Studi = Stress ?

Saturday, August 7, 2010

Tekanan belajar, adakah anda mengalaminya? - Ilustrasi oleh MusliMultimedia

Studi = Stress ?

Oleh : BroHamzah

Pernahkan anda menghadapi tekanan yang menghimpit dada dan fikiran anda berserabut .

Masalah datang bertimpa-timpa. Selepas satu , datang pula satu masalah yang baru.

Tekanan. Tension. Masalah. Stress. Dan bermacam-macam bentuk tekanan kejiwaan dan perasaan.


“ Argghhh!!.”

Satu malam, terdengar suara yang kuat memecahi suasana gelap kami di asrama Kolej 5, Universiti Malaya. Saya agak terkejut.

“ Kenapa pulak tu?,” Soal kawan sebilik saya.

“ Sekarang inikan musim exam. Tu suara-suara melepaskan tekanan studi la,” Komen saya mudah sambil membaca buku.

Itu situasi biasa, ketika saya di kampus suatu masa dahulu.


Studi = Tekanan = Stress

Kekadang terfikir juga kenapa studi, belajar dan membaca buku boleh menyebabkan tekanan jiwa kepada para pelajar?

Hairan melihat dan kagum membaca kisah-kisah para ulama terdahulu yang begitu ghairah, teruja, tekun dan asyik dengan kerja-kerja studi mereka.

Dan salah satu tanda dicintai oleh Allah SWT ialah kita diberi kemudahan oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu, rasa senang untuk ditunjuk ajar dan selalu dilimpahi dengan nur cahaya keilmuan.

Jika, diberi hidayah oleh Allah SWT untuk mendapat kebaikan maka Allah SWT akan berikan kefahaman berkaitan deen dan ia semestinya perlu melalui jalan keilmuan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan mengenal diri, mengenal RabbNya dan mengenal semua perkara disepanjang kehidupannya.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“ Sesiapa yang Allah ingin memberikan kepadanya kebaikan difahamkan kepadanya urusan agama.”

( Bukhari dan Muslim)


Mauqif Sirah - Mengali pedoman di masa lampau


Membaca, menatapi dan menghayati perjalanan sirah serta riwayat hidup para alim ulama Islam dalam soal belajar, studi dan menuntut ilmu membuatkan saya benear-benar kagum. Bukan untuk sekadar itu sahaja, tetapi ia mampu melonjakan semangat motivasi untuk mencontohi mereka.

Ibnu Abbas – sebagai contoh- seorang sahabat Nabi Muhammad adalah salah seorang tinta umat, laut syariat, penterjemah Al-Quran, dan tersohor sebagai seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta memiliki pemahaman mendalam tentang wahyu dan tidak pernah letih mengajar ilmu agama kepada manusia lain. Hafalan, pemahaman, kejelasan dan kemuliaannya sungguh luar biasa.

Abu Hurairah – gelaran istimewa kepadanya – adalah seorang pemimpin para penghafal Al-Quran dan perawi hadis, menyampaikan hadis-hadis Rasulullah SAW kepaa umatnya dengan jujur. Beliau adalah seorang penghafal hadis yang dapat dipercayai. Beliau bahagikan malamnya untuk ibadah, menghafal hadis dan tidur. Kenapa beliau boleh lakukan semua ini? Ini kerana matlamatnya jelas, semangatnya tinggin, tekadnya besar dan jiwanya teguh.

Hassan al-Basri pula, salah seorang yang teguh dalam berjihad dan sabar mencari ilmu dan hadis. Dengan kefasihan bahasa, kearifan dan ketampanan yang dikurniaakan oleh Allah SWT kepadanya, dia menjadi ubat bagi hati dan nasihatnya menjadi ruh oenebar semangat bagi jiwa setiap orang yang mendengarnya. Beliau adalah seorang yang selalu bersikap zuhud, rendah hati, berserah diri, warak dan istiqamah.

Amir asy- Sya’bi adalah salah seorang imam yang serba boleh, berwawasan luas, banyak ilmu, ahli dalam hadis, dan cekap di bidang sastera kerana akalnya yang cerdas, jiwanya yang bijak serta pemahamanya yang tajam. Dia pernah berkata : “ Aku tidak pernah lupa dengan semua yang ku tulis dan ku simpan di dalam hatiku.” – Semua ini kerana, adalah beliau menghafal semua nya ditulis dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur kerana Allah SWT.

Abu Ishaq Asy-Syarazi – adalah salah seorang ahli fikih Syafie, pemilik buku-buku masyhur yang sangat bermutu. Beliau akan mengulang setiap pengajaranya seratus kali dan melogikan ribuan perbandingan (qiyas) sehingga tubuhnya kurus kering kerana semangatnya yang tinggi dan tekadnya yang kuat.

Ibnu al-Jauzi, adalah seorang penasihat dunia, pengarang terbesar dan penulis muslim yang sangat produktif. Dia menulis kira-kira seribu buah buku. Dia menghabiskan wajtunya untuk menuntut ilmu, mendalami ilmu agama, mengarang, mengajar dan berdakwah. Kerana itu, beliau digelar sebagai tokoh dizamannya kerana keluasan ilmu dan kemuliaan akhlaknya.

MasyaAllah, sungguh luar biasa.

Apabila membawa kisah-kisah di atas membuatkan saya bertambah hairan dan termenung jauh. Diri saya dan diri mereka.


Kesungguhan mereka yang sangat mengagumkan

Keseriusan mereka yang benar-benar tampak jelas

Sikap bersemangat sepanjang ketika

Keasyikan dan kelekaan mereka dalam dunia keilmuan yang menyeronokan

Tidak kenal erti penat dan lelah malah terus beristiqamah

Kesabaran yang tidak berbelah bagi

Tekad juang yang sentiasa membara menghiasi setiap detik hidup

Tekun melaksanakan kebaikan dengan jujur dan ikhlas

Sanggup berkorban untuk mendekat diri kepada Allah SWT

Dan menghabiskan waktu dengan menuntut ilmu –


Dan semua ini, membuat saya terus berfikir dan berfikir.

Di manakah tahap kedudukan kita dengan mereka?

Penutup

Ibrah, pengajaran dan pedoman kita ambil serta resapi dalam diri.

Saya khususkan tulisan ini buat para pelajara mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Ayuh, kita sentiasa perbaharui niat dan perbetulkan mindsetting berkaitan menuntut ilmu agar ilmu itu menjadi sahsiah kita dalam kehidupan.

Bukannya, dihafal-hafal seseriusnya memberatkan keringat lalu dicurahkan diatas sekeping kertas jawapan exam securah-curahnya dan ia terus hilang dalam ingatan, hati dan jiwa seusai peperiksaan tamat.

-Dan full stop, setakat itu sahaja! Dan selesai tugas ku.-

3 comments:

norashikin rahmat August 8, 2010 at 6:19 AM  

salam, ustaz..
perkongsian dari blog ni sangat mendidik ana..insyaAllah.. ana mohon izin copy post ni dan gambar MusliMultimedia sebagai perkongsian tarbiyah dengan sahabat2, boleh?

BroHamzah August 8, 2010 at 8:26 AM  

Walaikumusalam, dipersilakan. InsyaAllah, sebaran untuk manfaat bersama.

Anonymous,  September 24, 2010 at 5:02 PM  

betapa semangat ku tidak cukup,huu kene selidik balik di mana silapnya, insyaAllah akan terus perbaiki diri amin,moga kita semua terus kuat dalam berjuang untuk Islam.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP