Dato' UDMZ dan MATRI
Tuesday, August 24, 2010
Dato’ UDMZ dan MATRI
Oleh : BroHamzah
Al Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain adalah sangat sinonim dengan MATRI.
UDMZ sangat akrab dan rapat dengan sejarah penubuhan, perkembangan dan penerusan MATRI.
Senang kata, boleh dikatakan dengan simpulan sebegini.
UDMZ = MATRI.
Ustaz Dahlan adalah pengasas MATRI
Dan
MATRI diasaskan oleh Ustaz Dahlan
Surau MATRI di fasa-fasa awal
Fikrah perlu diinstitusikan
Sejarah penubuhan MATRI, bermula apabila Ustaz mulai melaksanakan satu tugasnya sebagai seorang pendidik dan juga Murabbi. Beliau mulai memberikan kesedaran Islam kepada anak-anak didikannya untuk menghayati Islam dan mendidik diri untuk menerima Islam sebagai cara hidup dan sistem kehidupan secara sedar, faham dan yakin.
Proses ini bermula sekitar tahun 1979, dan terus berkembang dan berkembang. Proses untuk membaiki diri dan mentarbiyah diri mengikut apa yang digariskan oleh Al-Quran dan As Sunnah. Dan inilah yang disebut sebagai fikrah Islam atau kefahaman Islam yang harus dijelmakan di dalam penghayatan kehidupan. Dan salah satu bentuk proses kefahaman yang diterapkan oleh al-Fadhil Ustaz ialah fikrah (kefahaman) itu perlu diinstitusikan secara nyata. Proses kefahaman islam tidak akan berlaku tanpa proses tarbiyah (pendidikan) yang diinstitusikan. Maka, bertitik tolak daripada inilah, MATRI direncanakan dalam projek pendidikan jangka panjang UDMZ bersama sahabat-sahabat dan para pelajarnya.
Surau MATRI hampir siap
MATRI antara cita-cita dan harapan
Nama “Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)” dipilih sebagai madrasah atau sekolah yang diasaskan oleh UDMZ. Pada namanya mengambarkan satu erti dan makna yang besar. Ma’had membawa maksud sekolah atau kolej. Attarbiyah bererti pendidikan atau didikan. Dan Al-Islamiyah ialah keislaman.
Kesimpulan, ia merupakan sebuah institusi atau sekolah yang akan menjadikan pendidikan Islam yang syumul dan kamil sebagai tunjung utama operasi dan dasar pendidikannya. Singkatan “MATRI” itu sendiri adalah cetusan dan idea daripada UDMZ sendiri. Bagi saya, ia adalah singkatan yang unik, tersendiri, penuh erti dan makna. – MATRI –
Bahu-membahu, ruh ukhwah dan semangat kerjasama dalam amal jamaie'
Bermula 1987, MATRI diasaskan dengan bermula pembinaan surau yang diperbuat daripada kayu yang dipilih khusus dari negeri Pahang. Bangunan pertama yang didirikan ini dengan hasil sumbangan sahabat-sahabat, anak didik UDMZ dan orang ramai menjadi saksi terbinanya sebuah madrasah atau sekolah yang didalamnya tersimpan sebuah cita-cita dan harapan yang menggunung. Proses pembinaannya, didirikan dengan kesatuan aqidah islamiyah, titik peluh pengorbanan tenaga yang tidak kenal erti penat lelah, kejerihan membanting tulang membinanya dengan ruh ukhuwah fillah dan saling bantu membantu dalam suasana yang harmoni.
Abah saya adalah salah seorang anak didik UDMZ yang terlibat dalam proses pembinaan surau MATRI suatu masa dahulu. Setiap minggu katanya, beliau dan sahabat-sahabat akan ke Perlis untuk membina surau MATRI, dan kini setiap kali abah saya ke sana pasti beliau akan terkenangkan memori lampau saat di zaman pembinaan awal dahulu.
Dari dalam Surau MATRI, suatu ketika dahulu
Salah satu kisah yang ingin saya kongsikan diruang yang singkat ini ialah, rahsia kenapa UDMZ memulakan MATRI dengan membuka kelas tingkatan 6 (marhalah khassah) dahulu. Tidak seperti kebiasaan sekolah, yang akan dimulakan dengan pelajar-pelajar tingkatan satu. Perkara ini menghairankan banyak pihak pada peringkat awal. Namun, sebenarnya UDMZ mempunyai perancangannya yang tersendiri.
Akhirnya, baru diketahui sebabnya. Menurut UDMZ, antara sebab beliau melakukan sedemikian ialah para pelajar tingkatan 6 atau marhalah khassah akan menjadi tenaga pengajar dan pendidik untuk pendidikan MATRI di masa hadapan. Dan kini terbukti kebanyakan para guru, tenaga pendidik dan ustaz-ustazah yang ada di MATRI sekarang adalah bekas pelajar-pelajar MATRI dan juga para pelajar marhalah khassah di awal penubuhan MATRI dahulu.
Pelajar Marhalah Khassah generasi awal
MATRI, Dahulu- Kini & Akan datang
Saya terfikir, begitu banyak sumbangan dan jasa Dato’ UDMZ kepada para pelajar dan anak didiknya. Bagi saya, beliaulah arkitek dan jurutera proses penubuhan MATRI dan murabbi yang terus tegar mendidik anak bangsa melalui institusi yang diasaskannya.
Semoga Allah SWT merahmati beliau – atas segalanya – dan menganjari segala usaha ini degan keredhaan dan syurgaNya. InsyaAllah.
3 comments:
salam..syukran ..terasa sdg berada kembali dimatri bila ana bc ni...
kegigihan UDMZ bersama 'org2 lama' membangunkan institusi 'pendidikan' ini wajar diketahui oleh semua kerana bangunnya sekolah ini mmbawa mesej dan tujuannya tersendiri yg baru dpt ana fahami bila sudah tidak berada disana..
mereka sudah membuka jalan, tanggungjawb kita semua utk teruskan..insyaAllah..
Wassalam, semoga kisah ini bukan sekadar sejarah.Tetapi ia mampu untuk memberi suntikan semangat kepada kita semua
just take good values from it...
the early's sacrifice for us....
let's make matri just like the old days...
we're going to change the world today!!!
Post a Comment