Dunia buku, pernahkan anda memasukinya?
Membaca, ia sangat mengasyikan!
Oleh : BroHamzah
Buku adalah taman orang mulia,
Perkebunan orang cerdas, dan
Tempat rekreasi orang terhormat.
Buku adalah taman syurga bagi para pencinta ilmu,
Senjata untuk melawan musuhmu
Saya rasa sangat tenang, suka dan jatuh cinta dengan kata-kata di atas. Jatuh cinta dengan buku telah menjadi sesuatu yang paling bernilai bagi seorang pencinta keilmuan dan kejernihan akal.
Ya, saya sudah jatuh cinta dengan buku
Cinta yang sangat mengasyikan.
Pengalaman Saya
Sejak kecil lagi, first impression atau tanggapan awal saya kepada emak dan abah saya ialah, mereka berdua adalah orang yang suka dan kuat membaca. Setiap hari akan membaca Al-Quran, sama ada selepas subuh atau maghrib. Di waktu-waktu lain, juga akan membaca. Sama ada di meja, sebelum tidur di atas katil, membaca di dalam kereta sewaktu musafir dan sebagainya.
Sejak kecil, rumah saya dipenuhi buku-buku yang pelbagai tersusun di rak bercermin atau rak terbuka. – Banyak betul buku kat rumah kita ini ya – Getus hati saya semasa kecil. Sebelum tidur semasa saya kanak-kanak, emak saya akan bacakan buku sirah Nabi dan Para sahabat kepada saya dan adik-adik. Emak saya bercerita sehingga kami terlelap terus lena dibuai mimpi. Jika kami tidak tidur, emak saya sendiri akan tertidur kerana keletihan menjaga kami anak-anak kesayangannya. Pesanan : Hehe, emak jangan marah![“,]
Begitulah corak saya membesar – hidup dengan buku. Walaupun saya tidaklah membaca semua buku tersebut namun, suasana pembacaan itu mulai subur seawal usia kanak-kanak. Ketika di sekolah menengah, saya mulai cenderung membeli buku, majalah dan bahan bacaan. Sehingga suatu hari saya membeli buku berkaitan aqidah. Saya bawa pulang ke rumah, dan abah saya melihat buku tersebut.
“ Ali, beli kat mana buku ini?,” Tanya Abah.
“ Beli kat kedai buku di Kangar,” Jawab saya.
“ Ali, kenal ke penulis ini siapa?,”Soal abah saya lagi sambil membelek buku tadi.
“ Tak, Ali tengok tajuk macam ok sahaja, terus beli,” Jawab saya dengan penuh ketenangan.
Kemudian, abah saya keluar buku dan pensil. Abah mengajak saya duduk di atas kerusi. Dan, dia menulis sesuatu di dalam buku itu.
Saya lihat tajuk utama yang abah saya tulis.
“ Senarai Ulamak-ulamak muktabar”
Kemudian, abah saya menyenaraikan satu persatu nama-nama ulamak muktabar semasa zaman silam sehingga yang terkini. Saya masih ingat, sekitar 40 nama ulama besar yang abah saya catatkan.
Antara nama ulamak yang abah saya tulis, ialah Ulamak-ulamak tafsir seperti Ibnu Kathir, imam-imam mazhab seperti Imam Syafii’, Imam Ahmad, kemudian Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Hassan Al-Banna, Yusof Al-Qardawi, Fathi Yakan, Al-Maududi dan ramai lagi.
Sambil tersenyum abah menyebut :
“ Selepas ini, sekiranya Ali hendak beli buku – pilihlah buku-buku yang ditulis oleh ulamak-ulamak muktabar atau buku-buku yang menjadikan tulisan mereka sebagai rujukan.”
Saya mengangguk, sebagai tanda faham.
2 peristiwa di atas, telah meninggalkan kesan kepada kehidupan saya. Pertama, budaya pembacaan buku telah mulai menyinari kehidupan saya dan kedua, soal membeli buku dengan meneliti rujukan dan penulisnya telah menjadi garis panduan kepada saya dalam soal pemilihan bahan bacaan.
Karya-karya dan buku-buku yang memperngaruhi saya
Saya dididik untuk sukakan membaca. Semasa kecil, saya sukakan komik dan majalah-majalah kartun. Dahulu antara komik kegilaan saya ialah, Dewata Raya, Pendekar Laut dan Dragon Ball. Hampir kesemua koleksi komik-komik ini saya baca, sama ada pinjam atau membelinya. Suatu hari, saya telah membawa balik komik Pendekar Laut ke rumah. Dan, saya terkantoi dengan abah saya. Tetapi, abah tidak marah.
“ Ini komik, Ali beli ka?”
“ Ali, pinjam abah. Hendak baca”
“ Oo.. nanti bagi balik kat kawan. Abah, ada majalah dan komik yang lebih baik daripada ini.” Ujar abah saya tanpa memarahi saya ketika itu.
Dulu, abah saya ini sekiranya saya buat silap, selalu bertegas dan selalu rotan la akan hinggap di tangan. Tetapi, bila masuk bab ini, abah saya tidak marah pula. Pelik.
Kemudian, abah memberikan saya beberapa buah buku dan majalah yang Islamik. Sejak itu, saya diperkenalkan dengan majalah-majalah Kawan, Asuh dan ada satu lagi majalah kanak-kanak yang sangat popular ketika itu, Cuma saya dah lupa namanya. [ Sekarang sudah tiada].
Saya terus membesar, ketika sekolah menengah abah berikan buku Keperibadian Muslim tulisan Ali al- Hashimi .2 buku yang tebal. Fuh, berpeluh saya membacanya. 2 tahun pun tidak habis-habis.
Dan saat itu, saya banyak diperkenalkan dengan buku yang berbentuk kefahaman Islam. Dan, yang sangat mempengaruh saya ketika itu ialah buku Pandangan Berkaitan Dakwah dan Tarbiyah, di sisi Hassan Al-Banna tulisan Abbas Asisi. Buku ini, menjadi titik tolak kepada saya dalam mengenal tokoh Islam ini. Masa itu, saya tingkatan 2.
Dan masa terus berlalu, tingkatan 4 saya diperkenalkan dengan buku Apa Erti saya menganut Islam?, tulisan Sheikh Fathi Yakan. Buku hadiah sempena kecemerlangan PMR. Saya baca sehingga habis. Dan kebetulan ketika itu, Ustaz Dahlan Mohd Zain Mudir saya mensyarahkan intipatinya setiap hari Isnin di perhimpunan pagi.
Saya, juga terkesan dengan fenomena ledakan penulisan karya kreatif dalam bentuk novel. Semasa tingkatan 3, saya dan rakan-rakan meminati novel tulisan penulis thriller no 1 Malaysia – Ramlee Awang Mursyid. Novelnya yang menjadi kegilaan kami ketika itu, Semangat Hutan, Tombirou,Tombirou terakhir, Aku Darah Anak Malaysia ADAM, Ranggau, Satu Janji dan banyak lagi. Semua koleksinya saya ada. Melalui novel ini, minat saya terhadap dunia pembacaan semakin subur dan hidup.
Ketika, di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya – saya mulai meminati buku-buku bermutu yang ditulis oleh Harun Yahya. Kebetulan, terdapat sebuah kedai buku di Telipot menjual kesemua buku tulisan beliau. Buku-bukunya seperti Zaman kegelapan Islam dan ketibaan era kebangkitan Islam, Malapetaka Darminisma terhadap kemanusiaan, Hakikat di sebalik kehidupan, Indahnya Islam kita dan sebagainya menjadi bahan bacaan saya. Membaca bukunya membuatkan saya banyak berfikir dan berfikir. Apatah lagi, penulisannya banyak menengahkan kajian secara saintifik dan dijadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai hujjah utama. MasyaAllah.
Pada masa yang sama, saya juga mulai terpikat dengan tulisan-tulisan yang dikarang oleh ulamak-ulamak yang hebat seperti Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Dr Yusof Al-Qardawi, Abul Hassan Ali An Nadwi, Mustafa Masyhur, Sayyid Qutb, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Muhammad Ahmad Ar Rasyid, Abdullah Nasih Ulwan dan ramai lagi.
Sewaktu di universiti, saya jatuh cinta dengan tulisan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Buku beliau yang terbaik ialah La Tahzan Jangan bersedih telah membangkitkan saya daripada kelesuan dan kejatuhan semangat ketika itu. Dan bermula saat itu saya mulai membeli karya-karyanya yang tidak kurang hebatnya seperti, Jagalah Allah, Allah menjagamu, Jangan Melampaui batas, Tersenyumlah, Bacalah dengan nama tuhanmu dan sebagainya.
Kemudian, di hujung akhir di zaman universiti – saya sangat meminati corak penulisan seorang penulis novel Islamik yang sangat popular dewasa ini iaitu Habiburrahman El Shirazy. Novelnya Ayat-ayat Cinta telah memberikan suatu ledakan fenomena baru dalam dunia penulisan kesenian kreatif. Semasa membacanya – saya benar-benar tenggelam di dalam dunia penulisan garapnya. Sejak itu, karya-karyanya akan saya amati dan telaahi – Antaranya seperti, Di atas sajadah cinta, ketika cinta berbuah syurga, Ketika cinta bertasbih dan terkini Bumi Cinta.
Dan – semenjak dua menjak ini saya juga telah jatuh hati dengan tulisan penulis-penulis hebat daripada seberang. Buku motivasi Luar Biasa – karya penulis muda yang hebat iaitu Solikhin Abu Izzudin sangat mengugah jiwa muda saya. Bukunya seperti Zero to Hero, The Way to win, Tarbiyah Dzatiyah, Quantum Tarbiyah, The Great Power of Mother dan sebagainya telah saya baca dan teladani. Bahasanya mudah, simple tetapi bagi saya – ia menyengat! Tulisannya banyak membantu saya dalam menyampaikan ceramah dan tazkirah.
Seorang lagi, penulis muda yang sangat berbakat daripada saya – turut membuahkan saya meminati tulisannya ialah Salim A Fillah. Lawatan saya ke Indonesia pada tahun 2008 mempertemukan saya dengan karya-karyanya. Bahasanya halus, menyentuh, membingkainya dalam nuansa sastera yang indah dan berjiwa pemuda itu terus membakar semangat saya. Bukunya itu seperti Jalan Cinta Para Pejuang, Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan, Agar Bidadari Cemburu Padamu, Bahagianya Merayakan Cinta, dan Saksikan Bahwa Aku seorang Muslim – telah saya cari, beli dan sedang berusaha membaca sehingga selesai!
Dan – jika hendak dicerita sebenarnya – mungkin saya tiada kudrat lagi.[‘’,] Mungkin cukup sekadar itu sebagai perkongsian. Kenapa saya ceritakan semua ini?
Kita adalah apa yang kita baca
Saya ingin mengajak semua untuk menjadi seperti para sahabat, ilmuan dan cerdik pandai Islam yang terdahulu. Mereka ini – tertonjol dengan perwatakan yang tersendiri – SUKA MEMBACA dan menuntut ilmu.
Sedikit nota buat renungan semua :
1)- Membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula anak kunci kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membaca kepada taqwa. – Majalah SOLUSI Isu no 18.
2)- Membaca adalah pintu masuk kepada keilmuan. Ilmu adalah sesuatu yang selalu dicari oleh para pahlawan, pencinta kejayaan, pengagum karya. Ia tidak pernah menolak cinta seseorang, tidak menjauh ketika di dekati. Ia terlalu akrab, selalu dekat. Bersamanya, anda akan diajak ke puncak kejayaan, meniti tangga kemuliaan dan naik menuju tangga kejayaan. – Dr Aidh Al-Qarni, dalam bukunya ‘Asyiq, Aku, Buku dan Cinta.
3)- Antara pelaburan yang memberikan pulangan yang berlipat ganda kepada pelaburnya ialah membeli buku. Yakinlah dengan membaca buku dan mengamalkan intipatinya anda sedang melakukan suatu perubahan dan kejayaan terhadap diri.
4)- Jika ingin mencari sahabat yang sejati – Bersahabatlah dengan buku. Ia adalah sahabat yang sejati, jujur, dan tidak pernah menipu. Sentiasa menemani dibawah naungan Ilahi.
5)- Anda adalah apa yang anda baca. Pilihlah bahan bacaan yang mematangkan, mendewasakan diri dan memberikan makna kepada diri serta hati.
6) – Dari kajian saya, kebanyakan pemimpin dunia yang berkalider dan hebat – semuanya adalah pembaca buku yang tegar. Mereka ini banyak membaca. Benarlah kata-kata seorang pemimpin terkenal : Jika anda ingin menguasi dunia, anda perlu banyak membaca.
7)- Dunia membaca sangat-sangat mengasyikan. Apabila anda memasukinya dengan jiwa, hati dan perasaan saya boleh katakana anda akan tenggelam penuh kepesonakan dan keindahan yang memukau. Percayalah!
Indahnya Islam, Allah memilih kita untuk menjadi umat yang harus banyak membaca. Kalimah Iqra adalah kalimah tarbiyah untuk menyantuni dan mendidik umat agar beramal dengan ilmu bukannya mengikuti tanpa suluhan panduan dan cahaya kebenaran.
Jom kita pergiatkan usaha-usaha membaca. Anda untung, dan saya pun untung.
Salam Iqra’ buat seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
Subhanallah!
Banyak kitab/buku yang perlu kita dalami dan hayati. Sekarang lambakan buku yg penuuh ilmu terbit seperti cendawan selepas hujan, tapi,masa sngguh mncemburi. Andai masa itu sentiasa ada, alangkah bahagia dpat membaca, MEMBACA DENGAN JIWA.
Likeeee
BerSYUKUR pada Allah...
Dlahirkan dalam family yg CINTA kan BUKU...
1)- Bintu Arifin
Pengurusan masa harus berlaku, mengurus masa untuk membaca. Paksa diri untuk membaca kerana ia adalah jalan mendekati diri kita kepada Sang Pencipta.
Bukankan setiap hari kita perlu membaca Al-Quran?
Syukran
~ BroHamzah
A world of words....
2)- Anonymous
Alhamdulillah, kita juga boleh mulakan ia dengan diri kita.
~ BroHamzah
1)- Amin Misran
" A world of words."
Good and nice. I very like it.
Thanks
BroHamzah
Salam,
Yes, I'm an avid reader of all those books you mentioned(except for buku2 Ramlee Awang Murshid yang tak pernah ada kesempatan utk saya baca)
And talking about buku2 sdr Solikhin Izudin tu, saya amat2 bersetuju!Bila baca, terasa macam penulis berada depan kita dan bagi nasihat2 dan tusukan2 tajam kat pembaca(baru lepas baca buku tarbiyah dzatiyah tu)
And YES! Saya sgt2 setuju dgn pndpt saudara. Masa nak pilih buku, tengok juga siapa penulis. I might be a bit picky there. Tp, itu sgt2 penting. Sebab zaman skrg, buku2 tersangatlah banyak. Especially buku2 agama, tahu dulu siapa penulis, takut nanti lain pulak ajaran yang dibawa.
btw, majalah masa kecil yang sdr baca, em mungkin "Kuntum"?
Keep it up! It would be good if you can update/do some book review sekali-sekala.
Wassalam
iqra'
seruan pertama untuk umat:)
selamat membaca:)
kenapa tiba2 terasa semangat nak baca buku ni?
mungkin timbul kesedaran bila dh baca artikel ni..
jazakallah..(",)
1)- Buku
Terima kasih atas perkongsian yang bermakna itu. Benar buku-buku ini akan memberikan kita banyak manfaat.
Kuntum juga adalah salah satu majalah yang pernah saya. Baca. - Oh ya kalau tidak silap saya, majalah ADIK.
Alhamdulillah - saya juga ada cadangan untuk buat satu perkongsian tentang Buku Pilihan. Terima kasih atas cadangan.
~ BroHamzah
1)- nur aysya
Terima kasih. Semangat iqra harus dibumikan.InsyaaLLAH
Teruskan
~ BroHamzah
1)- MQ
Hah, molek sangatlah enta tingkatkan usaha membaca di saat-saat cuti ini.
Boleh mempertajamkan penulisan anta.
Syukran
~ BroHamzah
Saya suka baca novel thriller, buku biografi dan autobiografi. ^^
saya sukakan buku yang bercerita tentang kehidupan. Simple, tapi 'bertenaga'.
Buku.. kalau sembang pasal buku dgn saya, sehari pun tak cukup. hehe. btw, terima kasih sudi berkongsi entri ini. suka sangat. =)
assalamualaikum Akhi fid din
membaca jambatan ilmu, kan?
entry ini mengingatkan kenangan
zaman kanak2 saya,syukurlah dgn didikan ibubapa dan seterusnya para pendidik berjiwa muraabi mencorakkan kehidupan hari ini.alhamdulillah
Salam.
Moga terus istiqomah membaca dan menulis kerana Allah.
Dan, jemputlah menghantar karya untuk kolum artikel pilihan, dalam majalah kecil, sinergi. http://synergymedia.com.my/
1)- iEra naDira
Alhamdulillah, saudara ada mempunyai minat dan kegemaran yang sangat berharga. - SUKA MEMBACA.
Pupukanlah minat ini sehingga menjadi darah daging dan kembangkanlah ia kepada adik2, saudara2 dan ahli keluarga terdekat.
Kita perlu menjadi ummat yang membaca.
Luaskan bahan bacaan dan tajamkan minda!
Terima kasih~
BroHamzah
1)- ummu
Walaikumusalam ukhti fi din
Ya, benar sekali. Membaca adalah jambatan menuju ilmu.
Tanpa - mempunyai sifat, tabiat, dan minat kepada membaca, ia akan mematikan hasrat awal untuk menjadi seorang yang disinari dengan cahaya keilmuan.
Alhamdulillah, ini pentingnya didikan.
Untuk membaca - ia perlukan sentuhan didikan yang menyuntikan kesedaran, kemahuan dan hasrat utk bertindak dan mengamalkan nya.
Prosesnya sememangnya lama. Perlukan kesabaran.Dan ia sebenarnya bermula dengan kita.
Siapa?
Kalau bukan kita.
~ BroHamzah
1) analytical_blue
Terima kasih. Bagaimana cara untuk saya hantar artikel sumbangan itu?
~ BroHamzah
Boleh emelkan ke: synergymedia2010@gmail.com
atau boleh terus kepada ana di: kudambacintaMu@gmail.com
1) - analytical_blue
Syukran.
~ BroHamzah
Salam Bro,
tolong cadang kat ana mana tempat nak beli buku2 fikrah kat penang ni?
Susah nak jumpa kitab2 yg bro ada tu.. keliur jugak nak baca.
1)- Faris
Wassalam, sekiranya di Penang tu susah sikit. Saya tidak tahu sangat. Biasa buku-buku ini saya beli di Kelantan dan Kuala Lumpur.
Kelantan - Kedai Buku Jafar Rawas, Kota Bharu
Kuala Lumpur - Kedai Fajar Ilmu Baru [ Dulu terkenal dengan jolokan Pustaka Indonesia] kat KL, berhampiran Puduraya.
Minta maaf ya, - Kalau kat Alor Setar ada, Pustaka Salam kat Shabab Perdana - saya selalu singgah ; banyak juga buku dan kitab-kitab Arab yang mantop!
Syukran
~ BroHamzah
salam ali..bole x cdg kan kat sye buku2 yg sesuai ntuk pembinaan peribadi muslim...drpd buku2 asas hingga buku2 khusus..ataupun juz share nama pengarang yg sesuai untuk rujukan sye membeli buku..nanti hajat dpt emelkan ke..
"along_kmn86@yahoo.com"
Jazakallah
1)- MBA
Salam sudah emel. Boleh check
BroHamzah
Salam,
Sekadar mencelah.Kpd sdr Faris,kalau kat Penang, boleh jg cuba cari kat Kedai Buku Harfa. Ada kat seberang(B'worth) dan Seberang jaya. Banyak jg buku2 agama2.
Wallahu a'lam
1)- Anonymous
Terima kasih atas info. Sangat berguna buat pencinta buku.
~ BH
salam..
saya permint buku2 yang saudara baca..mcm mana untuk saya dapatkan nyer..
zulahmad84@ymail.com
Assalamualaikum, Saya juga peminat buku. Ya saya setuju memang penulis ialah faktor utama sebelum membeli .
entri yang memotivasikan . terima kasih :)
Post a Comment