasa menjaga pandangan dan menjauhi maksiat serta dosa.



Secara umumnya, perasaan cinta akan disalurkan kepada jalan yang salah sekiranya soal dosa dan maksiat ini menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita. Islam menekankan tentang konsep dosa dan pahala ini adalah sebagai mekanisme untuk manusia “menjaga” diri daripada terjebak daripada perkara-perkara yang boleh memutuskan hubungan hati dengan Allah SWT.


Cinta yang bersulamkan dosa dan maksiat, akan membawa seribu penyesalan kepada pendosa tersebut. Dan dosa hubungan cinta inilah yang paling banyak menjerat golongan remaja pada hari ini. Bagi saya, dosa itu satu bebanan kepada si pelaku dosa. Bebanan ini akan terus “memburu” si pendosa tadi sehingga ke akhir hayatnya, kecuali ia sesali perbuatannya dengan bertaubat.

Keempat, banyakan berdoa, bermunajat dan memohon kekuatan daripada Allah SWT.



Doa itu adalah otak dan juga jantung kepada Ibadah. Malah, doa itu senjata orang-orang beriman. Bagi yang telah jatuh cinta, tadahkan tangan kalian dan mohonlah doa kepada Allah SWT. Berdoalah agar kita dikurniakan cinta dan kasih yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib daripada Nabi Muhammad : “ Doa adalah senjata orang Islam, tiang penyokong agama serta cahaya langit dan bumi.”


Maka, wahai remajaku salurkan perasaan cinta ini kepada yang selayakNya. Jadikan cinta yang sesuci embun ini, mendekatkan kita dengan Sang Khalid yang Maha Pencinta. Buaikan perasaan CINTA kalian untuk keredhaan yang agung dan bercita-cita untuk meraih kasih sayang dan cinta yang mulia dan bererti dalam kehidupan yang fana ini.

Read more...

Sahabat

Qawiem Abdul Baki, Azhar Hilmi, Ikhwan Nasri, Suhaib Zahir & Ali Jr
( Jaulah Tarbawiyah Bukit Jernih 2009 Bersempena KIBAR 2009)

Sahabat
Bingkisan cerita itu akan ku nukilan dalam
sejarah yang panjang ini
Kisah persahabatan dan perjuangan kita
akan kujadikan
ia sebagai bekalan abadi
untuk dipersembahkan kepada Ilahi

KIBAR 2009
telah berlalu pergi
Semoga segala kenangan indah, pahit dan manis
tetap menjadi memori abadi buat diri

Read more...

Santai - Lukisan Istimewa

Thursday, February 18, 2010

Lukisan Istimewa Buat Saya

Sekadar coretan ringkas tentang Kem JATIDIRI.Sebenarnya gambar saya dalam KEM JATIDIRI sangat sedikit dan boleh dikira dengan jari berapa bilanganny. Saya tidak memiliki kamera untuk merakam gambar-gambar saya dan secara peribadi, saya bukannya jenis orang yang suka bergambar. Bagi saya, cukup sekeping gambar sahaja untuk satu aktiviti atau program. Tetapi gambar itu mestilah yang terbaik.

Saya cuma ingin kongsikan satu lukisan yang dilukis oleh seorang peserta KEM JATIDIRI. Alhamdulillah, dia sangat berbakat dan seni lukisannya halus serta menarik. Saya sempat meminta adik peserta ini melukiskan wajah saya. Dan inilah hasilnya. Serupa tak macam muka saya? Apa pandangan anda?

Terima kasih kepada Abdul Rafi' Fikri Bin Abdul Rashid atas lukisan di atas. Harapan abang, agar anta gunakan bakat anta itu untuk dimanfaatkan oleh Islam. Jangan sia-siakan bakat anta itu.

Satu lagi, ada satu lukisan Komik yang dihasilkan oleh salah seorang peserta Kem JATIDIRI. Sangat cantik dan lukisannya sangat mengagumkan! Saya cuba kongsikan disini tetapi, masalahnya perlu di"scan" terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah SWT, saya akan cuba kongsikan lukisan komik tersebut.

Read more...

Pasca Kem JATIDIRI (Kenangan)

Abdul Salim Wahab ( Peserta Lelaki Terbaik), Zulkifli Willi (Kem Komandan Terbaik) dan Anas Hakim ( Peserta yang akrab dengan saya)

Barisan Mujahidah bersiap sedia untuk menggempur


Panji-panji yang sentiasa dikibarkan untuk membakar semangat

Istana Impian adalah istana harapan




Memasak, sedap ini


Ijtima'am Petang Jumaat. Khusyuk mendengar

Langit Membiru menjadi saksi pertemuan Ukhuwah ini

Read more...

Hargailah Mereka

Wednesday, February 17, 2010

Keduanya - sentiasa menjadi pendorong kejayaan diri. Hargailah mereka!


Hargai Insan Yang Hampir dengan kita.

Oleh : BroHamzah
Hakikat sebuah " Kesibukan"

Kesibukan kita dengan setiap tugasan, amanah dan kerja harian menyebabkan setiap daripada kita sibuk dengan “dunia” masing-masing.

Jika kita seorang pekerja kepada majikan kita, pastinya kita akan bertungkus lumus menyiapkan kerja yang telah ditugaskan dan diamanahkan kepada kita sebelum due date yang telah ditetapkan.

Jika kita adalah seorang pelajar ataupun mahasiswa, kita sememangnya sibuk dengan assignment mingguan, kuiz, tutorial dan study group untuk memantapkan keilmuan kita serta juga sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir.

Jika kita bergiat aktif dengan aktiviti dalam persatuan atau badan-badan NGO yang ada, kita juga pastinya sentiasa sibuk mengurus dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk memberi perkhidmatan kita kepada organisasi yang kita libatkan diri itu.

Cumanya sesibuk mana pun kita, saya ingin berpesan kepada diri saya dan anda supaya kita sentiasa meluangkan dan “mempunyai” masa untuk mereka-mereka yang berhampiran dengan kita. Mereka-mereka yang sentiasa memerlukan perhatian daripada kita. Dan dalam konteks saya, ingin saya fokuskan kepada kedua ibu bapa kita. Dan mungkin bagi yang telah berkeluarga, adalah kepada isteri, suami dan juga anak-anak.

Saya akui bahawa saya sangat jarang berada di rumah dan selalunya saya akan balik atau pulang ke rumah 3 bulan atau 4 bulan sekali. Semenjak zaman IPT lagi, walapun ketika cuti semester keberadaan saya dirumah amatlah minima. Hanya 2 atau 3 hari sahaja berada di rumah. Selebihnya banyak masa digunakan untuk aktiviti-aktiviti persatuan, dan kem-kem yang saya kendalikan bersama-sama rakan-rakan student.

Membina Hubungan yang harmoni dan berkualiti

Dalam soal ini, bagi saya KUALITI masa ketika berada bersama kedua ibu bapa dan keluarga amatlah penting. Hubungan dengan mereka perlu dijaga dan kita seharusnya memastikan kepulangan dan keberadaan kita disamping mereka adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan.

Kualiti masa yang saya maksudkan adalah bagaimana kita menggunakan masa, peluang dan ruang yang ada di rumah untuk memastikan kita dapat mengoptimakan masa yang ada untuk keluarga, ibu bapa dan adik-adik kita ketika kita disamping mereka.

3 T yang praktikal

Saya kongsikan 3 T yang penting untuk menjayakan dan menjaga hubungan kita dengan keluarga kita. T yang saya maksudkan di sini ialah TIME, TOUCH dan TALK.

TIME – berikan masa kita untuk mereka-mereka yang hampir dan dekat dengan kita. Luahkan masa untuk mereka, insyaAllah mereka merasai kehadiran kita dan seolah-olah mereka juga dihargai. Memberi masa itu tandanya kita ingin memberi sebahagian kehidupan kita untuk dikongsi bersama. Apatah lagi, luangan masa itu adalah untuk ibu bapa dan adik-adik tercinta.

TOUCH – sentuhan itu penting. Apatah lagi sentuhan kasih sayang, selalu bersalaman, memeluk dan mencium tangan kedua ibu bapa kita. Ia adalah tanda memesraan dan hubungan erat yang wajar dipupuk sejak kecil lagi.

TALK – bersembang dan bergurau semasa ahli keluarga adalah medium yang penting untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli keluarga. Selalu saya dan keluarga menjadikan sembang-sembang keluarga semasa waktu makan, dan diruang tamu sebagai tempat berkongsi cerita dan beramah mesra sesama ahli keluarga. Berkongsi masalah dan meluahkannya kepada ibu bapa sangat penting. Ibu bapa rasa sangat "selesa" jika anak-anak sudi berkongsi masalah dengan mereka. Di sinilah nilai rasa percaya akan lahir dalam sebuah hubungan kekeluargaan.

Satu perkara tambahan, walaupun sesibuk mana kita nanti jangan lah lupa untuk hubungi kedua ibu bapa seminggu sekali atau dua minggu sekali. Jika terlalu sibuk, kirimanlah SMS ringkas yang menandakan tanda ingatan kita kepada mereka. Bertanya khabar, berikan salam kegembiraan dan berkongsi kejayaan adalah perkara-perkara yang sangat bermakna kepada ibu bapa, namun perkara ini mulai dilupai oleh anak-anak apabila mereka berjauhan daripada ibu bapa mereka.

Kenapa saya coretkan perkara ini? Sebagai ingatan buat diri dan sahabat-sahabat yang semakin hari semakin ramai yang mendirikan rumah tangga. Jangan kita melupai tanggungjawab kita yang pelbagai. Ibu bapa kita perlulah sentiasa dijaga perasaan dan jiwa mereka. Kekadang tindakan kita ini, tanpa disedari telah melukai dan menguris hati mereka. Hubungi dan sayangi lah mereka sepanjang waktu dan ketika.
Baru-baru ini, saya sempat pulang sehari ke rumah. Adik bongsu saya menyatakan satu ungkapan yang sangat menyejukan hati saya.
" Seronok apabila Abang Li balik," Katanya tersenyum riang.
" Tapi Abang Li balik sat sangat.." Katanya sambil memuncungkan mulutnya.
Jadikan kehadiran kita dirasai dan dirindui....

Read more...

Perkongsian : Musafir Ke Utara

Sunday, February 14, 2010

Musafir Luaskan Pengalaman dan Pandangan. Cahaya untuk diri jua

Perkongsian : Musafir Ke Utara



Artikel ini saya tulis pada tahun lepas, saya siarkan kembali atas permintaan dan kongsi muhasabah untuk kita semua.

Semalaman saya duduk terpaku memikirkan tentang diri sendiri. Ada kalanya hati rasa begitu sayu.Ada saatnya terasa begitu hiba. Tidak semena, air mata mengalir. Manik-manik jernih mengalir laju membasahi pipi saya.

Saya sebenarnya baru sahaja membaca satu artikel yang ditulis oleh Murabbi yang sangat saya hormati. (UDMZ) Kupasannya sangat menyentuh. Dan paling saya tersentuh adalah pada tajuknya." Titisan Air Mata Lantaran Dakwah Kehilangan Dai'," Dunia Dakwah pada hari ini kehilangan dai yang berjiwa kental dan berhati sufi. Medan ini benar-benar menguji sehingga ramai yang pernah menapak dalam semaian tarbiyah, hanyut dibawa oleh arus dunia yang deras dan dahsyat.

" Jahiliyah mencengkam jiwa-jiwa putera-puteri yang pernah kita didik sehingga mereka tewas dibawa arus jahiliyah yang dahsyat,"

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang Ustaz saya. " Jalan ini, jalan yang panjang. Tidak semua mampu bertahan dengan jalan ini." Kata seorang sahabat saya. Saya mulai melihat diri saya sendiri. Semakin hari semakin banyak ujian, cabaran dan mehnah yang hadir dalam kehidupan saya. Saya tahu inilah sunnah kehidupan. Inilah warna-warni kehidupan yang perlu saya tempuhi.

" Anta perlu perbagaikan warna dalam hidup enta. Kehidupan yang hanya dengan satu warna adalah kehidupan yang kosong dan hambar. Warna-warni kehidupan akan mengajar kita untuk lebih matang dan dewasa. Jangan takut untuk menghadapi kesusahan dan kepayahan.Ada masanya anta perlu susah dan merasai kegetiran. Dengan kesusahan inilah, jiwa anta akan lebih peka dan sensitif."

Inilah nasihat daripada seorang Murabbi saya. Abu Umar. Kata-katanya sentiasa bermain-main difikiran saya. Kata-kata jiwa untuk meningkatkan lagi syuur untuk terus bertapak pada jalan dakwah dan tarbiyah ini. Wahai sahabat ikhwah sekalian, Ayuh kita bangkitkan syuur kita untuk mempersiapkan diri untuk sentiasa istiqamah pada jalan Dakwah dan Tarbiyah. Jalan yang akan membersihkan diri kita dan memelihara kesolehan hati serta kejernihan niat kita kepada Allah SWT. Jadikan kehidupan ini sebagai kehidupan untuk mencari keredhaan Allah SWT

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.

Marilah sahabat-sahabat kita bina Keimanan yang benar kepada Allah SWT. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT.Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.


Ayuh Pemuda, kita bangkitkan Ruh kita! Ruh untuk mendidik dan berbakti kepada Manusia. Usah kecewa dan kesal dengan karenah manusia. Bersabarlah.Kerana Buah kesabaran mu itu adalah kejayaan yang sebenarnya disisi Allah SWT.

Tambahan :

Kemaskini pada 15 Februari 2010, Perlis Indera Kayangan

Semalam saya bersama KE KTD Prof Madya Dr Abdullah Sudin dengan beberapa orang sahabat diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarahi UDMZ, alhamdulillah Ustaz kelihatan ceria dan semakin sihat.

Ustaz nampak begitu bersemangat semasa kami menziarahinya. Seolah-olah Ustaz tidak sakit dan uzur. Tampak semakin sihat dan bertenaga. Wajahnya nampak tenang, bersih dan bercahaya. Sejuk hati memandangnya.

Ustaz sempat berkongsi syuur dan memberi kami nasihat sebagai bekalan dakwah. Teringat kata Ustaz :

“ Ana dah bazirkan banyak masa muda ana dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Pada umur 31 Tahun baru ana dapat kesedaran Islam. Antum patut bersyukur kerana umur semuda ini sudah diberi taufiq dan kesedaran oleh Allah SWT.”

Untuk makluman, esok 16 Februari 2010, Ulangtahun umur UDMZ ke 76 Tahun. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perjalanan hidup Ustaz dan terus menyumbang untuk pembangunan Ummah.



Read more...

Tarbiyah Di Kem JATIDIRI

Thursday, February 11, 2010


Wira JATIDIRI 1st batcth



Tarbiyah Daripada Allah SWT melalui KEM JATIDIRI
Oleh : BroHamzah

Tulisan ini merupakan tulisan yang terakhir yang akan saya nukilan berkaitan dengan KEM JATIDIRI. Mungkin selepas ini hanya sekadar berbentuk gambar dan coretan ringkas. Tulisan saya ini lebih bersifat peribadi dan segala yang dinyatakan di sini adalah cetusan hati dan perasaan nurani saya. Semoga perkongsian ini mendatang faedah buat semua.

Catatan ini agak panjang, tetapi insyaAllah ia sangat berguna bagi mereka yang hajatkan kepada input dan ibrah daripada seorang hamba yang lemah dan dhaif. Bacalah dengan jiwa yang tenang, insyaAllah saudara akan memperolehi sesuatu yang baru.

PENGALAMAN BERHARGA

Pertamanya saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana memilih saya untuk terlibat menjadi sebagai salah seorang insan yang akan berada di dalam kem sebegini. Tidak terfikir bahawa saya akan menjadi kem komandan memandangkan saya tidak terlibat daripada awal. Semua ini penyusunan dan perancangan Allah SWT kepada saya.

Ketika dimaklumkan supaya perlu berkhidmat di Kem ini semasa peralihan tempat di Sri Pantai, saya agak keberatan sebenarnya. Sebab biasanya apabila mengendalikan kem saya akan terlibat daripada awal perangkaan kem sehingga kepada perlaksanaan kem. Oleh itu, untuk kem ini saya perlu mengambil masa untuk suaikan diri dengan kem dan menjiwai setiap aktiviti kerana ia sangat penting untuk keberkesanan aktiviti kem. Saya mengambil tanggungjawab dan amanah ini juga sebagai tanggungjawab dan khidmat saya untuk manfaat bersama dan disamping niat saya untuk membantu sahabat saya, Saudara Zulkifli Willi.

“ Anta boleh kutip pengalaman di sana dan cuba yang terbaik,” Nasihat ringkas daripada Murabbi saya ketika saya meminta nasihatnya sebelum memulakan tugas sebagai Kem Komandan Utama.

“ InsyaAllah,” Saya cuba yakin diri saya. Kepada Allah SWT saya pohon kekuatan.


Bila teringatkan kem ini, ia membuatkan saya tergelak, tersenyum bersendirian. Ada masanya lucu dan menggelikan hati. Macam-macam yang berlaku. Saya terfikir juga sekiranya Hilal Asyraf join sekali kem ini kemungkinan akan lahir sebuah Novel baru yang bertajuk “ JATIDIRI”. Dalam JATIDIRI terkandung pelbagai tema dan kisah. Di sini ada kisah pengorbanan, bingkasan sebuah percintaan, bingkai persahabatan, perjalanan sebuah kehidupan, erti keimanan dan kepasrahan, makna sebuah perjuangan, juga pergolakan dalam memahami erti ukhuwah dan sebagainya.Semoga kisah JATIDIRI ini bukan berakhir di sini sahaja.

TARBIYAH DARIPADA ALLAH SWT

Minggu pertama di Kem JATIDIRI, adalah minggu yang paling mencabar bagi saya. Pelbagai peristiwa yang berlaku di sini. Mungkin tidak perlu saya perincikan, namun ia benar-benar memberi tekanan dan dugaan bagi saya dan juga urusetia. Cabaran dan ujian itu datang bersilih ganti dalam pelbagai rupa dan bentuk. Dan ada ketikanya saya benar-benar lemah dan down untuk mengurus kem ini. Ketika inilah, tarbiyah yang amaliyah daripada Allah SWT itu hadir dalam hidup saya.


Saya ada sebut kepada adik-adik peserta :

“ Di dalam kem ini, abang merasai pelbagai perasaan. Ada saatnya abang rasa gembira, seronok dan ada saatnya sedih, kecewa dan terkilan. Ada ketikanya rasa dekat dengan Allah SWT dan ada ketikanya begitu jauh daripada Allah SWT.”

“ Abang percaya dan yakin bahawa kem ini penuh dengan keberkatan dan rahmah daripada Allah SWT. Kerana ia berpaksikan kepada keimanan kepada Allah SWT.”

Kem ini melibatkan jumlah pihak pengurusan yang ramai dan antara masalah yang kerap berlaku adalah miscommunication. Banyak maklumat dan penyelarasan yang bertindih serta tidak selaras menyebabkan saya agak tertekan ketika mengendalikan kem. Namun, semua ini dapat diselesaikan apabila saya bawa berbincang dan sentiasa berfikiran positif.

Bagi saya, inilah kehidupan. Tanpa cabaran, ujian, masalah dan kesusahan kita tidak akan belajar untuk menghargai kehidupan itu sendiri. Saya teringat kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah : “ Sekiranya kita memilih jalan keimanan bermakna kita memilih kesukaran dan kepayahan.” Melalui kem ini saya belajar erti kehidupan, ketabahan, kesabaran dan juga erti sebuah kenikmatan.

Kem ini sendiri sebenarnya mempunyai matlamat yang besar iaitu untuk menyediakan latihan dan pengisian berguna yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT untuk generasi masa hadapan. Justeru, cabaran dan ujian yang paling besar adalah untuk mengurus kem yang berkapisiti besar. Dan ini semua memerlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan yang meliputi pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan juga wang ringgit.

MERAIH KEKUATAN YANG LUAR BIASA

Mungkin ramai peserta tidak tahu bahawa pada suatu ketika, hampir semua Urusetia sepenuh masa hampir berputus asa untuk meneruskan kem ini. Mana tidaknya, pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang timbul. Namun Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kami kekuatan.

Ketika jiwa terasa lemah dan hati mulai goyah, munajat kepada Allah SWT adalah kekuatan yang sangat ampuh. Seusai solat, saya akan tadahkan tangan memohon bantuan dan kekuatan daripada Allah SWT.

Setiap malam ketika post mortem, saya selalu ingatkan kepada semua urusetia dan fasilitator supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT. Bantuan Allah SWT akan tiba jika hubungan bersih ini dipelihara dengan serius dan bersungguh-sungguh.

Membaca Al-Quran juga merupakan Ibadah yang memberi kekuatan yang sangat kuat ketika jiwa mengalami kegoncangan dan kelesuan. AL-Quran ditatapi dengan sepenuh jiwa, agar roh kekuatan itu sentiasa mengalir dalam jiwa dan hati.

KENANGAN INDAH DALAM BINGKAI KEHIDUPAN

Bagi saya, kenangan yang indah di kem ini adalah kerjasama dan ukhuwah semasa urusetia, fasilitator dan para peserta. Yang sangat menyentuh hati saya adalah hubungan kerjasama erat saya dengan seorang sahabat saya Saudara Zulkifli Willi. Sejujurnya, Zul Willi adalah inspirasi saya dan pendorong utama saya dalam menggerakkan kem ini. Kenapa?

Beliau melakukan setiap gerak kerja bersungguh-sungguh, tidak merungut, banyak bersabar dan sentiasa tersenyum. Banyakkan kami terpaksa melayan kerenah, ragam dan fill pelbagai pihak.( Peserta, pihak resort, urusetia, penceramah, driver bas dan juga sesiapa sahaja yang terlibat). Namun semua ini dihadapi dengan buah ketenangan dan kesabaran.

PERISTIWA YANG MENYENTUH NURANI

Saya teringat satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan. Pada suatu malam di Kem JATIDIRI kami telah mengadakan pertandingan debat dan tajuk sangat kontrovesi iaitu “ Kem JATIDIRI adalah kem yang terbaik untuk lepasan SPM.” Sememangnya, malam itu adalah malam luahan hati para peserta tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kem. Ketika itu saya bersama Zul Willi di bilik operasi bersebelahan dengan dewan utama tempat pertandingan debat berlangsung.

Saya duduk berhampiran dengannya sambil berehat kerana benar-benar keletihan, begitu juga dengan Zul Willi. Raut wajahnya pucat dan matanya kemerahan mungkin menahan mengantuk. Walaupun kami di bilik sebelah, setiap hujjah para peserta kami dengar dengan jelas.

Ada ketikanya kami ketawa mendengar hujjah pencadang dan pembangkang peserta pertandingan debat. Kekadangan terkedu pun ada.

“ Ali, enta tahu apa yang ana tak suka tentang kem ini?”, tiba-tiba sahaja Zul bersuara.




“ Apa dia akhi?”, soal saya sambil memandang ke arahnya.




“ Ana ada sebut pada adik-adik. Bagi ana perkara yang paling ana tidak suka tentang kem ini ialah saat penghujungnya. Saat kita akan berpisah dan kem ini akan tamat. Kalau boleh ana mahu kem ini berterusan sampai bila-bila.” Jawabnya dengan tenang.

Saya benar-benar tersentuh dengan ungkapannya. Ketika itu mata Zul Willi kemerahan seolah menahan titisan air mata. Saya tahu, Zul Willi sangat sayangkan kem ini dan adik-adik peserta kem ini.

Kemudian, kami terus bersembang dan berkongsi berkaitan hal-hal kem. Dari sini, saya mulai mengenali rapat siapa Zul Willi yang sebenarnya. Dia seorang yang abang berhati nurani,sahabat baik hati, ayah yang priharin dan juga suami yang penyayang.

Inilah kenangan indah saya bersama teman-teman di Kem JATIDIRI. Saya lalui kem ini dengan perasaan dan jiwa yang diselubungi semangat Ukhuwah dan kerjasama yang erat serta sikap berlapang dada kepada sahabat.



POHONAN KEMAAFAN

Di sini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak termasuk Urusetia Induk, Urusetia AJK Pelaksana, Fasilitator, Para penceramah, Pak Cik Mak Cik Haluan Kelantan, Warga KTD, Ahli HALUAN Malaysia seluruh Malaysia yang hadir setiap minggu andaikata gerak kerja saya dan kami di unit operasi kem tidak memuaskan hati semua pihak. Saya sedar banyak perkara yang saya lakukan telah menguris perasaan dan tidak disenangi ramai pihak kerana saya tidak sempat untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. Banyak permintaan yang tidak sempat saya lakukan. Dan saya tidak dapat penuhi semua hajat yang dipohon.



Dalam konteks ini saya berpegang kepada kata-kata seorang Murabbi saya :



Jika kita mempunyai satu perasaan iaitu ingin memuaskan hati semua pihak, ini bermakna kita sudah berada di titii kegagalan, kerana kita sememangnya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Yang hanya kita boleh lakukan adalah yang TERBAIK.”

Semalam saya dapat YM dan Mesej daripada beberapa orang adik-adik KEM JATIDIRI.

“ Abang Ali, ana pohon maaf atas kelakukan ana yang selalu menguris hati anta sepanjang kem ini.”


“ Abang, minta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap sepanjang kem.”

Bagi saya, semua manusia akan melakukan kesilapan cuma bagaimana sikap kita untuk menanganinya. Sepanjang kem setiap malam sebelum tidur dan pejamkan mata, saya akan katakan kepada hati saya.


“ Ya Allah Ya Tuhanku, aku maafkan semua orang yang berada disekelilingku jika mereka ada melakukan kesilapan kepadaku. Rahmati dan ampunilah mereka.”

Esoknya saya bangun dengan jiwa yang baru untuk meneruskan hari-hari dalam kem ini. Tanpa rasa terkilan, terasa hati atau sebagainya. Alhamdulillah, inilah kekuatan saya dalam kem iaitu MEMAAFKAN ORANG dan BERLAPANG DADA.

KESIMPULAN

Catatan ini bukanlah untuk melemahkan atau mengkritik atau menyalahkan sesiapa yang terlibat. Cuma ia dinukilkan untuk kita mengambil pengajaran untuk khususnya untuk diri saya. Saya simpulkan tulisan ini dengan beberapa point ringkas.



1. Kekuatan yang paling ketara dalam kem ini ialah PENGORBANAN, KEIKHLASAN dan KESUNGGUHAN semua pihak dalam menjayakan kem ini



2. Kebergantungan kepada Allah SWT adalah sumber kekuatan yang paling kuat dalam melakukan sesuatu perkara



3. KEBERSAMAAN, ukhuwah dan jalinan kemesraan adalah ikatan jiwa yang akan memberikan kita kemanisan dalam bersahabat kerana Allah SWT.



4. Ketahuilah, dalam menjalankan kerja dan amanah yang besar ini di sana terdapat insan-insan yang menyayangi dan mengasihi kita kerana Allah SWT.



5. Sikap berlapang dada, maaf-memaafkan adalah kunci kepada persefahaman dalam menjayakan gerak kerja berpasukan



6. Dipercayai itu lebih utama daripada dicintai dan dikasihi. Kepercayaan seseorang kepada kita adalah satu penghargaan yang sangat mahal untuk diri kita. Peliharalah kepercayaan yang telah diberikan kepada kita.



7. Yang paling manis, saya mulai mengerti makna persahabatan itu bukan ketika senang sahaja tetapi ketika berhadapan dengan detik-detik sukar dan mencabar.

Buat adik-adik, antum adalah generasi pewaris Dakwah dan Tarbiyah di masa hadapan. Bukitkan kepada dunia, kita boleh melakukannya dengan bantuan Allah SWT. Jaga hati dan jauhi maksiat serta dosa yang boleh menjauhkan kita kepada Allah SWT.

Sekian.

Read more...

Murrabi Ummah

Wednesday, February 10, 2010

Al-Fadhli Ustaz Dahlan Mohd Zain - Tidak kenal erti jemu Mendidik Ummah
Murrabi Ummah

Oleh : BroHamzah

Satu perasaan yang ingin saya kongsikan dengan kalian sidang pembaca.
Perasaan ini telah lama saya pendam dan hari ini saya ingin meluahkan melalui medium ini.
Rasa hati saya kepada seorang insan yang amat saya kagum dan kasihi.

ZIARAH MURRABI

2 Minggu lepas, Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi seorang Murabbi dan juga Mudir sekolah saya dahulu iaitu Al-Fadhli Ustaz Dato’ Dahlan Bin Mohd Zain.(UDMZ) di HUKM. Sejak akhir-akhir ini, Ustaz selalu jatuh sakit dengan izin Allah SWT. Melihat keadaan yang uzur dan berbaring di katil wab membuatkan hati saya sayu. Semasa menziarahi Ustaz saya bersalaman dan memeluknya.


“ Ali ke ini?,” Soal Ustaz sambil memandang matanya kepada saya.


“ Ya Ustaz,” Jawab saya. Terharu juga, dalam keadaan begitu Ustaz masih meraikan pelawat-pelawat yang menziarahinya.

Semoga Allah SWT kuat dan tabahkan Ustaz. Semoga Ustaz cepat sembuh. Alhamdulillah, maklumat yang terkini yang saya perolehi Ustaz semakin baik kesihatan dan kini sudah pulang ke rumahnya di Perlis.

DAYA PENGARUHNYA

Saya mulai mengenali Ustaz semasa saya mulai menjejaki kaki ke sekolah lama saya iaitu MATRI. Sebuah sekolah yang menjadi tempat saya diproses untuk mengenali Allah SWT dan dididik supaya boleh bermanfaat kepada masyarakat pada suatu masa nanti. UDMZ adalah pengasas MATRI dan sejak daripada mula ditubuhkan sehingga kini, Ustaz adalah Mudirnya.

UDMZ yang saya kenal adalah seorang pendidik yang berjiwa besar. Kerendahan hatinya membuatkan saya sangat menghormatinya. Satu perkara yang menghairankan saya semasa tingkatan satu dahulu, Ustaz tidak suka pelajar mengucup tangannya apabila bersalaman dengannya. Pelik juga. Ini lambang kerendahan hati dan jiwa Ustaz. Ustaz tidak sukakan penghormatan yang berlebihan kepadanya.

PERISTIWA TINGKATAN 2

Saya masih ingat satu peristiwa semasa tingkatan 2. Suatu hari Ustaz Dahlan sakit kerana sakit goutnya dan ketika itu Ustaz tetap datang ke Sekolah seperti biasa. Dengan bertemankan tongkat Ustaz berusaha berjalan perlahan-lahan menuju ke Pejabat seperti biasa. Pagi itu Ustaz datang awal seperti biasa. Di kalangan guru-guru, Ustaz adalah orang yang awal akan hadir ke sekolah sekiranya tiada keuzuran. Inilah Qudwah yang sangat menyentuh hati.

Saya melihat dengan perasaan yang sangat terharu dan sebak. Ketika itu, ada seorang senior saya daripada Marhalah Khassah melihat Ustaz berjalan berteman tongkat daripada Mussola MATRI melalui jendela. Air matanya mengalir dan dia begitu sedih melihat keadaan Ustaz begitu. Saya bertanya kepadanya.

“ Kenapa abang sedih?,”Soal saya


“ Ana terharu melihat pengorbanan Ustaz mendidik kita. Tanpa jemu dan tidak pernah berputus asa. Enta lihat lah sendiri. Walapun dalam keadaan begitu, Ustaz masih gagahkan diri ke sekolah. Apa erti pengorbanan ini untuk kita semua,” katanya sambil melihat kepada Ustaz.


“ Ustaz mentarbiyah kita melalui qudwah yang hidup. Bagi ana inilah Murrabbi Ummah yang jarang kita temui di mana-mana.,” Sambungnya lagi

Saya tersentak. Kata-kata yang simple tetapi membuatkan saya berfikir dan tersentuh. Hari itu, barulah saya benar-benar rasa bersyukur kerana dapat mengenali seorang insan yang berhati mulia ini. Jiwanya penuh dengan cita-cita yang besar. Mendidik Ummah dan tidak pernah kenal kejemuan dalam berbakti kepada masyarakat.


KERENDAHAN HATI

Saya tahu Ustaz tidak suka dan tidak gemar dirinya diangkat dan dijulang-julang di tengah-tengah kemahsyuran. Kerendahan hati dan jiwanya membuatkan dirinya tidak perlu dihebah-hebahkan kepada sesiapa pun. Tetapi, keperibadian dan contoh yang ditunjukan Ustaz sentiasa hidup dan “popular” di hati anak didiknya dan dijiwa mereka-mereka yang mengenalinya.

Semoga Usaha dakwah yang dilakukan oleh Ustaz ini bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangannya diredhai oleh Allah SWT.


Saya teringat satu kata-kata Ustaz :

“ Kita berjaya bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli ( pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini.” – (UDMZ)

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP