Motivasi : Jernihkan Hati Di Awal Pagi

Thursday, November 4, 2010

Berusaha dan biasakan diri untuk bangun awal di pagi hari.

Motivasi : Jernihkan Hati Di Awal Pagi

Oleh : BroHamzah

Awal Subuh yang hening

Antara perkara yang saya belajar daripada murabbi-murabbi dalam proses tarbiyah ini ialah sentiasa berusaha untuk bangun awal pagi sebelum azan Subuh berkumandang. Kata Murabbi saya :

“ Waktu awal pagi yang hening adalah waktu yang sangat istimewa bagi orang yang beriman. Ia waktu bermunajat, menangis dan mengadu kepada Kekasihnya. Amalan bangun awal ini adalah amalan para Rasul terdahulu, para sahabat dan juga amalan orang yang soleh dan warak.”

Saya berazam, bertekad dan merancang untuk berusaha untuk bangun sebelum azan subuh. Pernah dalam satu penyampaian seorang sahabat ada menyebut :

“ Kata seorang ulamak, jika seorang mukmin itu bangun selepas azan Subuh itu tandanya dia adalah seorang mukmin yang lalai.”

Tersentak hati saya. MasyaAllah.

Penawar hati, jiwa, perasaan dan sanubari insan. Sangat mujarab!

Nasihat Imam Ghazali

Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi nasihat 4 perkara yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin muslim di awal pagi sebelum subuh. Katanya 4 perkara itu ialah :

(1) Membaca Al-Quran

Melalui hari-hari dalam kehidupan, tanpa ruh Al-Quran adalah tanda kepincangan dan kelesuan jiwa yang sangat kronik. Harus kita memprogram diri untuk membaca, menghayati dan memahami intipati Al-Quran. Biarkan ruh Al-Quran mengalir dalam setiap urut nadi darah kita dengan harmoni, dan aman

(2) Berdoa

Berdoa adalah senjata kekuatan mukmin yang sangat ampuh. Sangat pelik jika, seorang mukmin itu jarang-jarang berdoa. Menjadikan doa sebagai amalan harian adalah salah satu kaedah yang sangat baik dalam membina hubungan yang kukuh antara makhluk dan Khaliq. Berdoa akan melahirkan jiwa mukmin yang sentiasa menyakini janji-janji Allah SWT, pasrah kepada ketentuanNya, sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap tanduknya dan ia merupakan tanda ketundukan serta penyerahan sepenuhnya kepada Rabbul Alamin.

(3) Berzikir

Zikrullah adalah amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Ia akan menghidupkan, menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyak zikir-zikir yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup ini. Salah satunya juga ialah, zikir al-Mathurat yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna. Alhamdulillah, saya mulai mengamalkannya sejak dari sekolah menengah lagi, ia banyak menguatkan jiwa saya. Cubalah dan rasailah kesannya.

(4) Berfikir

Banyak ayat Al-Quran yang mengalakan usaha-usaha untuk berfikir. Islam adalah agama yang sangat mengalakan umatnya berfikir. Semasa awal subuh juga, kita boleh merencanakan waktu untuk membaca buku, ulangkaji pelajaran, merancang tugasan harian dan berfikir untuk melakukan sesuatu untuk masa hadapan kita. Berfikir itu adalah langkah bagi melaksanakan tuntutan ubudiyah dengan jalan yang terbaik!


Ia harus direncanakan

Amalan-amalan ini adalah amalan ruhaniyah yang akan menguatkan jiwa, hati dan riak wajah. Ia akan mendekatkan hati kepada Allah SWT, membersihkan dan menjernihkan jiwa yang kotor akibat kelalaian serta perbuat dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Ruhaniyah mukmin perlu sentiasa menekankan aspek tarbiyah qalbiyah ini. Didikan hati dengan ibadah ruhaniyah adalah kata kunci kepada pertolongan dan bantuan Allah SWT. Jiwa yang cekal, kuat dan tabah akan berjaya diwujudkan melalui tarbiyah ruhaniyah seperti ini.

Kita mulakan secara ansur maju, usah bertangguh lagi. Marilah kita berusaha bangun awal di pagi hari. Hiasi malam dengan munajat, zikir, membaca Al-Quran, solat malam dan sebagainya bagi membina keperibadian yang mantap serta mampu membentuk kekuatan jiwa yang utuh.InsyaAllah

Kita usaha, berusaha dan terus berusaha.

Jihad untuk bangun sebelum Subuh adalah langkah pertama kita dalam proses tarbiyah ini.

Siapa yang akan melakukan semua ini?

Anda dan kita semua!

7 comments:

BroHamzah November 4, 2010 at 9:02 PM  

Suatu perkara lagi ialah, membiasakan diri dengan solat sunat Tahajud. Qiamullail perlu diperkasakan.

Mungkin sahabat-sahabat ada cadangan untuk membumikannya dalam kehidupan seharian?

~ BroHamzah

hamba Ilahi,  November 4, 2010 at 10:05 PM  

assalamualaikum ustaz,
ya solat sunat tahajud,
alhamdulillah, kini boleh bangun awal untuk buat qiam dan solat subuh di awal waktu,
selalunya, bacaan al-quran ana lakukan selepas subuh, tapi lebih baik sebelum ya?
insyaAllah akan cuba selepas ni.
untuk bangun malam, memang ana takkan tidur lewat.paling lewat pun pukul 12 dan bangkit semula pukul 4 pg. alhamdulillah kini dah boleh biasakan diri.
memang masa mula2 cuba dulu, memang agak sukar. dan sebelum tidur, pastikan dalam keadaan berwudhuk dan ana selalu berdoa agar Allah bangkitkan ana untuk solat malam. memang bila dah biasa buat, dan contohnya tak buat satu malam, satu hari yang berjalan tu pasti takkan rasa setenang hari2 yg kita bangkit untuk solat malam.
bila dah bangun, terbit pula rasa malas,masa ni ana selalu ingat ayat dalam novel sinergi karya Hilal Asyraf, cintakan tempat tidur atau cintakan Allah lebih utama? alhamdulillah cinta Ilahi itu lebih baik :)

sekadar berkongsi.
moga kita dapat istiqamah dalam melakukan Qiamullail.
tidak lupa juga bacaan al-mathurat. :)
insyaAllah.
amin.

BroHamzah November 4, 2010 at 11:10 PM  

(1) Hamba Ilahi

Syukran atas perkongsian saudari, kita usahakan, kita laksanakan dan kita memilih untuk sentiasa istiqamah. Ia adalah pilihan.

Mcm anti sebutkan itu ada benarnya, sukar. Tetapi jika dilatih ia akan menjadi darah daging kita.

Inilah proses tarbiyah. Ia berbentuk amaliyah.Kena buat, jika hanya sekadar teori dan konsep semata-mata tidak dibumikan, ia hanyalah angan-angan sahaja.

Syukran atas coretan
~ BroHamzah

Hanif Ismail November 5, 2010 at 2:29 AM  

Moga Allah beri ana kekuatan untuk melakukan perkara ini..Ameen

BroHamzah November 5, 2010 at 8:02 AM  

(1) Hanif Ismail

InsyaAllah, dimana ada kemahuan dan tekad
di situ ada jalan dan kaedahnya

Teruskan!
Maju untuk Tarbiyah diri

~ BroHamzah

Husna Sani November 5, 2010 at 9:40 PM  

makanan dan cara pemakanan juga banyak menyumbang kepada tabiat tidur, qiam dan bangun sebelum subuh. sudah tentu pemakanan cara Rasul s.a.w. yang terbaik ; makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

"nahnu qaumun la na'kul hatta naju', iza akalna, la nashba'" juga hadis yang ana dengar dari para murabbi. jika ada kesalahan harap diperbetulkan.

wallahu'alam.

BroHamzah November 9, 2010 at 4:36 AM  

(1) Husna Sani

Alhamdulillah, syukran atas perkongsian anti. Ana kira hal ini jugak ada kesannya kepada hal ini. Tepat sekali, apa yg baginda lakukan dan amalkan memberi kesan kepada tubuh badan kita.
- BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP