Saat membumikan cinta dan rindu

Wednesday, August 4, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak - Picture by MusliMultimedia

Saat membumikan cinta dan rindu

Oleh : BroHamzah

Kita sedang menghitung hari, waktu, masa dan detik

Sedang menanti saat-saat yang cukup istimewa dalam hidup kita

Dan ia hanya tiba beberapa hari sahaja lagi

Rabiul Abrar ( Musim bungan yang menyamankan)

Menanti-nanti kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh pengharapan, lonjakan perasaan sang perindu dan juga mempersiapkan kelengkapan diri adalah antara perkara yang dilakukan secara praktikal oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan juga para salaf soleh dalam fasa menghadapi Bulan Ramadhan Al- Mubarak.

Ia umpama Rabiul Abrar iaitu musim bunga bagi orang-orang yang beriman.

Musim yang mendamaikan

Penuh ketenangan

Kenyamanan

Dan Keindahan

Bulan Ramadhan juga digambarkan seumpama sekolah, madrasah, kolej, dan university yang akan menghasilkan pelajar, mahasiswa dan graduan yang memiliki sijil atau ijazah “ketakwaan.”

Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Al-Quran

Bulan Dakwah

Bulan Taqwa

Bulan Tarbiyah Ruhiyah

Dan banyak lagi gelaran dan jolokan yang diberikan kepada Bulan Ramadhan dan ia memberi gambaran kesitimewaan dan uniknya bulan yang barakah ini.

Ia juga boleh diumpamakan seperti kilang yang akan memperoses bahan-bahan mentahnya lalu menghasilkan produk-produk yang mencapai criteria-kriteria yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Input,Proses dan Outcome

Saya mendapatkan pandangan daripada Dr Abdullah Sudin berkaitan Proses pentarbiyah Ramadhan dalam diri seorang mukmin muslim dan beliau memberi penjelasan yang mudah difahami melalui 3 kata kunci. Ia iaitu INPUT, PROSES & OUTCOME dalam pentarbiyah (didikan) Ramadhan. Artikel berkaitan perkara ini boleh dibaca di website ini ( http://www.haluan.org.my)

Input – Ialah kita melaksanakan persediaan Iman dan persiapan ilmu sebelum menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bayangkan sekiranya kita ingin menghadapi sebuah peperiksaan yang besar, sudah tentu kita sedang sibuk mempersiapkan diri dengan pelbagai persiapan akademik.

Justeru, hal ini lebih urgent, penting dan sangat-sangat perlu dalam soal persiapan menghadapi Ramadhan. Agar kita well prepared!

Proses – Terdapat beberapa aktiviti dan ibadah-ibadah yang akan kita laksanakan bagi mendidik hati, jiwa, fizikal dan akal bagi mencapai objektif dan tujuan ibadah kepada Allah SWT.

Disenaraikan beberapa amalan soleh yang akan menjadi “pencuci” hati untuk menjernihkan serta membersihkan jiwa kita. Gandakanlah ibadah wajib dan memperbanyakanlah ibadah sunnah seperti solat sunnat Tahajud, Dhuha serta melipat gandakan usaha-usaha sedeqah kepada golongan yang memerlukan. InsyaAllah, proses ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri dalam melaksanakan proses perubahan.

Outcome – Hasilan yang kita perolehi daripada Ibadah Ramadhan ini, ialah ingin meraih Taqwa. Taqwa yang akan memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan perintah kepada Allah SWT dan meninggalkan laranganNya dengan sepenuh hati berteraskan keimanan kepadaNya dan menyakini segala janji-janjiNya.

“ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

( Al- Baqarah (2) : 183)

Apa kayu ukur taqwa?

Siapa kah orang yang bertaqwa. Semestinya ia mempunyai tanda-tanda, sifat-sifat dan ciri-cirinya. Bolehlah kita rujuk, Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.”

(Al-Baqarah (2 ): ayat 2-5)

Jelas kepada kita, antara sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah

Pertamanya , beriman dengan perkara ghaib. Beriman dengan Allah SWT dengan sepenuh keyakinan jiwa dan hati. Begitu juga dengan perkara-perkara yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Keduanya, mendirikan solat. Berusaha menyempurnakan solat dan mempertingkatkan kekhusyukan dalam melaksanakannya.

Ketiganya, mengeluarkan sedeqah, infaq daripada sebahagian rezeki mereka. Ia selesa untuk menderma tanpa paksaan serta lahir daripada keikhlasan hati.

Keempatnya, beriman dengan Al-Quran. Membaca, memahami dan mengamalkan di dalam kehidupan. Berusaha untuk menjadi "the walking al-quran".

Kelimanya, menyakini adanya hari akhirat. Sentiasa mengingati tempat kepulangan iaitu alam akhirat yang kekal selamanya serta bersiap dengan bekalan untuk ke sana.

Nasihat Murabbi

Tuan Haji Rosdi Baharom, dalam pertemuan minggu lepas mengingatkan saya dan sahabat dengan ungkapan yang simple, namun ia harus diusahakan semaksima mungkin :

“Marilah kita pastikan bahawa hati kita bersih dan jernih sebelum menjejaki kaki ke bulan Ramadhan. Kerana inilah kata kunci kejayaan untuk kita meraih ketakwaan kepada Allah.”

Tetamu Agung, ia akan tiba

Ayuh, menyambut dengan sambutan kehangatan yang membara

Meraihkan kehadiran dengan sepenuh jiwa kehambaan

Melaksanakan segalanya dengan keimanan yang utuh dan (sentiasa) ihtisab segalanya amalan di dalamnya agar hasilan adalah yang TERBAIK, BERMUTU dan BERKUALITI.

Inilah saat kita membumikan segala kecintaan dan kerinduan terhadap Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan, kami menantimu

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP