Motivasi Belajar

Monday, February 22, 2010

Menuntut Ilmu bukan hanya untuk menajamkan akal tetapi menjernihkan hati dengan nur kebenaran


Soal Jawab

Suatu malam, peti mesej handset saya berbunyi. Ada satu mesej, soalan daripada pelajar saya.


Assalamualaikum WBT Ustaz



Macam mana saya hendak tingkatkan prestasi diri saya agar lebih dekat kepada Allah dan pada tahun ini saya rasakan saya amat malas sekali untuk belajar dan saya cepat meradang apabila orang menegur saya terutamanya ibu bapa saya, saya berasa rimas sekali. Tolonglah saya Ustaz, saya tidak hendak jadi anak yang derhaka.

Alhamdulillah, bibit kesedaran masih bersinar dalam hati pelajar ini. Sebelum, membalas jawapannya saya bertanyakannya satu soal.

Sebelum Ustaz menjawab soalan ini, izinkan Ustaz Tanya satu soalan. Boleh?

InsyaAllah, Boleh ustaz.

Dalam hidup ini, apa perkara yang paling kamu HAJAT dan IMPIKAN?

Saya ingin membahagiakan ibu bapa saya kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya selama ini. Kedua, saya ingin mencapai matlamat hidup saya iaitu menjadi seorang yang berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ketiga, saya ingin menjadi wanita solehah di sisi Allah SWT, InsyaAllah. Keempat, saya ingin memenuhi hajat ibu bapa saya kerana saya adalah satu-satunya harapan ibu bapa saya untuk mengubah nasib keluarga.

Jawapan saya,

Alhamdulillah, impian dan harapan yang tinggi. Kamu tahu, jika kamu fahami, hayati dan amati sedalam-dalamnya cita-cita kamu itu, kamu akan terdorong untuk BERUBAH & MENGEJAR cita-cita itu dengan tekad dan azam yang tinggi. Bagi Ustaz, keluarga itu adalah sumber kekuatan untuk belajar. Sebelum tidur, cuba bayangkan wajah ibu bapa awak. Bayangkan urat-urat pada wajah ibu kamu. Bukankah mereka semakin berusia, bayangkan rambut mereka yang semakin memutih. Dan paling penting, bayangkan HARAPAN mereka kepada awak. Hati awak akan terusik dan air mata akan mudah mengalir apabila teringatkan mereka dan harapan mereka terhadap kamu. Jadi, jadikan IBU BAPA kamu,pendorong dan motivasi untuk belajar.Boleh?

InsyaAllah, saya akan cuba. Terima kasih atas pandangan dan nasihat yang Ustaz berikan



Satu lagi, latih dan tanamkan kepada hati untuk belajar kerana Allah SWT. InsyaAllah, inilah kekuatan utama dalam menuntut ilmu.

InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi.

Pesanan Buat diri
Menuntut Ilmu perlukan keikhlasan, kesungguhan dan tidak mengenal erti penat dan jemu. Belajarlah untuk menjadi pakar dalam bidang anda masing-masing. Peringatan ini untuk diri saya juga. Target untuk menyambung belajar sehingga Ijazah kedoktoran. (PhD). Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?

4 comments:

norashikin rahmat February 22, 2010 at 6:44 PM  

belajar bukan untuk memenuhi pasaran kerja, tapi membuka pasaran kerja!-Orang islam perlu ada prinsip ni, supaya kita lebih kehadapan dalam ekonomi. ikhlas lillahi membuat kita rasa manisnya perjuangan dan mudahnya urusan...

BroHamzah February 22, 2010 at 7:36 PM  

Belajar Ikhlas untuk ikhlas.InsyaAllah.Syukran

Syed Ahmad Fathi February 23, 2010 at 3:32 AM  

Betul2.Ibu bapa motivasi
paling berkesan nak melawan kemalasan untuk
belajar.

BroHamzah February 23, 2010 at 4:26 AM  

HARAPAN Mereka sangat menggunung untuk kita.Jangan kecewakan mereka.

Namun, jika kita berjaya DIDIK HATI untuk belajar kerana ALLAH SWT, InsyaALLAH kesannya lebih luarbiasa dan kesungguhannya diluar jangka!!

JOM STUDY kerana ALLAH
Untuk Islam
dan Memandaikan Ummah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP