Tarbiyah Di Kem JATIDIRI
Thursday, February 11, 2010
Oleh : BroHamzah
Tulisan ini merupakan tulisan yang terakhir yang akan saya nukilan berkaitan dengan KEM JATIDIRI. Mungkin selepas ini hanya sekadar berbentuk gambar dan coretan ringkas. Tulisan saya ini lebih bersifat peribadi dan segala yang dinyatakan di sini adalah cetusan hati dan perasaan nurani saya. Semoga perkongsian ini mendatang faedah buat semua.
Catatan ini agak panjang, tetapi insyaAllah ia sangat berguna bagi mereka yang hajatkan kepada input dan ibrah daripada seorang hamba yang lemah dan dhaif. Bacalah dengan jiwa yang tenang, insyaAllah saudara akan memperolehi sesuatu yang baru.
Pertamanya saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana memilih saya untuk terlibat menjadi sebagai salah seorang insan yang akan berada di dalam kem sebegini. Tidak terfikir bahawa saya akan menjadi kem komandan memandangkan saya tidak terlibat daripada awal. Semua ini penyusunan dan perancangan Allah SWT kepada saya.
Ketika dimaklumkan supaya perlu berkhidmat di Kem ini semasa peralihan tempat di Sri Pantai, saya agak keberatan sebenarnya. Sebab biasanya apabila mengendalikan kem saya akan terlibat daripada awal perangkaan kem sehingga kepada perlaksanaan kem. Oleh itu, untuk kem ini saya perlu mengambil masa untuk suaikan diri dengan kem dan menjiwai setiap aktiviti kerana ia sangat penting untuk keberkesanan aktiviti kem. Saya mengambil tanggungjawab dan amanah ini juga sebagai tanggungjawab dan khidmat saya untuk manfaat bersama dan disamping niat saya untuk membantu sahabat saya, Saudara Zulkifli Willi.
“ Anta boleh kutip pengalaman di sana dan cuba yang terbaik,” Nasihat ringkas daripada Murabbi saya ketika saya meminta nasihatnya sebelum memulakan tugas sebagai Kem Komandan Utama.
“ InsyaAllah,” Saya cuba yakin diri saya. Kepada Allah SWT saya pohon kekuatan.
Bila teringatkan kem ini, ia membuatkan saya tergelak, tersenyum bersendirian. Ada masanya lucu dan menggelikan hati. Macam-macam yang berlaku. Saya terfikir juga sekiranya Hilal Asyraf join sekali kem ini kemungkinan akan lahir sebuah Novel baru yang bertajuk “ JATIDIRI”. Dalam JATIDIRI terkandung pelbagai tema dan kisah. Di sini ada kisah pengorbanan, bingkasan sebuah percintaan, bingkai persahabatan, perjalanan sebuah kehidupan, erti keimanan dan kepasrahan, makna sebuah perjuangan, juga pergolakan dalam memahami erti ukhuwah dan sebagainya.Semoga kisah JATIDIRI ini bukan berakhir di sini sahaja.
TARBIYAH DARIPADA ALLAH SWT
Minggu pertama di Kem JATIDIRI, adalah minggu yang paling mencabar bagi saya. Pelbagai peristiwa yang berlaku di sini. Mungkin tidak perlu saya perincikan, namun ia benar-benar memberi tekanan dan dugaan bagi saya dan juga urusetia. Cabaran dan ujian itu datang bersilih ganti dalam pelbagai rupa dan bentuk. Dan ada ketikanya saya benar-benar lemah dan down untuk mengurus kem ini. Ketika inilah, tarbiyah yang amaliyah daripada Allah SWT itu hadir dalam hidup saya.
“ Abang percaya dan yakin bahawa kem ini penuh dengan keberkatan dan rahmah daripada Allah SWT. Kerana ia berpaksikan kepada keimanan kepada Allah SWT.”
Kem ini melibatkan jumlah pihak pengurusan yang ramai dan antara masalah yang kerap berlaku adalah miscommunication. Banyak maklumat dan penyelarasan yang bertindih serta tidak selaras menyebabkan saya agak tertekan ketika mengendalikan kem. Namun, semua ini dapat diselesaikan apabila saya bawa berbincang dan sentiasa berfikiran positif.
Bagi saya, inilah kehidupan. Tanpa cabaran, ujian, masalah dan kesusahan kita tidak akan belajar untuk menghargai kehidupan itu sendiri. Saya teringat kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah : “ Sekiranya kita memilih jalan keimanan bermakna kita memilih kesukaran dan kepayahan.” Melalui kem ini saya belajar erti kehidupan, ketabahan, kesabaran dan juga erti sebuah kenikmatan.
Kem ini sendiri sebenarnya mempunyai matlamat yang besar iaitu untuk menyediakan latihan dan pengisian berguna yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT untuk generasi masa hadapan. Justeru, cabaran dan ujian yang paling besar adalah untuk mengurus kem yang berkapisiti besar. Dan ini semua memerlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan yang meliputi pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan juga wang ringgit.
MERAIH KEKUATAN YANG LUAR BIASA
Mungkin ramai peserta tidak tahu bahawa pada suatu ketika, hampir semua Urusetia sepenuh masa hampir berputus asa untuk meneruskan kem ini. Mana tidaknya, pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang timbul. Namun Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kami kekuatan.
Ketika jiwa terasa lemah dan hati mulai goyah, munajat kepada Allah SWT adalah kekuatan yang sangat ampuh. Seusai solat, saya akan tadahkan tangan memohon bantuan dan kekuatan daripada Allah SWT.
Setiap malam ketika post mortem, saya selalu ingatkan kepada semua urusetia dan fasilitator supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT. Bantuan Allah SWT akan tiba jika hubungan bersih ini dipelihara dengan serius dan bersungguh-sungguh.
Membaca Al-Quran juga merupakan Ibadah yang memberi kekuatan yang sangat kuat ketika jiwa mengalami kegoncangan dan kelesuan. AL-Quran ditatapi dengan sepenuh jiwa, agar roh kekuatan itu sentiasa mengalir dalam jiwa dan hati.
KENANGAN INDAH DALAM BINGKAI KEHIDUPAN
Bagi saya, kenangan yang indah di kem ini adalah kerjasama dan ukhuwah semasa urusetia, fasilitator dan para peserta. Yang sangat menyentuh hati saya adalah hubungan kerjasama erat saya dengan seorang sahabat saya Saudara Zulkifli Willi. Sejujurnya, Zul Willi adalah inspirasi saya dan pendorong utama saya dalam menggerakkan kem ini. Kenapa?
Beliau melakukan setiap gerak kerja bersungguh-sungguh, tidak merungut, banyak bersabar dan sentiasa tersenyum. Banyakkan kami terpaksa melayan kerenah, ragam dan fill pelbagai pihak.( Peserta, pihak resort, urusetia, penceramah, driver bas dan juga sesiapa sahaja yang terlibat). Namun semua ini dihadapi dengan buah ketenangan dan kesabaran.
PERISTIWA YANG MENYENTUH NURANI
Saya teringat satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan. Pada suatu malam di Kem JATIDIRI kami telah mengadakan pertandingan debat dan tajuk sangat kontrovesi iaitu “ Kem JATIDIRI adalah kem yang terbaik untuk lepasan SPM.” Sememangnya, malam itu adalah malam luahan hati para peserta tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kem. Ketika itu saya bersama Zul Willi di bilik operasi bersebelahan dengan dewan utama tempat pertandingan debat berlangsung.
Saya duduk berhampiran dengannya sambil berehat kerana benar-benar keletihan, begitu juga dengan Zul Willi. Raut wajahnya pucat dan matanya kemerahan mungkin menahan mengantuk. Walaupun kami di bilik sebelah, setiap hujjah para peserta kami dengar dengan jelas.
Ada ketikanya kami ketawa mendengar hujjah pencadang dan pembangkang peserta pertandingan debat. Kekadangan terkedu pun ada.
“ Ali, enta tahu apa yang ana tak suka tentang kem ini?”, tiba-tiba sahaja Zul bersuara.
“ Apa dia akhi?”, soal saya sambil memandang ke arahnya.
“ Ana ada sebut pada adik-adik. Bagi ana perkara yang paling ana tidak suka tentang kem ini ialah saat penghujungnya. Saat kita akan berpisah dan kem ini akan tamat. Kalau boleh ana mahu kem ini berterusan sampai bila-bila.” Jawabnya dengan tenang.
Saya benar-benar tersentuh dengan ungkapannya. Ketika itu mata Zul Willi kemerahan seolah menahan titisan air mata. Saya tahu, Zul Willi sangat sayangkan kem ini dan adik-adik peserta kem ini.
Kemudian, kami terus bersembang dan berkongsi berkaitan hal-hal kem. Dari sini, saya mulai mengenali rapat siapa Zul Willi yang sebenarnya. Dia seorang yang abang berhati nurani,sahabat baik hati, ayah yang priharin dan juga suami yang penyayang.
Inilah kenangan indah saya bersama teman-teman di Kem JATIDIRI. Saya lalui kem ini dengan perasaan dan jiwa yang diselubungi semangat Ukhuwah dan kerjasama yang erat serta sikap berlapang dada kepada sahabat.
POHONAN KEMAAFAN
Di sini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak termasuk Urusetia Induk, Urusetia AJK Pelaksana, Fasilitator, Para penceramah, Pak Cik Mak Cik Haluan Kelantan, Warga KTD, Ahli HALUAN Malaysia seluruh Malaysia yang hadir setiap minggu andaikata gerak kerja saya dan kami di unit operasi kem tidak memuaskan hati semua pihak. Saya sedar banyak perkara yang saya lakukan telah menguris perasaan dan tidak disenangi ramai pihak kerana saya tidak sempat untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. Banyak permintaan yang tidak sempat saya lakukan. Dan saya tidak dapat penuhi semua hajat yang dipohon.
Semalam saya dapat YM dan Mesej daripada beberapa orang adik-adik KEM JATIDIRI.
“ Abang Ali, ana pohon maaf atas kelakukan ana yang selalu menguris hati anta sepanjang kem ini.”
Bagi saya, semua manusia akan melakukan kesilapan cuma bagaimana sikap kita untuk menanganinya. Sepanjang kem setiap malam sebelum tidur dan pejamkan mata, saya akan katakan kepada hati saya.
KESIMPULAN
Catatan ini bukanlah untuk melemahkan atau mengkritik atau menyalahkan sesiapa yang terlibat. Cuma ia dinukilkan untuk kita mengambil pengajaran untuk khususnya untuk diri saya. Saya simpulkan tulisan ini dengan beberapa point ringkas.
Buat adik-adik, antum adalah generasi pewaris Dakwah dan Tarbiyah di masa hadapan. Bukitkan kepada dunia, kita boleh melakukannya dengan bantuan Allah SWT. Jaga hati dan jauhi maksiat serta dosa yang boleh menjauhkan kita kepada Allah SWT.
Sekian.
4 comments:
salam abg ali
jazakallah khair atas segalanya..
moga Allah membalasnya dengan syurga..
pasal soalan LIVE nta tu jawapannya...
sebenarnya waktu malam yg bbq tu,time pak cik nasir ngan KE bg penerangan ana dah rasa yg ana yg paling x layak sekali.ye la.banyak keaiban ana yg org tak tahu yg ana sendiri sedar dan malu.then waktu nk umumkan sapa pesrta terbaik tu..ana wat tak tau ja.tengah sms ngan shbt.
tiba2 dengar sebut nama ana.kelam-kabut ana.muka ana merah padam.cuma org tak perasan ja.ana ja yg nampak muka ana merah.waktu tu ana rasa lembik semacam.dalam hati..betul ke?betul ke?subhanllah..rasa x layak sgt2 tu menebal dekat semeter tau.rasa malu sungguh.hanya Allah yang tau!lps ana nk amek hadiah,bila ana jumpa shbt2 ana..depa pakat kata tahniah.muka ana cuba untuk senyum.tp kantoi x ble.
depa kata,nta ni dah dpt anugerah syukur r.nta ada bnyk kelebihan yg org tak da..jgn la nk malu x bertempt.dah memang nta layak.kami semua dah jangka yg nta dapat...
ana terkesima.ana akur..rasa terharu dgn sokongan shbt2.
yg penting..mungkin Allah nk tegur ana ..
bahwa anugerah yg Allah bg kat ana bukan utk ana berbangga semata,tp sebagai teguran drpd Allah supaya ana bersiap-siaga.menjadi singa Allah yg akan menguasai dunia!!!
wallahu'alam......
Kepada sahabatku Saleem Wahab, semuanya susunan ALLAH SWT. Ana pun tak sangka anta akan dapat.(",).
Anggaplah ini penghargaan dan anugerah Allah SWT kepada anta. Anta perlu mengganggap menerima anugerah peserta TERBAIK sebagai tanggungjawab dan amanah.
Teruskan usaha anta untuk membina arus kebaikan. InsyaALLAH, bantuan Allah SWT akan mengiringi anta.
Doakan ana selalu.
BroHamzah JR
KEm Jatidiri...tak ternilai harganya..hanya Allah yang boleh membalasnya..
Menyedarkan kami akan realiti sebenar...
menyedarkan kami untuk bertindak..
menyedarkan kami akan ukhwah yg sebenar berapaksikan keimanan..
kursus yang penuh dgn keberkatan...memberi manfaat kepada kami..
maaf...kami drpd uia x memberikan banyak pertolongan.insyaAllah akan kami cube bantu lagi di masa akan dtg.
Post a Comment