Abang, saya mahu kahwin!

Tuesday, October 26, 2010

Perkahwinan itu ; 1 + 1 = 2 atau 1 + 1 = 1

Abang, saya mahu kahwin!
Oleh : BroHamzah

“ Abang, saya ada hajat,” Satu ungkapan keluar daripada seorang sahabat.
“ Ya?,” Soal saya ringkas.
“ Saya hajat hendak kahwin,” Katanya berterus terang.

Sejak akhir-akhir ini, dialog sebegini kerap hadir dalam kehidupan seharian saya. Ada di kalangan mahasiswa yang berhajat untuk berpasangan, ingin mendirikan rumah tangga dan dengan ungkapan mudah : ingin berkahwin.

“ Dan nikahkanlah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Tahu.”

( An-Nur : 32)

Perkahwinan itu

Saya tidak halangan buat kalian. Bagi saya, berkahwin adalah hak semua bangsa dan manusia. Cuma ringkas sahaja nasihat saya bagi mereka-mereka yang mempunyai hajat ini.

1. Perkahwinan itu adalah gabungan kepada satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat. Ia bukannya soal kecil tetapi amanah kubra.

2. Perkahwinan bermakna anda akan melangkah ke alam yang baru dan zaman yang berbeza dari sebelumnya. Ia bermakna, anda perlukan “sesuatu” sebelum melangkah ke sana.

3. Perkahwinan, ia perlukan persediaan, persiapan dan segala bentuk perapian yang harus anda lihat secara menyeluruh.

4. Perkahwinan membawa erti kepada perubahan kehidupan bersendirian kepada berteman. Perubahan untuk menerima seseorang yang akan menjadi pendamping dan peneman hidup.

5. Keputusan perkahwinan dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan cahaya pedoman yang jelas, terang dan benar.

6. Perkahwinan juga adalah kesediaan untuk menerima kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan pasangan yang akan menjadi teman setia dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

7. Perkahwinan harus diatur dengan menyedari dan memahami [2] perkataan iaitu keperluan dan kemampuan. Fikirkan keperluan sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Dan Renungkan kemampuan sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Proaktif, dinamik, cergas dan berwawasan

Zaman Kampus


Adik-adik mahasiswa dan mahasiswi ku

Perkahwinan diasas, dibina dan dibentuk melalui jalan-jalan yang bersih, suci dan jernih. Kerana itulah anda harus melaluinya melalui penuntutan ilmu yang sahih. Saat ini, fokuskan kepada akademik dan ilmu anda. Zaman kampus adalah zaman membina kegemilangan, kecemerlangan dan kejayaan diri.

Ajakanku kepada kalian :

1. Ayuh, kita sibukan diri dengan aktiviti keintelektualan dan keilmuan yang mampu membina kematangan kita dalam berfikir

2. Sibukan jadual harian dengan program-program yang dapat mengilap potensi hati, dan diri untuk terus menerus dekat dan hampir dengan Allah SWT. Hadirilah program-program, dan aktiviti-aktiviti yang memberikan sentuhan keimanan kepada kalian. Tazkirah mingguan, ceramah-ceramah motivasi, kuliah pengajian Islam, kursus-kursus memperkasa soft skill, ceburi aktiviti khidmat kemasyarakatan dan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada bangsa dengan saluran yang ada.

3. Sentiasa fokus dalam merancang, melaksanakan pelan tindakan dan menilai kemajuan diri dalam aspek-aspek pembangunan kemahiran diri secara konsisten

4. Memilih dan bersahabat dengan mereka-mereka yang mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan kecemerlangan diri sama ada dari aspek intelek, jasmani, ruhani dan emosi.

5. Berlatihlah untuk memikirkan perkara-perkara yang besar agar, akan lahir dari jiwamu sifat-sifat kepimpinan yang besar dan sentiasa berpandangan jauh ke hadapan

6. Berfikirlah untuk membangunkan diri, penyelesaian permasalahan ummah, meningkatkan kualiti kepakaran keilmuan kendiri dan sebagainya.

7. Anda mampu merubahnya.

Bunga-bungan perasaan itu harus dikendalikan dengan bijak

Kendalikan perasaan itu dengan berhemah dan berhikmah

“Tidaklah seorang hamba mencapai darjat muttaqin (orang yang takwa) sehingga ia meninggalkan sesuatu yang tidak terlarang kerana khuwatir terjatuh pada yang terlarang.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari Athiyyah as-Sa’di dengan sanad sahih)

Adik-adik mahasiswa mahasiswi yang dihormati,

Saya sangat-sangat memahami perasaan, cetusan rasa dan keinginan naluri yang sentiasa wujud dalam sanubari anda semua. Namun, marilah dengan penuh berhemah dan berhikmah kita sama-sama mengendalikannya dengan panduan suluhan syara’. Perasaan itu fitrah. Perasaan itu pemberian Allah SWT. Ia adalah anugerah kurniaan Sang Pencipta. Kita harus bijak mengemudinya dengan cermat. Ingatanku ini buat kita semua :

1. Perasaan dihati yang hadir, biarlah ia disemai dengan asas keimanan yang sentiasa membajai hati dengan ruh-ruh ketauhidan dan semangat mencintai deen Islam.

2. Peliharalah ia dengan amalan soleh yang menyucikan, menjernihkan dan membersihkan hati kita. Tingkatkan mutu Solat Fardu dengan sentiasa berjemaah. Perbanyakan amalan solat sunnat semampu yang boleh. Lazimilah istighfar dan zikrullah setiap detik kehidupan. Luaskan talian ukhuwah fillah sesama insan. Jadikan solat tahajud di malam hari sebagai amalan kekuatan ruhaniyah. Dan, sentiasa berazam untuk mengerakan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi kehidupan.

3. Naluri perasaan itu, kawallah ia dengan panduan daripada Rasulullah SAW. Perbanyakan ibadah puasa sunnat, bergaul dan sentiasa bersama sahabat-sahabat yang cenderung kepada kesolehan. Pelihara pandangan mata kalian, dengan menundukannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan cegahlah daripada terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

4. Janganlah memilih untuk jatuh cinta terhadap lawan jantina pada ketika bukan saatnya. Anda berhak untuk melakukan pilihan. Andai diberi pilihan untuk jatuh cinta dan membangunkan cinta, maka – jika saya – pilihlah untuk membangun cinta. Kita gerakan perasaan ini dengan membangunkan cinta yang utama. Belajarlah tentang cinta. Dengan cinta hakiki , kita akan menghargai hayah ini.

5. Dalam soal jodoh, usahlah sibuk “mencari” tetapi pintalah ia kepada Allah SWT. Memohon dalam tadahan munajat yang menjadikan cinta Allah itu tunjang kepada segala-segalanya. Kepasrahan, pergantungan dan pengharapan itu membulat kepada Allah, InsyaAllah kalian akan dikurniakan “seseorang” yang sangat istimewa dalam hidup. Yakinlah!

6. Saat dan ketika, sibuklah dengan proses pembangunan dan pembentukan diri kalian. Self development itu lebih utama dan penting. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!.


Kalam Akhir

Adik-adik sidang pembaca,

Ku tahu, nukilan dan coretan ini begitu sukar dibumikan. Ia memerlukan dedikasi kesabaran yang tinggi dan mujahadah yang sangat luar biasa kepada keupayaan kendiri. Namun, inilah seharusnya yang kita lalui dalam proses didikan hati (Tarbiyah Qalbi)

Tiada yang mudah, kecuali ia adalah kepayahan, kesusahan dan keperitan.

Tiada jalan pintas, short cut atau pendek, kecuali ia adalah jalan yang panjang dan lama

Inilah proses. Suatu bentuk didikan amaliyah. Menuntut kita memahaminya, menghayatinya, menyakininya, melaksanakannya, membuatnya, mengamalkannya dan membumikannya dalam hayah ini.

Saya juga sedang berusaha ke arah itu, dengan kudrat yang ada.

Kerana

Saya juga masih bujang dan single, seperti kalian semua!

29 comments:

Unknown October 26, 2010 at 7:16 PM  

nasihat y sangat bagus..

jazakallah..:D

BroHamzah October 26, 2010 at 7:43 PM  

Nasihat ini utk ana dan antum semua.
InsyaAllah

fahana_ann October 26, 2010 at 11:34 PM  

syukran atas perkongsian...memang susah sangat sebenarnya..mudah2an Allah kuatkan hati..

BroHamzah October 27, 2010 at 2:36 AM  

(1) To Fahana_ann

Afwan, kerana untuk mendapatkan syurga itu kita harus melalui segala getir kesusahan dan kepayahan

(2) Syed Ahmad Fathi

- 1 Perkataan- Seribu makna ka?

faris October 27, 2010 at 2:54 AM  

Prasaan itu adalah anugerah Allah,
tapi, ingatlah. perasaan itu akan berlumur bisikan syaitan jika tidak jaga Hubungan Dengan Allah..
Dari mana datangnya perasaan itu sebenarnya?
adakah dari diri kita yang sering membarakan panahan syaitan?
sekencang manakah degupan jantung kita bila disebut keindahan nama Ar-Rahman berbanding disebut nama si DIA.
sama2 lah kita muhasabah dan saling lengkap melengkapi.
syaitan akan terus menerus lekakan ummat ini dgn meniggalkan keutamaan yang perlu didahulukan..
nasihat ini untuk diriku terutamanya.
ana sedih dgn keadaan sekarang, ramai shbt sering diuji dgn wanita.
kenkadang ada baiknya jika diawalkan..
muhasabah buat diriku dan semua:
http://www.youtube.com/watch?v=xLx7FhojLOU

Anonymous,  October 27, 2010 at 3:09 AM  

ana tertarik dgn kata2 guru cina dalam video ni.

http://www.youtube.com/watch?v=xLx7FhojLOU

this one will support that:
You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives. ~Clay P. Bedford

Anda boleh mengajar pelajar pelajaran untuk satu hari, tapi jika anda boleh mengajar mereka untuk belajar rasa ingin tahu, ia akan meneruskan proses belajar selama dia hidup. Clay ~ P. Bedford

Unknown October 27, 2010 at 4:00 AM  

"Saya juga masih bujang dan single, seperti kalian semua!"


GOOD ONE USTAZ,...hehe

BroHamzah October 27, 2010 at 6:52 AM  

(1) Faris,

Syukran atas titipan anta. Alhamdulillah, perkongsian sebegini sangat baik dan bermanfaat utk kita semua. Hajatnya ia dapat dijadikan perbincangan yang sihat utk kita semua.

(2) Syed Fathi Fathi

Yah, itu dia. Simpulan yang padu dari anta.

(3) mhuno

Itu kenyataan, akhi. Ana kena terimanya dengan hati terbuka! (",)

ummu uswah December 6, 2010 at 6:15 PM  

Subhanallah, nikah itu cukup indah tapi kita perlu siap menghadapi zaman nikah yg penuh tanggungjawab. jk tidak, byk masalah bakal timbul krn kurang ilmu.

kpd yg belum nikah :
- siapkanlah dirimu dgn ilmu - ilmu rumahtangga, memasak, mengurus rumah, menjaga dan mendidik anak dll.
- gunakan masa bujang utk membina iman, menimba ilmu dan aktiviti lain yg bermanfaat.
- pilihlah yg beriman, berakhlak, penyabar sbg kriteria utama. sebab cabaran dlm rumahtangga byk sgt.
- fikir2kan apa niat utama kita nak nikah : bercinta hingga ke syurga ke ?

http://anak-teladan.blogspot.com/2010/11/pesan-buat-isteri.html
http://anak-teladan.blogspot.com/2010/11/seni-berumahtangga.html

akhir sekali : hargailah status anda skrg krn Allah lebih tahu yg terbaik utkmu dan Allah tahu kamu mampu menghadapinya. Salam Maal Hijrah.

BroHamzah December 8, 2010 at 4:27 AM  

1)- Ummu Uswah

Syukran jazilah atas perkongsian ilmu yang diberikan. Syukran

Sangat-sangat dihargai. Syukran
- BroHamzah

RaudhotulJANNAH December 8, 2010 at 8:02 AM  
This comment has been removed by the author.
RaudhotulJANNAH December 8, 2010 at 8:15 AM  

Asslamua'laikum wbt.. pengisian yg sgt menarik mnat ana utk trus singgah dan m'bca artikel dlm blog enta.. truskan usahamu whai mujahid..

Fastabiqul Khairat>> mardhotillah thru dakwah, insyaALLAH :)

BroHamzah December 8, 2010 at 2:51 PM  

1)- Perindu Mujahadah

Walaikumusalam wbt, alhamdulillah. Sekadar yang termampu. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

- BroHamzah

Anonymous,  December 13, 2010 at 7:12 PM  

Alhamdulillah,perkongsian yang amat bermakna.

Anonymous,  December 21, 2010 at 8:25 PM  

insyaAllah. :))

~Setanggi Syurga~ December 26, 2010 at 9:02 AM  

assalamualaikum ustaz ali..

1)kalo tjadi pd seorg perempuan yg ingan kawen..hasrat itu tidak diterima ummi abi coz anak perempuannya masih menuntut...yela ummi abi xnk pelajarannya terganggu..padahal si anak memikirkan dosa2nya...dosa anak perempuan abi yg akan tggung kan..oleh itu si anak mgmbil jln utk kawen bg mengelakkan terus blakunya zina hati...tp cmne ya ustaz??ni msalah seorg teman ana..die seorg yg sangat menjaga auratnya malahan after raye baru ni die dah berpurdah..^_^..

2)ustaz ali ade artikel ttg poligami....heheheee...

nayli nawwarah December 31, 2010 at 6:41 PM  

salam ustaz.
perkongsian yg menarik dan bermakna..
saya minta izin copy boleh?

BroHamzah December 31, 2010 at 8:12 PM  

1)- Anonymous

ALHAMDULILLAH. BUAT DIRI INI DAN TEMAN-TEMAN SEMUA

BroHamzah December 31, 2010 at 8:14 PM  

1)- Setanggi syurga

Walaikumusalam, perbincangan dan restu ibu bapa sangat penting.Semoga Allah redha.

BroHamzah December 31, 2010 at 8:19 PM  

1)-nayli nawwarah

Dipersilakan.

Anonymous,  January 1, 2011 at 5:40 AM  

Salam akhi brohamzah..

sekadar pertanyaan,

ana dapat rasakan yang enta kurang bersetuju mahasiswa membina masjid di alam kampus. Betolkan ana sekiranya ana silap.

Persoalan ana,
adakah perkahwinan di alam kampus (am nya) akan menjadi penghalang untuk mereka melibatkan diri dalam program-program keintelektual,menghadiri majlis-majlis ilmu?

adakah perkahwinan di alam kampus menghalang seseorang untuk memajukan potensi diri, mendekati sahabat-sahabat yang bisa meletakkan diri di atas jalan perjuangan Nabi SAW?

Adakah mereka -mereka yang berkahwin di alam kampus tiada masa untuk untuk memikirkan hal ummah? atau pun mempunyai kekangan masa untuk memikirkan hal-hal yang besar?

kalau kita lihat, ramai tokoh-tokoh pemimpin yang lantang bersuara menegakkan Islam di bumi malaysia pada masa kini melaksanakan satu ibadah (perkahwinan) di zaman mahasiswa mahasiswi mereka.

mintak penjelasan.
sekian, wallahua'lam

Jazakallah.

penselkayu January 1, 2011 at 6:14 AM  

assalamualaikum.
bro hamzah,
recently,mmg byk sgt prsoalan mcm ni yg dilontar adik2 diawl usia 13 thun.
yang lbih mbimbangkan,yg seusia sy.bru mnjengah dunia kampus,sem 1 pun tak hbis lg,dah buka topik rumahtangga.
sy adlah antara yg x bstuju dgn khwinan di alm kampus.
akad nikah bkn stkat lsen hlal,tp it requires more than the quote "aku trima nikahnya..."ia lbih dr itu.amanah dan tanggungjwab.pd sy,pkahwinan itu 1 ketakutan.takut utk bhdpan dgn mnusia asing,yg bpotensi bsar utk mngabaikan tggungjwab sbg suami.
bkn sy mghlang pkahwinan kat kmpus.bgus jgak.
tp bkal suami dn istri tu ptt thu,ia bkn skadar lsen hlal.

smoga usaha brohamzah diberkati Allah.

BroHamzah January 1, 2011 at 6:00 PM  

1)- Anonymous

Syukran atas coretan dan perkongsian saudara/i
Alhamdulillah 1 persoalan yang sebenarnya telah lama bermain difikiran kebykan orang terutamanya, pemuda/i.

Yang HALAL itu HALAL, insyaAllah. Tiada halang untuk mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda jika, memenuhi 2 perkara. Kata murabbi saya al marhum UDMZ, jika kita hendak melakukan sesuatu pastikan kita memenuhi 2 perkara ini iaitu :-

(1)- Keperluan
(2)- Kemampuan.

Sekiranya, sudah sampai masa dan keperluannya insyaAllah teruskannya. Dan jika mampu dari segi aspeknya insyaAllah teruskan.

Fokus artikel saya diatas ialah PERSEDIAAN & PERSIAPAN DIRI. Ramai yang hanya membincangkan tentang perkahwinan itu tanpa memikirkan secara serius berkaitan INTIPATI untuk mengerakan perkahwinan untuk mempertingkatkan diri kepada Allah SWT.

InsyaAllah. Saya bukannya, ingin menidakan sesuatu yang HALAL untuk dilakukan. Perkahwinan itu sunnah dan yg sangat digalakan dalam Islam. InsyaAllah.

Dan, saya setuju ramai pemimpin masyarakat yang berkahwin awal dapat mampu mengemudi rumah tangga dengan baik. Alhamdulilllah, namun persoalannya utk anak-anak remaja dalam masyarakat biasa - KEFAHAMAN yang lurus, nyata, jelas dan berasas harus dicernakan dahulu kepada mereka.

MINDSETTING terhadap mereka mungkin berbeza. Wallahualam

BroHamzah January 1, 2011 at 6:04 PM  

1)- Husna Izzati

Syukran atas perkongsian dan coretannya.Ada benar seperti yg dinyatakannya. Alhamdulillah.

AMANAH & TANGGUNGJWB utk kita fahami, yakini dan amalkan.

Nurasyikin Mohd Noh January 22, 2011 at 6:06 PM  

SubhanAllah! nsihat yg sgt menyejukkan hati! JazakAllahikhair! :)

BroHamzah January 22, 2011 at 9:12 PM  

1)- Qurratua'yun

Semoga Allah reda

adeq,  May 21, 2013 at 8:57 AM  

salam. terbaek. bagi yang masih belajar, terutama di saat-saat akhir. teruskan mencintai ilmu, kerana cabaran selepas grad itu amat besar. anda pasti akan merindui zaman kampus. jangan dirugikan masa mudamu sahabatku. tahun-tahun kehadapan masih ada, InshaAllah.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP