Rahsia Imam Muda Terbongkar

Monday, August 2, 2010

Ia adalah rahsia kekuatan ummah Muhammad zaman berzaman

Rahsia Imam Muda Terbongkar

Oleh : BroHamzah

“ Program Imam Muda itu apa?” Ada seorang pelajar tanya saya satu soalan.

Saya tersenyum sahaja.

Sehingga kini, walaupun sudah berhari-hari program Kemuncak Imam Muda berlalu masih ramai orang memperkatakannya sama ada diblog, face book atau menjadi intipati perbualan harian. Tentunya, bagi yang belum mengetahui tentang program ini tertanya-tanya apa kah sebenar program realiti Imam Muda ini. Saya sendiri tidak mengikutinya secara berkala secara mingguan. Hanya membaca perkembangan secara tidak langsuang melalui laman-laman internet yang pelbagai.

Secara peribadi, ingin saya mengajak kita melihat apakah mesej dan tujuan utama program ini dilaksanakan. Secara dasarnya ialah merupakan salah satu program alternatif yang baik bagi memberi ruang kepada golongan-golongan agamawan untuk menyebarkan iklim islamik di dalam media penyiaran. Alhamdulillah, usaha itu adalah harus disokong. Semoga Allah SWT membantu dan memudahkan apa jua mesej kebaikan melalui medium sebegini.

Finalis Imam Muda

Saat ini,program Imam Muda menjadi satu fenomena yang baru kepada para remaja di Malaysia. Secara umumnya, ia dilihat sebagai satu perkembangan yang sihat. Ya satu suasana yang baik. Meletakkan individu-individu yang baik, berakhlak dan bersahsiah sebagai ikon kepada remaja di Malaysia. Sekurang-kurangnya menjadi salah satu alternatif kepada remaja untuk mencari siapakah tokoh, ikon dan individu yang boleh mereka contoh dan teladani.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kesemua finalis Imam Muda adalah mereka-mereka yang mempunyai moral yang baik dan akhlak yang sangat terpuji. Ini menyenangkan hati semua pihak. Sekurang-kurangnya, anak-anak mereka ada contoh. Dan bagi saya, di sinilah kekuatan mereka.Dan yang menariknya hampir kesemua daripada mereka adalah penghafal Al-Quran. (Huffaz). Dan ini juga adalah syarat utama untuk para imam-imam muda untuk menyertai program ini.

Al-Quran memberi suatu kekuatan yang luar biasa kepada sesiapa yang di dalam dirinya hidupnya Al-Quran secara nyata dan diamalkan. Malah rahmat Allah SWT sentiasa memayungi mereka.

Firman Allah SWT :

“ Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

( Al-Isra (17) : 82)

Rahsia kekuatan terbongkar

Rahsia utama kepada Imam-imam muda dalam rancang ini ialah kekuatan ruh Al-Quran. Kekuatan yang tertonjol dari dalaman mereka ialah ruh Al-Quran yang mewarnai dan menghiasi perjalanan hidup mereka dan kita dapat merasai kesan Al-Quran pada mereka. Lihatlah wajah dan penampilan mereka. Akhlak, tutur bicara dan sebagainya.Tampak tenang, sejuk dipandang dan kita merasa begitu senang.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan.”

( Al-Isra’ (17) : 9)

Rahsia kejayaan mereka kini terbongkar , dan bagi saya inilah rahsia yang seharusnya kita jadikan panduan dalam melakukan sesuatu terhadap diri kita, keluarga dan masyarakat. Proses pendidikan modal insan harus bermula dengan program pendidikan Al-Quran.

Bukan sekadar berbentuk hafalan, tetapi ia berbentuk penghayatan yang dibumikan di dalam kehidupan. Dan yang lebih menarik, proses pendidikan Al-Quran ini telah bermula semenjak mereka kecil lagi, bukannya 2 atau 3 bulan sebelum menyertai program Imam Muda ini.

Maknanya apa?

Proses ini sangat lama dan sukar. Ia adalah proses jangka masa panjang.

Memasyarakatkan Al-Quran

Saya pernah bersembang dengan Tuan Haji Noorazman Shamsudin, salah seorang aktivitis kemanusiaan yang menyertai misi Lifeline 4 Gaza yang menaiki kapal Mavi Marmara pada bulan Mei yang lepas. Katanya, kekuatan penduduk Gaza, Palestin dalam menghadapi kemelut dan cabaran penindasan terhadap mereka ialah Al-Quran.

Kita dapat lihat kekuatan kesatuan, penyatuan dan kerjasama yang berlaku sesama mereka dalam bertahan serta berperang dengan pihak Zionis Israel ialah jiwa mereka hidup bersama Al-Quran.

“ Di Gaza, adalah satu perkara yang mengaibkan sekiranya dalam sebuah keluarga itu tidak ada yang menjadi Huffaz Al-Quran ( Hafal 30 Juzuk). Dan Al-Quran inilah yang bersama-sama mereka ketika berkerja, bertindak dan bergerak,” Kata Tuan Haji Noorazman.

Proses tarbiyah quraniyah berjalan dan dihidupkan secara nyata di Palestin. Dan seharusnya kita melihat ia dengan nada dan panduan yang positif. Malah, perkara pernah berlaku dan terbukti pada zaman Rasulullah SAW.

Ya.

Para sahabat terdidik dan didik oleh tangan Baginda Rasulullah SAW dengan didikan Al-Quran.

Jiwa mereka dipenuhi dengan ayat-ayat kebenaran daripada Al-Quran yang membersihkan hari mereka daripada kecintaan kepada dunia.

Hati mereka terpaut kepada keindahan ayat-ayat yang merupakan kalamullah sehingga mereka jatuh cinta kepada Allah SWT, Rasulullah dan Islam dengan sepenuh jiwa mereka.

Firman Allah SWT :

“ Inilah adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) yang penuh dengan barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya..”

( Shad (38) : 29)

Malah, tarbiyah Al-Quran ini telah melahirkan mereka sebagai sebuah generasi yang terbaik dalam sejarah peradaban dunia. Sehingga ada ulamak mengelarkan mereka sebagai – Jinul Qurani Farid- Generasi Al-Quran yang unik.

Seorang tokoh pembaharuan Islam, di dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan telah memberikan komentar berkaitan kejayaan Rasulullah SAW dalam mendidik para sahabat RA, katanya Para sahabat telah didik dengan 3 faktor ini :

Pertama, mereka menjadikan Al-Quran itu satu-satunya SUMBER Rujukan & Hanya Al-Quran

Kedua, mereka menghadapi Al-Quran untuk melaksanakan serta merta dalam KEHIDUPAN

Ketiga, mereka memeluk Islam secara menyeluruh dengan meninggalkan zaman kegelapan mereka secara menyeluruh.

Nah! Inilah punca, dan rahsianya. Kekuatan generasi awal dan ia akan terus menjadi kekuatan utama ummah Muhammad sehingga ke akhir zaman.

Individu hebat

Sepanjang pengalaman saya, saya dapati kebanyakan rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik, sahsiah, kerjaya mahupun segala bentuk pencapaian mereka kebanyakannya adalah mereka yang beramal dengan Al-Quran. Sama ada membaca, menghafal secara konsisten dan benar-benar mengamalkan segala intipati Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Malah jika diteliti dalam sejarah perabadan Islam, kebanyakan para cerdik pandai, para ulamak dan pemimpin Islam yang hebat-hebat semuanya bermula dengan didikan Al-Quran. Dan inilah rahsia dan formula zaman berzaman yang kian dilupakan.

Saya insaf dengan kenyataan ini. Benarlah Al-Quran adalah kekuatan utama dalam proses pendidikan membentuk insana yang rabbani. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Semoga kita mampu menjadi ahli Al-Quran dan menghidupkan ruh Al-Quran dalam setiap gerak geri kehidupan kita dengan hakikat yang sebenarnya.

4 comments:

Anonymous,  August 3, 2010 at 9:34 PM  

nice en-3... (^__^)

Anonymous,  December 10, 2010 at 9:21 AM  

salam...sgt menarik...cuma ada pertanyaan...saya clalu tertanya-tanya mcm mana kita nak amalkan segala inpati Al-quran dlm kehidupan??...kdg2 time kita baca tu,hanya menerang kisah2 nabi je?? so mcm mana nk amalkn.......maaf laa,mungkin soalan ni tak sepatut ditanya,,tapi itulah sampai skrg sy masih tiada jwpn bg soalan ni...

Anonymous,  December 16, 2010 at 7:10 PM  

siuk r baca
artikel'y menarik

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP