Menuju Cinta Berpaksi Wahyu
Sunday, October 3, 2010
Ceramah Utama oleh Tuan Haji Rosdi Baharom
Menuju Cinta Berpaksi Wahyu
Oleh : BroHamzah
“ Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”
( Al-Baqarah (2) : 165)
“ Islam adalah agama CINTA. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”
Dr Mahmud Asy –Syarif, Kitabnya Al-Hubb Fil Islam.
Sharing is caring. Setiasa berkongsi di mana sahaja
2 Oktober 2010, Seminar Remaja dan Jatidiri Muslim,
Menuju Cinta Berpaksi Wahyu
Dewan LT 5, UiTM Arau
Allah SWT memberi kesempatan kepada saya menghadiri sebuah seminar yang banyak memberi input, perkongsian dan ilmu yang baru kepada saya berkaitan cinta. Dikupas oleh Penceramah Utama, Tuan Haji Rosdi Baharom berkaitan cinta, ia telah membuka satu prespektif berbeza berkaitan cinta.
Forum Menuju Cinta Berpaksi Wahyu
Sesi Forum, yang dikendalikan dengan penuh ceria dan bersahaja oleh sahabat saya, Saudara Muhammad Fadhli Mohd Diah,3 panel undangan - Tuan Haji Rosdi, Puan Noorshima serta saya sendiri.
Akan saya nukilkan beberapa perkara yang sangat dekat dihati berkaitan seminar ini dan sesi forum yang menjadi medan perkongsian ahli panel untuk berkongsi rasa, pengalaman, ilmu serta ibrah berkaitan cinta. InsyaAllah, akan dikongsikan sedikit masa nanti.
Peserta yang hadir
Cuma, mungkin sebagi intro ( muqaddimah) Tuan Haji Rosdi Baharom berkongsikan satu kisah berkaitan cinta. Pada suatu hari dalam sebuah pertemuannya dengan anak-anak muda, Imam Hassan Al-Banna telah disoal dengan satu soalan oleh seorang pemuda.
“ Wahai, sheikh. Adakah cinta itu halal atau haram ?,” Soalnya.
Imam Hassan Al-Banna menjawab dengan tenang.
“ Cinta yang halal itu, HALAL,”
“ Cinta yang haram itu, HARAM,”
3 comments:
salam...leh bro hmzah tmbah lg byk info ttg cnta brpksikn wahyu ni?sy slh sorg peserta ari 2..sgt berminat dgn topik ni..
salam..seronok benar seminar hari tue..
boleh diadakn lagi tapi kali ni mmg lebih detail sedkit..
lagi satu..mcm mne nk masuk haluan siswa nie?berminat sikit dgn kelab nie-husna-uitm student-
Salam, Husna
Boleh emel saya- brohamzh@yahoo.com
Terima kasih
Post a Comment