Dakwah Era Baru - Kesenian Grafik & Kartun Islamik
Tuesday, August 3, 2010
Dakwah Era Baru – Kesenian Grafik dan Kartun Islamik
Oleh : BroHamzah
Apa pandangan anda tentang lukisan diatas?
Bagi saya, seni lukisan sangat tinggi dan bermutu.
Kesenian merupakan salah satu perkara yang sangat terpenting dalam sebaran dakwah. Malah Rasulullah SAW merupakan seorang individu yang sangat berseni
Apakah seni? Saya pernah bersembang dengan sahabat saya, Hilal Asyraf berkaitan kesenian. Menurut beliau, antara definisi seni adalah: Kesanggupan akal manusia menciptakan satu karya yang bermutu lagi bernilai tinggi.
Ya. Hasilan daripada suatu usaha manusia dari pelbagai bentuk hasil kesenian. Mungkin ia berbentuk seni suara, seni lukisan, seni hubungan kemanusiaan, seni karya penulisan dan sebagainya. Dan bagi saya, , kesenian amat penting untuk dijadikan salah satu aspek yang penting untuk penyebaran dakwah.
Kita lihat berdakwah melalui seni suara nasyid dan hiburan terdidik
Berdakwah melalui perkataan, kesukanan , permainan dan sebagainya.
Ia mengambarkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri sebenarnya.

Dakwah Dimensi Baru
Lukisan serta karya-karya kartun yang saya sertakan ini merupakan karya seni seorang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD). Banyak karyanya dimuat naikan di dalam sebuah laman web.
Perkongsian hasil lukisan beliau anda boleh lah layari di website ini (http://muslimultimedia.deviantart.com) . Beliau menggunakan nama karya sebagai MusliMultimedia.
Bagi saya, karya keseniannya sangat bermutu dan profesional. Keseniaan lukisan yang halus, hidup dan mengujakan!
“ Anta, sangat berbakat. Gunakan potensi anta untuk lakukan sesuatu untuk penyebaran dakwah!,” getus saya.
“ InsyaAllah, itu salah satu cita-cita ana,” Katanya kepada saya sambil tersenyum.
Bakat-bakat terpendam sebeginilah yang harus dicungkil dan diketengahkan untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan berfaedah. Bagi saya, ia adalah peluang dan kesempatan untuk meraih pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.
Kesenian yang tinggi
Saya berbincang dengannya untuk melaksanakan beberapa projek yang boleh menyebarkan Islam dalam bentuk lukisan, kartun dan komik Islamik. Dan , beliau sendiri ada projek-projek yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Apa dia? Rahsia katanya. Yang pasti, ia akan membuka salah satu dimensi baru dalam medium dakwah seni lukisan dan karya grafik kartunis.
Alhamdulillah. Ini merupakan salah satu petanda yang baik untuk dunia seni grafik Islamik. Para remaja sangat sukakan bentuk-bentuk komik dan kartun makan, kami akan jadikan projek ini sebagai salah satu projek dakwah untuk para remaja. Ia adalah lambang kekreativiti dan inisiatif dalam memperbanyakan bahan bacaan Islamik untuk semua golongan masyarakat terutamanya golongan remaja.
Saya yakin, beliau dan beberapa orang rakannya yang kini berada di Kolej Teknologi Darul Naim bakal mewarnai dunia seni grafik dan kartun Islamik 5 tahun lagi secara serius. Kita doakan!

Lukisan ini mempunyai mesej yang tersirat. Tajuknya ialah KTD Student
Projek Hilal Asyraf
Salah satu cita-cita sahabat saya, Hilal Asyraf ( Penulis Muda) ialah mewujudkan kartun bagi novel beliau iaitu novel VT. Dan beliau sangat-sangat berhajat untuk mencari pelukis untuk komik VT beliau. Katanya, kepelbagaian bentuk penyampaian akan menyemarakan lagi medium dakwah ini. Harapan beliau, Komik kartun VT akan benar-benar terealisasikan. Bila? Yang ini kena Tanya Hilal sendiri.
Dan, saya ingin mencadangkan MusliMultimedia ini sebagai salah seorang team untuk menggerakkan menghasilkan komik sebegini. Mudahan adalah jalan untuk melaksanakan impian dan cita-cita ini.
InsyaAllah, perkongsian hasil seninya akan saya kongsikan di sini secara berkala.

11 comments:
Nice!
assalamualaikum. subhanallah. sangat kreatif dan mantap! mungkin boleh selitkan sebagai majalah haluan punya graphic designer? bagi boleh tarik lebih ramai pembaca mungkin. -sekadar lontaran pendapat- :)
Subhanallah. Taraf professional cara shbt ni lukis. Kudos to MusliMultimedia.
Harap2 projek Hilal tu berjaya. cmne la watak smpingan senior2 VT. :)
Kpd freshie
Alhamdulillah
Kpd Sarah Hamizah
Cadangan yang baik & sedang diusahakan
Kpd Munsyi Sama
Akan diusahakan. Dan watak2nya kita akan perhalusi nanti. Kena tanya Hilal. (",)
"rafi rafi...terkenal nta kt KTD....
sejak ana knal nta....
ana tau itu yg Allah bgi kt nta....
gunelah potensi yg ade utk Islam...
nta ade kt medan yg membina...
sedang ana berade di medan praktikal...
doakn ana....."
sampaikn slm ana kt rafi'......
1)- Hashimi
InsyaAllah, anta pun ada bakat juga. Kita sama2 gilap potensi diri untuk menjadi lebih baik.InsyaAllah
~ BroHamzah
ana teruja dgn bakat shbt kita ni :)
moga ALLAH permudahkan urusan antum.
1)- LuQMaN M.J
Anta pun apa kurangnya, berbakat dalam melukis.
Gunakan potensi anta tu, akhi!
~ BroHamzah
:) suka muslimultimedia
comeynyo lukisan! well done!
Jika itu menjadi realiti.. Alhamdulillah.. Memang terbaik..
Post a Comment