Bercinta dengan Dakwah

Saturday, June 26, 2010

Sekuat manapun badai gelora yang melanda, akan ditempuhi jua demi bukti kecintaan ini


Bercinta dengan Dakwah
Oleh : BroHamzah
http://brohamzah.blogspot.com
brohamzh@yahoo.com

Cinta adalah satu perasaan yang sangat sukar untuk diterjemahkan hakikatnya. Namun ia adalah suatu perasaan yang unik dan ia mampu menjadi seseorang itu daripada insan biasa kepada luar biasa.

Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita manusia yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta ini boleh membinasakan dan merosakan malah boleh menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya.

Bicara perkongsian pada saat ini bukannya cinta biasa, tetapi apa yang ingin saya nyatakan ialah cinta terhadap jalan dakwah iaitu jalan menyeru kepada kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ianya bukannya sebarangan cinta malah terikatan jiwa dan ruh terhadap cinta ini sangat istimewa dan lain daripada lain.

Ada 2 (dua) pilihan ketika bertemu cinta, sama ada jatuh cinta atau membangunkan cinta. Jika saya, saya akan memilih yang kedua. Agar cinta saya nanti menjadi istana, tinggi mengapai syurga. Namun, jika cinta terhadap sesuatu yang istimewa maka saya ingin jatuh cinta dan juga membangunkan cinta terhadapnya sedalam-dalamnya. Cinta terhadap dakwah mulai berputik dengan jatuh cinta kepadanya dan disemarakan cinta ini agar terus mekar selamanya.

Bercinta dengan Dakwah

Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus setiap saat, maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya.

Jika dakwah dan tarbiyah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga.

Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka jangan berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.

Jika dakwah adalah bunga, maka serbukanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia.

Jika dakwah itu adalah lambang kecintaan yang mendalam, maka benihkan dan semaikanlah perasaan itu agar ia menjadi sesuatu yang sentiasa dirindui dan disayangi sehingga ke akhirnya

Lambang kecintaan

Kecintaan kepada dakwah akan terus subur dan hidup apabila jiwa dan hati kita sentiasa dihubungkan kepada Allah SWT dan dekat denganNya. Inilah rahsia untuk kesentiasaan untuk menghirup udara dakwah sepanjang hayat. Ia terletak pada kesolehan hati dan kesempurnaan jiwa yang bersih dan jernih.

Kecintaan kepada dakwah didasari dengan dasar yang sangat nyata, benar dan sahih. Dasar kecintaan ini adalah kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT tanpa ragu-ragu dan syak. Ia terus berkembang subur dengan perasaan takut dan kecintaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dan antara lambang kecintaan kepada dakwah ialah kesanggupan dan sifat mujahadah yang tinggi melawan nafsu nafsu dan memerangi gejala dosa dan mungkar secara konsisten. Ia berlaku secara penuh sedar, faham dan yakin.

Seorang Salaful Soleh. Maimun Bin Mahran pernah berpesan :

“ Apabila seseorang hamba Allah SWT melakukan dosa maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu dan bertaubat bersinarlah semula hatinya. Apabila dia kembali melakukan dosa akan tumbuhlah semula titik hitam di hati itu sehingga hatinya berkarat.”

Ungkapan Fudhail Bin ‘Iyadh ;

“ Bila engkau sulit untuk bangun di malam hari dan sulit berpuasa sunnah di siang harinya, ketahuilah engkau tengah terbelenggu oleh dosa-dosamu.”

Pesan seorang Ulama ;

“ Barang siapa yang ingin jiwanya bersih, maka bersihkanlah amal-amalnya. Barangsiapa yang membersihkan jiwanya, maka ia pasti dibersihkan, barangsiapa yang mengotori jiwa, maka ia akan dicemari.”

Tuan Haji Noorazman Shamsudin pernah menyebut dalam satu penyampaiannya ketika saya di IPT berkaitan Tarbiyah :

“ Tarbiyah bukan untuk tarbiyah, tetapi tarbiyah adalah (melaksanakan) untuk dakwah dan jihad.”

Muhammad Iqbal bermadah dengan bait-bait indah yang menyentuh rasa :

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!

Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan
Risalah dan amanah ini adalah suci

Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban yang berat ini.

Sucikanlah dirimu, lahir dan bathin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian
Thahirum Muthahir, suci dan mensucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati

Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia

Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia.

Bekalan Kecintaan Terhadap Dakwah

Inilah bekalan yang terbaik untuk dibawa pulang di saat hari pertemuan dengan Allah SWT. Tidak bekalan yang lebih baik, daripada bekalan dakwah yang isinya ialah taqwa. Tanpa kecintaan yang sebenarnya terhadap dakwah illallah ini, sudah tentu kita tidak akan mempunyai keghairah untuk sentiasa bersama dengannya. Bergerak dan hidup untuk dakwah yang suci dan menyucikan ini.

Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya yang sangat baik untuk ditatapi iaitu Madrasah Para Duat dibawah tajuk “ Rohaniyah Dai” menekan tentang pentingnya bekalan taqwa kepada para dai. Katanya : “ Apabila engkau melangkahi jalan tersebut ( jalan dakwah), engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali sengkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh, mukmin yang bertaqwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

( Al-Anfal : 29)

Ya Allah, bimbingilah aku dan ampunilah segala dosaku
Ya Allah, matikanlah aku pada jalan ini dengan penuh keredhaan dan rahmat Mu
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ummat ini seluruhnya untuk terus mengembangkan serta mendaulatkan syariatmu.
Ya Allah, tanamkanlah rasa cinta yang mendalam dalam diriku untuk terus mencintai deen Mu dan dakwah ini.

Sekian ~ alijr
KTD, 27 Jun 2010
10.01 pagi

Read more...

Kata-kata Penguat Jiwa

Doa juga adalah bicara penguat jiwa

Kata-kata Penguat Jiwa
Oleh : BroHamzah

Tiada apa yang boleh saya kongsikan selain apa yang saya rasa, dan benar-benar ingin dikongsikan. Kata-kata penguat jiwa ini, hadir memberi kekuatan semangat dan meniupkan kecekalan buat jiwa saya. Saya kira, inilah kata-kata dari hati yang turun menyentuh ke sanubari. Ia memberi kesan kepada saya sehingga kini.

Sejarah Dunia

" Tanganmu sedang mengukir sebuah sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakan Cita-cita dan Agama. Benang yang Engkau sumbangkan itu telah memperindahkan sulaman dari Umat ini."~As Syahid Imam Hassan Al Banna

Peluang Beramal

"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah SWT, walaupun hanya beberapa saat." -Abu Umar ( Azmi Bin Bahari)

Sabar dalam ketaatan

" Apabila seseorang sudah terbiasa bersabar dlm melaksanakan ketaatan & sudah terbiasa bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu Allah SWT akan memberikannya KEKUATAN agar mampu bersabar dlm menerima ketentuan-Nya." ~ Sahl bin Abdillah al-Tustari.

Ketenangan dalam kegoncangan

" Ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap teguh dikala orang lain dalam kegoncangan."~ As Syahid Syed Qutb

Dakwah Nyata

“ Dakwah bukanlah falsafah yang kering dan bicara butiran kalimah indah, tetapi ia merupakan lontaran perasaan yang menghayati dan menjiwai erti Dakwah IlaLah.”~ Tuan Haji Rosdi Baharom ( Murabbiku)

Matlamat Akhirat

" Sesiapa yg menjadikan akhirat HARAPANNYA , Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang dunia menjadi HARAPANNYA, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya." ( Riwayat al-Tirmizi)

Read more...

Keajaiban Salam

Wednesday, June 23, 2010

Keajaiban sentuhan bersalaman

Keajaiban Salam
Oleh : BroHamzah

Saya masih teringat, setiap kali mengendalikan program berbentuk kem di mana-mana sekolah mahupun IPT, pasti ada satu modul Ice Breaking yang akan saya laksanakan. Modul itu saya namakan Budaya 5 S. Objektif modul ini untuk memecahkan gap atau tembok hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana pengenalan / taaruf yang ceria dan harmoni.

Budaya 5 S ini merangkumi teknik untuk kita memulakan perkenalan dengan seseorang, bermula dengan SENYUM – SALAM – SOAL – SOPAN – SANTUN, para peserta akan menjalani modul ini dengan penuh sentuhan kasih sayang sesame mereka. Paling menarik perhatian saya ialah teknik bersalam. Sepanjang pengamatan dan pengalaman saya, salam ini sebenarnya ialah mempunyai keajaiban dan keunikan dalam menghangatkan hubungan sesama manusia dan ia mempunyai hubungkait yang rapat antara perasaan dan tindak tanduk luaran manusia.

Salam juga adalah tanda wujudnya perasaan kasih dan cinta dalam sebuah perhubungan manusia. Cinta adalah tiang seri utama kepada perhubungan sesama manusia yang akan mengwujudkan keharmonian. Cinta adalah sesuatu benih yang hidup di dalam hati dan akan muncul di permukaan alam bentuk ekspresi dan perilakuan. Salam dalam Islam bukan sekadar simbol ekspresi perbuatan manusia tetapi ia merupakan ekspresi sebuah ketulusan yang lahir dari perasaan cinta, kasih sayang, doa, harapan, suka cita, motivasi, kecaknaan, keperhatian, penghargaan dan ikatan hati yang suci dalam berbagai bentuk.

Salam merupakan salah satu bentuk pemberian motivasi yang sangat bererti dalam sebuah hubungan agar dapat meningkatkan semangat dalam kehidupan. Baik hubungan kekeluargaan, persahabatan, atau sebagainya.

Malah dalam Islam , ia menjadi suatu keharusan yang syar’i dalam pergaulan seharian mukmin untuk saling membudayakan alam secara positif, efektif dan konsisten.

Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a. bahwasanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, Apakah Islam yang paling baik itu? Baginda menjawab : Engkau memberi makan dan member (mengucapkan) salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang belum kamu kenal.” (HR. Muttafaqun ‘Alaih )

Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umat Islam untuk memelihara tujuh perkara yaitu; menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, membantu yang lemah, menolong yang dizalimi, memberi salam, mengabulkan permintaan seseorang (memohon dengan sumpah kepada Allah). (HR. Muttafaqun ‘Alaih)


Imam Ibnu Hibban (w.354 H.) dalam Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala menegaskan bahwa Islam sangat menganjurkan budaya salam pada hubungan sosial secara umum, kerena mengandung hikmah dapat mengikis rasa kebencian, kemarahan dan mencerahkan pergaulan sebagaimana riwayat hadits Nabi saw yang mengatakan bahwa salam merupakan salah satu nama agung Allah yang dihamparkan di muka bumi, maka tebarkanlah salam di antara kalian.

Saya baru membaca sebuah buku tulisan seorang pakar psikologi barat iaitu Dale Carnegie. Dalam sebuah bukunya How to Win Friends and Influence People (1979) mengajarkan bagaimana cara memelihara dan mengeratkan hubungan sosial khususnya ikatan persahabatan di antara dengan saling memberi salam berupa ucapan selamat dan pujian yang ikhlas serta memberikan perhatian-perhatian pada hal-hal kecil yang menarik sahabat atau kenalan kita seperti ketika hari ulang tahun peristiwa pernikahan atau kelahiran dan juga peristiwa-peristiwa yang sangat bermakna dalam hidupnya seperti hari kejayaan dalam hidup dan sebagainya.

Menghidupkan budaya salam secara kreatif dan inisiatif bagi peribadi yang hajatkan kepada amalan yang soleh akan tumbuh secara sendirinya kerana mereka berkeyakinan bahwa salam merupakan kebiasaan tersebut termasuk sebuah ibadah yang dapat menghantarkan kepada surga sebagaimana pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Hai manusia, sebarkanlah salam, berdermalah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan (silaturahim), solat malamlah pada saat orang-orang sedang tidur nyenyak nescaya kamu akan masuk surga dengan selamat. ( HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah)


Amalan salam lahir dan hidup sepanjang sejarah hubungan manusia berlangsung sejak zaman Nabi Adam AS. Dalam sebuah hadits diriwayatkan bahwa ketika Allah SWT telah selesai menciptakan Nabi Adam AS , maka Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Adam AS. untuk menemui dan memberi salam kepada segolongan malaikat yang sedang duduk menunggu kemudianNabi Adam AS diminta mendengarkan apa yang mereka ucapkan sebagaipenghormatan kepadanya. Salam yang diucapkan para malaikat kepada Nabi Adam as. adalah salam hormat kepadamu dan salam hormat kepada keturunanmu (yang beriman). Maka Adam as berkata: “Assalamu’alaikum” dan mereka menjawab: “Assalamu’alaikum Warahmatullah”. ( HR. Bukhari )


Seni memberi dan menjawab ucapan selamat dalam perlaksanaan salam merupakan salah satu bentuk penyataan secara efektif perasaan serta emosi kita dalam kebiasaan proaktif untuk menarik simpati orang lain dan membina berbagai hubungan sebagaimana ditegaskan Stephen R. Covey dalam The 7 Habits of Highly Efective Families (1999). Bahkan menurutnya sebagai media sinergi untuk mewujudkan sistem keharmonian keluarga perlu dihidupkan budaya kreatif ucapan selamat sebagai kaedah perlaksanaan lima cara meluahkan perasaan cinta iaitu; 1. Perasaan simpati , 2. Berkongsi rasa , 3. Meyakinkan dan motivasi, 4. Berdoa, 5. Berkorban.

Praktikal Salam

Kita boleh mulakannya dalam kehidupan kita. Bertemu dengan siapa sahaja, walaupun tidak pernah kenal, kita boleh mulakan dengan muqadimmah kepada sebuah perkenalan iaitu SENYUMAN. Dengan senyuman kita susuli pula dengan ucapan yang sangat mulia di sisi Allah SWT :

“ Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.”

Kemudian, soalan dengan senyuman yang menyenangkan dan memandang wajahnya dengan senang dan tenang.

“ Apa khabar sihat?”
“ Hendak ke mana?”

Ia bermula dengan diri kita.

Read more...

Inspirasi Ke Puncak

Tuesday, June 22, 2010


Mengejar Ke Puncak Jaya

Inspirasi Ke Puncak

Oleh : BroHamzah

Semasa di alam kampus lebih kurang 3 tahun dahulu, saya mengalami kemerosotan dalam syuur atau semangat untuk belajar. Semakin bertambah semester, semakin menjadi-jadi sifat kemalasan untuk hadiri kekelasan. Dan ini bertambah dengan perpindahan saya dari kolej kediaman ke “ rumah sewa atau lebih popular dengan istilah rumah bujang.

Saya sangat-sangat khuatir dan bimbang ini akan merencatkan proses pembelajaran dan usaha saya untuk menimba ilmu. Dan pada masa yang sama, saya risau sekiranya saya tidak dapat “maintain” keputusan peperiksaan saya pada tahap yang cemerlang. Saya adukan hal ini kepada pensyarah dan juga kenalan yang rapat.

“ Awak kena kuatkan keazaman dan kesungguhan belajar.”
“Tapi macamana?”
“ Lakukan sesuatu untuk tingkat motivasi.”
“ Macamana?”
“ Awak buatlah sesuatu..”
“ Saya?”
“ Ya”

Saya balik ke rumah, Dan saya merenung panjang. Dan akhirnya, Allah SWT ilhamkan suatu idea kepada saya. Setiap pagi, selepas solat subuh dan membaca Al-Quran, saya akan menghadap laptop dan saya mulakan hari saya dengan menulis perkara-perkara yang positif dan meningkatkan motivasi saya. Dan , Alhamdulillah perkara ini saya lakukan sehinggalah ke akhir semester.

Apa yang saya tulis dan taipkan itu saya masukan ke dalam blog saya setiap hari. Dan rupa-rupanya, inilah kekuatan yang saya dapat untuk atasi sikap MALAS itu. Hasil tulisan itu, saya kumpulkan dan namakan ia sebagai “ INSPIRASI KE PUNCAK.”

Read more...

Catatan Pasca LL4G

Monday, June 14, 2010

Bersama Peserta Konvoi LL4G seusai sesi Siaran Langsung " Palestin Kami Bersamamu", Angkasapuri RTM Kuala Lumpur


Catatan Kehidupan – LL4G
Oleh BroHamzah

Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT memberi kesempatan kepada saya untuk terus berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada di sini. Mungkin kali ini, hanya catatan ringan dan bersahaja. Semoga ia mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT.

Pasca LL4G

Seminggu dua ini, kita masih hangat memperkatakan tentang satu peristiwa yang sangat besar kesannya kepada dunia pembebasan rakyat Palestin dan pendedahan kezaliman Zionis Israel Laknatullah. Misi Lifeline4Gaza telah berjaya membuka mata dunia dengan lebih luas akan suatu hakikat yang telah lama disembunyikan dan kini, seluruh dunia semakin berani untuk bertindak lebih tegas dan bersatu padu untuk “menyingkir”kan sebuah keganasan dan kezaliman Zionis Israel dari peta dunia.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sempat menghadiri perkongsian roadshow LL4G yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Kelantan. Di Masjid Batu Uban, Pulau Pinang saya sempat bersama Ustaz Al Hami Hussein dan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian sempat mendengar secara live ( tanpa suntingan dan edit) perkongsian pengalaman oleh Ketua Misi LL4G , Tuan Haji Noorazaman Shamsudin berkaitan Isu Palestin dan luahan hatinya berkaitan peristiwa yang sangat meninggalkan kesan dalam hidupnya. ( Serangan Tentera Israel Terhadap Freedom Flotila Mavi Marmara).




Demostrasi Perhimpunan Soladiriti Ummat Untuk Palestin I 4 Jun 2010 I Kedutaan Amerika

Bagi saya, bukannya keseronokan dan keasyikan mendengar cerita dan kisah mereka yang pernah menjadi tahanan tentera yang paling zalim di dunia, tetapi sikap kepekaan dan kepedulian mereka terhadap permasalahan Palestin. Inilah syuur yang dikongsikan oleh para peserta konvoi dan saya benar-benar dapat merasai mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua individu yang terpilih ini.

Demostrasi Mengutuk Tindakan Israel

Perhimpunan menyatakan pendirian kita secara bersepadu, bersatu dan lantang adalah salah satu kaedah untuk mengegaskan sokongan dan dokongan kita kepada Palestin. Namun ia tidak cukup sekadar itu. Peperangan Nafas Panjang harus terus digerakan. Proses penyediaan generasi mukmin muslim untuk masa hadapan harus digerakan dan diteruskan. Pengabaian perkara ini, bermakna kita sedang melakukan sesuatu yang bersifat perancangan jangka pendek. Perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan terhadap proses pendidikan generasi muda harus diutamakan.


Kita harus bangkitkan semangat kita menentang Zionis Israel!

Inilah yang menjadi core business kita saat ini. Dakwah dan tarbiyah perlu dipraktikan dengan membumikan ia dalam sistem kehidupan. Bukan hanya diwar-warkan sekadar dibibir dan dihebah-hebahkan tanpa asas dan amal yang nyata. Tarbiyah atau pendidikan ini menjadi agenda utama pergerakan dari dahulu sehingga kini dan akan terus menjadi agenda utama hingga ke akhirnya.

“ Tapi, cakap senang lah. Bukan mudah nak buat kerja-kerja ini,” Cetus seorang teman.

“ Jika senang, ia bukan jalan dakwah dan tarbiyah. Kerana kesusahan dan kepayahan itu adalah warna-warna yang akan menghiasi perjalanan ini. Ada kalanya, kita akan ditusuk duri dan perlu melaluinya dengan membayar dengan sebuah harga yang sangat mahal. Harga sebuah pengorbanan..” Seorang lagi sahabat berkata-kata dengan tenang tetapi penuh dengan mesej yang tajam.


Doa itu kekuatan kita

Read more...

Kekuatan Doa Hamba Allah SWT

Tuesday, June 1, 2010



Kekuatan Doa Hamba Allah SWT

Oleh : BroHamzah


Perkembangan terkini saudara-saudara kita aktivis LL4G Malaysia berada dalam keadaan yang selamat. Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita teruskan memohon doa kepada Allah SWT dalam sujud, munajat, rintihan kita kepada Allah SWT.


Tanpa rasa jemu, bosan dan malas. Inilah permulaan usaha yang tidak akan berakhir.

Bantuan terpantas yang boleh kita laksanakan ialah memohon doa dan bantuan daripada Allah SWT. Ia merupakan senjata mukmin dan lambang kepergantungan yang sepenuhnya kepada Allah SWT dan akan disusuli dengan usaha-usaha yang lain.


Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.


Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.



اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ


Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.


Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين


Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Saudara ku, inilah harapan dan sebuah keyakinan bahawa bantuan Allah SWT itu menghampiri hamba-hambaNya yang menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya dan berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP