Al-Isyq (Mabuk Cinta), Solusinya

Thursday, October 28, 2010

Munajat dalam tadahan pengharapan seorang hamba mendambakan cinta Ilahi


Perkongsian 3 : Al-Isyq (Mabuk cinta), Solusinya
Oleh : BroHamzah



Post ini, adalah artikel terakhir berkaitan artikel sebelumnya yang menjelaskan berkaitan virus mabuk cinta. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, menamakannya sebagai al-Isyq. Mungkin, bagi yang belum membacanya harus meneliti, dan memahaminya terlebih dahulu. Anda boleh melihatnya di sini.

Solusi, mencari jalan keluar

Sukar untuk memberi solusi dan jalan keluar daripada penyakit ini, kecuali kita mencegahnya daripada awal dan rawatnya perlu tepat dengan penawar yang betul. Saudara dan saudari, mabuk cinta dalam konteks yang saya perpanjangkan di sini harus difahami dan diteliti.

Bimbang akan ada yang menyatakan bahawa saya telah menyatakan bahawa mempunyai perasaan cinta itu salah. Tidak sama sekali, saya ingin sama-sama kita memahami, mempelajari, mendalami dan menghayati apakah itu cinta yang sebenar.

Pada suatu hari dalam sebuah pertemuannya dengan anak muda, Imam Hassan Al-Banna ra telah disoal dengan satu soalan oleh seorang pemuda.

“ Wahai, sheikh. Adakah cinta itu halal atau haram ?,” Soalnya.

Imam Hassan Al-Banna menjawab dengan tenang.

“ Cinta yang halal itu, HALAL,”
“ Cinta yang haram itu, HARAM,”

Jelas, kata kunci di sini sebenarnya ialah kita harus menuntut ilmu, mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu agar kebenaran itu sentiasa menjadi kehidupan seharian kita. Ia adalah sebahagian ilmu dan perkara yang wajib kita ketahui.

Semalam, saya bersembang-sembang dengan seorang pelajar dan beliau merupakan salah seorang pimpinan badan pelajar. Beliau mempersoalkan kepada sekarang terlalu banyak isu-isu seperti ini diketengahkan (Maksudnya, berkaitan cinta, couple dan seangkatan dengannya). Sedangkan banyak perkara lagi yang harus kita bincangkan dan diskusikan.

Menurut beliau, alangkah baiknya jika kita bincangkan soal memperkasakan dakwah dan tarbiyah di kampus, soal-soal kebajikan pelajar, isu-isu semasa yang berkaitan permasalahan ummah dan sebagainya.

Saya sangat setuju dengannya. Ujar saya, itulah yang sepatutnya. Mungkin, fokus perbincangan kita selepas ini perlu menuju ke arah itu. Cuma, saya berpandangan jangan kita jadikan isu berkaitan cinta ini sebagai perkara utama melebihi yang lain. Anggaplah ia sebagai ilmu yang perlu kita ketahui seperti ilmu-ilmu lain. InsyaAllah.

Saya telah mengutip beberapa nasihat, tips dan juga panduan yang sangat berguna untuk kita mencegah diri daripada terkena, tersihir, terjebak, tergelincir dan ter”panah” dengan penyakit mabuk cinta ini. Sedikit panduan, insyaAllah.

(1) Pertama, memahami, menyedari dan menginsafi hakikat kewujudan di muka bumi ini dengan sebenar-benar hakikatnya. Kehidupan ini, kemuncak kejayaannya ialah apabila kita dapat meraih kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu akan dikecapi hanya bermula dengan tiga perkara : (1) Mengenali Allah SWT, (2) Mentaati Allah (3) Mencintai Allah. Dan mencintai Allah itu adalah sebahagian daripada kebahagiaan. Jadi, saudara saudariku marilah kita menjadikan mahabatullah itu sebagai tapak asas yang kukuh di sanubari kita. InsyaAllah

Firman Allah yang bermaksud :

“ Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”

( Al-Baqarah (2) : 165)

Kata Imam Ghazali, cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan rindu. Mahabatullah akan melahirkan rasa kerinduan yang bersangatan kepada Allah SWT.

(2) Kedua, melakukan persiapan dan persediaan dalam konteks self development. Mulai saat ini, fokuskan kepada proses pembangunan diri dan pembentukan peribadi melalui proses pendidikan Islamiyah yang syumul, menyeluruh dan kamil. Dan – menyiapkan tapak binaan keimanan dengan kerangka yang betul, sahih dan diyakini menurut syarak.

Bagaimana hendak laksanakannya?

Lalui, proses tarbiyah dan dalam masa yang sama janakan dakwah.

Ia bergerak seiring, seimbang dan serentak! Nasihat yang sangat bertenaga daripada seorang sheikh Mustafa Mahsyur yang harus disemat di dalam minda dan jiwa.

“ Aslih Nafsaka Wad’u gharaka!”

“ Perbaikilah diri kamu dan Serulah orang lain!”


(3) Ketiga, kita mesti pelajari, fahami, dan dalami mengenai ilmu cinta. Perasaan cinta tidak terbatas kepada perasaan antara 2 makhluk sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Tetapi, cinta itu luas. Melakukan perancangan untuk konsisten menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah dan seminar-seminar yang membicarakan cinta dari pelbagai sudut. Cinta terhadap diri sendiri, kaum keluarga,cinta dalam hubungan persahabatan (ukhuwah), cinta dalam komuniti masyarakat,semangat mencintai alam sekitar, cinta dalam konteks perkahwinan, cinta terhadap negara, dan sebagainya.

Dan, dan sini bersedialah untuk merasai perasaan cinta. Selalu saya sebutkan kepada pelajar :

Jika diberikan pilihan antara ini jatuh cinta dan membangunkan cinta, mana satukah pilihan anda?

Jika saya saya memilih yang kedua, membangunkan cinta.

Membangunkan perasaan cinta kepada Allah SWT dengan ilmu, persediaan dan tahu ilmu menguruskannya.

(4) Keempat, sentiasa peka dan sensitif dalam soal pemeliharaan kejernihan, kesolehan dan kebersihan hati. Dan soal ini saya sangat-sangat yakin dengan seruan dan suruhan Allah SWT dalam Surah An-Nur (24) ayat 30 dan 31 yang bermaksud :

“ Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…”

Dan dan jaminan Allah SWT ialah

“ yang demikian itu lebih suci bagi mereka.”

Memelihara pandangan adalah sesuatu perkara yang sangat mustahak, penting dan utama kepada diri kita. Rupa-rupanya, salah satu agen yang banyak membawa kerosakan kepada hati ialah mata. Pandangan dan renungan, banyak memberi kesan kepada hati seorang insan.

Pandangan mata perlu dititik beratkan dan dipelihara bukan sahaja ketika berada di alam realiti bahkan di alam maya. Seorang mukmin tidak memandang mudah walaupun hanya sekadar melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati.

Dan saya tidak bermaksud, apabila sudah tiba saatnya untuk berumah tangga dan telah berumah tangga maka pandangan mata tidak lagi perlu dipelihara. Tetapi, menjaga pandangan mata ini adalah usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Semua pihak sebenarnya, wajib menjaga pandangan mata mereka. Baik lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja, dewasa, golongan berusia, pendidik, pelajar, rakyat, pemerintah, pemimpin dan semuanya wajib melaksanakannya.



(5) Kelima, antara perasaan yang akan melindungi manusia daripada kemurkaan Allah ialah kesentiasaan berwaspada dengan perasaan khauf kepadaNya. (Takutkan kepada Allah).

Firman Allah SWT, yang bermaksud :

“ Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku.”

( Ali Imran (3) : 175)

Seorang hamba akan sedar, berwaspada, berhati-hati dan berjaga-jaga dengan penuh keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

“ Bertaqwalah kepada Allah, di mana saja engkau berada.”

(Riwayat Al-Tirmizi)

Takut kepadaNya akan timbul apabila taqwa itu tersemat kukuh disanubari. Kerana itu, proses pembentukan taqwa perlu berlaku secara amaliyah di dalam diri tanpa sebarang pengabaian.

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya.”

(6) Keenam, sibukan diri dengan pelbagai aktiviti yang akan mengisi hati dengan kebenaran, kebajikan dan kebaikan. Tarbiyah diri dirancang secara bersistem agar proses pendidikan jiwa itu berlaku secara konsisten, istiqamah dan berpanjangan.

Tabiat hati kita, jika tidak diisikan dengan kebaikan maka dengan sendirinya ia akan terisi dengan kemaksiatan. Sebolehnya kita berikhtiyar agar masa lapang kita sentiasa dengan perkara-perkara yang bermanfaat, dan seharusnya kita merasai bimbang jika kita terlalu banyak masa kosong dan terluang tanpa apa-apa aktiviti.

Setiap detik dan masa yang ada, perbanyakanlah mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“…ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang banyak di waktu pagi dan petang.”

( Al-Ahzab (33): 41-42)

Sebenarnya, masa kosong boleh membunuh jiwa dan merosakan kita tanpa disedari. Ketika ini nafsu akan memainkan peranannya.

Dalam buku karya Imam Ghazali iaitu Mukashafah Al Qulub ( Penenang Jiwa) ada memetik kata-kata Hatim al-Ashom : “ Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku, dan dosa adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.”


Penutup

Itulah beberapa panduan yang saya petik daripada Al-Quran, Hadis, kitab-kitab karangan para ulamak muktabar, ceramah-ceramah yang biasa saya dengari dan kuliah-kuliah seminar yang pernah dihadiri. Kesemua ini insyaAllah adalah jalan-jalan untuk memelihara, mempertingkatkan dan menyuburkan keimanan serta keyakinan kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Orang-orang yang mukmin hanya orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

( Al Hujurat (49) : 15)

5 comments:

Senyumlah Selapangnya October 28, 2010 at 8:09 PM  

Salam wbt.

Adapun cinta itu fitrah insani, tapi ia perlulah dipatrikan dgn akad pernikahan yang mulia. Bagi yang punyai masalah2 atau halangan2 tertentu, ambillah masa untuk proses hati,yang mna hati itu induk utama untuk sihat rohaniyah. Islah diri terlebih dahulu dgn masa yg ada. Insya-ALALH ,smua bakal sampai saat itu .

Wallahua'lam

p/s : jzkllh akh, prkngsian yg sngt brmnfaat bg yg dpt ambil 'ibrah.

faris October 29, 2010 at 3:52 AM  

jazakallah..
tulisan ni membuka ruang neuro pemikiran ana..
focuz cinta ni selalunya hanya dikaitkan dgn jantina. Tidak pada Rab, agama, sahabat, bangasa, negara.. patut la cerita ni x habis2..
kita sepatutnya bincangkan cinta ni dgn skop yang lebih luas..

abg ali:

inyaAllah fasa2 pergerakan ini perlu mengutamakan barisan kepimpinan..
jika barisan hadapan x kuat. Kita x mampu nak pasarkan banyak produk (aktiviti dakwah) di kampus..

ajarkan kami untuk bijak menjual bukan hanya bijak membeli.

tapi, hakikatnya kekutan kekuatan itu dari Allah.

jaul (MLM) :
*hasilkan mad'u
*baiki produk(diri) & fasa2 pemasaran(DnT)
*pringkat up grade pasaran.

mambeli (menerima):
*belajar

"we can give with sincerity, but, it would be nice if we could teach others to 'teach with sincerity'"
Dr Faris Al-Hafiz

"kita boleh memberi dgn ikhlas, tapi, alangkah baiknya jika kita mampu mengajar orang lain 'mengajar memberi dgn ikhlas'"
Dr Faris Al-Hafiz

"Being busy does not always mean real work. The object of all work is production or accomplishment and to either of these ends there must be forethought, system, planning, intelligence, and honest purpose, as well as perspiration. Seeming to do is not doing."
Thomas A. Edison

Allah wa'lam..

BroHamzah October 29, 2010 at 7:12 AM  

(1) Bintu Arifin

Semuanya diambil daripada tulisan para alim ulama' dan mereka-mereka yang arif flm hal ini. Saya sekadar menyebarluaskannya.

(2) Syed Fathi

Senyum itu sedekah

(3)Faris

Syukran atas coretan anta. Ana setuju, fokus kepada pembinaan kepimpinan perlu diperkasakan.InsyaAllah

Ayuh sama-sama kita laksanakan!

Anonymous,  October 31, 2010 at 7:59 AM  

salam,
kwn ana pernah tanya ana,apa pendapat ana bila ada kawan ajak teman dy g dating klu tak teman takut benda lain yg jd..klu teman nanti tumpang dosa bersubahat..apa pndpt nta?

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP