Komputer Breakdown, ujian kecil dari Maha Esa

Monday, November 8, 2010

Siapa boleh bantu? - Doktor komputer harus ku temui sesegera mungkin


Komputer Breakdown, ujian kecil daripada Maha Esa

Oleh : BroHamzah

Semalam dan hari ini saya di Kuala Terengganu, menghadiri satu kem kepimpinan untuk adik-adik Syabab dan adik-adik Nisa` Tingkatan 3 Sekolah Menengah Agama Kampung Laut. Kem Pemantapan Jatidiri dengan tema “ Menjana Kepimpinan Masa Hadapan”

Ketika, mengendalikan suatu slot permulaan Ice Breaking ,Allah SWT telah memberikan sedikit ujian kepada saya.

Komputer saya jam, sewaktu sedang rancak mengendalikan slot 5 S. Komputer yang berusia setahun yang dibeli, senyap tiada bunyi.

“ Ya Allah, ampunilahi dosaku,” Hati saya mengulangi istighfar. Sambil membelek dan mencari punca masalah computer saya.

Skrin gelap. Tiada apa respon.

Ini ujian dan tarbiyah daripada Allah SWT

Saya tenangkan hati, banyak mengingati Allah. Saya mendidik diri ke arah itu.

“ Wahai diri, ini didikan Allah SWT”

“ Tadi engkau berkata-kata, kini ujian itu menimpa secara langsung kepadamu”

Ya Allah, apakah hikmahnya ujian ini? Ya Allah, sabarkanlah diriku.

Segala dokumen saya berada dalam laptop tersebut tanpa sebarang back up. Selalunya saya back up setiap 2 bulan, tetapi kali ini belum sempat.

Membayangkan segala kerja-kerja pejabat yang semuanya tersimpan di dalam hardisk laptop.

Memikirkan untuk mencari jalan penyelesaian masalah kecil ini.

Saya merenung jauh sambil bermuhasabah.
Kini ujian itu menimpa saya. Terkedu seketika.

“ Jangan rasa takut dan gentar, Walau raga kan meregang nyawa,” Bergema nasyid tema “ Mujahid Setia” yang dilaungkan oleh adik-adik membuatkan jiwa saya tersentak dan bersemangat.

Saya lupakan seketika masalah ini.
Ada tugas, fokus dan komitmen yang lebih utama.
Semoga Allah redha.

Saya coretkan bingkisan ini melalui laptop sahabat saya. Semoga keberadaan di sini, menguatkan lagi saya dalam setiap langkahan ini. Semoga kebersamaan saya bersama sahabat-sahabat dan adik-adik, mencekalkan lagi diri saya dengan ujian ini.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ini.

2 comments:

ONE_SYAIFUL November 8, 2010 at 11:46 PM  

hanya dengan jiwa yang tenang(yakni rapat dengan ALLAH saja)mampu menyelesaikan sebarang permasalahan.btw masalah kita sama.hehe.laptop ana pn dh rosak.moga ALLAH mudahkan anta,shbt

brohamzh November 9, 2010 at 12:31 AM  

(1) One Syaiful

Ya ka? Betul cakap anta. Kita perlu bertenang apabila dilanda masalah dan musibah. Ana yakin, Allah akan berikan jalan keluar buat ana.

Syukran atas dorongan anta.
- BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP