BroHamzah @ Langitilahi.Com

Wednesday, December 1, 2010



Gambar HomePage Langit Ilahi yang baru. Bersama barisan yang akan menjayakannya. Terdapat juga sahabat-sahabat di balik tabir(team multimedia) yang menguruskan semua ini. Semoga semuanya kekal ikhlas kerana Allah. :-)

1)- Alhamdulillah, Langitilahi.Com akan melalui fasa-fasa perubahannya yang lebih dinamika, kehadapan, bermaklumat, lebih menarik. dan disajikan dengan pelbagai bahan-bahan pengisian rohani yang mendidik jiwa.

2)- Syukran, kepada akhi Hilal Asyraf kerana kesudian menjemput saya untuk sama-sama menyumbang dan memberi dalam menjayakan projek ini.

3)- Saya rasa sangat kerdil dan kecil untuk menulis di dalam Langit Ilahi.Com. Penulisan yang masih mentah, berbau "masih belajar", dan perlukan banyak latihan. InsyaAllah, - kita sama-sama belajar. Teringat kata seorang sahabat.

4)- Saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis dalam ruangan Himmah. Satu perkongsian berkaitan Himmah. Apa itu Himmah?- Kenalah baca. InsyaAllah

5)- Tarbiyah kita adalah tarbiyah amaliyah. Kita perlu bumikan dan mengoperasikan segala bentuk tarbiyah, fikrah dan kefahaman yang kita dapat dalam bentuk amali. Kerana itu kita perlukan projek-projek yang dapat merealisasikan fikrah dan tarbiyah ini. Langit Ilahi.Com adalah projek untuk menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam melalui wasilah media maya.

6)- Langit Ilahi.Com akan menampilkan beberapa orang penulis, dan beberapa perkongsian baru seperti fotografi dan komik. InsyaAllah, ia adalah sesuatu yang baru bagi kami dalam team Langit Ilahi.


Doakan agar projek ini akan menjadi kenyataan. Projek untuk kami mengumpul bekalan untuk pulang menghadap Allah SWT.

InsyaAllah.

13 comments:

Unknown December 1, 2010 at 5:36 PM  

wah, gandingan mantap nih...

sangat rugi kalau tak jadi kenyataan..

cepat siap, ana nak tolong promosi besar-besaran nih... huhu

BroHamzah December 1, 2010 at 6:11 PM  

1)- Salman Azmin

Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan. InsyaAllah

Syukran, doakan kami
~ BroHamzah

-Nur- December 1, 2010 at 8:28 PM  

salam,ustaz,ana sngt teruja mmbaca berita ini..jadikan projek ini projek tarbiah..
semoga semuanya akan berjalan maju dan terus maju demi islam..


p/s:ana berharapa akan ada sekumpulan muslimah yng terpanggil utk menyumbang seperti apa yng antum lakukan..dan ana mengharapkan utk menjadi salah seorang daripadanya:)

BroHamzah December 1, 2010 at 8:34 PM  

1)- nur aysya

Good idea, muslimah yang akan mengegarkan dunia.
Ia sebenarnya bermula dengan sebuah harapan, maka menglangkah la menuju ke arahnya.

~ BroHamzah

-Nur- December 1, 2010 at 9:28 PM  

mahu juga merangka pelan dari sekrang.doa2kan:)
semoga projek mega itu berjaya dan sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah

BroHamzah December 1, 2010 at 9:55 PM  

1)- nur aysya

InsyaAllah, Allah jualah tempat kita bergantung dan meletakan harapan.InsyaAllah

Unknown December 2, 2010 at 6:28 AM  

Tahniah. InsyaAllah, sepenuh sokongan dari kami semua :)

BroHamzah December 2, 2010 at 2:57 PM  

1) mr IQ

Apa amenda itu? - Saya tidak memahaminya

BroHamzah December 2, 2010 at 2:58 PM  

1)- iqbalsyarie

Alhamdulillah, sokongan dan dokongan anda amatlah dihargai dan diperlui.

Yang memerlukan doa kalian
~ BroHamzah

BroHamzah December 3, 2010 at 1:19 AM  

1) - mr IQ

Langitilahi.Com itu laman web, mengajak untuk mendekati Allah SWT dan tengah temanya - Mari Menjadi Hamba

~ BroHamzah

Isyraf Imrani December 3, 2010 at 3:46 AM  

salam, makin maju ye LangitIlahi.com, semoga terus thabat dalam menyebarkan dakwah! InsyaALLAH. tahniah ! :D

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP