Tips @ MusliMultimedia : Belajar buat komik

Friday, November 26, 2010

Konsep Kesenian oleh MusliMultimdia - lakaran watak, mimik muka, bentuk tubuh dan sebagainya

Tips @ MusliMultimedia : Belajar buat komik
Oleh : BroHamzah

Komik , kartun, mangga – suatu yang sangat saya minati. Dahulu, saya sukakan semua jenis komik. Dan apabila dewasa ini, saya lihat kartun sebegini mempunyai medium yang luas untuk sebaran dakwah kepada golongan remaja.

Semasa kanak-kanak sehingga lah kini, saya adalah seorang peminat penghasilan komik yang tegar. Tetapi yang uniknya, saya ini tidak pandai melukis sangat. Saya suka memberikan idea, membuat jalan cerita, dan menghasilkan dialog.

Saya pernah menghasilkan 2 buah komik semasa di cuti semester universiti bersama adik saya. Sebulan tempohnya kami berbincang, duduk bersama dan saya sentiasa memberikan sokongan kepada adik saya untuk melukis.

Adik saya, Cd-Key : adalah pelukis kartun dan penggiat seni yang sangat berbakat di dalam keluarga kami. Saya melihat potensinya yang sangat besar dan mencadangkan projek ini kepadanya agar terus menerus giat dalam kesenian kreatif seumpama ini. Alhamdulillah, dia sangat gembira untuk bersama menjayakan projek ini.

Saya katakan kepadanya :

" Gunakan bakat dan potensi melukis untuk Islam. - Barulah kita ada sumbangan untuk masyarakat ."


Dua buah komik telah pun kami hasilkan dan kami jual, dan kami dapat income daripada projek tersebut. Dengan modal RM 1,000 alhamdulillah kami jual dan dapat untung bersih sekitar RM 500. Alhamdulillah, pengalaman jadi pengeluar dan penghasilan komik. Pada masa yang sama, belajar buat business.


MusliMultimedia - Pandangan sisi, riak wajah dan keaslian watak sangat penting untuk menghasilkan komik yang baik

Sekadar itu sahaja, komik itu sudah habis dan tiada dalam simpanan saya. Cetakan hanya sekitar 900 buah sahaja. Tetapi saya dapat sesuatu yang berharga iaitu pengalaman. Saya suka buat sesuatu yang baru dan mencabar. Baru rasa berharga hidup kat dunia. Sentiasa ada sesuatu yang baru.

Adik, saya kini – dia sudah ada projeknya sendiri di universiti. – Jika tidak silap,dia dan rakan-rakannya sedang sibuk menghasilkan sebuah komik ilmiah untuk edaran di universitinya. Cuti semester ini, adalah saatnya membuat komik. Alhamdulillah, biar dia sibuk dengan perkara-perkara bermanfaat.

Setiap watak - perlu ada konsepnya. Agar, komik yang dihasilkan memberi impak dan kesan.InsyaAllah

Kini, saya bertemu dengan 2 orang pemuda yang juga berbakat dalam kesenian kreatif seumpama ini. Salah seorangnya ialah MusliMultimedia. Saya kongsikan sedikit tip atau kaedah penghasilan sebuah komik daripada MusliMultimedia. Semoga bermanfaat.

Kaedah penghasilan sebuah komik

1)- Idea - Hasil daripada akal seseorang individu atau secara brainstorming.

2)- Jalan cerita - Samada berbentuk story board atau skrip.

3)- Seni konsep @ Concept Art - Disinilah lakaran watak-watak komik akan dilukis sebagai gambar rujukan bagi pelukis-pelukis dan Layout Design dimana tempat atau latar belakang watak dimana babak akan dimainkan. Info bagi setiap watak cerita dan Layout Design perlu dikumpulkan sekali.

4. Komik - Barulah komik boleh dijalankan dengan baik.

5. Dan jangan lupa copyright - Ini akan menjaga hak ciptaan anda daripada aktiviti-aktiviti mencetak rompak atau menciplak

8 comments:

Unknown November 26, 2010 at 1:33 AM  

Wahhhh...macam ni la best. Barula kena dengan firman Allah dalam surah Qasas ayat 77. Cari akhirat pahala dengan harta dan segala bakat yang kita ada. kan ustaz ali? :)

sfatimahzj November 26, 2010 at 1:35 AM  

alhamdulillah..pandai menggunakan apa yang dianugerahkanNYA..

BroHamzah November 26, 2010 at 2:23 AM  

1)- iqbalsyarie

Ya, alhamdulillah. Bakat, potensi, duit, kurniaan, kebijaksanaan dan segalanya yang Allah berikan kepada kita harus ditransfer menjadi pahala.

Alhamdulillah.
Syukran

BroHamzah November 26, 2010 at 2:26 AM  

1)- sfatimahzj

Alhamdulillah, ini juga adalah tanda kesyukuran. Anugerah yang dimiliki harus digunakan dengan baik dan disalurkan untuk usaha-usaha meninggikan agama Allah SWT.

Sebenarnya, telah ramai yang buat perkara ini. MusliMultimedia ingin menjadi salah seorang dan menambahkan lagi bilangannya.

Ayuh ia baru bermula!
~ BroHamzah

-Nur- November 26, 2010 at 3:32 AM  

maju2....
moga islam akan terus maju dan dijulang dengan syabab seperti kalian semua:)

BroHamzah November 26, 2010 at 3:51 AM  

1)- nur aysya

Islam juga memerlukan srikandi dan nisa' seperti kalian jua. ('',)

BroHamzah

hoodsunny,  November 26, 2010 at 6:36 AM  

salam,

mangga dan manga 2 entiti berbeza kn?

Majulah lukisan utk dakwah~! Ana sokong 100%

BroHamzah November 26, 2010 at 7:24 AM  

1)- hoodsunny

Wassalam - ya, silap. Afwan

Sama-sama, kita memajukannya.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP