Facebook, medium terkini menjemput jodoh?

Wednesday, November 24, 2010

Jodoh Facebook - siapa yang pernah mengalaminya?


Facebook, medium terkini menjemput jodoh?
Oleh : BroHamzah

Suatu hari ada suatu suara menyapaku.

“ Kini, sudah mudah hendak cari jodoh yang cepat, segera dan murah”

“ Ya ke?,” Getusku dalam hati

“ Ya la, kenapa tidak percaya ka?,” Acahnya.

“ Apa dia dan bagi sedikit ‘hujjah’,” Nyataku lagi.

“ Hah, menjemput jodoh melalui facebook. Ledakan dunia ICT dan teknologi moden memberikan sesuatu yang menakjubkan,”

Ini dia hujjahnya

1)- Hari ini semua orang ada facebook. Jadikan kita boleh menyelidik, meninjau-ninjau, menyemak-yemak profile seseorang melalui FB nya. Kita akan mengenali peribadi, watak dan orangnya dengan mudah sekali. Cara dia berfikir, bertindak, menulis dan kehidupannya sekali.

2)- Kata orang, kalau hendak kenal seseorang kita boleh check dan kenali dengan siapa dia berkawan. Jadi kita explore dan tinjau-tinjau dengan siapa dia berkawan. Hah, kat sini kita boleh kenal cara dia bergaul, bersembang-sembang, berinteraksi, berbalas-balas komen dan sebagainya.- Orang selalu sebut : Kawan itu adalah cermin kepada kawannya.

3)- Biasanya, FB ini banyak gambar yang diletakan. Jadi, hah – kan mudah kita dapat melihat orangnya. Kita boleh tengok free tanpa menyewa dan membayarnya. Tak perlu susah-susah dah. Kekadangan itu, boleh tengok gambar familinya dan kaum kerabat juga. Penting itu, untuk menjemput jodoh yang sesuai. Kata orang hendak cari jodoh kena tengok juga orangnya dan kaum kerabatnya.

4)- Dah, kat FB ini kita boleh test dia. Kita hantar mesej atau juga chat dengan dia. Try masuk line, malah tau kot-kot mengena. – Inilah peluangnya. Peluang keemasan, bro. Betul tak? Perkara ini sudah lama berlaku.

5) Cuba bro baca artikel INI . Kat FB pun ada ruangan cari jodoh. Macam yang INI – dan yang INI. Sebenarnya, ramai sudah yang menggunakan FB untuk menjemput jodoh. Setuju tak dengan saya?


Mendengar hujjahnya. Saya tergamam seketika.

Terdiam.

Hmm.

Begitu kah?

22 comments:

.::: mr IQ :::. November 24, 2010 at 7:54 PM  

huhuhuhu.... mencari jodoh seperti membeli ikan dipasar.. :)

brohamzh November 24, 2010 at 7:57 PM  

1)- mr IQ

Hmm.. jadi apa kesudahannya?

affendik? November 24, 2010 at 8:46 PM  

masyaAllah.kecilnya dunia...penulis artikel yg pertama tu kawan baik ana masa di matric dulu.hehe

brohamzh November 24, 2010 at 10:52 PM  

1)- affendik

Ya ka? Alhamdulillah. Betapa kecil moleknya dunia ini

norashikin rahmat November 24, 2010 at 11:48 PM  

tak setuju cari jodoh dengan cara macamni.

Serikandi Abi. November 24, 2010 at 11:56 PM  

Mungkinkah?

Bagaimana pula dengan wanita yg tidak meletakkan pic di FB nye..? apa pula pandangan kaum adam dlm membuat kesimpulan tentangnya?

brohamzh November 25, 2010 at 2:19 AM  

1)- norashikin rahmat

Terima kasih atas pandangan saudari. Jadi, cara bagaimanakah yg sesuai?

brohamzh November 25, 2010 at 2:21 AM  

1)- Serikandi Abi

Wallahu'alam.
Saya pun tidak tahu

iqbalsyarie November 25, 2010 at 5:27 AM  

Erk...tak mungkin semudah itu! zaman sekarang, semua benda nak ekspresss

nurul 'awatif ahmad November 25, 2010 at 5:29 AM  

FB mungkin ada kebaikan dan keburukannya. setiap sesuatu itu diciptakan pasti ada yang baik dan yang buruk. blog sendiri pun boleh menjadi salah satu medium mencari jodoh. jadi, ingatan utk diri sendiri, gunalah kemudahan yang ada dgn sebaiknya.

musim,  November 25, 2010 at 5:31 AM  

huh..
mcm mengerikan je..
orng boleh teroka semua perihal kita..
konon nyer nk cari jodoh..
nk try and match ke??hehe..
kalau try and error mcm mana??

nur aysya November 25, 2010 at 5:37 AM  

nak cari pasangan tak semudah ini..
nak hisup dengan dia,bukan untuk semalaman,tapi sampai mati,InsyaAllah..

pendapat saya:kalau sudah kenal sesorang itu,fb itu sekadr tambah nilai nak "mengenali" secara dekat tetapi tidak berlebihan..mungkin utk kenal saudar,keluarga dan siapa kawan2nya..
dan kalau baru nak kenal2 kat fb,sy rasa tak sesuai..bukan medannya..

brohamzh November 25, 2010 at 6:33 AM  

1)- iqbalsyarie

Betul tidak semudah itu,hari ini semua hendak ekspress. Bas ekspress, mee ekspress dan jodoh pun ekspress juga. Hmm..

Perlu kita renungi, syukran sahabat

brohamzh November 25, 2010 at 6:37 AM  

1)- nurul 'awatif ahmad

Setiap perkara ada pro dan kontranya. Baik dan buruknya. Justeru, yang mengemudi semua ini ke arah kebaikan dan keburukan adalah diri kita.

Terima kasih atas ingatannya

~ BroHamzah

brohamzh November 25, 2010 at 6:39 AM  

1)- musim

Dalam soal jodoh tiada istilah try and error. Itu apa yang saya faham. Soal jodoh, soal menjemput dengan usaha, disuluhi syara' dan munajat doa istikarah kepada Allah SWT.

Wallahu'alam

brohamzh November 25, 2010 at 6:41 AM  

1)- nur aysya

Wallahu'alam.
Terpulang kepada niat, kefahaman dan cara kita bertindak.

Semoga ALLAH menyuluhi dan melorongkan kita kepada jalan yang benar.

Syukran atas perkongsian
~ BroHamzah

musim,  November 25, 2010 at 7:02 AM  

memng betul ap yg abg ali ckp tu..
memng xda istilah try and error..
semua ketentuan Allah
tp jgnlah maen try2..seeloknya lah kan..

brohamzh November 25, 2010 at 7:21 AM  

1)- musim

Ya, saudara/i lebih mengetahui - Syukran

BH

Walker November 25, 2010 at 10:28 AM  

mcm senang pulak nak cari jodoh...

benda yg senang dapat ni bahaya...

kesimpulannya, x setuju cari jodoh ikut FB...

Bintu Arifin November 25, 2010 at 10:36 AM  

Adapun Facebook dan laman sesawang lain yg diguna, itu hanyalah MEDAN, perlu jelas disitu.

Dasar pokoknya pilih melalui 4 kriteria seperti dalam hadis yg semua maklum rasanya.Dan yang paaaling beruntung krana agamanya.

Wallahua'lam

brohamzh November 25, 2010 at 3:51 PM  

1)- Walker

Pandangan yg simple, dan padat. ('',)
Syukran

brohamzh November 25, 2010 at 3:55 PM  

1)- Bintu Arifin

Ya, betul tu. Syukran. Perlu diambil kira soal ini.
~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP