FB, pencorak keperibadian kita?
Friday, November 12, 2010
FB, pencorak keperibadian kita?
Oleh : BroHamzah
Facebook atau FB, telah menjadi satu kegilaan bagi manusia dewasa ini.
Fenomena FB mulai mewarnai kehidupan penggunaan alam maya dan sesawang 6 tahun yang lalu, dan diasaskan oleh seorang remaja yang masih muda ketika itu. Mark Zuckerberg adalah seorang mahasiswa Universiti Havard yang mencipta laman social ini. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Namun ini berkembang dengan pesatnya, apabila ia dikomersialkan untuk umum.
Facebook telah menjadi fenomena di seluruh dunia dan dikatakan sudah mempunyai 500 juta pengguna dan menjadikan pengasasnya billionair termuda di dunia. Baru- baru ini, Mark Zuckerberg dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak 6.9billion USD, mengalahkan pengasas Apple yang telah lama dalam industri. (Forbes)
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Inilah impak facebook.
Dan, terkini saya dapat tahu bahawa akan ditayangkan sebuah filem berkisar FB ini. The Social Network merupakan sebuah kisah benar mengenai pengasas Social Network terkenal di dunia iaitu Mark Zuckerberg pengasas Facebook, yang diarahkan oleh David Fincher(pengarah Panic room, dan Zodiac). Filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 2 Disember 2010 ini.
Mungkin filem ini akan mendedahkan bagaimana facebook ini berkembang daripada sebuah bilik kecil di Universiti Harvard sehinggalah sekarang yang mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, pengguna facebook adalah seramai 7 juta orang.
Itulah serba sedikit kisah tentang fenomena yang telah merebak keseluruh dunia ini. Saya sendiri baru sahaja berkenalan dengan dunia FB pada awal tahun 2010. Masih baru. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan adika-adik yang pernah saya kendalikan kem dan program. Habis sahaja program mesti ada suara :
“ Abang ada FB tak?,”
“ FB?”, Tanya saya.
“ Facebook la, abang,” Katanya sambil tersenyum-senyum sinis.
Sebenarnya tiada apa yang ingin saya coretan banyak tentang si pengasas ini. Cuma saya hendak ajak kita sama-sama melihat FB dari sudut yang berbeza.
Cetusan Idea
Saya masih ingat pada tahun 2008, saya menghadiri sebuah program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) yang menghimpunkan pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai sebuah program untuk mendedahkan suasana kampus kepada peserta. Dalam ucaputama program tersebut, satu slot telah disampaikan oleh seorang Profesor dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM), Skudai. Namanya : Prosefor Dr Abdul Hakim Mohamed.
Beliau menyatakan bentuk cabaran global yang akan melanda dunia beberapa tahun mendatang. Katanya :
“ Terdapat beberapa perancangan yang rapi yang dilakukan oleh pengasas internet seperti google dan sebagainya untuk mengurus, mengawal dan memantau kehidupan seharian manusia. Mereka sedang merancang sehingga dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kita setiap hari sehingga di dalam rumah,”
Semasa itu, saya kurang memahami apa yang ingin sampai oleh beliau. Tetapi, saya yakin perkara itu tidak mustahil boleh berlaku.
Ketagihan FB
Hari ini, rata-rata kanak-kanak, remaja, hatta orang dewasa semuanya memiliki akaun facebook. Bayangkan, di Malaysia sahaja terdapat 7 juta orang mempunyai akaun tersebut. ( Sangat banyak!) Dan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai FB ini.
Ada yang menggunakannya, berkongsi maklumat, bertukar-tukar gambar, mencari rakan-rakan lama, melakukan hebahan maklumat, melakukan servis perkhidmatan, memberi komentar gambar yang dipostkan, menyatakan status diri dan sebagainya.
Namun, kita dapati ramai yang sudah mengalami ketagihan FB. Ya, ketagihan FB ini mulai melanda semua orang.
Di rumah, dipejabat kerajaan, di universiti, ditempat awam, dikedai yang mempunyai kemudahan WIFI, dan di serata tempat. Dan jika, kita lihat ramai yang akan membuka FB ini.
Hmm. Betulkah pemerhatian dan pengamatan saya?
Apa tanda anda ketagihan FB?
(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka.
(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga.
(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB
(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum.
(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan.
Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu?
Kelalaian FB
Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.
Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :
(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB
(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an.
(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB
(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran.
(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab.
(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.”
(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina.
(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita.
(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat.
Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”
[al-Mu'minun 23: 1-3]
Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar semasa sesi kuliah saya minggu lepas :
“ Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda.”
Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.
Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.
Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.
Mencorak keperibadian kita
Anda perasaan tak?
Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.
Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui “wajah” facebook kita.
Ia seolah-olah menampakan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.
Wallahu’alam
Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!
Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik.
Atau anda ada pandangan yang lain?
35 comments:
masyaAllah
tersedar kembali,
memang inign jadikan fb sebagai satu medan pengongsian ilmu dan memantapkan iman,tetapi sedikit sebanyak ia juga telah disalahgunakan.
kena kembali kepada asas nampaknya.
jadikan fb sebagai sampingan
al-Quran dan sunnah sebagai pegangan yang utuh.
sangat terkesan dengan post kali ini
moga dapat mempraktikkannya pula.
syukran ya ustaz.
asm...
mujahidah solehah..
syukran atas peringatan.. kdg2 diri ini alpa dgn alunan rawasik jahiliah yg begitu halus....
..gambar sahibah2 begitu byk yg ditag.. kadg kadang bleh membawa fitnah... insyaAllah dpt post ini dpt dijdikan sebg amal islami....
... moga diterima Allah....
Salam akhi..btol ckp anta...FB byak bt kita lalai ermmm...ana try krgkan FB nie dengan deactive bru pg tadi( exam nak dekat)..InshaAllah ana akan cuba tggalkan dlm tempoh yang lama...moga usaha ana diterima olehNYA..Ameen
Salam, akhi. Ana cuma nak berkongsi kebimbangan memerhatikan adik-adik kita ramai jugak yang menggunakan FB, tapi dgn cara yang bukan sepatutnya. Bagi ana, FB sepatutnya jadi medan ibadah, tapi ia seolah-olah menjadi laman terbuka untuk bersosial yg tidak bersyariatkan Islam.
Bimbang betul ! Perangkap yang cukup halus ....
tersangat setuju dgn bro hamzah..fb itu ceriman kita di alam maya:)
namun,terpulang kepada kita mahu menjadikan fb ke arah kebaikan datau keburukan..
dan sy sngt setju dgn point2 di atas bahawa fb banyak mendorong ke arah kelalain:)
Alhamdulillah, banyak sangat manfaat saya dapat melalui FB. bagi saya, FB saya sangat membantu dalam proses tarbiyyah diri juga proses dakwah.
Apapun, saya sering berdoa agar ia tetap bermanfaat
(1) Hamba Ilahi
Sebenarnya, ia adalah ingatan untuk diri ustaz juga. MasyaAllah, kadang kala kita mudah tertipu dengan slogan2 amalan untuk kebaikan.
Justeru, ingatan ini agar kita berwaspada.
Melayari FB harus dengan TAQWA!
~ BroHamzah
(1) Mujahidah Solehah
Setiap apa yang kita gunakan perlukan panduan. Ingatan ini agar kita sama-sama saling ingat memperingati. InsyaAllah
(1) Hanif Ismail
Kata kunci dalam perkara ini ialah Mujahadah. - Al Mujahid, ialah mereka yang mujahadah (lawan sungguh-sungguh) keinginan nafsunya dalam mentaati Allah SWT. InsyaAllah
(1) Afdholul Rahman
Itulah, ana sedang memerhatikan sejak akhir-akhir ini corak penggunaan FB lebih ke arah yang tidak sepatutnya. Mungkin kita boleh buat sesuatu?
- Cadangan anta?
~ BroHamzah
(1) nur aysya
Baik dan buruknya penggunaan FB banyak bergantung kepada kita, si pengendali laman sosial ini. Banyakan dengan FB ini ramai yang dapat menyebarkan kebaikan, menghubungkan silaturahim dan menjana pahala.
Namun, jika kelalaian itu yang dominan saya kira ia akan membawa kepada murka Allah.
Pandangan naif drpd insan yang lemah
~ BroHamzah
(1) Iqbalsyarie
Alhamdulillah, anda adalah orang yang tahu memanfaatkan FB.
Dan telah membuktikannya
Ya ayuh kita wujudkan arus kebaikan dalam FB. Kita mampu merubahkan.InsyaAllah
~ BroHamzah
salam
perkongsian yg sgt bermakna abg ali..
saya sendiri masih belum ada fb..
bile orng tnya ada fb atau x..saya xsegan untuk berkata tidak ada..
saya tahu kelemahan pd diri saya..
saya takut saya xterdaya melwan nafsu bila dh start buka akaun fb..
perkongsian abg ali ni membuatkan saya lebih kuat untuk tidak mmbuat fb..
saya tahu bnyk kebaikannya..tapi selagi fb tidak menjadi keutamaan dan keperluan saya xakan buat..
moga shabt2 yg ada fb dpt mnggunakannya dgn sebaiknya..
(1) Musim
Ya, baguslah. Keputusan atas kita. Semoga setiap perkara yang kita buat - berlandaskan prinsip syara'
" Yang baik, apa yang syara kata baik,
Yang buruk, apa yang syara kata buruk'
Syukran atas coretan dan perkongsian
~ BroHamzah
salam. jazakallah atas perkongsiannya.
Ya, pendapat peribadi ana, fb ada pro & kontranya, namun ia tergantung bagaimana pemilik fb tersebut menggunakannya, sekiranya digunakan utk keburukan, maka mendekatlah ia pd keburukan, jika digunakan utk kebaikan (sarana dk misalnya), maka mendekatlah ia pd kebaikan.
Jazakallah atas perkongsiannya, semoga setiap yg membacanya mengutip seberapa byk hikmah dari penulisan ini.
assalamualaikum
alhamdulillah.prkongsian brmanfaat.
bg ana sndri, ana stuju dgn pndgn yg dberikan.
ana sndri sdh tidak pnya fb. krn ana tahu, ana kurang mampu utk mlwn nfsu pd fb ini.
spjg ana mgunakn fb dulu, ana sdkt lalai dan leka.
kmdian ana sdar dan kini ana sdh xmgunakn fb.
semoga allah meredhai.
(1) alFaratisya
Betul apa yang saudari nyatakan itu, Ada baik dan buruknya.
Semuanya kembali kepada diri kita baik. Niat dan cara kita menggunakannya.
Artikel ini sebagai peringatan agar kita berhati-hati.
~ Syukran
BroHamzah
(1) nur solehah
Semoga Allah redha dgn saudari, kita semua tahu akan diri kita. Kita lakukan yang terbaik utk proses tarbiyah kita InsyaAllah
~ BroHamzah
~bolehkah menggunakan fb ini sbg satu jalan u menguji tahap keimanan kita..???
~walau ramai mengtakan bhw dgn adanya fb melalaikn ia.. namun ia tidak mncuba u mggunkn supaya tidakk menzaliminya.. tidakkkah ini satu didikan ?....
~kadang itu secara jujurnya sy tdak menyokong dgn adernya fb dan ramai yg ketagih dgnnya.. ttp, bukankah kekadang kita perlu mengnal jahiliah agar mempunyai cara u mmenanganinya..????
_hamba lemah yg dahagakan ilmiah islami_
Saya amat setuju dgn abg Ali...
kadang2 kita tak niat buka akaun FB utk sesuatu yang lagho... tp bila dah lama, mula la macam2 jadi.. lari dari tujuan asal buka akaun FB...
terima kasih atas peringatan.. moga Allah mengampuni hamba2 nya yg bertaubat
bagi ana Abang ali, satu azam yang tinggi untuk mengawal fb ni dalam kehidupan kita. Perancangan mereka cukup halus. Dan sememangnya kita perlu mengawal dengan cara yang betul2 halus.
Cara yang halus pula, bagi ana cuba kita buat sistem CIRCLE dalm fb. Macam mana?. Seperti Rasulullah mula brdakwah. Dan seperti IHAB memberikan penekanan.
Hanya cadangan. Bagi ana, segalanya mesti berbalik kepada keimanan.
waALLAHu a'lam.
(1) Anonymous
Saya sangat suka soalan dan perbincangan sebegini. Anda memang berfikiran kritis. Alhamdulillah.
~bolehkah menggunakan fb ini sbg satu jalan u menguji tahap keimanan kita..???
BH -( Dalam soal menguji keimanan, ia adalah hak Allah SWT. Allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan mehnah. Jika FB ini adalah ujian bagi kita, inilah ujian yang akan membawa kita mengenal dan tahu tahap keimanan kita)
~walau ramai mengtakan bhw dgn adanya fb melalaikn ia.. namun ia tidak mncuba u mggunkn supaya tidakk menzaliminya.. tidakkkah ini satu didikan ?....
BH - ( Bagi sesetengah orang, ia membuat pilihan sebegitu, itu haknya. Jika ia tidak ingin untuk menggunakannya, terpulanglah. Bagi kita pula yang memiliki FB, kita harus mengendalikannya dengan bijak dipacu dengan pacuan Iman)
~kadang itu secara jujurnya sy tdak menyokong dgn adernya fb dan ramai yg ketagih dgnnya.. ttp, bukankah kekadang kita perlu mengnal jahiliah agar mempunyai cara u mmenanganinya..????
BH - ( Mengenali jahiliyah, ada kaedah dan caranya. Bukannya semudah itu, adakah jika kita ingin mengenali jahiliyah kita perlu berada di dalamnya. Sebagai contoh, jika kita ingin tahu tentang jahiliyah di disco, maka kita perlu masuk ke dlm disko. Tidak, mengenali jahiliyah perlulah dengan ilmu dan suluhan syara'.
Satu kaedah dalam hal ini, ialah pastikan yang maruf itu ma'ruf dan yang mungkar itu mungkar.
InsyaAllah.)-
~ Syukran,
- BroHamzah
(1) mr IQ
Tujuan asal dan niat kita haruslah ditajdidkan (diperbaharui) dan dihalusi setiap hari. Ya, niat asal kita pada awalnya, insyaAllah kerana Allah untuk kebaikan, Namun, musuh kita - bisikan syaitan - dan rayuan nafsu akan selalu melorongkan kita ke arah mungkar. Justeru, usaha-usaha memeperbaharui niat, agar sentiasa ikhlas dan betul perlu diperkasakan.
InsyaAllah.
~ Syukran atas coretan
-BroHamzah
(1) 'Izzat Ibrahim
Alhamdulillah, fokus dan point anta memang benar. Kembali kepada basic iaitu keimanan, berkaitan kaedah itu - sememangnya kita harus menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah kita. Inilah satu-satunya kaedah yang akan menyelamatkan kita.
Circle itu adalah salah satu kaedah. InsyaAllah.
Pelbagai lagi cara yang boleh diadaptasikan sesuai dengan zaman kini.
Ayuh kita gerakkannya!
~ BroHamzah
assalamualaikum... nak tanya
boleh tak kalau ana nak buat fb, tapi tujuannya bukan saje2, tapi ana nak guna fb tu untuk ana knal betul2 sahabat2 ana, esspecially budak sea village.. maksud ana bukan apa, sbb ana pon dlm kalangan budak2 sea village.. niat ana nak kaji dan selidik dalam2 ttg sahabat2.. maklumlah sekarang nih musim cuti.. perangai sahabat2 kita kekadang ada yang tak sama bila kat sekolah( asrama- sea village) atau kat rumah masing2... cadangan ana boleh tak kalu anak nak buat fb tapi ana guna identiti lain yang orang tak knal ... senang cerita..banyak laa rancangannya nak sampaikan dakwah..melalui perbincangan brohamzah dengan anonymous, izzat ibrahim dan lain2 sememangnya ana dah faham.. cuma nak minta pendapat..maaf byk2 kalau ayat terbelit-belit..
keredhaan ALLAH itu yang utama yang ingin dicapai..
melihatkan era zaman jahiliyyah yang semakin pekat ini..ada masanya bila ana kaji penyanyi terkenal..seperti MAHER ZAIN dan YUSUF ISLAM.. mereka mempunyai pengaruh yang amat luas dan besar.. mungkin salah satu daripada tarikan yang mereka hasilkan adalah lagu2 yang berbentuk kepada dakwah, yang membawa kepada Allah, tapi yang menjadi persoalannya adalah jenis music yang digunakan.. ada yang ana baca..."song is good but music is haram".. adakah lagu tuh tak jadi haram bila kita gunakan music2 dengan niat nak hasilkan lagu2 yang mendekatkan diri dan hati kpd allah disebabkan arus jahiliiyah yang melampau...adapun islam hadhari yang ada ini buta membezakan antara hak dan batil, antara hukum dan syarak..
wallahualam...
minta pendapat.. ana mengesyorkan abg ali buat satu laman untuk diskusi umum islamiah.. untuk memantapkan pemahaman ...
salam....
maaf banyak2 laa bro hamzah... yang pasal penyanyi tuh, x reti nak jelaskan macam mana tapi insya allah ana cuti... (sambungan ayat dari atas)mungkin salah satu yang menjadi daya penarik bagi pendengar2 atau peminat2 mereka adalah lagu yang moden, jenis music yang digunakan pun bagus, dari segi lirik pun amat menyentuh perasaan,... cuma kekadang ada muncul persoalan yang bukan lahir dari fikiran ana tapi ini berkongsi...hahaha...ada segelintir yang menyatakan bah-awa penggunaan music itu diharamkan, bagi ana... memang mende tu mendatangkan fitnah..tetapi berbalik kepada niat dakwah yang ingin disampaikan oleh kedua2 penyanyi tersebut adalah berbentuk dakwah ia terpaksa digunakan memandangkan arus jahiliyyah yang pekat ini menyebabkan kekadang sukar untuk menyampaikan tarbiyyah dan dakwah secara kebiasaan...cuma teknik ini lebih moden dan membuatkan suatupandangan yang baru....wallahualam...
1) pendamba Ilahi.
FB - terpulang kepada tujuaan dan niat kita. Jika, baik insyaAllah dipersilakan. Jika ada niat lain yg tidak baik, lihat baik dan nilaikannya.
1)- pendamba Ilahi
Berkaitan lagu dan nyanyi, anta boleh rujuk Buku yang ditulis oleh Prof Dr Yusof Al-Qardawi.
Kitab Halal Wa Haram.- Nanti akan cuba dikupaskan. Saya kurang ilmu dalam bab sebegini, afwan.
Nanti akan dirujukan dalam mereka2 yg lebih arif. Cadangan blog Umum Ismaiyah itu sgt bagus, akan dipertimbangan.
salam akh, ana share di fb ya artikel ni...
salam..
Abg Ali
Apa alamat blog Umum Ismaiyah???
~pendamba ilmu~
1)- pendamba ilmu
Belum ada lagi. - Sedang dipertimbangkan.
- BH
setuju dengan brohamzah..
fb memang melalaikan ..
sedang berusaha utk jarang membukanya..
1) Anonymous
Tiada masalah jika ada FB dan kita mengendalikan dengan panduan IMAN & SYARA'.
Wallahu'alam
Salam,Terimakasih atas artikal ini,saya minta izin copy "Apa tanda anda ketagihan FB?",untuk menegur sesetengah sahabat yang jatuh ke lembah ini.
Semoga Allah terus memberi kekuatan pada Anda untuk terus menulis bagi munafaat semua.
makbonda
Dipersilakan. Ia juga ingatan buat diri ini.
Wallahu'alam
BroHamzah
Post a Comment