Kajian Tarbawi : Ramadhan umpama hujan lebat

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan, hujan lebat yang penuh rahmat


Kajian Tarbawi

Ramadhan – Hujan Lebat Penuh Dengan Rahmat


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kita dapat terus menghirup udara Ramadhan yang segar, nyaman dan penuh dengan keamanan ini.


Saya masih berada dalam mode kesyukuran menyambut awal Ramadhan yang dipenuhi dengan pelbagai rahmat, nikmat, tawaran dan dijanjikan dengan pelbagai ganjaran oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Syukur. Alhamdulillah. Redha. Alhamdulillah. Nikmatnya.


Hari ini, hajat untuk berkongsi satu perkongsian berkaitan Ramadhan yang ditulis oleh seorang Murabbi saya, Tuan Haji Rosdi Baharom, Pengurus HEP KTD


Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Seorang ulama’ telah menulis bahawa Ramadhan adalah umpama hujan yang lebat. Walaupun semua orang berpeluang untuk mendapat sebanyak air yang penuh keberkatan yang Allah SWT kurniakan, tetapi tak semua mendapat air yang sama banyak.


Ini adalah kerana banyaknya air yang kita perolehi bergantung kepada sebanyak mana air yang dihajati dan sebesar mana takungan yang kita sediakan.


Seandainya kita hanya menyediakan sebuah cawan untuk menakungi air yang mencurah-curah itu maka kita akan mendapat secawan air. Sekiranya sebuah baldi yang disediakan, maka yang kita perolehi hanyalah sebaldi air. Jika kita mampu menyediakan takungan seluas tasik, maka akan kita perolehi sebanyak itu pula air hujan yang Allah SWT kurniakan.


Demikian pula halnya dengan Ramadhan. Banyak manakah kurniaan Allah SWT dalam Ramadhan yang kita hajati dan persediaan apa pula yang kita lakukan untuk mendapat kelebihan bulan yang penuh dengan kelebihan ini.


Sudah hampir seminggu Ramadhan berlalu, apakah telah perolehi darinya? Marilah kita semampu mungkin menagih keampunan Allah dan kasih-Nya dan terus menerus menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disyari’atkan oleh Allah SWT untuk menyuci dan merawat hati kita. Semoga mendapat sebaik-baik ganjaran.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP