Bersama Mahabbah Fasilitator APIUM NP 2010

Monday, October 11, 2010

"Sharing Is Caring," Saya mulakan ia dengan bismillah.


Bersama Mahabbah Fasilitator APIUM NP 2010

Oleh : BroHamzah

8 Oktober 2010, saya diberi keizinan oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan para pelajar Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri untuk mengendalikan satu slot perkongsian pengalaman iaitu Fasilitator Berkesan dan Kepimpinan. Walaupun, sempat bersama dengan mereka sekitar 2 jam sahaja alhamdulillah ia memberi kepuasan dan saya sangat gembira dapat bertemu dengan mereka semua.

Contoh aktiviti yang saya simulasikan. "Tomoi Siam." - Model, salah seorang peserta iaitu Azim panggilannya. Bersahaja, tenang dan kelakar.- Alhamdulillah, beliau membantu menghidupkan suasana.

Terima kasih kepada Presiden Kelab Fasilitator APIUM Nilam Puri, Saudara Shairazi kerana sudi menjemput saya untuk sesi sharing tersebut. Semoga Allah redha usaha kita. Dalam program ini, saya banyak kongsikan pengalaman saya yang sedikit ini dalam pengendalian kem sebagai trainer, fasilitator, penceramah dan juga sebagai pengurus kem.

Antara aktiviti mereka. - Saya tidak berkesempatan untuk bersama.

Alhamdulillah, para peserta siswa dan siswi memberikan respon dan kerjasama yang baik .Oleh yang demikian, ia membuatkan saya sangat bersemangat semasa sesi sharing yang memakan masa hampir 2 jam. Tiada penat, letih dan rasa kebosanan dalam diri saya. Suasana ceria, santai dan bersahaja membuatkan saya sentiasa tersenyum sepanjang program. (“,)

Presiden Kelab Fasilitator, Saudara Shairazi. Tahniah dan Syabas!

Antara intipati pengisian saya ialah

Pertama, antara visi seorang trainer (fasilitator) ialah khadimul ummah (pelayan ummah)

Kedua, untuk menjadi fasilitator kita perlu bersedia dilatih dan menerima arahan

Ketiga, belajar dan terus belajar.

Keempat, melibatkan diri dalam pengendalian kem serta menjadi fasilitator akan memberi banyak pengalaman, ilmu, pengetahuan, ibrah, dan pengertian kehidupan dalam hidup kita.

Kelima, menjadi fasilitator yang berkesan adalah medan untuk kita memberi dan berdakwah.

Semoga Allah redha

Untuk adik-adik siswa dan siswi, semoga perkongsian kita diberkati oleh Allah. Teruskan usaha kalian, semoga berjumpa lagi di masa hadapan.

Ini aktiviti pertandingan memasak mereka, cantik hiasannya

2 comments:

korn October 11, 2010 at 9:15 PM  

Alhamdulillah,moga Allah redha....syukran kepada saudara 'Ali 'Irfan Jamalludin.

BroHamzah October 11, 2010 at 10:01 PM  

Kepada Korn, alhamdulillah gembira bersama antum semua.

Jumpa lagi

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP