Nota Dakwah : Inisiatif dan Kepekaan Sang Dai
Monday, August 9, 2010
Dakwah berlaku di mana sahaja hatta di stesen bas. Ilustrasi oleh MusliMultimedia
Nota Dakwah : Inisiatif dan kepekaan Sang Dai
Oleh : BroHamzah
“ Ini haramlah, mana boleh!,”
“ Kau ini nak solat pun malas, nanti masuk neraka baru padam muka!,”
Ayat biasa yang digunakan untuk kita menyatakan proses pencegahan mungkar. Menyatakan tidak salah, Cuma alangkah baiknya ia dilakukan dengan berhikmah baik dan secara bertahap.
Sebelum menegur, - ini adalah tips daripada Murabbi saya-, kita seharusnya telah mengenali dan benear-benar memahami sahabat atau sesiapa sahaja yang ingin kita tegurkan itu. Ini kerana proses mengajak bermula dengan kaedah. Tanpa kaedah, proses ajakan dan seruan kita tidak akan mendatangkan hasil malah ianya kosong tiada erti.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata , “ Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”,
( Fussilat (41) : 33 )
Malah, proses ajakan dan seruan ini menjadi suatu kewajipan kepada setiap orang muslim untuk menegakan kedaulatan Islam di atas bumi Allah SWT ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
( Ali Imran (3) : 104)
Mengajak seseorang kepada sesuatu kebaikan, harus dimulakan dengan kesenian menambat hati serta membina jambatan hati. Ini termasuk satu aspek yang mesti dibina dalam memastikan kejayaan dakwah. Inilah kaedah dakwah yang sangat efektif dan telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW. Teknik, tips, panduan dan segala acuan yang telah ditunjukan serta dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW semestinya kita contoh dan teladani.
Rasulullah SAW menggunakan kaedah berhikmah serta penggunaan kata-kata yang baik dalam dakwah baginda. Ini sebenarnya merupakan anjuran Allah SWT yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.”
( An-Nahl (16) : 125)
Abbas As Sisi - Dai kreatif dan jiwanya sangat sensitif
Dai yang baik
Ada seorang dai dan juga ulama yang sangat terkenal dengan keramahan dan kelembutan hatinya di kalangan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Beliau merupakan salah seorang anak didik dan sahabat tokoh pembaharuan Islam yang terkenal iaitu Imam Hassan Al-Banna. Insan yang saya maksudkan ini ialah Abbas As-Sisy. Anda pernah mendengar dan mengenali tokoh ini?
Sejak dahulu, saya seringkali mendengar kisah dan cerita Abbas Asisi sebagai seorang yang sangat dekat di hati pada sahabatnya. Beliau sangat menonjol dalam aspek keramahan serta sangat-sangat menjiwai persahabatan kerana Allah SWT dan telah terpamer akhlaknya sebagai seseorang yang sangat menghargai sahabatnya. Salah satu kemahiran dan kepakaran beliau ialah sangat kreatif dalam membina hubungan dan menyuburkan talian ukhuwah Islamiyah.
Inisiatif Dai
Antara kisah yang menarik daripada kisah-kisah Sheikh Abbas Asisi ini ialah kisah bagaimana beliau memulakan bibit perkenalan di dalam sebuah bas.
Suatu hari beliau berada di dalam sebuah bas, dan seperti biasa disebelahnya terdapat ramai orang bersama-sama menaiki bas tersebut.
Sheikh Abbas Asisi, terfikir kaedah bagaimana untuk memulakan perbualan dan perbicaraan dengan rakan sebelahnya. Dan tetiba timbul idea difikirannya untuk memijak sedikit kaki orang yang berada disebelahnya. Dengan kesengajaan itu beliau melaksanakan proses untuk membina hubungan perkenalan yang akan mendatang manfaat yang besar.
Jelas dalam Al-Quran, Allah SWT menegaskan tujuaan dijadikan manusia bersuku-suku, berbilang bangsa adalah untuk berkenalan dan saling kasih mengasihi dalam suasana harmoni. Ini disebutkan di dalam Surah Hujurat ayat ke 13 yang bermaksud :
“Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan , kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui Maha Teliti.”
( Al Hujurat (49) : 517)
Kemudian, dan beliau meminta maaf kepada orang tersebut dengan lembut kerana terpijak kakinya. Dan daripada situ timbullah perbualan dan bibit kemesraan. Saya benar-benar tertarik dengan kisah sebegini. Kreatif. Tenang. Lemah lembut. Serta penuh dengan sifat-sifat proaktif.
Kuasai Kaedah berdakwah
Jum’ah Amin Abdul Aziz,buku susunannya Ad Dakwah, Qawaid wa Ushul (Buku terjemahannya Fiqih Dakwah Prinsip dan Kaedah Asasi Dakwah Islam) memberi panduan dalam keterikatan seseorang dai dalam memahami dan melaksanakan kaedah Fiqh Dakwah. Katanya sekurang-kurangnya seseorang dai itu perlu ada 10 kaedah dakwah yang difahami, dihayati dan cuba dilaksanakan dalam menjayakan usaha dakwah ini. Antaranya kaedah itu ialah Qudwah Qabla Dakwah ( Menunjukan Contoh yang baik sebelum berdakwah), membina ikatan hati sebelum berdakwah, bertaaruf sebelum berdakwah dan bertahap dalam berdakwah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.InsyaAllah
Syiar kita : Qudwah Qabla Dakwah.
1 comments:
Semoga kita ada kesabaran dalam apa jua situasi apabila mahu berdakwah.
Artikel menarik BroHamzah :D
Post a Comment