Mendoakan Kesejahteraan Dato' UDMZ
Saturday, August 14, 2010
Mendoakan kesejahteraan Dato’ Mudir UDMZ
Oleh : BroHamzah
Hujung minggu ini, saya diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT untuk menziarahi Mudir saya, Al Fadhil Ustaz Dato’ Dahlan Mohd Zain di CCU, Hospital Kangar, Perlis. Keadaannya, digambarkan kritikal dan kini dibantu sepenuhnya oleh alat bantuan pernafasan.
Saya sempat masuk ke dalam wad jagaan rapi, dan melihat keadaan Ustaz. Sayu dan sebak rasanya hati melihat keadaan Ustaz terbaring diatas katil dipenuhi dengan saluran alat bantuan pernafasan. Saya menatap wajahnya dan di dalam hati saya bacakan doa dan beberapa ayat suci Al-Quran. Semoga Allah berikan kekuatan kepada Dato’ UDMZ.
Walaupun, agak keletihan memandu kereta jauh ke utara, sekurang-kurang hati terubat dapat menziarahi dan menatap wajah insan yang telah banyak mendidik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan suasana sistem biah yang terbaik dalam mendidik anak bangsa mengenal Allah SWT, berakhlak mulia dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.
Keadaan UDMZ sebelum jatuh sakit
Menurut cerita anak-anak UDMZ dan sahabat-sahabat, sebelum ustaz jatuh sakit iaitu pada malam majlis walimahnya, UDMZ berada dalam keadaan bertenaga, bersemangat, dan ceria. Kemungkinan, keletihan sepanjang urusan majlis kenduri memberikan kesan kepada kesihatan Ustaz. Semoga apa yang dilalui oleh Ustaz ini, dirahmati dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Doa dan Kunjungan Ziarah yang tidak putus-putus
Saya begitu kagum dan terharu dengan kunjungan ziarah oleh anak-anak didik dan sahabat-sahabat yang datang dari jauh semata-mata untuk menziarahi Dato’ UDMZ walapun di dalam Bulan Ramadhan ini. Dari seluruh Malaysia tidak kira dekat seperti negeri-negeri utara sehingga dari negeri sejauh Johor datang menziarahi, mendoakan dan menitipkan ucapan semangat kepada isteri, anak-anak dan keluarga Ustaz. MasyaAllah inilah semangat ukhuwah yang terjalin dan tuntutan hak mukmin yang ditunaikan dalam suasana kasih sayang kerana Allah SWT.
Yang hadir, dari pelbagai usia dan peringkat umur. Muda dan berusia datang memberikan tuntutan hak seorang muslim. Saling mendoakan, dan ucapan kekuatan buat keluarga dan sahabat-sahabat yang ada. Dengan harapan agar Allah SWT memberikan ketabahan buat Ustaz serta seluruh keluarga, sanak saudara serta kenalan rapat dan sahabat-sahabat terus diberikan kesabaran dalam menghadapi semua ini.
Perbualan dengan seorang Jururawat
Saya sempat bersembang dengan seorang Jururawat semasa menziarahi Ustaz :
“ Ramai betul orang yang datang ziarahi Ustaz ini. Datang pula dari jauh-jauh. Adik ini anak didik Ustaz ke?,” Katanya
“ Saya bekas pelajar Ustaz di MATRI,” Jawab saya.
“ Alhamdulillah, ini berkat seorang pendidik.,” Katanya tersenyum.
Yang benar. Ustaz telah banyak mendidik dan berbakti dalam mendidik saya , serta sahabat-sahabat yang lain untuk memahami Islam serta menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenar. Hati saya tersentuh, apabila menerima satu mesej dari seorang sahabat yang juga merupakan ketua pelajar MATRI bagi tahun ini, katanya :
“Salam, sahabat-sahabat yang dikasihi. Sekadar berkongsi rasa. Ana rasa sangat bersyukur Allah letakkan ana di khassah. Banyak yang ana belajar, terutamanya apabila bersama Ustaz Dahlan. Ustaz, bukan semata-mata seorang murabbi, malah qudwah dalam segala hal. Ana tidak rasa rugi di khassah. Dalam keadaan sekarang,begitu terasa dengan apa yang menimpa Ustaz. Rupanya disebalik suruhan, ajaran dan lain-lain, hikmahnya begitu besar.”
Sahabat saya ini rapat dan selalu bersama Ustaz. Dari perkongsiannya, selalu saja beliau menceritakan kisah-kisah manisnya bersama Ustaz dan lebih daripada itu ialah cara didikan Ustaz dalam hal-hal mendidik untuk menjadi insan soleh, beriman dan bertaqwa.
Doakan dan teruskan doakan
Saya mengajak sesiapa sahaja yang membaca artikel post ini untuk mendoakan kesejahteraan Ustaz agar diberi kerahmatan, ketabahan, ketenangan, kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi semua ini. Kita mendoakan agar Allah SWT memberikan kemuliaan dan keberkatan buat Ustaz yang dikasihi ini.
Bagi yang ingin menziarahi Dato’ Mudir, boleh menziarahi beliau di Hospital Kangar, di CCU pada waktu melawat iaitu jam 1 sehingga 2 petang. Dan juga pada pukul 5 sehingga 7 petang. Wallahu’alam.
3 comments:
Moga Allah beri kekuatan kepada Mudir.
Allahuakbar! Itulah kelebihan khassah, dapat duduk sekali dengan murabbi2 di sana.
Mari kita doakan agar Mudir cepat sembuh.
Sayang sangat pada Mudir!!
Moga Allah redha dengan mudir.
Moga Allah rahmati mudir..
Alhamdulillah.
Jadi, kenapa anta tak terus dok khassah wahai sheikh Udin
Buat Syeikh kabir KTD Ali IRfan yang disayangi,
=)
Masing2 punya impian masing2. Ana punya impian ana sendiri.
Ana teruskan perjuangan di tempat lain. Doakanlah ana ni... ;)
Post a Comment