Soal Jawab - Teka Teki Santai
Santai : Teka teki bersama adik-adik
Oleh : BroHamzah
Baru-baru ini, semasa di dalam kem bersama adik-adik tingkatan dua kami saling berteka teki semasa sesi slot santai. Kebiasaanya, selepas sesi modul-modul yang melibatkan game atau permainan saya akan selang selikan dengan slot teka teki santai ini.
Tujuan, antaranya ialah mewujudkan suasana ceria, harmoni dan menghilangkan kejemuaan dalam diri adik-adik peserta. Maka, saya dan Cikgu Azmi akan memberikan teka teki yang pelbagai. Kami beri soalan, dan adik-adik peserta akan menjawabnya.
Slot sebegini, boleh dilaksanakan semasa kita berada di kem. Sangat efektif dan mampu mewujudkan biah kemesraan yang sangat energetik, proaktif dan dinamik. Ada beberapa teka teki mudah, santai dan bersahaja daripada Cikgu Azmi.
Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang sangat cantik mempesona?
Ada seorang adik menjawab : “ Bas Jelita.”
Betul. Semua orang tersenyum ketawa.
Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang sangat mewah?
Semua terdiam, ligat berfikir agaknya.
Tiba-tiba ada yang menjawab : “ Bas Mahligai.” Betul tak?
Sekali lagi, suasana bising seketika.
Sesi teka teki, berlangsung untuk beberapa ketika. Ada soalan teka teki berjaya dijawab oleh adik-adik dan ada yang membingungkan mereka. Itulah teka teki. Membuatkan fikiran kita ligat mencari klunya dan jawapannya. Ada jawapan yang lucu, ada logiknya dan ada untuk tujuan untuk mengena.
Teka teki Special buat kami
Tiba-tiba, ada seorang adik bangun dan memberikan cebisan kertas kepada saya. Tertera di atas kertas : Teka teki untuk Cikgu Azmi.
“ Oh, ya ada 1 teka teki daripada sahabat kamu,” Kata saya.
Saya pun membacanya.
“ Kenapa Superman memakai pakaian yang ada huruf “S” ?”
Hmm.
Kami berdua cuba menjawab. Tetapi, adik-adik kata jawapannya salah dan tidak tepat.
Fikiran saya bergerak mencari jawapannya, agak dapat menjawabnya dengan logik dan tepat.
Tetapi, hampa – jawapan tidak mengena.
Saya akur, kami tidak dapat menjawabnya.
“ Jadi, apa jawapannya?,” Tanya saya.
Terdengar satu suara nyaring ke udara.
“ Sebabnya, kalau Superman pakai pakaian saiz M atau L, tentu longgar dan tak muat elok dengan badan dia ,”
Semua ketawa dan gelak. Suasana bingit seketika.
Tersenyum sinis pun ada.
Erk.
Saya ada Cikgu Azmi saling berpandangan. Senyum. Ketawa separa jujur. (Hehe)
Ada-ada sahaja kamu ini, getus hati kecil saya. Hak mereka untuk bagi jawapan sebegitu kerana itu soalan teka teki daripada adik-adik peserta.
Tetapi, jawapan itu membuatkan saya terus termenung dan berfikir sehingga ke hari ini. Entah mengapa. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya.
Pada pandangn anda?
Pesanan : Ajakan untuk sama-sama berfikir ibrah dan pengajaran daripada peristiwa ini. Sama-sama kita berfikir di hujung minggu yang mendamaikan ini.
Jika, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman pembaca ada teka teki yang menarik pun boleh kongsikan di sini. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam bro. Ada satu teka teki untuk bro. Manusia apa yang paling giler ?....jeng jeng jeng. Please answer in my blog...
an pernah teka kat adik ana teka superman ni
tp mereka xleh jawab
teka-teki ni bagus utk uji minda,lbih2
klu wat xtvt petang,mengantuk.adik2
suka sgt,segar balik :)
(1) Tinta Mualimmah
Manusia paling giler.?? Akan difikirkan.
(2)Sisizzati
Ya, betul tu. Modal aktiviti untuk tujuan penyegaran
hehehehh.. macam2 perangai adik2 sekarang.. ana nak antum jawab teka- teki ana... bg jawapan kat blog ana http://arah-qudwahhasanah.blogspot.com .. ganjarannya... Allah yang beri... "apabila kita berpaling.. apa yang lari...?"
(1) Tinta Mualimah
Jawapannya - Superman. Ini daripada shbt ana
(2) Perantau
Wallahu'alam
Salam Abg Ali..
Bg menjawab soalan perantau..
Jawapannya adalah
" TELINGA "
Sekian. (",)
(1) MQ
Syukran,
Ada 1 lagi soalan yang saya dapat melalui SMS.
Soalannya ialah :
"Why number 6 afraid of number 7?"
Saya tidak tahu jawapan, puas dah memikir dan bertanya kan orang.
Siapa boleh bantu??
~ BroHamzah
i searched in the internet (aci tak?).. the answer was.. b'coz 7 ate 9 (7,8,9). dah 7 mkn no 9,so 6 afraid of 7.
Post a Comment