Sihat Gaya Rasulullah SAW

Saturday, November 13, 2010

Cergas, cerdas, aktif, dinamik dan bertenaga. Ayuh menuju ke arah itu

Sihat Gaya Rasulullah SAW

Oleh : BroHamzah

Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat pembaca sekalian,
Semoga anda semua dipayungi dengan rahmah dan kasih sayang Allah SWT

Alhamdulillah, pagi ini saya bangun dengan hati yang tenang, jiwa yang damai, fikiran yang lurus dan badan yang sangat-sangat cergas.

Bertenaga, cerdas dan bersemangat!


Kisah semalam di sebuah taman

Sedikit perkongsian pada saat dan detik ini, semalam saya sempat berjogging ke Taman Tengku Anis berdekatan dengan kediaman saya. Alhamdulillah, begitu ramai orang yang berada di situ. Ada yang tua, muda, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan anak-anak kecil. Semuanya hadir dengan wajah yang sangat ceria.

Saya perhatikan disekeliling, ada yang bersenam ala-ala tai chi, erobik, ala-ala kung fu dan ala – ala tarian moden. Ada yang berjogging, ada yang berjalan laju, ada yang berlari anak-anak dan ada yang memecut pantas.

Semuanya ini, - adalah langkah untuk sihat, cergas dan bertenaga!

Mukmin itu sihat, bertenaga dan ceria

Indahnya , deen Islam ia menitik beratkan kesihatan. Dan, bagi saya orang yang sangat sihat di dunia ini adalah Rasulullah SAW. Nabi Muhammad menunjukan banyak telada kepada kita semua. Baginda mengajar, mendidik dan menyeru kepada kehidupan yang sihat secara holistik.

Fizikal tahan lasak, bertenaga dan memiliki stamina yang optimum
Hati, minda, jiwa dan rohani yang stabil, terisi dan tenang.

Apa buktinya?

Di dalam rekod sepanjang hayat Nabi Muhammad, baginda hanya pernah sakit dua kali sahaja. Salah satu daripadanya, adalah sakit yang membawa kepada kematiannya.


Buku yang bagus untuk dibaca, saya telah memiliki dan membacanya. - Sangat mudah, holistik dan praktikal


Gaya Hidup Rasulullah

Gaya hidup atau life style Nabi Muhammad adalah gaya hidup sihat. Ini terserlah melalui cara baginda makan, jenis makanan yang dipilih, cara nabi menjaga kebersihan dan penampilan, minat bersenam dan cara baginda membentuk minda dan jiwanya.

MasyaAllah, baginda inilah qudwah dan role model untuk kita semua.

Jom, saya ingin mengajak semua sidang pembaca kita menyelongkar dan menyemak bagaimana kehidupan Nabi Muhammad SAW sehingga baginda ini dikatakan manusia yang paling sihat di dalam dunia.

(1) Cara Tidur ; mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Apa kesannya? Ia melancarkan proses pencernaan dan pengaliran darah.

(2) Bagaimana Nabi tidur? – Kata Aisyah cara tidur Nabi yang baik dan menyihatkan adlah tidur awal dan bangun awal. Tidurlah selepas Isyak iaitu 2 jam sesudah makan. Kemudian bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat Subuh.

(3)Selepas Subuh, apa yang baginda lakukan? – Baginda perbanyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa sehingga terbit matahari. Kebaikan amalan ini ialah badan menjadi sangat segar, jantung lebih sihat dan menjernihkan wajah.

(4)Nabi Muhammad sangat-sangat mengalakan senaman. Senanaman yang digalakan oleh baginda ialah berenang, menunggang kuda, dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan, manakala menunggang kuda meningkatkan ketangkasan bergerak dan memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan melatih pemfokusan.

(5) Nabi, selalu berpesan agar berwaspada dengan penyakit hati. Ia akan menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan diri. Ibnu Qayyim berkata, ada 3 faktor yang menyebabkan penyakit hati iaitu,(1) sering melakukan maksiat, (2) gemar berfoya-foya dan (3) mencintai dunia secara berlebihan.

(6) Rasulullah SAW mengamalkan prinsip diet yang luar biasa. Diet bagi menangani segala penyakit dan menurunkan berat badan. “ Makan dan minumlah, dan jangan berlebihan". Para Ulama mengatakan inilah rahsia hidup yang sihat.

(7) Dalam proses memperolehi nikmat makanan, ada formulanya ; (1) Cuci tangan sebelum makan, (2) Membaca Basmalah, (3) Makan secukupnya, (4) Berhenti makan sebelum kenyang dan (5) Tidak membazir.

(8) Nabi menyarankan supaya mengunyah makanan sebanyak 32 kali. Tujuaannya mempercepatkan proses pencernaan.

(9) Salah satu kunci kesihatan adalah sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Istilah arabnya, husnuzon. Ia menghasilkan kebaikan dan membentuk minda berfikiran positif. Nabi Muhammad adalah insan yang sangat berfikiran positif dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah

(10) Akhir sekali untuk kali ini, baginda Rasulullah SAW sentiasa mengalakkan kita banyak bersabar dan tidak marah secara berlebihan. Penyakit panas baran boleh menyebabkan sakit jantung dan pembuluh darah. Ia juga menyebabkan tangan mengeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Dan – paling bahan – ia kan memberikan tekanan, kemurungan dan penderitaan penyakit hati. Kerana itu, kata nabi kawallah marah dengan banyak istighfar dan berwudhuk.



Sir Mohd Abdoh Zainal Abidin - Pesanannya sentiasa tersemat dihati


Menjadi sihat adalah pilihan

Ya, inilah cara, kaedah, jalan dan laluan untuk kita menyihatkan tubuh badan kita. Saya ada seorang Murabbi yang sangat-sangat menekan soal kesihatan badan ini, iaitu Cikgu Mohd Abduh Zainal Abidin. Saya memanggilnya, Sir Abduh . Beliau adalah seorang yang sangat konsisten dengan senaman kesihatan dan selalu mengingatkan saya dan rakan-rakan agar jalan lupa menjaga kesihatan fizikal.

“ Sir hendak ingatkan kepada semua. Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.” Katanya penuh bersemangat.

“ Jaga kesihatan antum, dengan tubuh badan yang kuat barulah kerja-kerja kita ini dapat dilakukan dengan baik,” Katanya tanpa jemu kepada kami.

Kini usianya sudah mencecah 74 tahun, tetapi sesiapa yang melihatnya dalam melaksanakan aktiviti laksak akan menyatakan seolah-olah dirinya seperti orang muda. Bertenaga, cergas, aktif dan jiwanya sentiasa dipenuh semangat kepemudaan.

“ Walaupun usia Sir sudah lanjut, tetapi jiwa Sir tetap muda remaja!,” Katanya sambil tersenyum.

" Jadilah antum, mukmin yang sihat, cergas dan bertenaga!," Slogan ini sentiasa diulang-ulangnya tanpa jemu dan bosan.

Menjadi sihat adalah pilihan kita semua.

Tidakkah anda semua ingin sihat sentiasa, tanpa dihinggapi penyakit-penyakit yang akan membawakan kelesuan, kelemahan dan kepenatan kepada anda?

Maka, marilah sama-sama kita menjadi seperti Rasulullah SAW.

Hidup sihat dengan sunnahnya!



15 comments:

Qawiem Khairi November 13, 2010 at 8:45 PM  

salam,
cantik abg ali..
berkesan2!!
ana suka artikel ni..

BroHamzah November 13, 2010 at 9:03 PM  

(1) MQ

Apa yang cantiknya? - ('')

p/s : Ana hajat ziarah anta, mengutip kekuatan.

~ BroHamzah

musim,  November 13, 2010 at 10:12 PM  

salam..
trima ksih abg ali...
akan cuba untuk dipraktikkan..

BroHamzah November 13, 2010 at 10:19 PM  

(1) musim

Wassalam, sama-sama.Kita sama-sama amalikannya dalam kehidupan. InsyaAllah

hamba Ilahi,  November 14, 2010 at 12:03 AM  

syukran atas perkongsian kali ini
akan cuba dapatkan buku yang ustaz suggestkan
terima kasih ya.

BroHamzah November 14, 2010 at 12:17 AM  

(1) hamba Ilahi

InsyaAllah, semoga dimanfaatkan utk proses peningkatan diri

~ BroHamzah

Anonymous,  November 14, 2010 at 12:27 AM  

salam ukhwah

terimakasih bro

BroHamzah November 14, 2010 at 12:47 AM  

(1) Anonymous

Salam Ukhuwah kembali. Sama-sama, siapa ini?

Anonymous,  November 14, 2010 at 1:05 AM  

sebenarnya tidak sukar. cuma mahu atau tidak.

bermakna baginda tidur 2 jam sahaja? eh ke salah faham? maklum, mahu baca, tapi cepat2 sedang bersedia utk paper esok..

Unknown November 14, 2010 at 7:26 AM  

best! Jazakallah berkongsi :)

BroHamzah November 14, 2010 at 3:53 PM  

(1) maCy

2 itu, maksud saya - baginda hanya pernah sakit 2 kali sahaja. Atau , saudara/i bermaksudkan bagaimana ya?

(2) iqbalsyarie

Syukran, semoga bermanfaat dan berusaha untuk mengamalkanya.

~ BroHamzah

.::: mr IQ :::. November 14, 2010 at 4:26 PM  

trima kasih.. amat praktikal...

BroHamzah November 14, 2010 at 6:18 PM  

(1) mr IQ

Sama-sama, bersama-sama kita praktikkan

~ BroHamzah

BroHamzah November 17, 2010 at 7:36 AM  

(1) anonymous

Thanks, semoga bermanfaat dan mampu diamalkan
~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP