Bingkisan Nota Buat Sahabat

Sunday, November 14, 2010

" Kerana-Nya kita bersahabat."

Bingkisan Nota Buat Sahabat

Oleh : BroHamzah

Ada seorang sahabat telah menghantar mesej pertanyaan khabar kepada sahabatnya. Katanya beliau sangat-sangat berhajatkan kepada nasihat daripada sahabatnya itu.

Namun, sahabatnya itu merasakan dirinya tidak layak untuk memberikan kalam nasihat. Tetapi ia cuba dan mengagahi kudrat yang ada kerana, ia tahu inilah hak dalam sebuah jalinan persaudaraan kerana Allah.

Inilah Bingkisan Ukhuwah kerana Allah ; Pertemuan dan perpisahan itu hanya untuk-Nya.

CORETAN RASA SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum wbt,

Buat sahabat yang jauh di sana, akhi fillah.

Semoga dirimu sentiasa berada dalam payungan rahmah, keimanan dan inayah-Nya. Semoga dirimu dan diriku terus berada dalam lingkungan proses pembersihan hati dan sentiasa akrab untuk terus bersama Allah SWT. Sesungguhnya, persaudaraan kita ini adalah persahabatan untuk menuju syurga Allah SWT.

Mesej kirimanmu telahku tatapi, hayati, dan fahami. Syukran kerana sudi menjalinkan ukhuwah ini. Syukran dan jazakallahu khairan khatira atas kesudian menjadi teman dan sahabat seperjuanganku.

Aku, diri ini bukanlah insan yang layak berbicara dan layak untuk memberi kata-kata mahupun tulisan nasihat. Diri ini juga masih perlukan bimbangan, nasihat dan tunjuk ajar daripadamu. Namun, atas permintaan mu aku gagahi jari jemari ini mencoretan nukilan ini khusus buatmu.

Kau pernah berpesan kepadaku : “ Jika diriku lemah, maka –sahabat- bangkitkan diriku semula, jangan sahabat, jangan tinggalkan ku bersendirian tatkala imanku lemah tersungkur dipukul badai tsunami mehnah.”

Bingkisan yang tidak seberapa ini sebenarnya adalah buat diri ini. Anggaplah ia untuk diriku dan buat dirimu jua – wahai sahabat -

Ya, diri yang hina, dhaif dan dipenuhi kekurangan dan kelemahan. Dan kesempatan ini marilah sahabat kita :-

(1) Ikhlaskan niat dan hati kita seluruhnya dalam beramal kerana Allah SWT. Segala bentuk penilaian amalan diterima atau tidak terletak di sini. – Belajarlah untuk ikhlas dan beristiqamahlah dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

(2) Slogan kita di dalam membentuk diri menjadi mukmin yang soleh ialah perbaiki diri dan serulah orang lain. Ia harus dibumikan dalam hayah ini.


(3) Menuntut ilmu itu penting –wahai sahabat- , gigihlah dan tekunlah dalam proses pembejalaran. Matlamat kita harus jelas, terang dan nyata. Bergeraklah untuk menjadi insan yang pakar di dalam sesuatu bidang pengkhususan.

(4) Proses tarbiyah kita menuntut supaya kita sentiasa meningkat, bergerak dan proaktif. Sibukan diri dengan segala bentuk aktiviti pentarbiyahan dan pastikan tarbiyah ruhiyah tetap berjalan, berlaku dan hidup dalam setiap nadi kehidupan kita. Amalan fardu kita mantapkan dan amalan sunnah kita perbanyakan. Semoga hati kita semakin hidup, segar dan subur dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT.

(5) Tarbiyah tanpa dakwah, ia akan mematikan kita malah ia akan menstatikan kita. Kita hanya menyolehkan dan membaiki diri kita sahaja. Nikmat kefahaman ini harus disebarkan. Perkasakan dakwahmu, dan gerakan seluruh kemampuan untuk menyampaikan risalah ini dengan penuh hikmah dan hasanah.


(6) Berjihadlah bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Berjihadlah juga dalam melawan hawa nafsu terhadap keinginan-keinginan dunia. Pesan seorang murabbiku : “ Wahai anak-anak ku, janganlah kalian menyimpan hasrat untuk mencintai dunia. Hindarilah hati kalian daripada kecintaan dan kemabukan terhadap dunia. Kerana mencintai dunia akan membuatkan kalian jauh daripada Allah SWT”

(7) Berdoalah dalam munajat solat tahajud mu. Wahai sahabat, pohonlah ketetapan, keistiqamahan dan kekuatan dalam mengikhlaskan diri untuk Allah SWT. – Lazimi ia untuk kesejahteraan hatimu.


(8) Akhirnya sahabat, semoga dirimu terus mencintai, merindui dan mendambakan keredhaan Ilahi. Semoga persahabatan dan persaudaraan kita akan membawa kita dalam ruh ukhuwah ini sehingga ke Syurga yang inda abadi.

Sekian, sahabat. Terimalah coretan dan bingkisan ini seadanya.

Ku lampirkan ia dengan penuh pengharapan, dan keyakinan bahawa ia benar-benar akan memberikan manfaat buat kita semua.

Semoga kita akan terus tetap dalam jalan yang lurus ini. Mudahan kita semua berada dalam limpahan keredhaan-Nya sehingga akhir hayat nanti.

Sekian, sahabat. Dari hati tulus ini ku nukilkan buat sanubarimu yang jernih itu.

Sekian,

Yang memerlukan doamu,

Sahabatmu Fillah

15 November 2010
8 Zulhijjah 1432 H
7.57 Pagi


9 comments:

MQ November 14, 2010 at 7:52 PM  

terima kasih brohamzah.

nasihat yang baik..
mga mendpt kemanisannya.

wan November 14, 2010 at 8:44 PM  

sahabat diciptakan Allah untuk saling lengkap melengkapi..
jika diri ini tersasar, dia sbgai penunjuk jalan..
jika diri ini memerlukan, dia akan sentiasa disamping..
indahnya persahabatan itu,apabila keimanan menjadi paksinya..

*syukran jazilan ats perkongsian akh..nasihat yg dapat menjadi peringatan bagi sesiapa yg membaca "nota buat sahabat"...

BroHamzah November 14, 2010 at 9:49 PM  

(1) MQ

Sama-sama, nasihat ini untuk semua.
~ BroHamzah

BroHamzah November 14, 2010 at 9:51 PM  

(1) wan

Ya, benar sekali coretannya.
Alangkah bertuah dan beruntungnya mereka-mereka yang bersahabat kerana Allah.

Begitu jelas matlamat dan tujuannya.
Inilah yang seharusnya kita gerakan.
Bersahabat, meluaskan empayar persahabatan di atas dasar yang jelas dan mulia.

Syukran atas coretannya
~ BroHamzah

t.i.n.t.a. PEMUDA. November 14, 2010 at 11:35 PM  

alhamdulillah, kerana Dia kita berukhuwwah..
teringin mencari keindahan ukhuwwah fillah

BroHamzah November 15, 2010 at 12:20 AM  

(1) tinta PEMUDA

Perkara inilah yang harus kita laksanakan. Berukhuwah kerana Allah SWT.

InsyaAllah
~ BroHamzah

kura2 November 15, 2010 at 2:18 AM  

akh..ana suka ini..izin share di FB...

BroHamzah November 15, 2010 at 3:55 PM  

(1) Huraiyah

Dipersilakan dan dialu-alukan buat manfaat semua.
~ BroHamzah

Pendosa Itu Aku March 17, 2016 at 6:33 AM  

Izinkan saya share.. Syukran..

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP