Perasaan yang sukar digambarkan

Tuesday, November 9, 2010


Perasaan yang sukar digambarkan
Oleh : BroHamzah

SMAKL

Mungkin bagi anda yang bukan berasal atau menetap di Kuala Terengganu, tidak pernah mendengar nama sekolah ini.

Sekolah Menengah Agama Kampung Laut
Bagi saya itu namanya.
Tetapi ada tersirat daripada nama ini.

“ SMAKL, bukan sekadar Sekolah Menengah Kampung Laut, tetapi huruf K dan L bagi abang ialah kemampuan luarbiasa!,” Saya kobarkan semangat adik-adik dengan satu kata-kata pembakar syuur kejiwaan.

Ya! Saya benar-benar yakin, sekolah ini amat-amat luar biasa.
Sepanjang 3 hari 2 malam bersama adik-adik tingkatan 3, saya merasai sesuatu yang menaikan semangat saya.

Mereka sangat istimewa.

Saya dapat rasakan ia, namun ia sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata, tutur bicara mahupun melalui tinta tulisan.

Saya memandang setiap wajah adik-adik dengan pandangan saya sebagai seorang abang. Di dada saya, hangat dengan perasaan kasih insan kepada mereka. Entah, itulah perasaan saya. Saya tenang, gembira, tenteram dan damai di sini.

Adik-adik Syabab yang sentiasa aktif, ceria dan dinamik

Hari-hari saya di sini – penuh kebahagiaan

Saya, bersama sahabat-sahabat saya A Razali Marof dan A Nazwandy merasai suatu kepuasan mengendalikan kem bersama mereka. Kami bersemangat, bertenaga dan memberi komitmen sepenuhnya untuk menghargai setiap detik bersama mereka.
Setiap pengisian, modul ice breaking, team building, aktiviti latihan dalam kumpulan, khidmat masyarakat, perkongsian pengalaman dan sebagainya – kami lalui dengan kegembiraan.

Saya bahagia kerana melihat wajah-wajah adik-adik yang sentiasa cerahceria, bersemangat dan tersenyum kegirangan.

Saya seronok melihat respon mereka terhadap aktiviti yang kami laksanakan.

Mereka berusaha sepenuh jiwa, memberikan komitmen dalam menyelesaikan setiap amanah yang diberikan, dan setiap riak wajah mereka memberikan suatu sentuhan yang sangat dekat kepada kami semua.

Saya yakin kerana mereka ini sangat istimewa.

Biar pun Allah menguji saya dengan laptop saya mengalami masalah, tetapi fokus saya tidak terarah ke situ. Minda, fikiran, kesungguhan, komitmen dan komited saya tetap di sini.

Adik-adik Nisa` juga sangat hebat dan penuh semangat

Menjana Kepimpinan Masa Depan

Inilah tema kem kami pada kali ini. Mereka ini bukanlah semuanya pengawas, atau merupakan badan-badan yang memegang tampuk kepimpinan. Tetapi kebanyakannya, adalah pelajar biasa. Alhamdulillah, pihak sekolah memilih tema ini dengan suatu pengharapan yang tinggi.

Generasi remaja pada hari ini merupakan bakal pemimpin dan pencorak masa hadapan Negara. Kerana itu, soal pembentukan generasi pelapis kepimpinan harus bermula daripada usia muda. Minda kepimpinan dan ciri-ciri watak seorang pemimpin harus didedahkan kepada para remaja. Mereka harus dibawa untuk memikirkan soal-soal masa hadapan, sesuatu yang besar dan berat.
Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian di saat saya sedang melihat wajah-wajah keletihan mereka setelah sehari suntuk berprogram sehingga saat ini.

Adik-adik SMAKL, antum adalah harapan ummah!

Permusafiran dan perjalanan kehidupan

Ada beberapa perkara yang saya perolehi sepanjang kem pada kali ini :

(1) Kali, saya meneruskan kehidupan untuk terus meningkatkan keupayaan diri. Belajar dari pemerhatian, pengamatan, dan penghayatan

(2) Proses peningkatan diri tidak boleh berada ditakuk lama. Kita harus BERUBAH dan berubah. Inilah tarbiyah amaliyah yang harus kita lalui.

(3) Syuur, semangat dan tekad, ia perlu sentiasa dikobarkan, dibakar, ditiup dengan gelora berasaskan ruh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

(4) Istighfar dan banyak memperbaharui taubat adalah jalan keluar kepada musibah yang melanda diri

(5) Benar lah, jalan keluar bagi segala kekusutan, kepayahan dan kesukaran adalah sabar dan solat.

(6) Pembinaan minda kepimpinan kepada generasi remaja harus bermula di awal usia lagi. Kepimpinan akan lahir secara terancang, sistematik dan tersusun. Proses pembentukan pemimpin tidak berlaku secara kebetulan atau spontan.

Tarbiyah sebagai asas pembentukan generasi pemimpin

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.

Begitu juga dengan manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna.

Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Ayuh kita jadikan tarbiyah sebagai pasak kepada proses membina manusia.

Manusia yang hebat
Manusia yang luar biasa
Manusia yang mempunyai prinsip hidup yang teguh
Manusia yang di dalam jiwanya, dipenuhi dengan keimanan, keyakinan dan kepasrahan yang jitu kepada Allah SWT.




9 comments:

Qawiem Khairi November 9, 2010 at 6:19 PM  

Alhamdulillah..

Terima kasih abg ali.
Kekuatan dan ketenangan sikit sbyk mampu diperoleh di sini.(",)

BroHamzah November 9, 2010 at 6:30 PM  

(1) MQ

Alhamdulillah, ana rasa tenang melihat wajah keimanan anta. (",)

lowprof November 10, 2010 at 10:45 PM  

thanks for coming to SMAKL...

mereka mmg perlukan sentuhan dari seorg murabbi seperti nta... xlupa juga ana disini... masih perlukan didikan, mgkn ade yg diorg dapat dari nta, diorg x dapat dari pck2 disana...

harap amalan ini dapat disalurkan dalam mengecapi redha Allah...

syukurulillah... ^^

BroHamzah November 12, 2010 at 12:05 AM  

(1) Walker

Alhamdulillah, tarbiyah kita perlu dilakukan secara amaliyah dalam harapan untuk berkongsi, sama-sama merasai kenikmatan dan kemanisan didikan islamiyah ini.

Semoga Allah redha,- Belajar utk terus ikhlas keranaNya

Fey Jericho November 16, 2010 at 12:12 AM  

bdop-bdop SMAKL t3 tanya,bila nak datang lagi?

putri smakl,  November 16, 2010 at 2:15 AM  

salam, ana seorang putri smakl f3 yang memegang tangguk pengawas... walaupun secara pandangan kasar nya abg ali nampak kami istimewa, tapi di sebalik itu terselit seribu satu masalah yang menjadikan kami yang merindukan seorng murobbi... ana harap ada murobbi bertarbiyyah yang sudi turun padang bersama kami sepanjang masa mentarbiyyah adik2 yang ramai bermasalah dan perlukan perhatian serta didikan dan asuhan tarbiyyah.. kami ketandusan muroobi bertarbiyyah.. guru2 kami kebanyakannya guru2 luar....

terima kasih atas didikan selama 3 hari 2 malam...akan kami kuatkan diri dengan iman mempertingkatkan amal.. wassalam..

BroHamzah November 17, 2010 at 7:26 AM  

(1) Fifa Fytra

Abg akan datang apabila diizinkan oleh Allah dengan jemputan kalian

~ BroHamzah

BroHamzah November 17, 2010 at 7:29 AM  

(1) putri smakl

Alhamdulillah, kami memandang antum semua dengan harapan. Dengan harapan inilah ia membakar setiap gelora semangat kita untuk sama-sama bangkit untuk membantukan ummah ini.

Permasalahan itu, anggaplah ia sebagai peluang untuk mendewasakan dan mematangkan antum semua. InsyaAllah, tarbiyah ini akan terus berakar umbi dengan didikan yang sahih.

Teruskan usaha kalian
~ BroHamzah

pendamba ilmu,  November 27, 2010 at 11:57 PM  

banyak blog2 ana lawati post kem mampan ini dimasukkan...wallahualam

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP