Salam updated ta`aruf daripada saya : BroHamzah
Santai : Ta`aruf lebih mendalam
Oleh : BroHamzah
Salam ta`aruf buat semua.
Proses ta`aruf perlu berjalan setiap masa dan ketika. Ia tidak berhenti di suatu tahap sahaja.
Kita harus update ta`aruf kita dengan sahabat-sahabat, kenalan, rakan-rakan, dan teman-teman kita. Setiap masa kita akan berubah, dan ada beberapa perubahan akan turut berlaku kepada kita.
Salam ta`aruf daripada saya buat para pembaca yang budiman.
Bak kata pepatah : Tak kenal, maka?
Maka tidak tahu. (“,)
7 tentang saya
1. Saya merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. 6 lelaki 4 perempuan. Menjadi seorang abang sulung, adalah saat yang sangat membahagiakan saya. Saya mahu jadikan diri ini sebagai abang yang terbaik. Mampu menjadi qudwah dan inspirasi kepada adik-adik saya. Acap kali saya ingatkan adik-adik bahawa kami 10 bersaudara akan mencipta suatu sejarah yang tersendiri dan ia sebenarnya bermula dengan diri kami semua. InsyaAllah, doakan.
2. Masa lapang? Apa hobi saya. Saya sebolehnya tidak mahu mewujudkan masa lapang dan kosong dalam hidup ini. Saya isikan kehidupan ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Di celah-celah menjalani kehidupan ini, kekadang saya suka untuk merehatkan minda dengan berekreasi di tempat-tempat yang mendamaikan. Hutan yang menghijau, air terjun yang menyegarkan, pantai yang menenangkan dan pusat-pusat taman hijau yang menyeronokan.- Hujung minggu lepas, sempat ke Hutan Belantan di Kelantan. MasyaAllah, hati ini rasa sangat tenang.
3. Soft skill yang sedang saya usahakan untuk dipertingkatkan ialah – public speaking. Bermula dengan penyampaian tazkirah 10 minit kini, saya sedang berusaha menyampaikan ceramah sentuhan hati sekitar 2 jam. Saya pelajarinya daripada Murabbi –murabbi saya. Kerapkali, saya mengikuti mereka dan belajar teknik, cara dan bagaimana kaedah penyampaian mereka. Sehingga kini, saya banyak belajar daripada Cikgu Azmi Bahari, Dr Azizan Ahmad, Tuan Haji Noorazman Shamsudin, A Razali Maarof dan kini, Dr Abdullah Sudin.
4. Makanan dan minuman kegemaran? Saya sangat sukakan makanan masakan emak saya. Kami adik-beradik jika lauk itu dimasak oleh emak, InsyaAllah licin periuk di dapur. Memang betul, air tangan ibu ada berkah. Jenis makanan yang saya suka ialah nasi ayam dan sup. Rasanya sangat enak dan mengenyangkan. Air minum? Sudah tentu air kelapa, dan kopi radix. Atas nasihat Doktor, saya diminta kurangkan minum air berais.
5. Perwatakan saya, ialah sangat mesra dan rapat bagi mereka-mereka yang mengenali saya. Begitu la rasanya.( Bagi yang mengenali saya, apa respon?- Betul kah kenyataan ini). Saya suka membina persahabatan dengan individu-individu dan mereka-mereka yang serasi dengan saya. Dengan sesiapa sahaja, insyaAllah. Saya sedang berusaha ke arah itu. Sikap saya – suka meluahkan secara hati ke hati dan saya sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali seseorang sehingga ia rapat dan serasi dengan saya.
6. Saya mempunyai satu penyakit yang agak aneh suatu masa dahulu. Iaitu, takutkan wanita. Jika berdepan dengan wanita, pastikan kaki dan tubuh badan mengeletar. Hati saya berdebar-debar dan sangat malu berdepan dengan golongan ini. Macam berdepan dengan makhluk asing. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Tetapi, alhamudlillah. Kini ia semakin beransur hilang apabila saya mengambil rawatan pemulihan. Tak sangka, ada juga penyakit sebegini. (“,)
7. Saya suka berkongsi pengalaman, cerita, kisah, pengetahuan dan maklumat yang saya perolehi dalam kehidupan. – Kini saya jadikan blog ini untuk berkongsi dengan anda semua. Di samping, saya cuba untuk meningkatkan kemahiran penulisan saya yang agak teruk dan lemah ini. Bulan lepas, saya ditegur oleh boss saya kerana begitu ketara kelemahan corak penulisan saya. InsyaAllah, saya berusaha keras untuk meningkatkan kualiti dan mutu penulisan. Harapan saya, blog ini adalah jalan dan usaha ke arah itu.
Sekadar itu, coretan santai dan bersahaja saya pada kali ini. Sambil memperkenalkan diri bagi yang belum mengenali. Bagi yang mengenali saya, terima kasih kerana menerima saya seadanya. Saya cuba menjadi sahabat yang terbaik buat kalian. Namun, kelemahan dan kekurangan diri saya menjadi penghalang utama untuk terus akrab dengan kalian.
Semoga jalinan ukhuwah sesama insan dapat kita janakan dengan lebih subur dan mekar di dunia ini. Sesungguhnya, kita tidak dapat hidup tanpa teman, sahabat dan rakan di sisi.
Memang, benar. Kita sangat-sangat perlukan sahabat dalam hidup.
Tanpa mereka, fitrah kita tidak sempurna.
Teringat suatu tema buku makalah yang pernah saya terbitkan :
“ Tanpa Ukhuwah, Manusiakan Musnah!”
Kini : Masih berusaha menyelesaikan masalah laptop yang “rosak” tanpa mengetahui puncanya. Terima kasih kepada A Nazwandy yang sudi meminjamkan laptopnya sehingga kini untuk saya siapkan tugasan saya di pejabat! Syukran
Salam Mahabah dan Ukhuwah Fillah, buat semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam taaruf....
(1) Athirah`s Aunty
Salam taaruf kembali
Salam taaruf akhi..:)
salam..
kita ada persamaan akh..
jika suatu masa dahulu akh takutkan wanita..sbb akh lelaki..
saya pula takutkan lelaki..sbb sy perempuan..
tapi skrng dlm proses belajar berdepan dengan lelaki sbbnya bila masuk U kena bercakap depan suma orng..doakan saya ye agar penyakit ini beransur hilang..
(1) Hanif Ismail
Taaruf kembali
(2) Wan
Mungkin sesetgh menganggap ini lumrah manusia yang segan dan malu sesama jantina. Tetapi, saya memang mempunyai penyakit ini apabila dinyatakan oleh doktor. Kerana itu keyakinan diri saya sgt-sgt terbatas apabila berhadapan dengan golongan ini. Tetapi, insyaAllah ia dapat dirawat dengan pelbagai cara.
Semoga dipermudahkan oleh Allah
~ BroHamzah
taaruf ringkas dan cukup untuk mengenali.
"tak kenal, maka.... ta'aruf"
salam ukhwah..
menarik sekali tentang saudara, terutama point no.6, x sangka sy, ia merupakan penyakit.
sy follower blog saudara, bnyk ilmu,pengetahuan manfaat yg sy dpt dlm blog nie..
(1) Aminah Kamilen
Sekadarnya. Taaruf yang lebih mendalam dalam ikatan persahabatan sesama jantina.
Sekadarnya
~ BroHamzah
(1) akita_dhearty
Insan biasa. Sahaja, ingin jadikan blog ini perkongsian dalam mengharungi ujian, cabaran dan dugaan kehidupan
~ BroHamzah
ya. betul, sekadar berkongsi ayat. ana biasa guna,
"jika tak kenal maka, taaruf".
pointnya sesama jantina lebih tepat.
jgn tersalah sangka.
syukran atas peringatan
(1) AMINAH KAMILEN
Ya, faham. ('',)
hahaha...lucu semua nya...
1)- Anonymous
Lucu? apa yang lucu
as'salam...saya tertarik dgn '7tentang saya' yg bernombor 6...
6. Saya mempunyai satu penyakit yang agak aneh suatu masa dahulu. Iaitu, takutkan wanita. Jika berdepan dengan wanita, pastikan kaki dan tubuh badan mengeletar. Hati saya berdebar-debar dan sangat malu berdepan dengan golongan ini. Macam berdepan dengan makhluk asing. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Tetapi, alhamudlillah. Kini ia semakin beransur hilang apabila saya mengambil rawatan pemulihan. Tak sangka, ada juga penyakit sebegini. (“,)
jujurnya saya juga mengalami masalah yang sama dgn saudara cuma yg berbezanya sy adalah seorang perempuan...masalah itu saya alami hingga sekarang...terutamanya dalam berkomunikasi utk urusan kerja yg membabitkan pihak muslimin...kadang2 saya rasakan nak serahkan sahaja tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang lain...
pada fikiran saya,mungkin hal ini berlaku disebabkan oleh cara pergaulan saya sejak sekolah yang hanya berkomunikasi dgn muslimat sahaja...saya bersekolah di sekolah yg semuanya adalah pelajar perempuan...kawan2 baru saya berpendpt saya terkena penyakit "Fobia or culture shock.."
jadi saya ingin bertanya saudara...bagaimana saudara lakukan utk mengatasi masalah tersebut...apakah bentuk rawatan pemulihan yang telah saudara lakukan?
terima kasih...
Anonymous
Walaikumusalam, saya merawatnya dengan menanamkan keyakinan kepada Allah SWT.
Banyak membaca Al-Quran, pendinding jiwa dengan al-Mathurat dan memahami ilmu syara berkaitan pergaulan dan batasannya.
Ada waktunya, kita harus real dengan realiti. Berhadapan, berdepan dan mendepani apa jua yang harus dihadapi adalah suatu keperluan.
Namun, syara' tetap di hadapan.
Sekini, saya sedang berjuang ke arah itu. Ingin membina sesuatu yang boleh memanfaatkan usia yang ada.
Disamping, saya ada rawatan perubatan. Itu sedikit sahaja, selebihnya adalah rawatan kejiwaan.InysaAllah.
BroHamzah
Alhamdulillah...terima kasih atas nasihat...
InsyaAllah akan saya amalkan dlm kehidupan...moga ini mampu membantu dgn izinNya...ameen...
belum terlambat rasanya tuk saya ucapkan barakallah alaik buat saudara dan zaujah tercinta...^^
Post a Comment