Hari Rehlah HALUAN Kelantan

Wednesday, March 31, 2010

Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kecik

Sebahagian Pelajar KTD yang hadir

Aktiviti pantai yang menceriakan



HALUANITA dan remaja puteri turut terlibat



Aktiviti Terompah Gergasi




Aktiviti Tolak Tali


Berita Lanjut bolehlah ke
BLOG HALUANSiswa KELANTAN

Read more...

Murrabi Mithali ( Dakwah & Tarbiyah)



Murabbi Mithali (Dakwah dan Tarbiyah)

Oleh : BroHamzah

Suatu hari, ketika sekitar tahun 1997, Abah saya memberitahu kepada saya bahawa saya akan dimasukan ke sebuah sekolah yang terletak di Perlis.

Abah saya memaklumkan nama sekolah tersebut :

“ MATRI”

“Siapa pengetua sekolah tu abah?”

Nama mudirnya Ustaz Dahlan Mohd Zain.”

Seingat saya itulah kali pertama saya mendengar dan mengenali susuk tubuh seorang insan yang bernama Ustaz Dahlan Mohd Zain. Rupa-rupa, Ustaz Dahlan bukanlah seorang Ustaz biasa. Di sebalik namanya dan akhlaknya, bagi sesiapa yang rapat dan mengenalinya pasti akan terkesan dengan keperibadiannya. Bagi saya, dialah Murabbi Mithali. Seorang pendidik yang boleh dijadikan contoh dan qudwah.

Saya, catatkan sedikit pandangan peribadi anak, anak didik dan juga mereka-mereka yang pernah mengenali Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain.




" Murabbi Mithali adalah individu yang mempunyai kekuatan nurani yang tulen dan sentiasa menjaga hubungan hatinya dengan Allah SWT sepanjang masa. Sikap kepekaannya akan membangkitkan jiwa-jiwa yang mendampingnya dan sentiasa menanti mutiara kata-kata yang meniti dari bibirnya. Setiap ungkapan nasihat dan rangsangan rohani dari tutur bicaranya akan menambahkan rasa cinta kepada hari di saat pertemuan dengan Allah SWT. Malah setiap amalannya yang terpamer akan menambahkan syuur dalam beramal."


~ BroHamzah

“Semoga Allah redha dengan Ustaz Dahlan.
Mari kita, dari sekadar berbangga, mengaplikasikan didikannya.
Mari kita, dari sekadar bercerita, bergerak meneruskan perjuangannya.
Semoga Allah redha juga anak murid-anak murid Ustaz Dahlan “

Seorang Hamba
~ Hilal Asyraf

“Assalamualaikum, pak cik berbangga dgn kebesaran Allah menjadi anak murid Ust Dahlan walaupun tak berkesempatan duduk bersama dengan beliau seperti anak-anak di MATRI. Kasihkan Ustaz kerana Allah , ditunjukkan dengan ramai para dai dan murobbi yg keluar dari madrasah MATRI. Ini harapan Pak Cik,moga Hilal dan Ali Irfan serta lainnya dapat membimbing adik2 yg masih bersama MATRI menjadi dai yg kita harapkan.”


~ Abu Fatimah Muhammad

“Sebagai anak, dialah bapa yang tiada pengganti. Sebagai anggota, dialah ketua yang ku dengar dan taat demi Allah dan Islam, dialah murabbi yang mengasuh dan mengajar jiwa-jiwa ini. Moga Allah pimpin kita semua menuju redhaNya. Ku kasihi dia dalam kedua-dua keadaanku....”

~ Akram Dahlan


“No words able to describe what AlQaid has had done to all of us. He takes and cleans our 'HEART', he opens our blurred 'EYES', he shows us a straight 'PATH' , he pours us with great 'LOVES' and with those and many other things in Tarbiyyah. He pass us a baton of 'AMANAH QUBRA' for us to pass to next generation! So, are we going to dissapoint him? Shame for those, infront of ALLAH SWT.


~
Abu Muaz Ahmad


“ Bagi saya yang mengenali beliau sejak 1986 lalu, Al fadil dato UDMZ adalah manusia ajaib dan beliau berjaya berperanan memenuhi ciri-ciri spt yang IHAB sebutkan dalam risalah At Taalim,Guru (memberi ilmu), Qaid-Panglima (memberi arahan dan ditaati), Syaikh (meningkatkan rohani) dan Ayah (untuk disayangi dan dihormati).”

~ Abu Salman Said


“Hanya satu kenangn yg membuatkan daku sebak dan terharu...Ana bersyukur kerana diberi peluang mendapat kasih sayang beliau. Satu harir, ana dan shbt-sahabat pergi ke kebun di Semadong.Alhmdulillah Ustaz dan arwah Umi ada membantu. Allah izin ana kena sengat kala jengking. Bila ana di sandarkan, Ustaz dengan pantas mencapai batang kayu yang lembut lalu diikatkan di kaki ana.Ikatan yg kuat dan ana pasti ustaz gunakan khudratnya sepenuh hati. Ana rasa macam nak menangis saja time tu.Tiba-tiba saja rasa sakit hilang. Ustaz terus usap-usap kaki dan belakang ana, sambil menenangkan hati ana. Sukar ana nk tafsirkan perasaan ana time itu.”
~ Ahmad Syukri, ( Bekas Pelajar MATRI SPM 2009 dan antara Best Student SPM 2009)


Semoga segala ilmu, didikan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Ustaz, dirahmati, diredhai dan diterima oleh Allah SWT sebagai bekalan menuju hari pertemuan dengan Allah SWT.InsyaALLAH.


Read more...

Mengutip Ibrah Dalam Kehidupan

Monday, March 29, 2010

Akhi Suhaib, sehari sebelum kemalangan tempohari. Semoga Allah SWT kuatkan dia

Perkongsian : Mengutip Ibrah Dalam Kehidupan
Oleh : BroHamzah

Semalam 27 Mac 2010, ketika saya sedang menyaksikan konsert mini Malam Amal Untukmu Palestin, saya mendapat satu mesej ringkas dari seseorang.


Nama tertera pada skrin telefon bimbit saya


Suhaib Shafiee”


Saya agak terkejut dan kaget. Kerana sudah lama tidak bermesej dengan sahabat saya ini selepas dia mengalami kemalangan 2 minggu lepas. Saya pernah kongsikan . “ Berita mengejutkan.”


[ “Assalamualaikum, Abang Ali. Apa khabar?.” ]


Lama saya merenung mesej ini. Mungkin bagi yang mengetahui keadaan Suhaib Shafiee semacam tidak percaya bahawa beliau sudah sedar dan mampu bermesej.


[ “ Ana sihat,Alhamdulillah. Anta macamana sekarang. Ana minta maaf kerana tidak dapat ziarah nta. Hajat sangat. Tetapi belum ada kesempatan sehingga kini. “]


Balas saya ringkas.


Agak lama menunggu balasan mesej Suhaib.


[ “ Ana Alhamdulillah… Cuma Allah tidak izin bercakap lagi buat sementara waktu ini.” ]


Saya rasa terharu membaca mesej ini.


Saya balas dengan ringkas.


[ “ Akhi, Ana harap nta tabahkan hati dan banyak bersabar. Kuatkan hati, ana sentiasa doakan anta.”]


[ “ Syukran Abang Ali, Ana tiap-tiap hari mengalirkan air mata.. Mengenangkan dosa yang ana lakukan sebelum ini… Cukup setakat enta doakan kesejahteraan ana..”]


Mesej Suhaib ini menyebabkan saya sayu dan sebak. Dengan perasaan yang begitu, saya membalas kepadanya .


[ “ Akhi, apa yang berlaku kepada kita, adalah ketentuan Sang Maha Pengasih. Ana menangis dan gugur jua air mata ana apabila mengenangkan apa yang berlaku kepada anta. Berat mata ana memandang dan berat lagi bahu anta untuk hadapi semua ini. Redha adalah kekuatan untuk jiwa anta. Yakinlah sahabatku, di sana terdapat HIKMAH yang tersirat yang kita tidak ketahui. Doa kami untuk anta. Ana uhibukafillah.”]

Perasaan seorang sahabat



Saya tidak dapat menulis dengan baik, kerana jiwa saya agak terganggu. Apa yang berlaku kepada Suhaib, banyak meninggalkan kesan buat diri saya. Di sini, antara yang rapat dan akrab dengan saya adalah Suhaib.


Yang selalu bertanya khabar, jika saya memerlukan bantuan dan pertolongan
Yang selalu menemani saya berjogging di waktu lapang
Yang sentiasa mengajak saya keluar makan bersama
Yang tidak lokek berkongsi masalah dan cerita
Yang selalu ingatkan sesuatu, jika saya lupa

Semoga Allah SWT, merahmati dan menyembuhkan sahabat saya ini dengan sesegera mungkin. Dan Allah kurniakan sifat ketabahan dan keredhaan dalam jiwa dan hatinya.


Hebatnya sebuah program bukan kerana ia kelihatan megah, berbentuk mega atau tempat yang serba lengkap, tetapi ia dapat memberi kesan kepada jiwa & hati kita untuk terus dekat dengan Allah SWT


Tarbiyah diri dengan apa jua peristiwa yang berlaku

Ibrah dan pengajaran apa yang menimpa akhi Suhaib adalah suatu ibrah yang sangat mendalam kesan dan pengaruhnya kepada kami di sini. Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh belajar daripada apa yang terjadi ini. Semoga perisitiwa ini adalah teguran, peringatan dan pengajaran daripada ALLAH SWT kepada kita semua, generasi muda untuk perancangan di masa hadapan.

Sebelum ini Abu Umar ada memperingatkan kita tentang kepentingan kita merancang tenaga dan masa kita dalam pengendalian program. Antara asbab yang berlaku peristiwa baru-baru ini ialah kerana sahabat kita keletihan dan mengganggu penumpuan mereka kerana menguruskan program. Seharusnya kita dalam melaksanakan kem perlu bijak dan sentiasa mengambil peluang untuk berehat dan bertenaga agar kita mampu perform sepanjang kem berlangsung.

Trend generasi muda kini dalam


Dalam pemerhatian saya, kebanyakan kem saya ikuti kebanyakan Ahli Jawatan Kuasa komuniti program akan melaksanakan kem dengan bertungkus lumus dan usaha yang bersungguh-sungguh. Namun, mereka mengabaikan satu aspek yang sangat penting iaitu diri mereka sendiri.


Mereka tekun menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan tetapi mereka bagaikan terlupa untuk memberikan ruang serta peluang badan mereka rehat dan waktu untuk mengumpul tenaga.

Abu Umar selalu ingatkan saya, kita kena rancang penggunaan tenaga kita. Jika kem itu mengambil masa 3 hari, rancang dan agihkan kerja agar kita betul-betul cukup rehat dan boleh menjalankan program dengan baik dan selesa.

Ada waktu, perlukan pengagihan waktu dan masa. Ada individu yang berehat dan ada yang berkerja. Penjadualan pengiliran gerak kerja dalam suasana kem atau program adalah sesuatu yang perlu!!

Kebanyakan kita juga, begitu ghairah menjalankan aktiviti program dan pengisian untuk para peserta, tetapi kekadang mereka terlupa untuk pengisian diri sendiri. Ada yang sibuk untuk mengurus tugasan jawatan kuasa, sehingga menunaikan solat fardu di akhir waktu. Ada ketikanya juga, Al-Quran terlupa untuk ditatap dan dibaca sehingga jiwa rasa kekosongan dan kaku. Semua ini adalah suatu yang realiti kerana ketika program berlangsung kebanyakan kita sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Bukan sahaja peserta yang perlu diisi dengan pengisian jiwa, tetapi apa urusetia dan penganjur juga harus mempunyai pengisian yang memberi kekuatan kepada ruh mereka

Ingatan berguna

Hebatnya program kita bukannya kepada pengurusan yang mantap, alatan bantuan program yang canggih serta uptodate, program berjalan dengan begitu lancar tanpa cacat cela atau program itu Nampak gah dan bersifat mega. Tetapi yang kita tekankan ialah keberkesanan program itu kepada diri kita sebagai pengajur, urusetia mahupun peserta. Program yang baik ialah program yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT dan hati serta jiwa kita sentiasa berhubungan dengan ALLAH SWT.

Inilah keberkatan yang akan ALLAH SWT berikan sepanjang program jika aspek-aspek dalaman seperti ini dijaga dan dititik beratkan. Saya suka ingatkan tentang nasihat Ustaz Muhtad, sahabat saya setiap kali kami laksanakan kem atau program :



Pertama
, kita jaga hubungan hati kita dengan Allah SWT, jaga keikhlasan dan niat kerana Allah SWT.



Kedua
, jaga Solat Tahajud dan bangun ditengah malam sewaktu kem untuk bermunajat mohon agar Allah SWT permudahkan perjalanan kem ini.


Ketiga
, kita melaksanakan kem ini hendaklah pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT bukan kepada persiapan dan persediaan kita yang mantap.



Keempat
, memelihara ukhuwah sepanjang program berlangsung semasa urusetia mahupun peserta. Banyak berdoa dan hubungkan jiwa dengan Allah SWT agar Allah SWT permudahkan

Kelima, menitik beratkan ibadah harian tanpa sebarang pengabaian walaupun sesibuk mana. Solat Fardu, Al-Quran, Zikrullah dan lain-lain.

Inilah ibrah buat semua

Inilah pengajaran yang saya perolehi daripada peristiwa yang menimpa sahabat saya ini. Semoga kita semua sedar akan hakikat ini. Seorang Trainer dan juga veteran yang begitu berpengalaman dalam pengendalian kem, Pak Cik Mustafa Kamil selalu ingatkan saya tentang 3 perkara ini apabila melakukan kem :


“ Kerja macam kuli”


“ Makan macam raja”


“Tidur seperti permaisuri”


Maksudnya, kerja kuat dan bersungguh-sungguh, makanan biar cukup untuk tenaga, dan rehat pastikan mencukupi dan selesa!


Kerendahan hati, selalu merujuk, dan banyak bertanya kepada mereka-mereka yang lebih berpengalaman dalam apa jua hal agar kita sentiasa dipandu dan dibimbing kerana, di situlah terletak nilai sebuah perkongsian, keakraban dan kemesraan generasi muda dan generasi berusia!

Read more...

Konsert Lifeline 4 GAZA @ KL

Sunday, March 28, 2010



"Marilah bergading bahu untuk membebaskan bumi Palestin. HALUAN Malaysia berpandangan bahawa seluruh umat Islam sama ada individu mahupun kumpulan-kumpulan, persatuan-persatuan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu padu, bekerjasama dan bantu membantu dalam menggembleng tenaga untuk menyelesaikan isu ini." -
Dr Haji Abdullah Sudin Bin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia


Maklumat Lanjut boleh layari web Lifeline4Gaza ; Break the Siege


Ustaz Muzakkir Che Ani, Setiausaha HALUANSiswa National

Ribuan Manusia yang datang, memberi sokongan




Golongan wanita dan kanak-kanak turut hadir menunjukan semangat kesatuan ummah




Yang muda dan yang berusia bergadingan bahu



Kibarkan bendera keamanan



Suasana Dewan yang bergegar



Penampilan Istimewa ; Shoutul Harokah dari Indonesia


Persembahan yang mantap dan bertenaga



Brother Muadz



Pak Rashid turut menyumbang suaranya. Sajak yang menyentuh hati



Inilah generasi pewaris yang akan meneruskan agenda penyatuan Ummah


HALUANSiswa ; AJK dan Urusetia Induk program yang bertungkus lumus menjayakannya.Tahniah

Read more...

Charity Lunch Save Palestine @ Kelantan

Program yang bermakna dan berharga buat kami


Pintu Masuk, Ballroom Hotel New Pasific tempat Majlis diadakan

Saya dan Mamu bersama kumpulan Shoutul Harokah



Tetamu Terhormat Y Berhormat Dato' Haji Ahmad Haji Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama Y Bhg Dr Haji Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia



Suasana Dewan yang dihadiri lebih 400 orang


Persembahan Shoutul Harokah yang bertenaga dan bersemangat


Kumpulan yang mengobarkan lagu-lagu yang bertemakan semangat Jihad dan perjuangan Palestine


Teruskan Semangat juang dan berjuanganmu!!

Urusetia di sebalik Tabir
Disebalik name tag ini, kami memperolehi pengalaman dan ilmu yang berharga dalam menganjurkan program sebegini.

Read more...

Tarbiyah Melahirkan "Soleh" Wa "Musleh"

Friday, March 26, 2010

Mendidik diri memerlukan kesabaran yang tinggi


TARBIYAH MELAHIRKAN SOLEH WA MUSLEH

Oleh : BroHamzah

Ia bukan sekadar proses biasa

“ Proses Tarbiyah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi SOLEH sahaja. Tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai MUSLEH,” kata Al Fadhli Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.

Seingat saya inilah pertama kali, perkataan Musleh yang saya dengar. “ Musleh membawa maksud orang yang membaiki. Asal pada perkataan “islah.”

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan kea rah yang lebih baik.

“ Baiki diri kamu dan ajaklah orang lain,” Pesanan Mustafa Masyhur untuk kita.

“ Inilah yang dinamakan sahsiah islamiyah. Peribadi yang Allah SWT suka dan kasih,” Penerangan UDMZ sememangnya simple dan mudah. Saya tekun mendengar nasihatnya pada kami dalam satu perhimpunan pagi.

Sewaktu di sekolah menengah dahulu, murabbi di MATRI sangat-sangat menekankan tentang proses pendidikan atau Tarbiyah. Ia sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut dan dihubung kaitkan dengan setiap aktiviti pelajar.

“ Proses tarbiyah mesti berlaku dalam setiap tindakan dan kehidupan kita. Sehingga ia menjadi malakah (darah daging kita),” kata Ustaz.

Inilah penekanan dan fokus yang ditekankan sewaktu proses awal saya dididik dengan proses tarbiyah Islamiyah. Perkataan tarbiyah ini menjadi sesuatu yang istimewa dan diakan menjadi satu yang mesti disebut dan proses pentarbiyahan itu akan dilaksanakan secara meneyeluruh agar hasilannya adalah sesuatu yang diharapkan oleh Allah SWT.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah Islamiyah dan Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.




Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”

(HR Al Baihaqi)

lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Saya berhajat ingin kongsikan satu tips atau faktor kejayaan proses Tarbiyah yang dinyatakan oleh seorang Ulamak yang terkenal.

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

Pertama

Kita harus memilikit satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan.

Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

Kedua

Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

Sumbernya jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah.

Ketiga

Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.

Keempat

Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.

Saya juga pernah kongsikan pengalaman-pengalaman saya bersama beberapa orang Pemimpin, dan juga Murrabi yang ada disekeliling saya. Mungkin artikel ini akan memberi manfaat sebagai bahan bacaan dan perkongsian. Hasrat & Impian. dan Hargai Masa - Pengalaman Bersama Pemimpin.

Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.

Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

Kelima

Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD.

Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.

Saya juga pernah berkongsi tentang seorang Murabbi yang sangat saya hormati dalam satu artikel “ Murrabi Ummah”. Semoga Allah SWT merahmati semua murrabi yang pernah mendidik kita semua dengan keikhlasan dan kasih sayang.


Keenam

Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

Hari ini sekiranya kita banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program, kita juga kena penilaian semula keberkesanan program itu terhadap jiwa, hati dan sanubari kita. MAZA juga pernah berpesan : “Program berjalan tetapi proses tidak berlaku”.


Penutup

Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.

Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).

Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Read more...

Berputiknya Sebuah Kebahagiaan

Wednesday, March 24, 2010

Jalan yang akan membawa kita kepada kebahagiaan ialah keimanan dan keyakinan kepada ALLAH SWT

Berputiknya Sebuah Kebahagiaan

Oleh : BroHamzah

“ Abang kenapa dalam hidup saya penuh dengan masalah?,” Seorang adik peserta bertemu dengan saya setelah program tamat.


“ Saya ada seorang ayah. Tapi saya… saya sangat benci ayah saya. Bagi saya, dia bukan ayah kandung saya,”tiba-tiba air matanya mengalir membasahi pipi.

Saya terdiam. Sambil merenungi wajahnya.


“ Ayah saya tidak pernah solat. Puasa pun tidak. Malah suka mencuri…Saya malu abang. Saya..,” adik itu berkata-kata sambil tersedu.


“ Kenapa ayah saya tidak seperti ayah orang lain. Saya tengok orang lain bahagia dengan ayah mereka.Tapi saya.. terseksa dengan ayah saya,” luahannya menyentuh hati saya.


“ Saya inginkan kebahagiaan abang..Kebahagiaan yang sebenar,” Tersekat-sekat adik untuk berbicara.

Peristiwa ini telah berlalu 2 tahun yang lalu, tetapi ia masih segar dalam ingatan saya dan ia sangat berbekas pada hati saya kerana adik ini seorang lelaki. Jarang saya temui para peserta lelaki yang menangis dihadapan saya apabila berkongsi kisah atau masalah hidup mereka.

Lama juga saya berbual dan berkongsi luahan perasaannya. Kisah hidupnya adalah kisah hidup seorang anak yang dahagakan sentuhan kasih sayang dan belaian perhatian seorang ayah. Saya akui, ayahnya adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.



Membiarkan anak-anaknya tanpa diberi nafkah kehidupan dan tidak menghiraukan langsung keadaan anak-anaknya. Apatah lagi, menjalankan tanggungjawabnya dalam soal pendidikan agama kepada anak-anak.


Daripada riak dan air mukanya, dia sangat-sangat membenci ayahnya. Saya akan terkedu apabila dia menyebut :



“ Saya benci ayah saya sebenci-bencinya. Kalau boleh saya tidak mahu menatap wajahnya. Biar wajahnya luput dari ingatan saya,” Katanya dengan nada yang keras.

Hilangnya sebuah kebahagiaan

Inilah salah satu kisah, daripada beribu-ribu dan bermacam-macam lagi kisah yang berlaku dalam masyarakat kita. Malah ada kisah yang lebih menyayat hati dan tersentak hati kita jika diketahui. Dewasa ini, harga sebuah kebahagiaan itu kian pudar dan semakin tersirna daripada kehidupan manusia. Kebahagiaan yang boleh membawa sinar ketenangan dan kedamaian kian pupus ditelan peredaran zaman dan seolah-olah kini bahagia itu bukan lagi juzuk kehidupan yang sangat penting untuk dikecapi.

Erti bahagia yang disalah ertikan

Saya lihat, konsep kebahagiaan pada hari ini juga telah terpesong dan disalah ertikan. Ramai yang menganggap bahagia itu bersumber daripada faktor luaran semata-mata. Bagi mereka ,kebahagiaan itu berpunca dari harta, kuasa, paras rupa dan kelulusan yang dimiliki seseorang.



Kekayaan dan kemewahan dikejari oleh manusia sehingga sanggup bergadai maruah, nyawa dan segala-galanya. Kini, mengejar pangkat dan kekuasaan turut menjadi matlamat utama sehingga sanggup fitnah-menfitnah, tindas-menindas dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun hatta menghilangkan nyawa.



Jika inilah “parameter” bahagia pastinya golongan jutawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan boleh dikatakan sebagai individu yang bahagia.

Tetapi, sebenarnya bahagia bukan diukur pada aspek-aspek luaran seperti ini. Mari kita teliti, apakah kehidupan mereka ini bahagia? Kita lihat artis-artis Hollywood yang hartanya berbillion dolar, rupaparas menawan dan nama tersohor seantero dunia, tetapi mereka ditimpa masalah yang kronik menyeksakan jiwa dan membebankan fikiran.


Tiger Woods pemain golf bergelar jutawan yang hebat di padang golf akhirnya kecundang apabila memiliki tabiat buruknya dalam hubungan skandal dengan wanita. Madona dan Paris Hilton walaupun memiliki wajah yang jelita tetapi dicerca dan dikutuk kerana berkelakuan buruk.


Selebiriti yang lain seperti Brigitte Bardot dan Whitney Houston mengalami gangguan sakit jiwa sehingga dikatakan gila. Bob Marley membunuh diri kerana tekanan kehidupan. Kenamaan terkenal seperti Bill Clinton, Lady Diana, Cindy Crawford dan Brooke Sheild mengalami krisis rumah tangga sehingga ada yang bercerai berai mahligai keluarga mereka.


Ini belum kira lagi nasib malang yang menimpa negerawan dan bangsawan tersohor seperti Ferdinand Marcos ( Filipina), Tsar ( Rusia) dan Louis XVI (Perancis). Nampaknya secara jelas, bahagia yang mereka cari bukan terletak kepada faktor luaran itu. Jadi, di manakah kebahagiaan yang sebenarnya?

Mencari Sinar Kebahagiaan

Jadi, apa sebenarnya bahagia?


Mudahnya, kebahagiaan itu ialah apabila kita memiliki hati yang tenang, pasrah dan cekal dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Hati yang tenang itu lahir daripada keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada ALLAH SWT. Jiwanya subur dengan ketaqwaan dan sentiasa pasrah serta bergantungan sepenuhnya kepada ketentuan dan ketetapan Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda : “ Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada sebuah hadis Rasulullah SAW yang sangat terkesan pada hati saya. Daripada Shuhaib RA, sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud :


“ Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan, apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya.” ( Ditakhrij Muslim, 8/125 dalam al-Zuhud)

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata : Rasulullah saw telah membaca ayat ini (maksudnya):


“ Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam ”
( Al-An’am : 125)


Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apakah itu melapangkan ?


Jawab Baginda : Cahaya yang dicampakkan ke dalam hati .


Mereka bertanya lagi : Wahai Rasulullah, adakah ia mempunyai tanda-tanda untuk mengenalinya ?


Jawab Baginda : Ya, ada.


Mereka bertanya lagi : Apakah dia?


Sabda Baginda saw : Mendekati ( menghampiri ) kepada tempat yang kekal ( akhirat ), menjauhi tempat yang menipu ( alam dunia ) dan bersedia untuk mati sebelum mati. (3)


Ketenangan, keimanan, kepasrahan dan kepergantungan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan.



Bahagia, bagi mereka

Yahya bin Khalid al-Barmaky, seorang menteri yang masyhur di zaman Bani Abbas ditanya, “ Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?”

Jawabnya, “ Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud.”

Seorang penyair bernama Hutai’ah berkata :


“ Menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpul harta benda tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia.”

Ibnu Khaldun berpendapat : “ Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan.”

Jadi, di mana BAHAGIA?

Dalam Buku Karya Dr Yusof Al-Qardawi, Iman dan Kehidupan ada satu kisah yang sangat menarik berkaitan kebahagiaan. Kisah berlaku antara sepasang suami dan isteri.

Seorang suami marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya :

“ Aku akan melenyapkan kebahagiaanmu.”

Si isteri menjawab dengan tenang, “ Kamu tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana kamu tidak memapu memberikan kebahagiaan kepadaku.”

Suami bertanya : “ Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?”

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : “ Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu kamu juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain.”

Suami bertanya dengan penuh kehairanan : “ Di manakah kebahagiaanmu?”

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : “ Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimanaku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seseorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah.”

Hati adalah tempat bertapaknya keimanan kepada Allah SWT. Di sini juga la, tempat berputiknya sebuah kebahagiaan. Inilah dasarnya. Sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakal yang tinggi kepada Allah SWT.

Penutup

“ Abang simpati dengan kisah adik. Berat sungguh apa yang adik lalui,” Ujar saya dengan nada yang perlahan.



“ Allah SWT beri ujian ini, tanda Allah SWT sayang kepada kamu. Kuatkan hati dan tabahkan jiwa dengan banyak mengingati Allah SWT. Abang sangat-sangat yakin, kamu akan dapat hadapi semua ini dengan kekuatan iman dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT.”


“ Orang mukmin itu tidak pernah berburuk sangka kepada Allah SWT. Dia yakin apa jua ujian yang menimpa dirinya ada hikmah dan terpancar kasih sayang Allah SWT kepadanya.


“ Jika adik ingin bahagia, bukannya bergantung sepenuhnya kepada ayah adik. Kamu sebenarnya boleh memperolehi kebahagiaan.”

“ Macam mana abang?,” Tanya adik itu dengan wajah yang bersungguh.


“ Beriman dengan Allah SWT dengan sifat redha dan tawakal yang tinggi kepadanya. Jaga hubungan hati dengan Allah SWT sehingga kamu benar-benar kuat jiwa dan sentiasa pasrah dan bergantung segalanya kepada Allah SWT.”


“ Terima kasih, abang. Atas nasihat. Saya luah kat abang ini pun dah lega jiwa saya sikit,” ujarnya.


“ InsyaALLAH,” Jawab saya ringkas.

Ya Allah, bantulah dia agar kebahagiaan itu kembali berputik di sanubarinya..



Read more...

Santai ~ Sekitar Pewaris V @ ALERT 1

Tuesday, March 23, 2010

Para Pemuda & Pemudi Harapan Ummah



Alhamdulillah, dua minggu lepas saya sempat bersama-sama adik-adik KeARAH dalam satu Perkhemahan Kebangsaan KeARAH yang diadakan di Perlis. Saya rasa sangat-sangat gembira dan begitu teruja melihat wajah-wajah muda yang menyertai kem ini. Baru-baru ini, saya sempat bertanya salah seorang peserta mengenai perasaannya tentang kem ini. Jawapan ringkas sahaja.



" The Best Camp In The World!,"



Tahniah untuk semua yang terlibat dan berusaha keras untuk menjayakan kem ini.Semoga usaha antum diberkati Allah SWT.


CORETAN KEM @ Berita KeARAH National

Seramai 143 pimpinan remaja berserta lebih 60 fasilitator HALUANsiswa dari seluruh negara telah berkampung selama tiga hari dua malam di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat untuk menghadiri ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS 5) di sini. Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", program yang kali kelima diadakan ini menampilkan beberapa tokoh, antara lainnya Tuan Haji Mohd. Abdoh Zainal Abidin yang membentangkan kertas kerja "Youth in Islamic Renaissance", al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Osman, "Islam and Da'wah" dan Tuan Haji Abdul Nasir Salleh, "Collective Da'wah".

Sesi Forum " Dakwah @ Dakwa"

Turut bersama dengan program tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional ini ialah beberapa tokoh belia iaitu saudara Mohd. Fadhli Mohd. Diah (Setiausaha KeARAH Nasional), al-Fadhil Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff (Timbalan YDP II HALUAN Kedah) dan Ustaz 'Ali 'Irfan Jamalludin (Ahli Majlis Tertinggi HALUANsiswa) sebagai panel forum yang mendiskusikan usul "Dakwah atau Dakwa?" bersama moderator, Ustaz Afdholul Rahman Che Ani. Turut turun hadir untuk berkongsi dalam PeWARIS kali ini ialah Cikgu Azmi Bahari, Ustaz Fazlon dan Cikgu Md Adi.

Jalan-jalan sambil Berdakwah @ Kangar

Kemuncak ALERT2010 ialah Ucaptama Khas oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Youth in Islamic Renaissance" pada Sabtu malam. Beliau kemudiannya menyempurnakan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH Nasional. Beliau sempat menyatakan rasa gembira beliau berhadapan dengan peserta ALERT2010 selaku pemimpin remaja di negeri masing-masing dan melafazkan harapan tinggi beliau kepada mereka untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti kepada masyarakat.


Mujahidah berdiri melaungkan alunan Nasyid Tema

Terdahulu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar antara lainnya XPDC Utopia yang menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih setelah para peserta menyerbu jalan, lorong dan kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat dengan jalan-jalan mencari mentee. Selain XPDC Utopia, peserta juga menjalani modul CounterStrike, Think Tank, Synergy dan Break the Ice.




Urusetia juga bersiap sedia membantu



Bakal pewaris Kepimpinan Ummah


Kenali Kelab Remaja HALUAN ( KeARAH)

Read more...

Mauqif Sirah - Masyhur di Persada Langit

Monday, March 22, 2010

Membina kebahagian melalui pemilihan pasangan hidup


Mauqif Sirah – Julaibib RA, Sahabat Masyhur di Langit


SIRAH UNTUK DIDALAMI



Mendalami, menghayati dan mecontohi Sirah para sahabat RA adalah salah satu daripada wasilah dalam memproses diri. Seharusnya kita menjadikan mereka sebagai role model, qudwah yang hidup untuk kita contohi.



Seorang sahabat saya, Ustaz Ahmad Muhtad Yusof, selalu mengambarkan bahawa para sahabat yang didik oleh Rasulullah ini “dirasuk” oleh keimanan sehingga lahirlah peribadi-peribadi yang sangat hebat dan unik.



Saya ingin kongsikan satu Sirah yang sangat menyentuh hati saya tentang seorang sahabat Rasulullah SAW yang tidak terkenal malah namanya jarang disebut-sebut dalam Sirah.Tetapi sahabat ini Masyhur di langit sana.



Kita akui beberapa nama yang terselit dicelah-celah lipatan sejarah yang mungkin tidak dirasai oleh masyarakat dizaman mereka tetapi ternyata nama-nama mereka masyhur di persada langit.

SAHABAT NABI YANG BERBUDI



Julaibib RA pemuda miskin yang tak berharta dan rupa. Hidupnya merempat bahkan suatu hari ia lalu didepan baginda Rasulullah SAW lalu ditegur lembut oleh baginda SAW' "Apa kamu tidak ingin berkahwin wahai Julaibib" lalu responnya ringkas "Dengan siapa ya Rasulullah SAW?"



"Siapakah orang yang sanggup mengahwinkan puterinya pada saya?" Ya, siapa yang sanggup mengahwinkan anaknya dengan pemuda hodoh dan hitam serta tiba di Madinah tanpa diketahui nasab keturunannya. Sedangkan tidak tahu nasab keturunan itu adalah satu kecacatan sosial bagi masyarakat arab. Kainnya usang. Pakaiannya lusuh. Kakinya pecah-pecah tak beralas. Tak ada rumah untuk berteduh. Tidur merempat berbantalkan tangan, berkasutkan pasir dan kerikil. Tak ada harta. Minum hanya dari kolam umum yang diceduk dengan tapak tangan yang hitam dan kasar.

Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, pernah berkata tentang Julaibib, “Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kamu! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mengerikan padanya!” "Dengan siapa ya Rasulullah SAW?" "Adakah orang yang sanggup mengahwinkan puterinya pada saya?" Ya, itulah jawapan Julaibib dengan penuh ketenangan tanpa sedikitpun tanda-tanda kesal dan kecewa.


Jawapan dari seorang yang jiwanya penuh keimanan. Dia sentiasa berada di saf depan ketika solat jemaah ataupun peperangan. Hatinya penuh ketaqwaan dan kepasrahan, jiwanya adalah sarang kebahagiaan dan qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada). Hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah bertanya lagi. “Julaibib, tidakkah engkau mahu berkahwin?”. Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu.



Tiga kali. Tiga hari berturut-turut. Dan di hari ketiga itulah, Nabi SAW memegang lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Anshar. “Aku ingin”, kata Rasulullah pada si empunya rumah, “Menikahkan puterimu.” “Betapa indahnya dan betapa barakahnya”, Begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahawa Nabi lah calon menantunya. “Ooh.. Ya Rasulullah,ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan kesuraman di rumah kami.” “Tetapi bukan untukku”, kata Rasulullah, “Ku pinang puterimu untuk Julaibib” “Julaibib?”, nyaris terpekik ayah si gadis jelita itu.



JAWAPAN KEIMANAN



“Ya. Untuk Julaibib.” “Ya Rasulullah”, terdengar helaan nafas berat. “Saya harus berbincang dengan isteri saya tentang hal ini” “Dengan Julaibib?”, isterinya berseru, “Bagaimana mungkin? Julaibib berwajah hodoh, tak bernasab, tak berkabilah, tak berpangkat, dan tak berharta. Demi Allah tidak. Tidak akan pernah puteri kita dikahwinkan dengan Julaibib” Perdebatan itu tidak berlangsung lama. Si puteri dari balik tirai berkata dengan nada lembut, “Siapa yang meminta?” Si ayah dan si ibu lalu memberi penjelasan. “Apakah ibu dan ayah hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, kerana Rasulullah yang meminta, maka takkan ia akan membawa kehancuran dan kerugian bagiku”. Si gadis yang solehah lalu membaca ayat ini :



“Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al Ahzab : 36)


Dan Nabi SAW dengan tertunduk berdoa untuk gadis solehah, “Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..” Akhirnya terbinalah rumahtangga di atas dasar iman. Sehinggalah seruan jihad berkemundang lalu Julaibib seperti biasa menyahutnya tanpa ragu-ragu dan berat. Dia membunuh 7 orang kafir hingga dirinya sendiri syahid. Setelah selesai peperangan datang sahabat melaporkan nama-nama yang syahid tetapi ia terlupa melaporkan kesyahidan Julaibib. Ya, mungkin nama Julaibib tidak sepenting pejuang lain. Namun Rasulullah SAW merasai sedikit keanehan.



"Tapi aku merasa kehilangan Julaibib." Kata Rasulullah SAW lalu dicari hingga bertemu jenazah Julaibib dalam keadaan tertutup pasir. Lalu Rasulullah SAW membersihkan pasir dari wajahnya dengan tangan baginda yang mulia sambil bersabda "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuh, kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu."


MASYA ALLAH



Ketika pertama kali membaca sirah ini, hati saya sangat mengagum insan yang bernama Julaibib ini dan juga puteri solehah yang akhirnya menjadi isteri Julaibib ini. Kisah ini adalah kisah keimanan dan kepasrahan yang sangat besar pengajarannya buat kita.


Dalam soal pemilihan pasangan hidup, bukanlah kecantikan rupa paras, kemewahan harta dan keturunan yang berpangkat itu menjadi faktor utama pemilihan. Tetapi faktor agama atau deen itu diletakkan sebagai ASAS pemilihan.



Pasangan hidup yang ingin kita pilih itu haruslah SOLEH/ SOLEHAH, sukakan kebaikan, jiwanya penuh dengan cita-cita serta hasrat untuk membaiki diri dan yang terpenting ia berada dalam jalan untuk memproses diri menjadi hamba Allah SWT yang berTAQWA.

SUKAR?



“ Susah lah hendak cari pasangan yang macam tu, ustaz,” komen seorang pelajar kepada saya.


Saya terdiam. Dan teringat satu kata-kata Abu Munzir.



“ Kita, jangan CARI tetapi kita MINTA dengan ALLAH SWT.”



Jawapan ringkas. Tetapi menuntut supaya dia berfikir, ikhtiyar dan berusaha.


“ Kalau kamu hajatkan yang SOLEHAH, kamu SOLEHkan diri kamu dulu. Ini fitrah yang telah ALLAH SWT tetapkan,”



Semoga semua impian kita dikabulkan oleh Allah SWT. InsyaALLAH.

Read more...

Himmah Membara, Ia Semakin Pudar

Sunday, March 21, 2010

Kita lesu, kerana himmah kita kian pudar akhi..


Himmah Membara
Oleh : BroHamzah

Perkongsian yang sangat bermakna

Hujung minggu lepas, saya bermusafir dengan seorang Murrabi yang sangat berpengalaman dalam amal Islami dan sangat bersungguh-sungguh dalam dakwah dan tarbiyah. Bermula pada hari Selasa lepas sehingga pada hari Khamis, banyak perkongsian ilmu, pengalaman, dan tips-tips peningkatan diri telah dicurahkan kepada saya dan seorang lagi teman saya iaitu Ustaz Zulkifli Mohamed.

Murrabi yang saya maksudkan ialah Abu Munzir. Sepanjang masa bersamanya, bibirnya sentiasa membakar semangat kami dengan kalam-kalam nasihat, tidak jemu bercerita kisah-kisah yang dilaluinya dalam proses tarbiyah dan sentiasa membangkitkan syuur kami untuk sentiasa berada dalam keadaan sedar untuk diproses diri serta hati agar dekat dengan Allah SWT.

Beliau tidak berhenti bercakap, bercerita, berkongsi, bergurau dan berceramah sepanjang hari. Tiada riak wajah keletihan dan kepenatan. Seolah-olah beliau sangat bahagia dan gembira dalam berkongsi cerita. Saya yakin, beliau bahagia dengan memberi. Daripada pagi sehingga ke malam, beliau sedaya upaya menyampaikan kalimah Allah ini dengan sedaya upaya yang mungkin.

Lemahnya Himmah

Saya teringat, ada satu ceramahnya Abu Munzir ada menyebut tentang realiti pemuda yang ada pada hari ini.



“ Salah satu fenomena yang ada pada diri para remaja dan pemuda dewasa ini ialah lemahnya HIMMAH mereka dalam kehidupan seharian. Tanpa Himmah dalam jiwa, segala perbuatan kita adalah lemah, tidak bersemangat dan kurang mutunya.”

Hilangnya himmah dalam jiwa menyebabkan apa jua yang dilakukan terasa hambar, kosong dan tidak bertenaga. Semua yang dilakukannya, ibarat melepaskan batuk di tangga. Tiada kesungguhan, tiada perasaan yang membara malah kelesuan itu yang menyebabkan segala yang dilakukan kelihatan kaku dan tidak bermaya.


Seorang sahabat saya pernah menasihati saya :


" Akhi, Kita lesu, kerana himmah kita kian pudar."


Himmah yang dicari


Himmah, adalah sesuatu yang diminati untuk dikerjakan. Al-Himmah adalah faktor yang mendorong untuk mengerjakan sesuatu dengan bersemangat dan bertenaga. Ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah hasrat yang kuat atau cita-cita yang tinggi.

Ibnul Qayyim dalam Madarijus- Salikin menyatakan : “ Himmah adalah awal hasrat. Secara khusus, orang-orang mengertikannya sebagai puncak hasrat. Hammu adalah permulaan hasrat, dan himmah adalah puncak hasrat.”

Letak Himmah ada di Hati

Himmah adalah pekerjaan hati, dan yang dapat menguasai hati adalah pemiliknya sendiri. Sebagaimana burung yang terbang dengan menggunakan sepasang sayapnya, manusia terbang menggunakan himmah atau hasratnya yang akan membawanya ke puncak tertinggi.

Imam Ibnul Qayyim RA mengatakan, : “ Ketahuilah, sesungguhnya seorang hamba yang mampu menempuh langkah-langkah perjalanan menuju Allah SWT adalah kerana tekad hati serta hasratnya, bukan kerana tubuhnya. Pada hakikatnya, takwa adalah takwanya hati, buka takwanya anggota tubuh.”



Allah SWT berfirman :



“ Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengaungkan syiar-syiar Allah, maka sesunggunya itu timbul dari ketakwaan hati.”


(Al-Hajj : 32)

Orang yang cergas adalah orang yang menempuh perjalanan dengan semangat yang sihat, himmah(cita-cita) yang tinggi, tujuan yang baik, dan niat yang benar. Sesungguhnya dengan himmah dan rasa cinta yang membara dan hangat itu dapat menghilangkan segala kepayahan, kesukaran dan kegetiran, dan malah diberi nikmat kemanisan iman dalam meniti perjalanan menuju Allah SWT.

Saya masih ingat, ketika saya bersama Abu Munzir dan rakan-rakan di dalam LRT sebaik sahaja baru pulang daripada Pameran Buku Antarabangsa. Ketika masing-masing dalam keletihan dan kepenatan, Abu Munzir ada menyebut :



“ Bagi seorang dai’, kepenatan dan keletihan adalah satu kenikmatan dan kemanisan yang mengalir dalam hati dan jiwanya.”



Jawapan ini, adalah jawapan keimanan yang di dalam jiwanya ada himmah yang membara. Biar pun penat, kemanisan itulah yang dicari.


Ada benar ungkapan ini :


“ Himmah yang tinggi, kehendak yang membara, dan semangat pencarian yang kuat, adalah sebahagian dari kesempurnaan hidup.”

Ibrah untuk jiwa

Tanya pada diri, jika kita ini sentiasa lesu dan tidak bermaya.



Adakah kita masih mempunyai sekelumit himmah dihati dan ada pengharapan untuk memiliki sebuah perjuangan kehidupan



Apa gunanya hidup, jika ingin seperti kebanyakan insan


Bangun, makan, kerja, tidur dan bergembira sahaja.


Syukurlah sekiranya masih dikurniakan dalam hati, perasaan ingin membela deen Allah SWT dan dianugerahi perasaan untuk berjuang mempertahankan iman di sanubari.

Untuk memiliki himmah yang tinggi, pastinya kita akan menempuhi jalan kesukaran. Itu sudah pasti.



Sebagai penutup, saya kongsikan satu syair Arab yang menusuk hati.



Seorang penyair bermadah ;



Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi,
“ Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang
mustahil”

Penyair lain menyatakan ;

Kenistaan itu ada pada jiwa yang kerdil dan aku tidak melihat kemuliaan kehidupan mulia, tanpa dilalui dengan bersusah payah




Jadi bagaimana untuk tingkatkan perasaan Himmah ini?




Jawapannya,




Go back to the basic


"baiki hati dan hubungan dengan Allah SWT."

Read more...

Seminar Baitul Muslim @ KTD - Hebahan Awal


" Ke Arah Pembentukan Baitul Muslim Yang Diredhai Oleh Allah SWT"

Read more...

Ayuh Kita Meriahkan Nya - Hari Terbuka KTD

Saturday, March 20, 2010


HARI TERBUKA KTD DAN MAJLIS KONVOKESYEN
26 DAN 27 JUN 2010
Di Kolej Teknologi Darul Naim
Kelantan
PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP