Salam Ta'aruf : 7 Daripada Saya

Wednesday, November 3, 2010

Salam Ta'aruf buat semua : BroHamzah
Gambar Oleh MusliMultimedia

Salam Ta’aruf : 7 daripada saya
Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah, syukran kepada semua yang sentiasa mengobarkan dirinya untuk sentiasa bersemangat, berdisiplin dan memotivasikan diri untuk terus cemerlang.

3 Hari, saya tidak dapat online ke alam maya ini. Saya ke Kuantan, Pahang dalam rangka untuk mendidik, berbakti dan berkhidmat di dalam sebuah kem pemantapan jatidiri pada pelajar sekolah menengah di sana. iaitu Sek Menengah Paya Besar. Alhamdulillah syukur, saya dapat satu lagi pengalaman, ilmu dan ia sangat-sangat bermanfaat.

Hajat Hati

Rakan sekalian yang budiman, semoga antum (anda semua) berada dalam bahagia dan dipayungi rahmah dan kasih sayang Allah SWT.

Saya sebenarnya sangat berhajat untuk mengenali, bertaaruf dan mendalami talian taruf kita semua. Dalam batasan skop alam maya ini, saya kira sekurang-kurangnya kita boleh mengenali dengan seadanya. Saya cuba untuk mengaplikasikan seruan, ajakan dan suruhan Allah SWT ini. Firmannya yang bermaksud :

“ Wahai manusia! Sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”

( Al-Hujurat (49) : 517)

Dalam post ringkas ini, saya ingin mengajak kita lampirkan perkenalan diri kita masing-masing secara ringkas, padat dan rangkanya ialah : kerana Allah SWT. Tiada paksaan, tiada gesaan atau apa-apa yang berbentuk penolakan relapaksa (“,). Terpulanglah kepada kalian.
Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah SWT, saya nukilkan semua ini ;

Gambar yang telah dilukisemula oleh MusliMultimedia. Sewaktu Tingkatan 5. Saya akan terus melangkah jauh ke hadapan



7 dari saya : My Name Is Irfan, Ali Irfan

(1) Nama penuh saya : Ali Irfan Jamalludin. Ali membawa erti “ Ketinggian”. Manakala Irfan membawa maksud “ Keilmuan” atau “Kehormatan”. Dan Jamalludin – ( Abah saya)- pula membawa makna : Kecantikan Agama. Inilah, nama saya. Dan saya sangat-sangat suka, gembira, dan menerima dengan penuh kebahagiaan dengan nama ini. Ia adalah suatu doa buat saya, jika kalian semua memanggil saya dengan nama ini.

(2) Kenapa BroHamzah ? – Ini nama samaran saya di alam maya ini. Kenapa BroHamzah? – Sebenarnya, Hamzah ini adalah nama adik bongsu saya. Brother itu merujuk kepada Abang. Jadi, BroHamzah membawa kepada pengertian Abang kepada Hamzah. InsyaAllah. Boleh hubungi saya melalui emel iaitu – brohamzh@yahoo.com.

(3) Saya kini, adalah seorang insan yang sedang meningkat usia dan umurnya ke alam dewasa. Jika ditanya tentang kehidupan saya ketika ini, saya sangat berbahagia, gembira dan tenang dalam lingkungan kehidupan saya. Saya mempunyai seorang Abah yang sangat cekal orangnya dan seorang Emak yang sanga-sangat penyayang dan dikeliling adik-beradik seramai 10 orang sangat istimewa disanubari ini. Saya merupakan anak sulung. Saya sangat-sangat menyayangi keluarga besar saya ini. Saya juga sangat tenang bersama sahabat-sahabat seperjungan yang sentiasa menemani saya dalam mengharungi badai kehidupan dunia yang tidak pernah sunyi daripada dugaan, cabaran dan ujian.

(4) Saya adalah insan biasa, sederhana sahaja dan mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Hajat dihati, ingin melihat dunia ini diwarnai dengan warna-warna Islam yang harmoni, aman, bahagia dan menenangkan. – Bayangkan dunia ini benar-benar dipayungi sinar keimanan dan cahaya ketaqwaan. MasyaAllah, saya selalu pejamkan mata dan membayangkan semua itu. Ia sangat INDAH!

(5) Saya sangat-sangat mencintai persaudaraan, kebenaran, dan suasana yang ditunjangi dengan tonggak berbentuk Islamik. Saya benar-benar berkeyakinan bahawa, Islam adalah satu-satunya yang akan menzahirkan semua ini. Sekiranya kita kembali kepada Islam, insyaAllah segalanya akan dijelmakan dalam kehidupan. Kerana itu, saya begitu yakin dengan jalan yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah SAW iaitu dakwah dan tarbiyah bagi melaksanakan semua ini.

(6) Itu, gambaran umum tentang saya. Yang lain – Umur saya kini, sudah melebihi 25 tahun. Masih di awal usia kepemudaan dan sentiasa bersemangat untuk menghabiskan masa muda ini dengan aktiviti yang disuluh dengan suluhan cahaya syara’ ( Al-Quran dan Asu Sunnah). Saya sangat menyukai aktiviti berikut : (a) Aktiviti kemasyarakatan – berada bersama-sama masyarakat dengan program khidmat masyarakat. (b) Program-program kem remaja – mendidik dan berkongsi ilmu, pengalaman, dan pengetahuan dalam usaha untuk sama-sama bangkit membina ketamadunan Islam yang diredhai Allah SWT. (c) Minat saya menulis, kerana itu saya sentiasa kongsikan ia melalui penulisan sebegini menerusi blog, surat, artikel majalah, fb dan sebagainya. (d) Saya juga suka sharing melalui tazkirah, ceramah, seminar dan apa jua medium public speaking agar usaha dakwah itu melebar dengan meluas ke serata alam.

(7) Itu sahaja, tentang saya. Tiada apa keistimewa dan keunikan. Hanya berhajat untuk bersama-sama dengan antum semua untuk menjalinkan persaudaraan menuju kepada Allah SWT. Jika ada apa-apa kelemahan, kekurangan dan kedhaifan daripada diri ini, maka saya mohon tegurlah dan nasihatilah saya. Semoga kita dapat saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Sesi Taaruf : Ringkas, bersahaja dan berfokus

Jika berhajat untuk memperkenalkan diri kalian, saya persilakan. Boleh catat dan tinggalkan sedikit lampiran ta’aruf dibawah. Mungkin saya mulakan serba ringkas dengan cara sebegini :

Nama sebenar/ samaran : Ali Irfan Jamalludin @ BroHamzah
Blog/ Emel : http://brohamzah.blogspot.com / brohamzh@yahoo.com
FB : ‘Ali ‘Irfan Bin Jamalludin
Asal : Pulau Pinang
Sekolah/ Universiti : Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah ( 1998-2002) dan Universiti Malaya ( 2003 – 2008)
Pekerjaan kini : Bertugas di Kolej Teknologi Darul Naim
Harapan : Berjuang untuk bersama, bersama untuk terus berjuang.

Mungkin itu sahaja sudah mencukupi, jika antum ingin menyatakan selain daripada ini terpulang lah. Cuma hajat saya, biarlah semua ini kerana Allah SWT. Sekian.

31 comments:

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," November 3, 2010 at 11:15 PM  

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

salam taaruf..terdetik menghargai keikhlasan mungkin.. min universiti sultan zainal abidin(unisza)..yang agak janggal didengari..bidang sains sosial antropologi dan dakwah.. masih belajar. dan terus mengejar sesuatu dalam erti sebuah perjuangan -islam- teruskan berntinta.. menariknya dakwah melalui laman sosial ni..

Ckin Kembaq November 3, 2010 at 11:26 PM  

Salam ziarah. Sy tertarik nak join site ni.. n_n Bukan atas sbrang niat naa..

Nama sebenar/ samaran : Ckin Kembaq (Ckin)
Blog/ Emel : http://cahayatwinz.blogspot.com/nas_success91@yahoo.com
FB : Ckin Kembaq
Asal : Penang jugak..
Sekolah/ Universiti : ex-SMKANT, Politeknik Perlis
Pekerjaan kini : Doing praktikal..tu yg always ngan internet..alhamdulillah..sjak praktikal makin aktif ngan blog.. n_n

Harapan : Sahabat dan ukhwah penting in my life..lagi byk shbt,lagi beruntung diri kita.. v^_^V

BroHamzah November 3, 2010 at 11:29 PM  

(1) Nadya Solahudin

Syukran. Ia tidak terbatas di sini. Semoga ada usaha untuk melebarkannya kepada seluruh insan.

(2) Ckin Kembaq

Syukran atas perkongsian. Semoga blogging itu untuk dakwah. Mindsetting sebegini harus ada pada kita semua

Syukran atas coretan kerana sudi memulakan ta'aruf ini

~ BroHamzah

Tinta.Muallimah November 3, 2010 at 11:31 PM  

Yang berminat ni mesti akhawat belaka he he he

Ckin Kembaq November 3, 2010 at 11:34 PM  

Mu'allimah,
Sy cuma berkongsi..Tiada yg lain..n_n

p/s : Risau disalahertikan..huhu

BroHamzah November 3, 2010 at 11:38 PM  

(1) Tinta Muallimah

Hmm, saya kira niat dihati harus diperbetulkan jika talian persaudaraan itu ingin dilebarkan.Tujuan salam taaruf ini sebagai medium untuk sama-sama kita medan nasihati dan lengkapi.

Harus juga, jika di alam nyata - muslim memperkayakan hubungan ini dengan ruh ukhuwah sesama jantina.

Dan muslimah menghangatkan ukhuwah ini sesama mereka.

(2) Ckin Kembaq

Semoga Allah redha
~ BroHamzah

Tinta.Muallimah November 4, 2010 at 12:39 AM  

Akak saje je usik2 Bro...ye ye hujah2 anda itu semua betul2 belaka. Tafadhal niat yg baik tu...he he

Tinta.Muallimah November 4, 2010 at 1:25 AM  

Salam bro. Jgn kecik hati gurauan akak tu...dah terbiasa usik students akak. this is my brief profile . Click here
http://tintamuallimah.blogspot.com/p/educationcareer-background.html

MQ November 4, 2010 at 1:43 AM  

Nama sebenar/ samaran : Muhammad Qawiem Khairi @ MQ
Blog/ Emel : http://lautanrabbani.blogspot.com / lautan_rabbani@yahoo.com
FB : akan datang
Asal : N9-Perlis
Sekolah/ Universiti : Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah ( 2005-2010)
Pekerjaan kini : Masih Belajar
Harapan : Akan lahir lebih ramai pemuda seperti insan bernama Ali Irfan Jamalludin

Dalam kerinduan yg sgt mendalam
MQ (",)

BroHamzah November 4, 2010 at 2:07 AM  

(1) Tinta Muallimah

Syukran akak. Tak la, saya tidak kecil hati la akak. Terima kasih kerana sudi memperkenalkan diri akak

(2) MQ

Buat sahabatku dunia akhirat. Terharu ana.(",)
Semoga cepat sembuh ya. Ana juga sgt merindui anta saat ini.

Syukran, akhi

Ameen Muslim November 4, 2010 at 3:50 AM  

Nama sebenar/ samaran : Normen b. Halusran @ ameenmuslim
Blog/ Emel : http://ameenmuslim.blogspot.com / normen_nh[at]yahoo[dot]com
FB : Normen Halusran
Asal : Sabah
Sekolah/ Universiti : SM Sains Lahad Datu ( 2003 – 2007), MAS Engineering Training Centre (2008 - sekarang)
Pekerjaan kini : METC Trainee
Harapan : Menjadi mukmi sejati.

Salam ukhuwah, akhi!

Unknown November 4, 2010 at 6:37 AM  

wah...agak jauh tu antara BroHamzah dengan Ali Irfan. hehe

Salam taaruf juga. Saya sudah taaruf diri saya di blog saya, dan kali ni saya dah membaca dan mengenal akhi. Moga-moga kita dapat berukhwah kerana Allah :)

HaDi November 4, 2010 at 7:59 AM  

Salam bt BroHamzah..

artikel khas utk taaruf...1st time jmp...=)
ana Hadi Ibrahim...kunyah untuk diri Abu Hafiz...
seorang engineer...

ukhuwah terjalin,persahabatan terbina...
salam ukhuwah~

BroHamzah November 4, 2010 at 3:43 PM  

(1) Ameen Muslim

Salam Ukhuwah kembali, syukran kerana sudi bertaaruf. Semoga medium ini menjadi titik tolak ukhuwah kita.

(2)Iqbalsyarie

Syukran, akhi. Semoga Allah redha ukhuwah ini. Ia bermula di sini.InsyaAllah

(3)Hadi @ Abu Hafiz

Artikel ta'aruf, salam perkenalan untuk semua.
InsyaAllah. Itu lah harapan saya.

Syukran shbt2 atas coretan ta'aruf antum
~ BroHamzah

Hiromi Ichiban November 4, 2010 at 4:59 PM  

Salam...

Ana nak taaruf gak

Nama sebenar/ samaran : Hiromi Ichiban @ Mohd Nur Helmi
Blog/ Emel : http://mardhatillah2907.blogspot.com / brohamzh@yahoo.com
FB : Burhanudin Mohd Nur Al-Helmi
Asal : Johor
Sekolah/ Universiti : Bukan Ma3, bukan SMAKL bukan SMIK. Sekarang sedang belajar di Gombak
Pekerjaan kini :Student
Harapan : Dapat taaruf dengan semua sahabat2...

hamba Ilahi,  November 4, 2010 at 5:34 PM  

Nama sebenar/ samaran : normaszarina binti Abdul hamid @ Hamba Ilahi
Blog/ Emel : email : normaszarina@yahoo.com
FB : hamba Ilahi
Asal : Perak, menetap di Kuala Lumpur
Sekolah/ Universiti : SMS Muar, Johor, kini belajar di uitm puncak alam.
Harapan : memperbaiki diri tiap hari untuk mencapai tahap yang diredhai Allah.
ana baru mula untuk menjalani Islam dengan sebenarnya bermula dari lepas Ramadhan lalu, alhmadulillah Allah beri petunjuk pada ana untuk berubah, dan cabarannya memang besar. kena banyak bersabar.dan bersabar. bukan mudah ya pabila pilih jalan yang penuh duri ni, tapi ana merasa semakin tenang pabila semakin mendekati Allah.
10 perkara yg ustaz tulis bermula dengan solat tahajjud hingga memelihara diri, ana cuba istiqamah untuk buat tiap hari. ana jadikan itu sebagai panduan ana.
alhamdulillah.
masih baru berubah.masih baru mengorak langkah. moga Allah terus tetapkan ana atas jalan yang diredhainya.

salam taaruf buat semua.
moga ustaz terus dapat berkarya dan menulis supaya kita terus kekal atas jalan yang Allah redha.

ana sayang dengan nikmat iman dan nikmat menjadi hamba kepada Ilahi ni,ana memang taknak kembali macam dulu.
moga kita sentiasa saling mengingati sesama kita.kerna manusia itu sifatnya mudah lupa, walau tahu tapi perlu diingatkan.
moga Allah redha dengan ukhwah yang terbina ini.
syukran ya ustaz.

BroHamzah November 4, 2010 at 8:16 PM  

(1) Hiromi Ichiban ( Uniknya nama ini)

Alhamdulillah, syukran kerana sudi memperkenalkan diri. Anta ini UIA kan? Mesti kenal adik ana, Muhd Siddiqi. Bila tgk blog anta, ada JC club. Semoga kita bertemu nanti insyaAllah. Syukran akh

(2)Hamba Ilahi

Alhamdulillah, masyaAllah inilah bukti kasih sayang Allah SWT. Ia sentiasa membuka ruangan untuk kita semua merasai kasih sayang dan nikmat kebersamaaan bersamaNya dalam iman dan taqwa.

Perubahan yang saudari itu, adalah satu titik tolak yang sangat penting kpd laluan hidup selepas ini. Teruskan dan teruskan.

Selalu saya sebutkan kpd diri saya dan shbt2 :
" Sesiapa yang berubah kerana terpaksa, dia adalah mangsa tetapi sesiapa yang berubah kerana kesedaran diri untuk & kerana Allah, dia akan bahagia."

Semoga saudari terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT.InsyaAllah.

Semoga Allah bersama saudari.

Syukran buat kalian berdua kerana sudi bertaaruf dlm ruangan ini. Ia sgt dihargai

~ BroHamzah

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," November 4, 2010 at 9:05 PM  

tajam gak kak tinta muallimah..hu2.. iallah..berkongsi sedikit manfaat.. "ilmu demi faedah insan"

BroHamzah November 4, 2010 at 9:09 PM  

(1)nadya solahuddin

Bagi saya, itu adalah nasihat yang sgt berguna. Ingatan buat semua, InsyaAllah.

Syukran
~ BroHamzah

walker November 4, 2010 at 10:20 PM  

salam ukuwah dari ana...

kite mgkn pernah kenal, kte mgkn pernah berjumpe..

yg menemukan kite hanyala tuhan.. hanya perancangan dapat kita laksanakan...


Nama sebenar/ samaran : Muhammad Hasyimi bin Mat Noor
Blog/ Emel : http://walker-thestepbegins.blogspot.com/
FB : HasyimiMatNoor
Asal : Terengganu
Sekolah/ Universiti : Sekolah Menengah Agama Kg. Laut( 2003-2007)
Pekerjaan kini : still a student, Doctor to be insyaAllah..

baru ana taw ape tu "7 daripada saya"...

asif sbb x bace post ini terlebih dahulu ..
wassalam...

BroHamzah November 4, 2010 at 11:01 PM  

(1) Walker

Nta ke rupanya. Kita biasa jumpakan. Salam mahabah dan ukhuwah daripada ana. Syukran

Jumpa nanti, dimana-2 program yang ada
Sekian

~ BroHamzah

walker November 4, 2010 at 11:07 PM  

tak igt nak letak kat situ... belajar kat Mesir(perubatan).. susah sikit la nak jumpe..

tapi boleh je...

insyaAllah... ade rezeki kite jumpe...

BroHamzah November 5, 2010 at 12:06 AM  

(1) Walker

InsyaAllah, dengan ketentuan dan keizinan-Nya jua

~ BroHamzah

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," November 5, 2010 at 2:10 AM  

asif..jgn slh sgka.. memang betul nasihat tersebut..seorg kakak yg lebih ariff.. asif jiddan

Anonymous,  November 5, 2010 at 6:09 AM  

Assalamu'alaikum...jazakallah kerna kenalkan ruangan ta'aruf ini. InsyaAllah dah ramai rakan blogger yg saya follow. Ta'aruf dari saya ringkas...
InsyaAllah nama diberi Nurul 'Ain Shafie, dan blog saya...http://ainiain90.blogspot.com

BroHamzah November 5, 2010 at 6:35 PM  

(1) To nadya solahuddin

Tak la,insyaAllah kita jadikan ia sebagai nasihat untuk semua.

(2) Nurul'Ain

Syukran, salam ta'aruf.
Semoga dirahmati Allah selalu

~ BroHamzah

iman airie,  November 30, 2010 at 6:30 PM  

assalamualaikum w.b.t
assalam ukhwahfillah ust,mencari jalan kearah Ilahi,moga nasihat yg ust bg menjadi santapan rohani ana.ana mahu berubah..

Nama sebenar/ samaran : Mohd Airie Izzuan bin
Ali @ iman airie @ airie
Blog/ Emel : fisabilillah_ronan@yahoo.com
FB : iman Airie
Asal : kuala terengganu,terengganu
Sekolah/ Universiti : smk kompleks gong badak(2004 spm), kolej universiti TATI(2008), MI of Non-Destructive Testing(2009),continue to RUANE of Non-destructive testing(end of cos oct 2010)
pekerjaan kini : sedang mencari keje..harap2 dapat,doa yer ust..
Harapan : agar balik ana pd Allah tak akan berpatah balik pada kesesatan..aminn..
ingin ana bertakruf dgn ust,sblm ni ana slalu jgk ikuti blog ust,makin ari,makin minat,byk kredit dlm ni..tima kaseh ust..ana syukran. ana nk berubah,blog ni pon ana dpt tahu dari sorg ukhi yg membuka hati ana,syukran..usaha bukak slalu....
banyak sngt harapan ana ust.nak cerita pon tak habis,sesimpulannya,ana nk pulang..pulang pd dunia ni,dunia milik Ilahi.untuk akhirat nanti,juga akhirat Ilahi.
Assalam ukhwah ana,rase masih belom terlambat ana taaruf kan ust? harap ape yg kita jalankan diredhai Allah..Allah satu2 nya tempat kita berteduh berpayong.akan ana guna kan nasihat ust untuk kebaikan.ana baru bertapak,tapak pon tak kukuh lagi untuk pasang tiang..
moga ust diberi anugerah kebesaran dan keredhaan..aminn..
syukran ya ust..terima kasih..hamba Allah memerlukan bantuan..moga Allah redha..aminn

wassalam..

BroHamzah December 1, 2010 at 1:51 AM  

1) Iman Airie

Alhamdulillah, salam taaruf kembali. InsyaAllah, pandanganlah dengan harapan. Rahmat dan kasih syg Allah itu maha luas dan sgt luas. InsyaAllah.

Kita boleh lanjut taaruf di emel.
Ini emel ana, brohamzh@yahoo.com

فراس الزهرأ February 18, 2011 at 9:40 AM  

alhamdulillah,
bahagia melihat jalur ukhuwwah diperlebar.

siiruu 'ala barokatillah

http://firaszahrafajar.blogspot.com/
-firas az-zahra'

BroHamzah February 18, 2011 at 3:27 PM  

1)- Firas Az Zahra'


Alhamdulillah. Sebaran untuk memakmurkan dunia.

BroHamzah

Anonymous,  January 27, 2012 at 5:03 AM  

السلام عليكم اخي علي ارفن جملدين

Boleh ke ana nak minta tolong akhi jelaskan mengenai ikhtilat?
Ana faham dari segi lughah sahaja,dari segi syarak dan hukumnya ana kabur.

Syukran.
Boleh reply ke email livestrong0908@yahoo.com?

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP