Projek Terkini MusliMultimedia

Saturday, November 20, 2010

Konsep Lukisan : Projek terkini MusliMultimedia

Projek Terkini : MusliMultimedia
Oleh : BroHamzah

Sebelum ini saya telah memperkenalkan beberapa lukisan yang telah dilukis oleh sahabat saya, MusliMultimedia. Alhamdulillah, mendapat banyak respon yang baik dan cadangan daripada sahabat-sahabat dan teman-teman pembaca. Perancangan kami adalah untuk mengangkat hasil lukisan sebegini untuk tujuan sebaran kebaikan dengan lebih meluas.

Dakwah melalui kesenian grafik. Bagi saya, ia adalah suatu medium yang sangat baik untuk tujuan dakwah dan mensasarkan generasi remaja sebagai target utama.

Mungkin, sahabat-sahabat yang berhajat untuk melihat hasil karyanya boleh membaca post saya yang lepas. Artikel Dakwah era baru : Kesenian grafik kartun




Antara watak yang akan ditonjolkan dalam projek ini

Baru-baru ini, saya ada bersembang dengannya untuk 1 projek yang lebih besar. Beliau telah berbincang dengan saya, kami masing-masing memberikan idea untuk projek ini. Projek untuk mengilustrasikan sebuah kisah besar yang sangat menarik, benar dan sangat luar biasa kesannya kepada kita.

Kisah ini, kami petik daripada sebuah Kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyuah Lin Nasyi’in. Kisahnya adalah sebuah kisah yang indah menggetarkan jiwa. Kisah yang pernah terjadi di tanah Syam. Dan disebut-sebut dari mulut ke mulut sampailah ke abad ini. Cuma, dalam projek ini kami berhasrat untuk jadikan ia dalam bentuk grafik berilustrasi yang menarik dan dipersembahkan dengan lebih kreatif.

Harapan, kami projek ini akan memberikan manfaat untuk semua. Dan kita boleh mengambilkan kisah ini sebagai salah satu cara untuk mendidik diri mendekati Allah SWT.InsyaAllah.

6 comments:

ariffah9 November 21, 2010 at 1:27 AM  

Teruskan!

Allah bersama hamba-hambaNya yang berusaha menyebarkan kefahaman Islam, InsyaAllah..

:)

brohamzh November 21, 2010 at 1:34 AM  

1)- ariffah

Syukran, mohon doa daripada anda sekalian.
Mohon sokongan, dokongan dan paduan untuk kita sama-sama menggunakan segala potensi, bakat dan anugerah kurniaan Allah untuk menyebarkan kefahaman Islam.

~ BroHamzah

hood@sunny November 21, 2010 at 4:22 AM  

Insha Allah projek ini akan pergi lebih jauh dan mendapat tempat serta berbekas dalam masyarakat.

Yg penting ikhlas~

Ana sokong!

iqbalsyarie November 21, 2010 at 8:31 AM  

Sangat menarik. Sokongan penuh :) InsyaAllah

brohamzh November 21, 2010 at 4:11 PM  

1)- hood@sunny

Syukran, alhamdulillah. Sangat terharu dgn peringatan agar menjaga keikhlasan. Nasihat sebegini harus dijelmakan secara sedar dan konsisten kepada kami.InsyaAllah.

Syukran
~ BroHamzah

brohamzh November 21, 2010 at 6:07 PM  

2)- iqbalsyarie

Syukran, akhi. Sokongan saudara menguatkan kami untuk terus berjuang dalam ertikata yang hakiki.

Syukran
~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP