Bayyinat - " Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kami"
Blog Pilihan – Bayyinat
Url : http://iqbalsyarie.blogspot.com
Pemilik/ Penulis : Iqbal Syarie
Fokus : Perkongsian berkisar bicara kehidupan , tazkirah jiwa dan tarbiyah imaniyah
Bayyinat
Pertama kali saya menjejaki blog Bayyinat ini ialah pada bulan lepas. Masih baru lagi. Ketika itu saya luang masa untuk melihat blog-blog yang ada di alam maya untuk mengadakan input untuk bahan pembacaan saya dan artikel penulisan saya dalam majalah. Dengan izin-Nya saya singgah di satu blog yang sangat baik untuk ditatap.
Siapa Iqbal Syarie?
Saya belum pernah menemuinya, tetapi saya suka cara penulisannya. Mudah, ringkas, tidak memberatkan dan yang terpenting ia mengesani hati. Isu-isu yang dikupas juga mudah-mudah sahaja, berkisar kehidupan dan beliau cuba kaitan dengan keimanan. Tahniah!
Untuk mengenalinya lebih lanjut boleh ke Salam Taaruf
Kekuatan Bayyinat
Saya melihat bahawa, blog ini ada kekuatannya yang tersendiri. Interfacenya sangat tersusun, menarik dan saya suka sebegini. Corak penulisan juga bersistematik. Kena dan masuk dengan jiwa saya. Setiap hari jika melangkah kea lam maya, Bayyinat menjadi tempat singgahan tetap saya. Alhamdulillah, mengutip mutiara pengalaman, ilmu dan pengajaran.
Gaya penulisan
Iqbal Syarie sangat mengagumi penulis muda Hilal Asyraf dalam berkarya dan beliau jadikan HA sebagai inspirasi. Dan, sedikit sebanyak ini menjadikan penulisan beliau ini selalu menjadi inspirasi kepada sesiapa membacanya. Bagi saya, beliau mempunyai penulisan tersendiri. Jika diasah lagi, beliau mampu menjadi penulis terkenal yang ada daya pengaruhnya.
Saranan
Semoga Iqbal Syarie terus istiqamah dalam menyatakan kebenaran dan sebaran dakwah melalui Bayyinat. InsyaAllah, saya akan terus menyokong anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Terima kasih bro~ saya juga sering kesini, cuma saya 'senyap' kerana di sini saya banyak belajar. Jika di blog orang lain, saya memang 'nampak bising' tapi itu kerana saya mahu menimbulkan rasa mahu belajar kepada mereka. tapi di blog ini, terlalu banyak yang saya pelajari. Terima kasih...
Doakan saya. Moga saya istiqomah
(1) Iqbalsyarie
Sama-sama, saya suka cara pendekatan penulisan saudara. InsyaAllah sama-sama kita belajar.
~ BroHamzah
tahniah buat kalian
1)Anonymous
Alhamdulillah, utk anda juga! Tahniah!
Post a Comment