Mengukir Harapan Baru Buat Malaysia - Ia Bermula Dengan Kita!

Sunday, April 21, 2013



PRU 13

Harapan Baru Buat Malaysia
Ia bermula dengan kita semua.

Jadilah Pengundi Yang Berwibawa!


[1] Jadilah pengundi yang berilmu, berinformasi dan sentiasa up to date.




[2] Perlu ada homework atau assignment PRU 13






[3] Penelitian terhadap calon bertanding dengan usaha, doa dan tawakkal!





[4] Wujudkan meja bulat, perbincangan dan branstorming sesama ahli keluarga dan komuniti terdekat.




[5] Elak provokasi, fitnah dan politik sempit



Tulisan penuh bolehlah layari :


Ilustrasi, gambar dan idea adalah hasil sentuhan kreatif - Ibnu Fuad Of LangitIlahi.

Read more...

Ini Banya Bengkok Maa

Wednesday, April 10, 2013


Malaysiaku.
Negara yang aku cintai.
----
Harapanku Hanya Satu
Agar Munculnya Malaysia Yang Baru


“ Ini banya bengkok maa..”

Itu ayat biasa yang akan saya dengari apabila ke kedai membeli surat khabar.  Tokeinya seorang uncle berbangsa Cina yang amat peramah, suka menyapa dan penuh dengan idea.

“Ini paper banyak bengkok. Talak betul. Banya tipu ooo,”

Sambil tangannya menunjuk ke beberapa akhbar melayu tempatan. UM, KOS dan BH.

“ Ini bagus. Talak bengkok. Berita berpatutan,”

Katanya sambil menunjuk tanda bagus pada surat khabar SH.

“Hali ini, orang tak suka tipu-tipu. Lu tengok, kalau belita bengkok – mana ada laku.”

Rakyat, masyarakat dan komuniti semakin terbuka, nampak dan mampu menilai. Kebenaran, keburukan, kebaikan dan kejahatan terpapar di depan mata. Sesiapa pun dia, bangsa apa pun dia, lelaki perempuan, kaya miskin dan pelajaran tinggin rendah – semuanya mahukan kebenaran!

“ Tokei, bagi saya SH satu,”

“ Bagus-bagus!,”

Nota : Cerita ini penghias blog semata-mata. Ia bukan rekaan tetapi kisah benar di sebuah bandar kecil di kawasan pendalaman Perak.

-----

UM – Utusan Meloya
KOS – Kosmetik
BH – Berita Hairan
SH – Sinar Harapan

Read more...

Gambar Intipati Kandungan - Buku Penanaman Tauhid

Monday, April 8, 2013





 Aliyah Mukhlisah baru pegang-pegang. 
Cuba biasakan dahulu.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada respon, pertanyaan, persoalan dan minat sahabat-sahabat pembaca terhadap buku penanaman tauhid tulisan zaujati dan gurunya, Puan Maimunah Hashim.

Ramainya yang menunjukan minat, kecenderungan dan keazaman untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya gembira melihat perkembangan sebegini.

Rata-rata sahabat-sahabat, kenalan dan rakan-rakan yang baru berkahwin, bakal menimbang cahaya mata dan sudah memiliki anak yang masih kecil– menunjukan minat untuk proses penanaman tauhid ini.

Tahniah, saya ucapkan kepada semua. Usaha kita ini adalah sebagai bukti komitmen kita bersama dalam mewarnai kehidupan anak-anak kita dengan proses pendidikan yang akan mencorak keperibadian, cara berfikir dan gaya hidup mereka nanti. Ya, ini usaha kita semua. Dan, ini juga sedikit usaha kami dalam menengahkan buku sebegini untuk bermanfaat bersama.

Kenapa Tauhid Itu Penting?

Inilah tunjang kepada keimanan dan ketaqwaan manusia dalam meyakini Allah SWT. Kalimah tauhid adalah sebaik-baik kalimah, ingin sekali kita ingin menghayatinya sehingga lahir dalam bentuk tindakan, penghayatan dan amalan yang sebenarnya.

Kalimah La ilaha illallah harus disemai, dibajai dan dipelihara dalam jiwa anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Bahkan memperkenalkan, membiasakan dan menerangkan kepada anak-anak tentang siapakah Rabb, Ilah dan Allah harus berlaku secara serius dan bersungguh.

Mungkin sahaja, pendekatan itu secara pelbagai dan kreatif sejajar dengan usia dan tahap pemikiran, pemahaman dan penerimaan mereka. Lantaran itu, cara melalui pembacaan dan penceritaan menjadi salah satu kaedah yang biasa digunakan dalam pendidikan dewasa ini.

Siri Pembacaan Little ‘Abd

Buku ini merupakan salah satu siri buku untuk program Little ‘Abd iaitu salah satu program khusus untuk anak-anak yang sedang membesar dalam mengenali Allah SWT sebagai Rabb dan satu-satu Rabb yang mencipta, memiliki dan berkuasa. Di samping, mempertingkatkan proses untuk mengasahkan kemahiran membaca – ia juga akan menyuntik “kesedaran” kepada anak-anak bahawa mereka adalah ‘abd (hamba) dan perlu berusaha untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah SWT bagi meraih Syurga Allah SWT.

Usaha murni ini adalah sebahagian usaha untuk memperbanyakan lagi bahan-bahan pembacaan untuk anak-anak bagi mengisi kelopongan dan kekurangan tools pendidikan terutamanya yang berteraskan tauhid dan menepati syariat khusus untuk mereka.

Intipati Kandungan Buku

Ramai yang bertanya dan meminta agar kami kongsikan intipati gambar buku ini. Justeru, kami kongsikan ia untuk tatapan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bagi mengetahui kelebihan buku ini boleh membacanya di sini. Ini antara sebahagian gambar dalam siri buku ini :

[1] Allah Is My Rabb







Perkataan yang mudah diingati dan ianya diulang-ulang

[2] Allah Loves Us






Kisah yang dekat dengan kanak-kanak


[3] Thank You Allah!




Gambar ilustrasi yang cantik, pelbagai dan menarik


[4] It’s Fun At The Zoo





Penekanan Allah SWT sebagai Rabb diulang-ulang dalam setiap siri.


[5] Only Allah Can Give Us Fruits





Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Kuasa - 
agar ia dihayati dengan jiwa dan perasaan.


Berminat Untuk Memiliki Buku Ini?

Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,

Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.

Hasrat Hati Kami

Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT, mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan ini.

Read more...

Guru - Kalian Sungguh Mulia

Thursday, April 4, 2013





Mereka "menyuluhkan" kita cahaya.
Mendidik kita untuk menjadi insan berjaya.

Semenjak kecil, saya sentiasa bahkan selalu menjadi “pendengar” setia bagi  setiap perkongsian, luahan dan rasa hati emak tentang segala cerita dan karenah anak pelajarnya.

Pelbagai ragam, kisah dan sudut-sudut yang tidak termampu dikatakan. Tetapi, emak akan menyatakan walaupun kami tidak meminta. Kata abah :

“ Ali dengar sahaja, apa yang mak nak kongsikan. Sekurangnya, itu dapat buat emak gembira dan lega.”

Saya angguk. Terus-menerus setia mendengar sehinggalah hari ini. Kata abah, meluahkan itu ubat dan penawar buat emak. 

Ya. Saya mengakui akan kebenaran itu.

Dunia Pendidikan

Menjadi pendidik, guru, cikgu dan ustaz pada hari ini amat mencabar. Mungkin sahaja, gaji dan elaunnya tinggi tetapi bebanan, amanah dan tanggungjawabnya kian luar biasa hebat. Tanpa niat, misi dan matlamat yang jelas – pasti sahaja siapa yang menceburi dunia pendidikan ini akan stress, tertekan dan boleh menjadi hilang daya untuk terus bertahan.

Apa pun, buat guru-guru kalian sebenarnya adalah insan mulia. Syabas kerana memilih dunia pendidikan ini dan berdedikasi untuk bergelumang dengan dunia ini sehingga ke penghujung usia. Saya pernah jumpa, ramai guru-guru yang sangat passion, bahagia dan teruja  dengan dunia pendidikan sehingga akhir hayat.

Dan, saya juga pernah jumpa – guru yang begitu tension dengan pekerjaan sehariannya itu dan amat-amat terasa hidupnya sangat malang, kelam dan merugi. Kesian melihatnya, kerana tidak menjiwa profesion yang digelutinya saban hari.

Zaujati – Insan berjiwa pendidik

Semakin hari mengenali insan ini, saya semakin kagum kepadanya. Kesungguhan, kesabaran, kecekalan dan ketabahannya untuk memberikan yang terbaik membuat hati ini sentiasa ingin bersama dengannya walau apa jua badai cabaran yang melanda.

Dunia pendidikan hari ini tidak pernah sunyi dari pelbagai mehnah, ujian dan tribulasi yang beraneka ragam. Dari aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan sehingga pergaduhan pelajar yang remeh-temeh juga perlu dipedulikan oleh seorang guru. Tidak cukup dengan itu, - kisah-kisah, masalah-masalah dan ragam-ragam di luar sekolah turut tertempias ke bahu mereka.

Air mata, esakan, tangisan dan luahan hati seorang guru harus dipandang dengan mata hati. Jika tidak, mereka terpendam dengan bebanan yang tiada kesudahan.

Guru-guru, mereka punyai cita-cita yang tinggi untuk anak bangsa, negara dan agama.

Guru-guru, mereka juga insan biasa yang miliki hasrat hati dan jiwa.

 Guru-guru, mereka juga ingin bahagia dengan melihat kejayaan anak pelajar yang dahulunya hanya biasa-biasa.

Guru-guru, walau apa jua keadaan, kesusahan dan keperitan kalian melalui semua amanah ini – ketahuilah kalian tetap dihati kami. Ya, kami yang dahulunya adalah insan yang mengagumi kalian daripada jauh. Dalam di sudut hati, kami ingin menjadi seperti kalian.

Kalian tenang dalam bersabar.
Kalian yang benar-benar bersungguh menerangkan.
Kalian yang jujur dan ikhlas dalam mendidik.
Kalian yang cekal untuk berbakti.
Kalian yang tetap teguh untuk memberi.
Kalian yang sentiasa tersenyum dalam mengasihi.

Teruslah berbakti, mendidik dan memberi.
Kerana kami insan yang belum mengerti,
Akan hakikat hidup ini.

# Dedikasi khas buat zaujati.
Guru Bahasa Inggeris Tahun 1,2 dan 3.
Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh, Perak.

Read more...

Siri Buku Penanaman Tauhid - Usaha Pertama Zaujati

Wednesday, April 3, 2013




Buku Pertama Zaujati yang ditulis bersama 
Murabbiyah Tarbiyatul Aulad - Puan Maimunah Bt Hashim.



Tentunya, sebagai ibu bapa – kita akan tersentuh dan terkesan dan terusik perasaan apabila diperkatakan tentang pendidikan anak-anak.

Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Itu suatu kepastian! Lantaran itu, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka. Buku menjadi wadah yang baik untuk penerapan asas ini bagi memperkenalkan mereka siapakah Allah SWT.

Buku juga sebagai permulaan di usia muda menyedarkan mereka bahawa Allah SWT adalah pencipta, Rabb mereka – hanya Allah dan memiliki segala-galanya di muka bumi ini.

Justeru itu, atas kesedaran inilah – zaujati berimpian untuk sama-sama berkongsi apa yang beliau lalui sejak kecil dalam proses tarbiyatul awlad. Dan, akhirnya lahirlah buku siri pembacaan Inggeris ini untuk merealisasikan hasrat murni ini.


Kelebihan buku ini?

Buku ini ialah siri membaca Bahasa Inggeris @ English Reading Series yang dikarang bertujuan membina kemahiran membaca Bahasa Inggeris anak-anak pra-sekolah, sejajar dengan usaha menanamkan tauhid kepada mereka.

[1] Perkataan-perkataan di dalam buku ini diulang-ulangkan untuk tujuan membantu anak-anak menangkap perkataan Bahasa Inggeris tersebut, dan seterusnya boleh membacanya.

[2] Gambar-gambar yang menghiasi dalam dan luar buku-buku ini juga amat menarik minat kanak-kanak.

[3] Pendekatan penerapan Tauhid yang diambil oleh penulis-penulis buku ini ialah, menanamkan Allah itu satu-satunya Rabb, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Maha Penyayang.

[4] Hubugan antara Rabb dan Hamba-Nya ialah hubungan kasih sayang, oleh kerana itulah Allah SWT mengurniakan kita segala nikmat. Atas kerana hubungan istimewa ini jugalah, kita sebagai 'Abd (hamba) terikat untuk membalas cinta Allah SWT itu dengan ketaatan total kepada-Nya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi, seperti dalam surah Al-Fatihah.



Sasaran buku ini ?

[1] Ibu bapa – sebagai pendidik kepada anak-anak

[2] Anak-anak berumur tiga sehingga enam tahun. [ Namun, tiada had umur kerana yang masih kecil sudah boleh didedahkan secara berperingkat]

Kenali Buku

Buku ini merupakan buku-buku yang diterbitkan untuk memenuhi satu program pembacaan bersiri yang dinamakan Little ‘Abd Programme. Satu set buku ini terdiri dari lima buah buku yang mempunyai tahapan yang berperingkat. Siri-sirinya bertajuk :

[1] Allah Is My Rabb
[2] Allah Loves Us
[3] Thank You Allah!
[4] It’s Fun At The Zoo
[5] Only Allah Can Give Us Fruits


Bagaimana hendak memiliki buku ini?

Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,

Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.

Harapan Kami

Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT, mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan ini.

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP