Bicara Murabbi : Bila hendak kahwin ?

Thursday, November 18, 2010

Perkahwinan itu adalah amanah dan tanggungjawab



Bicara Murabbi : Bila hendak kahwin?
Oleh : BroHamzah

Nasihat, bicara dan tinta murabbi adalah perkara yang sangat penting dalam mengukuhkan diri kita di dalam memproses diri ini . Saya fikir, amatlah wajar untuk saya kongsikan dengan sidang pembaca dan sahabat-sahabat blogger sekalian bicara dan kalam mutiara murabbi-murabbi saya yang sempat saya tulis, rakam dan petik daripada blog mereka.

Semoga perkongsian ini bukan sahaja untuk diri saya. Tetapi untuk manfaat, peringatan, dorongan dan sokongan kita dalam mempertingkatkan kualiti diri kita semua. InsyaAllah.

Sebagai permulaan ini, saya memetik suatu artikel ringkas daripada seorang murabbi saya, Abu Umar berkaitan isu yang sangat sesuai buat para remaja, pemuda dan pemudi masa kini.

Artikel : Bila hendak kahwin?

Oleh : Abu Umar
http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah masa yang sesuai untuk dia berfikir tentang kahwin.

Jawab saya; bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.

Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan kos pengajian kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka tangguhkan dulu untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi minat dan kesukaan mereka : tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk meringankan bebanan ibu ayah mereka .... “ Mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi ; "Kalau kawin pun, bahagianya hanya sekejap saja."

Rumahtangga bukan senda gurau; tanggungjawab kita bertambah, amanah kita semakin berat bahkan bermacam-macam ujian yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka anda sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun umur anda masih terlalu muda.

Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda.

Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.


Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula. Bukankah hidup ini merupakan ujian ?. Sebut tentang perkahwinan ini , terdapat 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa :

(1) Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
(2) Aurat, masa tulah nak dedah semuanya
(3)Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (Potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)

“ Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya.”

Abu Umar

Kesimpulan

(1) Kita harus melihat pembinaan dan pembentukan rumahtangga dengan pandangan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

(2) Kematangan, kedewasaan dan kebijaksanaan kita di dalam mengemudi kehidupan terletak sepenuhnya kepada kita. Kitalah yang akan membuat keputusan dan pemilihan.

(3) Memelihara jalan-jalan menuju pembentukan baitul muslim dan aspek-aspek keberkatan di dalam pembinaan rumahtangga adalah sesuatu yang serius dan harus dilihat dengan penilaiaan syara’.

(4) Penyerahan kepada jalan yang syara’ dan berusaha untuk menepati kehendak Allah SWT dalam melaksanakan pembinaan “masjid” ini adalah suatu perjuangan yang suci. Kita lah yang akan melakukan pemilihan, sama ada ingin mengikut trend, rentak dan penilaian masyarakat semasa atau mengikut sepenuh segala acuan dan trend yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tetapi, selalunya akan ada suara yang memberikan peringatan kepada kita :

“ Kamu ini, harus kita ikut perkembangan semasa. Jangan kolot dan berfikiran lama. Ingat itu.”

14 comments:

Anisa November 18, 2010 at 7:33 PM  

perancangan tu sangat2 penting
:D
kahwin bukan perkare mudahh

BroHamzah November 18, 2010 at 7:50 PM  

(1) Anisa Hang Tuah

Ya,perancangan. Tetapi bukan sekadar perancangan yang terbatas sekadar aspek fizikal tetapi meliputi semua aspek :

- Mind setting
- Jiwa, kematangan dan kedewasaan
- Sikap dan kepertanggungjawaban
- Kepekaan dan sikap ambil cakna
- Kewangan dan pengurusan dana
- Dan, banyak lagi

Semoga Allah permudahkan kita semua dlm setiap urusan.

~ BroHamzah

sfatimahzj November 18, 2010 at 10:09 PM  

masih banyak yang perlu dipersiapkan diri..hmmm

BroHamzah November 18, 2010 at 10:24 PM  

(1) sfatimahzj

Dan, masih ada byk masa dan waktunya untuk dipersiapkan.

Bersegeralah dan bersedialah

~ BroHamzah

Ckin Kembaq November 18, 2010 at 10:38 PM  

Assalamualaikum.
Setuju. Tak berniat lagi nak kawin. Ilmu rumah tangga pun tak cukup lagi. Masih byk yg perlu diperbaiki. n_n

p/s : Kawin muda sbbnya nak mudahkan kala tua nanti. Bila usia da meningkat, anak da bsar, sngkan parent nya balik.. ye dak?...

Anonymous,  November 19, 2010 at 6:34 AM  

ISLAM itu tidak mudahh...

Unknown November 19, 2010 at 7:45 AM  

islam itu mudah, tapi sikap manusia yang mengambil mudah itu nyata merugikan, bukankah begitu?

BroHamzah November 19, 2010 at 8:18 AM  

(1) Ckin Kembaq

Walaikumusalam, fokus artikel ini adalah perlunya kita membuat persiapan dan persediaan - IMAN dan DIRI.

Meletakan syara' dihadapan dan berusaha untuk membumikannya.

~ BroHamzah

BroHamzah November 19, 2010 at 8:20 AM  

(1) Anonymous

Islam itu sebenarnya MUDAH, jika kita menyambutnya dengan keimanan dan ketaqwaan di dalam hatinya.

Tanpa bebanan, dan tekanan. - InsyaAllah ia akan lahir daripada perasaan gembira dan senang.

~ BroHamzah

BroHamzah November 19, 2010 at 8:22 AM  

(1) iqbalsyarie

Ya, betul. Manusia itu lah yang merugikannya.
~ BroHamzah

ummujannah November 19, 2010 at 4:19 PM  

salam,
minta izin copy dan letak di blog saya ya. jemput ke blog saya.

syukran

BroHamzah November 19, 2010 at 4:32 PM  

(1) Iman Aisyah

InsyaAllah, silakan

Afwan
~ BroHamzah

Unknown November 20, 2010 at 4:56 AM  

Peringatan berguna

Sangat berguna,...

BroHamzah November 20, 2010 at 8:32 PM  

1)- mhuno

InsyaAllah, untuk ana ini. Dan untuk anta juga. Manfaat untuk semua.

~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP