Hajat untuk memiliki perpusatakaan sendiri - Bilakah?
Buku, apa yang perlu dibaca?
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah, salam penuh keceriaan dan kebahagiaan. Semoga setiap daripada kita mampu mengukurkan senyuman yang akan menyerikan riak wajah kita dengan kecerahan, ketenangan dan ketenteraman.
Alhamdulillah, selepas artikel saya – Buku, ia sangat mengasyikan! – dipostkan beberapa hari yang lepas, saya menerima beberapa komentar, respon melalui emel dan juga daripada mesej facebook. Ada yang menanyakan tentang buku apa yang perlu dibaca untuk peningkatan tarbiyah, cadangan buku-buku dan juga penulis buku yang bagus dan sebagainya.
Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa saya bukanlah seorang alim ulama atau ilmuan, atau cerdikpandai yang memiliki, membaca dan memahami banyak karya-karya kitab-kitab, buku-buku atau hasil tulisan yang hebat-hebat. Saya sekadar berkongsi dengan anda, tentang satu hakikat yang wajar dikongsikan iaitu kenikmatan dan kelazatan membaca. Dan sebenarnya, fokus saya tempohari ialah ajakan, galakan dan dorongan agar kita semua mempertingkatkan usaha untuk kuat membaca!.
Saya begitu terpesona dengan ungkapan Dr Aid Abdullah Al-Qarni dalam bukunya, ‘Asyiq ( Aku, Buku dan Cinta) :
“ Setelah berkenalan lama dengan buku dan perjalanan yang panjang bersama kertas, saya kembali dengan keyakinan bahawa tidak ada yang lebih setia selain buku. Sahabat boleh jemu, mengutuk, meninggalkan dan berkhianat. Tetapi buku, tidaklah demikian. Saya termasuk orang yang rela menjual persahabatan demi buku, kerana saya tidak menjumpai seorang sahabat pun yang setia selain buku.”
Saya hanya memiliki sebuah perpustakaan mini, yang jumlah bukunya tidak melebihi 1,000 buah. Sebuah perpustakaan yang kecil lagi kerdil dan saya usahakan pengumpulannya semenjak tingkatan 2 dengan duit poket sendiri. Semasa di universiti, saya peruntukan RM 50 setiap bulan untuk membeli beberapa buah buku mengikut keperluan dan fokus pembacaan saya pada ketika itu.
Baiklah, saya berhajat ingin kongsikan cadangan beberapa buah buku, kitab dan juga cadangan penulis-penulis atau pengarang-pengarang buku yang baik dan elok dibaca. Kebanyakannya, adalah para ulamak muktabar, para penulis yang sangat pakar dalam bidang kemahiran mereka dan penulis-penulis yang mampu menghasilkan karya yang hidup, membangkitkan dan segar untuk ditatapi. Saya pecahkan mengikut beberapa agihan skop :
B U K U U T A M A
Al-Quran tatapan harian - Sederhana kecil, mudah dibawa, bermakna dan mengesani jiwa!
Kitab Al-Quranul Karim
1)- Al-Quran Syamil Edisi Tajwid – Keluaran Indonesia. Kenapa saya syorkan? – [1] Sederhana kecil ; mudah untuk dibawa ke mana-mana [2] Bertajwid dengan warna-warna yang pelbagai mengikut hukum tajwid – memudahkan pembacaan dengan bacaan tajwid yang betul [3] Terjemahan makna bagi setiap ayat – memudahkan pembaca memahami ayat Al-Quran secara tidak langsung [4] Disertakan Sisipan Al-Mathurat yang kecil. Sebagai panduan zikir al-Mathurat.
Tafsir Al-Quran dan Hadis
1)- Tafsir Ibnu Kathir, pengarang Ibnu Kathir – Menurut Dr Aid Abdullah Al-Qarni, Imam al-Syaukani pernah berkata dalam kitab al-Badr al-Thali’ : “ Aku belum pernah melihat ada kitab tafsir yang lebih hebat daripada kitab ini.”
Keistimewaan kitab ini : - a) Ia mentafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran. Dalam mentafsirkan satu ayat, dia menyebut beberapa ayat yang ada kaitannya dengan ayat tersebut. b)- Selain itu, ia juga menggunakan hadis-hadis nabawi seperti Musnad Imam Ahmad, kuttub al-Sittah dan kitab-kitab lain.
2)- Kitab Fizilalil Quran, karya Syed Qutb – Antara Karya beliau yang termahsyur. Dikatakan sebahagiaannya ditulis ketika beliau di dalam penjara. Bahasanya memukau, menyentuh dan menekankan aspek ruhiyah Al-Quraniyah.
3)- Kitab Sahih Bukhari – Kitab ini, sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawanya – merupakan kitab hadis yang paling utama setelah Al-Quran. Penyusunannya luar biasa. Antaranya, Imam al-Bukhari memakai tulisan hadis sebagai nama bab kitab dan ia merupakan istinbat dari hadis-hadisyang ada dalam bab itu sendiri. ( Dr Aid Abdullah Al-Qarni)
Kitab syarah Sahih Bukhari yang popular seperti, Fath al-Bari karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Hady al-Sari karya al-Qasthalani.
4)- Kitab Sahih Muslim – Kitab hadis yang menduduki tempat kedua selepas kitab Sahih Al-Bukhari.
Tarbiyah Imaniyah, ruhiyah dan dzatiyah ( Proses pembentukan diri dan sahsiah)
1)- Fathi Yakan ( Buku Apa Erti Saya Menganut Islam?) – Buku yang penting untuk dihadam. Utamakan yang ini bagi yang inginkan pemahaman yang jelas tentang Islam. InsyaAllah.
2)- Abdullah Nasih Ulwan ( Menuju Jalan Taqwa, dan Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi) – 2 buah buku ini telah memberi suatu impak dan kesan kepada saya. Sangat-sangat membantu memproses penyucian dan pembersihan diri. InsyaAllah.
3)-Muhammad Ali al-Hashimi ( Keperibadian Mukmin)- Sangat sistematik, tersusun dan harus dimiliki oleh semua orang dalam melaksanakan kehidupan seperti baginda Rasulullah SAW. Ada dalam bahasa Inggeris iaitu The Ideal Muslim keluaran Internasional Islamic Publishing House.
4)-Dr Yusuf Al-Qardawi ( Iman dan kehidupan, Detik-detik Masa dalam kehidupan seorang muslim). Beliau banyak mengarang kitab dan kebanyakannya berkisar dakwah, tarbiyah, fiqh dan isu-isu semasa. Seorang tokoh ulamak terkini yang sangat dikagumi dan disegani.
Dakwah Islamiyah, Harakah Islamiyah
1)- Mustafa Masyhur ( Dakwah Fardiyah, Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah). – Banyak memberikan dorongan, penjelasan dan bekalan-bekalan dalam mengharungi jalan dakwah. MasyaAllah. Tulisan yang sangat penting untuk para-para daie.
2) Muhammad Ahmad Ar-Rasyid ( Al- Muntalaq (Titik Tolak) , Al- Raqa’iq, Al- Masar ( Khitab Dakwah), Al-Awaiq (Hambatan-hambatan dakwah). Tulisan berdasarkan pengamatan, pengalaman dan interaksi dakwahnya yang sangat mendalam dan panjang dalam medan dakwah. Dipenuhi dengan kajian fiqh dakwah dan bahasa yang sarat ruhaniyah. Dalam bukunya, kita akan dapat 2 perkara sekali gus iaitu , wawasan dakwah yang luas dan penguatan keruhanian yang sangat mengesani jiwa!
3) Hassan Al-Banna ( Beliau tidak menulis buku, tetapi pemikiran dan ceramah beliau ditulis semula dan dibukukan, antaranya Pandangan semula kepada Risalah Ta’lim, Usrah dan dakwah, Antara Hari ini dan semalam, Bingkisan untuk pemuda dan sebagainya.)
Fikrah Islamiyah, Ideologi Pemikiran
1)- Syed Qutb ( Petunjuk Sepanjang Jalan) – Buku kontroversi yang mencetuskan suatu era kesedaran dan kebangkitan Islam. Menjelaskan sejelas-jelasnya antara Islam dan Jahiliyah. Saya sangat menyukai satu bab awalnya iaitu : Generasi Al-Quran yang unik.
2)- Dr Ali Abdul Halim Mahmud ( Syarah Usul 20 Imam Hassan Al-Banna – Rukun Faham), Huraian secara terperinci berkaitan salah satu rukun baiah yang diperkenalkan oleh Imam Al-Banna iaitu rukun faham. Syarahan yang terperinci, berserta dalil-dalil Al-Quran dan Hadis serta contoh-contoh yang sesuai.
3)- Dr Ugi Suharto ( Pemikiran Islam Liberal )- Penulisan yang cuba menjelaskan suatu aliran pemikiran yang sangat bahaya dan kian menular di dunia. Bahasanya agak ilmiah dan perlukan panduan dan kajian lanjut.
4) Abul A’la Maududi – ( Islam dan Jahiliyah )- Bukunya nipis, bahasa agak tinggi dan ilmiah. Namun, penjelasannya berkaitan Islam dan Jahiliyah sangat terang dan nyata.
Sirah, Sejarah dan Fiqh Sirah
1)- Dr Abd Rahman Ra’fat ( 65 kehidupan para sahabat Rasulullah SAW atau terkini terdapat tajuk 65 Manusia Langit) – Komentar : Buku ini sangat bagus, bahasanya indah dan penuh kesasteraan yang menusuk jiwa. Bacalah dengan penuh penghayatan dan anda akan dapat menyelami kehidupan para sahabat seolah-olah kita berada di zaman mereka.
2)- Dr Ali Shurbaji (Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat). Kitab yang menceritakan kisah para sahabat mengikut tema-temanya yang tertentu. Diterjemahkan oleh Ustaz Darus Senawi.
3)- Mustafa al-Sibai’ (Al-Sirah al-Nabawiah : Durus wa ‘Ibar) – Kitab sirah kontemporeri namun penuh dengan pemikiran.
4)- Shafi al-Rahman al-Mubarakfuri (Al-Raeeq al-Makhtum fi Sirah al-Nabi al-Ma’shum). Antara kitab sirah yang terbaik. Susunan bahasa yang mudah dan sesuai untuk umum. Diterjemah oleh Ustaz Darus Senawi.
5)- Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (Zad al-Ma’ad) – Komentar Dr Aid Abdullah Al-Qarni, ini merupakan kitab yang terbaik yang pernah dia lihat.
6)– Sirah Ibn Hisyam – Kirab ini merupakan kitab yang paling afdhal dan juga luaS perbahasannya.
Al-Quran dan Sains
1)- Sheikh Abdul Majid Al-Zindani ( Al-Quran dan Sains). Saya pernah memiliki buku ini namun, tidak pasti kemana ia telah menghilang?- Sempat membaca sehingga separuh buku. Menarik!
2)- Harun Yahya (Kaum-kaum yang pupus, Penipuan Evolusi, Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisma kepada manusia, Bagi orang-orang yang memahami, Keajaiban Al-Quran dan banyak lagi). Konsep dan pendekatan yang dipersembahkan oleh Harun Yahya dalam bukunya, menjadikan ia tarikan utama untuk mendalami setiap penulisannya.
3) – Dr Haji Jamnul Azhar B Hj Mulkan ( Al-Quran dan Sains) – Saya sangat mengemari ceramah dan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Jamnul sejak zaman menengah lagi. Menarik, berfakta, berisi dan terhibur. Buku ini sepatutnya bersiri tetapi saya hanya jumpa satu siri sahaja.
4)- Dr Danial Zainal Abidin ( Konsep Perubatan Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad SAW, Empayar Minda Muslim dan 7 Formula Individu Cemerlang). Buku-buku beliau semuanya diterbitkan oleh PTS dan antara buku yang bestseller.
Motivasi Tarbawi dan Islamik
1)- Amru Khalid – ( The Power Of Akhlak, Melamar Bidadari dengan Solat Malam, Ibadatul Mukmin ( Ibadah Sebening hati), Ishlahul Qulub dan banyak lagi) – Siapa beliau? – merupakan seorang ustaz dan dai muda Mesir yang banyak berkecimpung dalam hal pengurusan kalbu. Terkenal sebagai pengacara acara televisyen paling terkenal di Timur Tengah iaitu Shuna’ul Hayah ( Pengurusan Hidup)
2)- Dr Aid Abdullah Al-Qarni. Buku beliau yang terbaik ialah La Tahzan Jangan bersedih telah membangkitkan saya daripada kelesuan dan kejatuhan semangat ketika itu. Dan bermula saat itu saya mulai membeli karya-karyanya yang tidak kurang hebatnya seperti, Jagalah Allah, Allah menjagamu, Jangan Melampaui batas, Tersenyumlah, Bacalah dengan nama tuhanmu dan sebagainya.
3)- Majdi Al-Hilali ( Mari Menjadi Hamba Rabbani, Hancurkan Ego dalam diri, Membina Personaliti Rabbani) – Tulisan yang baik, mudah dan praktikal. Harus dimiliki.
4)- Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam ( Uluwwul Himmah) – Sebuah buku yang membangkitkan semangat saya. Setebal 509 muka surat, ia membawa kita menyelami erti sebuah semangat atas dasar keimanan dan matlamat yang jelas.
5)- Solikhin Izzudin. Bukunya seperti Zero to Hero, The Way to win, Tarbiyah Dzatiyah, Quantum Tarbiyah, The Great Power of Mother dan sebagainya telah saya baca dan teladani. Bahasanya mudah, simple tetapi bagi saya – ia menyengat!
6)- Salim A Fillah - Bukunya itu seperti Jalan Cinta Para Pejuang, Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan, Agar Bidadari Cemburu Padamu, Bahagianya Merayakan Cinta, dan Saksikan Bahwa Aku seorang Muslim – telah saya cari, beli dan sedang berusaha membaca sehingga selesai!
Penulis-penulis Malaysia - Motivasi remaja, keibubapaan
1)- Ummu Anas – Motivasi remaja. Seorang ibu yang menulis dengan bahasa hati. Telah menghasilkan 2 buah buku, iaitu Anak-anakku bangunlah dan Anak-anakku berjuanglah. Boleh baca tulisannya di dalam majalah HALUAN setiap bulan. InsyaAllah
2)- Pahroi Mohd Juoi – penulis yang sangat berpengalaman. Saya terpikat caranya berinteraksi dengan pembaca di dalam setiap penulisannya. Mudah, simple, ajakan berfikir dan hidup. Layari blognya iaitu Genta-Rasa. Bukunya yang telah saya baca, antaranya Tentang Cinta, Nota fikir, Nota Zikir, Mukmin Profesional, Satu Rasa Dua Hati, Nota hati seorang lelaki dan sebagainya.
3)- Ustaz Hasrizal Mohd Jamil- seorang dai, blogger dan juga motivator yang terkenal di Malaysia. Websitenya iaitu SaifulIslam.Com telah menjadi medannya berkongsi ilmu dan memberi. Terkenal dengan ungkapan – Erti Hidup pada memberi. Buku-buku bestsellernya seperti Aku Terima Nikahnya, Bercinta sehingga ke Syurga dan Murabbi Cinta. Kesemuannya telah saya memiliki dan baca. Menarik!
4) - Ustaz Zaharudin Abd Rahman - seorang ahli akademik tetapi sentiasa berkongsi ilmu di teratak websitenya . Zaharuddin.net. Buku-bukunya juga sangat membantu dalam memahami fiqh, muamalat dan soal hukum hakam Islam.
Penulis-penulis karya kreatif dan kesenian kesasteraan
1)- Dr Faisal Tehrani - Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Novel hasil karyanya - Cinta Hari-hari Rusuhan , Politikus Melayu , 1515 , Maaf Dari Sorga, novel Rahsia Ummi, Tunggu Teduh Dulu .1511H Kombat Advencer Si Peniup Ney , Detektif Indigo ,Surat-surat Perempuan Johor , Detektif Indigo, Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu. Hampir kesemuanya telah saya baca dan ia lain daripada lain. FT sangat teliti dan bijak dalam berkarya. Kerana itu mutu penulisannya sangat tinggi dan sukar ditandingi.
2)- Habiburahman El Syirazy - Novelnya Ayat-ayat Cinta telah memberikan suatu ledakan fenomena baru dalam dunia penulisan kesenian kreatif. Semasa membacanya – saya benar-benar tenggelam di dalam dunia penulisan garapnya. Sejak itu, karya-karyanya akan saya amati dan telaahi – Antaranya seperti, Di atas sajadah cinta, ketika cinta berbuah syurga, Ketika cinta bertasbih dan terkini Bumi Cinta.
3)- Fatimah Syarha Noordin – Seorang penulis muda yang prolifik. Karya seperti Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih, Hatiku Milikmu telah membawa satu arus baru dalam penulisan seni kreatif. Kekuatannya, penulisannya ialah bahasa sastera yang tinggi, dipenuhi bunga-bungan keimanan dan rujukan nota yang dilampirkan dalam setiap novelnya.
4) – Hilal Asyraf – Penulis muda yang kian meningkat naik. Novelnya VT, Relasi, Sinergi dan lain-lain telah menjadikan keimanan dan dakwah sebagai tema utamanya. Beliau akan hadir dalam dunia sastera dengan karya-karya yang lebih mantap dan menarik. InsyaAllah. Boleh layari websitenya – LangitIlahi.
Penutup - Sekadarnya
1)- Artikel kali ini kelihatan panjang, insyaAllah saya akan menyambungnya dikesempatan yang lain. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsikan dengan anda.
2)- Keutamaan kita dalam membaca harus bermula dengan Al-Quran. Itu prioriti kita. Kemudian, kitab-kitab hadis, buku berkaitan proses penyucian diri, dakwah, motivasi dan perkara-perkara lain. Akan dibincangkan nanti.
3)- Ada bertanya bagaimana ingin mengurus masa untuk membaca sedangkan masa terlalu singkat dan suntuk. Kita sibuk. – Sir Irwan, sahabat saya ada menyebut : “ Kita sebenarnya tidak dapat urus masa- kerana masa itu sememangnya 24 jam. Tidak lebih dan tidak kurang. Yang perlu kita urus ialah manusia itu sendiri.” Menarik jika dikongsikan ini.
4)- Dan akhirnya, saya terpegun dengan kata-kata ini : “ Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang bodoh pasti bencikan buku.”
5)- Sekiranya anda ingin kongsikan buku-buku dan cadangan penulis yang baik - dipersilakan. Kita kongsikan agar kita semua menjadi ummat Iqra!
Sekian, mohon maaf atas segalanya.
Semoga bermanfaat. Leader are reader!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
Jazakallah Bro,
perkongsian yg amat bermanfaat.
Menyedarkan diri yg lemah ini untuk membaca lebih banyak buku.
Teruskan menulis sahabat dan terus memberikan panduan kepada mereka yg tidak tahu.
Ramai yang tidak tahu.
1)- kopiah_alrazi
Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Perkongsian ini mengajak secara sedar agar kita semua suka, gemar dan mencintai dunia buku.
Alhamdulillah, ia adalah suatu yang sangat penting. Membaca pintu utama untuk menjadi orang yang berilmu.
InsyaAllah
syukran abang ali. dah lama ana tercari2 panduan seperti ini.
1)- Umar
Afwan, alhamdulillah. Semoga bermanfaat, Ini Umar mana ini?
Dalam sejarah hidup ana, berkenalan dengan ramai Umar. Namun, semuanya hebat-hebat belaka.
Seperti namanya - U M A R
~ BroHamzah
jazakallah atas perkongsian.
buku ada peranannya tersendiri sedang ikhwah lain juga punya perannya tersendiri dalam hidup kita.
moga tidak kecewa dlm berukhwah krn manusia buka kaku seperti buku, silapnya pasti ada.
afwan atas pendapat peribadi.
Buku 'al-Qur'an dan Sains' karya Abdul Majid al-Zindani tu ada kat Ibrahim. bilik Mahallah uia...x tau lagi bila bleh pulangkn...
1)- ummu uswah
Maksud Dr Aid Abdullah Al-Qarni, bukan hendak mengenepikan ukhuwah dan persahabatan.
Itu adalah kiasan-kiasan dalam berbahasa, dan perbandingan. - Mengambarkan betapa sesungguhnya, buku itu sangat SETIA.
Sememangnya, kita tidak boleh abaikan persahabatan dan persaudaraan kerana fitrahnya kita perlukan mereka.
Dan, dalam mengolah gambaran perasaan - terhadap buku, Dr Aid mengaitkan ia dengan istilah sahabat. - Impaknya, kita sangat teruja dengan tulisannya dan memahami erti pentingnya membaca buku.
Itulah indahnya bahasa. Akan mengesani kita semua.
Terima kasih atas komentarnya. Saya sangat menghargainya, suatu pandangan yang sgt baik
~ BroHamzah
1)- Ibrahim Izzat
Patutlah pun, hilang diam-diam. Akhirnya terbongkar.
~ Penting buku tu, jangan lupa bagi balik kat abg ali.
('',)
Terima kasih pak Ibrahim
Salam..
Perkongsian yg baek dan berinformasi...
Sy ingin mencadangkan sebuah buku yg baek dlm bidang sirah...buku tersebut bertajuk 'al-raheeq al-makhtum' tulisan safiyur rahman al-mubarakfuri..seorang ulama yg mengajar di universiti Islam Madinah..buku ini memenangi anugerah raja arab saudi sesuai dengan kandungan buku tersebut yg menarik dan gaya penyusunan nya...
Terima kasih atas perkongsia,,,~
1)- Hadi
Alhamdulillah, syukran atas info yang diberikan oleh saudara. MasyaAllah sangat-sangat bermaklumat.
Alhamdulillah.- Buku Sirah yang baik.
salam..
terima kasih atas post kali ni..
aduh... bnyaknya kena baca.. rasa berat pulak nak baca...
Sejujurnya, saya juga pencandu buku, tapi tidak banyak masa untuk membacanya T_T
Ada la dalam 3 kotak buku dan kitab, tapi tak habis-habis baca T_T
sekarang tengah belajar kitab jawi pula dengan tuk guru dari kedah. Sebulan sekali, tapi setiap kali dia datang...2 baris saja dah jadi 2 jam. Sampai bila nak abes pun tak tahu...huhu
Buku Sirah para sahabat oleh Abdul Latip Talib juga best! Buku2 keluaran PTS (^_^)
baru sahaja bertanya pada naqibah tentang buku2 yang nak d bca, tba2 keluar post ni. sangat bermanfaat. terima kasih..=)
1)- Zierwa Zainal
Alhamdulillah, sama-sama. Semoga bermanfaat.InsyaAllah
1)- mr IQ
Bukannya perlu baca serentak. Baca mengikut keperluan, tahapan dan kesesuaian kemampuan kita.
Membaca itu menyeronokan, cubalah nikmatinya.
~ BroHamzah
1)- iqbalsyarie
Wah, banyaknya kitab. Yang penting, membaca untuk faham dan amal. Biar sedikit, tetapi kita hadam.InsyaAllah.
Menarik, belajar kitab jawi. Kitab kuning ke?
1)- Ibnu Fuad
Buku sejarah tulisan Abdul Latif, belum saya baca. Kerana dalam bab Sirah para sahabat saya lebih utamakan buku-buku Sirah di atas.
Wallahu'alam
1)- Anonymous
Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Ini sebahagian sahaja. Mungkin naqibah akan memberi banyak lagi buku-buku yang bagus. Boleh share utk manfaat semua. InsyaAllah
sila jgn tinggalkan ihya ulumuddin, dan juga zadul mi'ad. banyak lagi buku buku lain yang mesti dibaca namun senarai yang ustaz ali senaraikan merupakan yang terpilih. untuk sirah sila juga buka fiqh seerah dr buthiy dan juga mustafa sibaie.
penulis wajib baca - Qaradawiy, Buthiy, majdi hilali, syed qutb, said hawwa.
baik pak guru.
1)- umaq_eiman
Syukran atas coretan anta. Ya banyaklah yang ana tak tulis, tetapi kebanyakannya itu adalah buku-buku yang ana pernah baca.
Afwan. Sangat setuju dengan anta.
1)- ummu uswah
Saya buka pak guru. ('',)
Sharing untuk manfaat kita semua
alhamdulillah..ade yg sudi berkongsi..terima kasih... ana nk tnye soalan cmne nk istiqomah baca buku tnpa rasa bosan?? ade caranye x??
1)- Anonymous
Alhamdulillah. Membaca dengan mata hati.InsyaAllah
assalamualaikum. ustaz nak tanya,dimana nak cari buku Majdi Al-Hilali ( Mari Menjadi Hamba Rabbani)...siapa penerbit bukunya nak beli tpi x jumpa
assalamualaikum ustaz nak tanya, boleh tak ustaz tolong kupaskan apa perbezaan antara penulisan sirah oleh mustafa as-sibaie dan said ramadhan al-buty
Bagaimama utk memiliki taksir al quran 30 juz...
Dimana sy perlu berhubung..
Sy amat memerlukan...
Andai beli pub tidak mengapa...
Tp mungkin satu persatu..
Post a Comment