Bangun Subuh Awal
Friday, November 12, 2010
Bangun Subuh Awal
Oleh : BroHamzah
Salam motivasi, salam penuh keceriaan, salam penuh kecergasan yang luar biasa.
Semoga hari minggu ini kita lalui dengan jiwa-jiwa yang dipenuhi ruh yang bersemangat.
Nafas segar yang membangkitkan dan diri kita sentiasa bertenaga
Saya yakin ramai yang mempunyai pelbagai aktiviti bersama keluarga, teman-teman dan masyarakat sekeliling.
Hidup harus aktif, dinamik dan terus meningkat.
Usah biarkan ia statik sahaja, bimbang kelesuan dan kejemuaan akan menerpa jiwa kerdil kita.
Satu pertanyaan : Bangun Subuh
Semalam, semasa sesi pertemuan mingguan saya dengan adik-adik saya dalam program mingguan, salah seorang daripada mereka menanyakan satu soalan.
“ Abang, boleh ka bagikan tips atau cara untuk bangun subuh lebih awal. Sejak akhir-akhir ini, kerap lewat bangun dan solat subuh juga lewat.”
Riak wajahnya, menunjukan hajat yang besar agar saya membantunya. Alhamdulillah, dalam jiwa dan hatinya inginkan sesuatu perubahan agar dirinya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“ Jika boleh minta abang , share kan untuk manfaat bersama,’ Kata seorang lagi.
“ Alhamdulillah, bagus. Antum hajatkan sesuatu yang baik,’”Kata saya perlahan.
Bangun awal, untuk bermunajat, berdoa dan bermanja-manja dengan Allah SWT.
Teringat kata-kata Fudhail bin Iyad : “ Ketika matahari terbit di ufuk barat maka aku gembira dengan kegelapan kerana orang-orang akan pada tidur. Pada saat itu aku akan berduaanbersama Allah yang Maha Rahman.”
Dilemma Solat Subuh
Hari ini kita boleh lihat bagaimana keadaan di mana masjid, surau atau tempat solat di seluruh negeri di Malaysia. Baiklah, kita tidak perlu pergi jauh. Kita lihat tempat yang berdekatan dengan kita. Bagaimana, perlaksanaan solat subuh?
“ Kita solat la,” Kata seseorang.
“ Pukul berapa?,”
“ Err.. subuh tadi lewat sikit. Lewat bangun, sedar-sedar dah pukul 7.45 pagi!,” Kata seolah-olah bersalah.
Dialog di atas acapkali kita boleh dengar di mana-mana sahaja.
Fenomena subuh gajah, atau solat subuh diluar waktu berlaku dalam masyarakat. Ini saya tidak sebut lagi bagi yang memandang remeh tentang solat sehingga tidak melaksanakannya.
Apatah lagi, solat Subuh
Lewat Solat Subuh, puncanya kerana lewat bangun dari tidur. Itu puncanya. Bangun lewat, atau tidaki sedarkan diri.
“ Sebenarnya, 1 sahaja penawar untuk bangun awal – antum kena tidur awal,”
“ Kalau abang, pukul berapa yang dimaksudkan dengan tidur awal tu,” Tanya seseorang di sebelah kiri.
“ Jika ana, jika boleh tidur sebelum jam 12 tengah malam,” Saya memberikan cadangan.
“ Fuh, awalnya. Time tu biasanya baru hendak study,” Kata seorang adik.
Saya tersenyum.
Ya, saya akui hampir majoriti para pelajar di kampus tidur lewat. Alasan, siapkan assignment, study dan sebagainya. Tetapi, dari pemerhatian saya adalah sebaliknya.
Ramai yang sibuk dengan kelekaan gamez-gamez yang pelbagai kecanggihan dan coraknya.
Hidup berlepak, sembang-sembang santai-santaian.
Larut dalam dunia maya – FB, Myspace, bloging tanpa arah tuju.
Dan, banyak lagi.
Dan, akhirnya ramai yang tidur pada lewat malam. – 2 pagi, 3 pagi baru lelapkan mata. Kesannya?
Esoknya ramai yang tidak mampu bangun daripada tidur yang tidak berkualiti. Mata kuyu, letih, tidak bermaya dan pening kepala. Akhirnya, ramai yang mengorbankan tuntutan perlaksanaan ibadah Subuh.
Solat Subuh terlepas. Dan satu titik hitam dihati terbentuk kerana melakukan satu dosa yang dirinya sendiri tidak sedar. Nauzubillahi Min Zalik.
Alangkah baiknya, jika tidur awal dan bangun lebih awal. Di saat yang sangat baik untuk menjernihkan dan membersihkan hati dengan amalan soleh.
Firman Allah SWT :
“ Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu ; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
( Al-Isra (17): 79)
Tips dan Kaedah – Bangun Subuh Awal
Saya kongsikan beberapa cara dan kaedah untuk dilaksanakan oleh adik-adik serta sahabat-sahabat dalam usaha untuk bangun awal. Sememangnya, jika boleh kita biasakan diri bangun sebelum azan subuh berkumandang. Saat ini, ialah adalah detik yang sangat berharga bagi mukmin yang bermunajat dan berdoa. Peluang ini harus difokuskan dan direbutkan.
Saya bahagian kaedah kepada 2, pertama : Sebelum Tidur dan kedua : Selepas bangun dari tidur.Baiklah, kita lihat satu persatu. Semoga bermanfaat.
Sebelum Tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)
1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?
2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.
3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.
4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.
5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.
6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.
7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.
8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.
Selepas Tidur
1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.
2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.
3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.
4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.
5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.
6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.
Itulah serba sedikit yang saya kongsikan bersama adik-adik PESAT saya. Bagus perbincangan semalam. Semuanya, memberikan juga cadangan tambahan. Dan saya kira ia bermanfaat untuk kami semua untuk belajar bangun subuh awal.
Penutup : Latihan Ruhiyah
Bagi saya, untuk membiasakan diri bangun subuh awal ia memerlukan proses latihan. Ia harus bermula sekarang. Ada target pukul berapa hendak bangun dan binalah minda untuk bangun subuh awal.
Inilah latihan didikan tarbiyah yang tulen. Belajar untuk bangun subuh awal. InsyaAllah, jika kita mulakan hari dengan bersubuh-subuhan. InsyaAllah kita adalah orang yang sangat kuat.
Pernah saya mendengar satu kata-kata seorang pakar motivasi : “ Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh!.”
Biasakan bangun Subuh awal, dan lakukan solat sunat di waktu dinihari. Ia adalah sumber energi yang sangat istimewa.
Ia adalah amalan orang-orang yang soleh, tawadhuk, warak dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Marilah kita mulakan hari dengan kesan air wudhuk yang diambil sebelum berkumandangnya azan.
Saat itu, jiwa dan hati akan tenang. Kesan ibadah akan memberikan kekuatan yang luarbiasa serta membentuk keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sepenuh jiwa.
Bagi yang sudah biasa dengan berpagi-pagian dengan solat Subuh, tentu ada kesan kepada jiwa dan hatinya. Bukan itu sahaja, pada wajahnya dan riak kesungguhan tekadnya ada keunikan. Ketenangan, kejernihan, kebersihan dan semangat yang menceriakan!
InsyaAllah, jom bangun subuh awal.
Gerak kempen ini. Dimana-mana, rumah, asrama, hostel, di kem atau di mana sahaja.
Semoga kita semua menjadi ahli Subuh!
29 comments:
thanks untuk perkongsiannya brohamzah. nak cuba praktikkan, insyaallah! :)
(1) amie
InsyaAllah, kita cuba, cuba dan cuba.Sehingga berjaya.
Itulah proses dan proses memperbaiki diri.
~ BroHamzah
syukran jazilan atas perkongsian akh...insyaAllah,ana akn cuba praktikkan...moga2 diri ini akan sentiasa istiqamah..
jihad Subuh. indikator awal untuk jihad selainnya. Ayuh seru yang lain!~
(1) Wan
InsyaAllah, sama-sama kita laksanakan proses pendidikan diri. Didik diri sehingga patuh kepada ALLAH SWT
~ BroHamzah
(1) affendik?
Betul jugak, ia juga adalah suatu jihad. Melawan utk bangkit!
~ BroHamzah
tips yang sangat mudah dan praktikal. Sejujurnya, saya juga sering alami masalah yang sama. Sering terlepas tahajjud T_T
(1) iqbalsyarie
Saya jugak seperti anda, sentiasa berusaha keras
Ada saat kuat, ada detik lemah
~ BroHamzah
terima kasih utk perkongsian.
maCy pun antara pelajar yg 'hidup' di tgh malam. kalau nak study siang amat mengantuk. tapi rasanya makin banyak tidur makin mengantuk, sedikit tidur lebih bertenaga.. insyaAllah tak ada masalah cuma tak bolehlah lewat sangat :)
(1) maCy
Tidak mengapa, yang penting - kewajipan kita terlaksana. InsyaAllah.
Syukran atas coretan
~ BroHamzah
Moga kita dapat jaga solah kita kerana ia perkara pertama yang akan disoal oleh ALLAH SWT. Moga ALLAH redha anta Abg. Ali.
perkongsian yang menarik, santai dan bermanfaat!
salam akhi...
perkongsian yang amat bermanfaat..
kualiti umat islam boleh dilihat dari bilangan subuh yang berjemaah sahaja..
itu cara yg paling mudah....
tp slalunya,,wktu itula yg paling sedikit,,kdg2 x sampai satu saf pn...
Syukran atas perkongsiannya~
salam..
nice sharing...mohon share ye...(",)
(1) Syed Ahmad Fathi
Ya, anta meningatkan sesuatu yang amat penting. Solat adalah 1 perkara yang akan disoal di hadapan Allah. Perkara pertama yang akan ditanya.
Solat adalah tiang agama, meninggalkannya bererti kita meruntuhkannya.
Bayangkan bangunan tanpa tiang. Langsung roboh, runtuh, lalu hancur tatkala menyembah bumi.
~ Syukran
BroHamzah
p/s : Lama tak jumpa anta.
(1) Aminah Kamilen
Syukran, buat peringatan, nasihat dan motivasi kita semua.
InsyaAllah
~ BroHamzah
(1) HaDi
Ya, inilah lambang kekuatan ummah Islam. Kayu ukur yang sangat relevan. Melihat kualiti dan mutu Ummat Islam terhadap kepekaan dan kesensitiviti mereka terhadap SOLAT.
Syukran atas coretan akh
~ BroHamzah
(2) Bidadari Besi
Syukran, dipersilakan dan dialu-alukan
~ BroHamzah
JazakAllah khair..entry yg bagos..
yosh!
sy nk mohon share kt FB saya boleh x ?
1) Rue
Alhamdulillah, semoga bermanfaat.
1) Anonymous
Dipersilakan. Syukran atas usaha yang baik itu.
BroHamzah
sy nak link kat blog sy bole?
1) yukiyepi
Dipersilakan
BroHamzah
salam..minta izin untuk share di blog umar..jazakallah..
1)- Diary Qol
Wassalam, dipersilakan. InsyaAllah
BroHamzah
mmbaca entry ini pn sdh mnjdikn hati lbh tenang..
mmberi kkuatn utk trs istiqamah.
1)- w.a.m
Istiqamah, rahsia untuk mendapat kasih sayang daripada Allah SWT.
Terus beramal utk redha-Nya
BroHamzah
Alhamdulillah..
banyak manfaatnya di sini..
semoga subuh saya selepas ini dapat diperbaiki an tidak meng'gajah' sesuka hatinya :)
Muhammad Imran Khairman
Alhamdulillah, semoga Allah permudahkannya. InsyaAllah
BroHamzah
alhamdulillah..akhirnya aku jumpa juga tips yang berkesan ni.. :)
Post a Comment