Nota Dakwah

Wednesday, September 30, 2009

Warna Warni Kehidupan

Oleh : BroHamzah

http://brohamzah.blogspot.com

Permintaan dan Seruan

“Salam, Akhi. Jiwa ana terasa amat lemah pada saat ini. Ana kalah dengan nafsu ana. Bantu dan bimbinglah sahabatmu ini.”

“ Salam. Maaf menganggu. Berikanlah ana nasihat. Ana gusar. Di sini, mujahadah nafsu ana semakin lemah..Ana bimbang syaitan dan nafsu akan kuasai diri ana ke arah kemungkaran.”

“ Salam, abang. Kenapa jiwa saya sangat kosong. Saya rasa hari ini hilang keceriaan hidup saya. Saya rasa lain macam sahaja hari ini.”

“ Assalamualaikum, sahabat ku. Berikanlah ingatan kepada diriku ini. Ana perlukan pengisian rohani, mental dan fizikal.”

“ Marilah kita jadikan Ramadhan yang berlalu sebagai turning point perubahan untuk meraih Taqwa. Tingkatkan proses Tarbiyah diri sehingga ke akhir hayat.”

Seminggu selepas raya, ramai kenalan dan sahabat-sahabat saya meminta nasihat dan menasihati saya. Ada melalui SMS, ada melalui emeail dank omen di Blog. Alhamdulillah, ini satu pentanda yang sangat baik. Saya sukakan suasana dan keadaan ini. Inilah adalah hasil dan natijah Ramadhan. Kenapa saya katakana begitu? Kerana masing-masing sangat peka dan sensitif dengan jiwa masing-masing. Ramai yang bimbang dan resah apabila jiwanya kalah dengan nafsu.

Tahniah sahabat-sahabat. Kita hidupkan suasana tarbawi yang mendidik. Kita sibukan diri dengan proses ingat- mengingati dan saling nasihat-menasihati.

Bagi menjawab persoalan dan permintaan nasihat, saya kira Nasihat Abu Umar ini sangat-sangat sesuai untuk jiwa kita yang kekadang dilanda kelesuan dan diasak dengan pelbagai tekanan kehidupan. Terutamanya bagi yang menajamkan dirinya dalam lorongan Dakwah dan Tarbiyah. Ada masa kita bersemangat dan aktif.Ada tikanya kita lesu tidak bermaya. Ayuh kita rawat dan pulihkan kekosongan dan kelesuan itu.Semoga jiwa kita terus hidup dan segar.


Nasihat Abu Umar


Sememangnya perjalanan dakwah itu ada naik turunnya. Ada masa-masa kita mendaki yang menuntut kekuatan jiwa, ketabahan, kepasrahan dan keyakinan yang teguh kepada apa yang Allah janjikan serta keyakinan kepada ancaman-ancamannya. Jiwa kita akan semakin lemah jika kita masih memberi pilihan pada jiwa kita untuk memilih antara kebenaran dan kebathilan. Ada juga masa-masa kita menurun; langkahnya ringan dan menyenangkan. Kadang-kadang jiwa kita terikat untuk rehat dan terus rehat. Bunga-bunga ukhuwah dan kebersamaan menyerbakkan harumannya. Kita merasakan dakwah dan kehidupan itu bersatu dan benar-benar membahagiakan kita.



Inilah warna warni kehidupan menuju Allah SWT. Kita tidak akan menemui jalan yang menurun selama-lamanya, tidak juga mendaki sepanjang kehidupan. Kita pun tidak berhak membuat pilihan ketika mana kita ingin mendaki dan ketika mana kita ingin menuruni lembah-lembahnya. Kalau pilihan itu berada ditangan kita, tentunya syurga itupun milik kita secara pasti dan kitapun tidak kesunyian dam langkah-langkah kita. Tentunya ramai yang akan menyertai rombongan dakwah ini. Tentunya banyak senyuman yang dapat kita lihat dan tidak banyak lelehan airmata yang menyirami perjalanan kita.



Biarkan Allah yang tentukan jalanNya. Kita hanya mengikuti apa yang dipilihkanNya untuk kita.. Ya, kadang-kadang kita lemah dan langkah kita terasa berat. Mengadulah padaNya dengan penuh harapan. Titiskan airmata kita untuk menangis kelemahan dan ketelanjuran kita. Bukankah kita beriman dengan Kasih Sayang dan PengampunanNya. renungilah KalamNya, carilah kalimah-kalimah yang dapat melembutkan hati kita.Biarkan kalimah-kalimah iman itu menyentuh hati kita. Buka semula lembaran-lembaran sirah, mungkin kisah sedih kita ini tersimpan di dalamnya. Tentunya ada ujian yang lebih berat dan menekan dari apa yang kita tempuhi. Tentunya bukan kita sahaja yang menangis dan kecewa.



Memang luka pada jiwa kita kadang-kadang begitu mendalam dan menyakitkan tetapi anggaplah ianya sebagai bukti cinta kita padaNya. apa lagi yang mampu kita bayar untuk nikmatNya yang tidak terhitung. Kalimah apa lagi yang dapat kita ungkapkan untuk tunjukkan kesyukuran kita.



Ingatlah, Insan akan berjaya mencapai kemuliaan dan redhaNya bukan kerana memiliki keperkasaan dan kekayaan atau pangkat dan kedudukan tetapi memiliki hati yang lembut dan penuh keimanan. Asalkan hati kita sentiasa hidup dan penuh keimanan maka kita akan berjaya meraih redhaNya. Tentunya apa yang Allah timpakan kepada kita mengambil kira kemampuan kita cuma kita perlu berusaha untuk mencari penawarnya.



Akhir sekali, Kesungguhan, keteguhan, kekuatan jiwa dan sebagai adalah natijah atau product iman. Kalau product kita semakin kurang kemungkinan bahan mentah kita yang sebenarnya kurang. kalau bahan mentahnya mencukupi mungkin prosesnya terhenti atau agak perlahan. Telitilah semua itu dari setiap sudut dengan penuh kerendahan dan harapan. mintalah petunjuknya dan tanggalkan keputusasaan dan kecewa dari jiwa kita kerana semua itu tidak pernah sedikitpun membantu kita.

Sedarlah, bahawa kita sebenarnya tidak ada pilihan dan mungkin PILIHAN itulah punca penyakitnya.


Semoga Allah meneguhkan hati-hati kita.

Abu Umar

Read more...

Forgiveness During Eidul Mubarak

Tuesday, September 29, 2009

Forgiveness..

Forgiveness During Eidul Mubarak

By : BroHamzah

Today I attempt to write in English. It’s very hard task for me.. My English is very poor and I try very hard to increase my mastering in this language. So, if all for you see or “terperasan” some writing mistakes please tell me.

Eidul Mubarak

It’s a week after Hari Raya Eidul Fitri and until know it’s all lot of “rumah terbuka” or open house are still in full swing.

But the first thing to do when we arrive at someone’s house is to give a salam at your hosts. What is salam? Salam, in Arabic, means peace. In Kamus Dewan dan Pustaka may define it as a handsake. But for me it give more deeper meaning. It more than just a symbol of friendship.

During Eidul Mubarak, salam signifies the act of seeking and granting forgiveness. It no just as a Malay culture. But It’s a Ibadah. We do it sincerely for saking of Allah SWT. Among men, salam is a firm handsake with the right hand and in rare case, a hug follows. ( It’s actually, called salam sunnah). Women, on the other hand, salam with both hands and they would hug their siblings, relatives or close friends. But your must do this salam with a syara manner. We can salam to everyone who is same gender and mahram with us only.Remember it.

Forgiveness

But the most touching and beautiful in salam, is between the young and their elders, where it is almost mandatory for the former to kiss the hands of the latter as a sign of respect. And no, you don’t pull up their hands to your lips. Instead, you bow low while kissing their hands.

I think salam is a beautiful gesture for both parties. It’s almost as if one is saying “I’m sorry for everything I have done”. And other party replying : “ I forgive you and I am sorry too.”By seeking forgiveness, we let go our pride and admit our faults because we are only human. And by forgiving another, we let go of our emotional baggage and realise that anger isn’t something worth living with.

Lastly, Eidul Mubarak is such a happy occasion because disputes are forgotten as all come together to celebrate. Friendships are renewed, family ties are strengthened and differences are shelved..and what a wonderful felling that is.

To my friend, Sir Fadhli Md Diah.You can check and give a mark for me.Hehe

Read more...

Langitilah.Com

LangitIlahi - Merenungi dan Menghayati Ciptaan Ilahi


Blog Pilihan

Url : http://ms.langitilahi.com

Pemilik : Hilal Asyraf

Fokus : Perkongsian Artikel yang meliputi Motivasi, Pengalaman, Karya, Fikrah Islam dan pelbagai lagi

Siapa Hilal Asyraf?

Beliau merupakan seorang penuntut di Universiti Yarmouk, Jordan. Juga merupakan seorang Blogger yang terkenal di alam siber. Motto blognya ialah “ Mari Menjadi Hamba”. Hilal menjadikan blog/ web beliau sebagai alat untuk menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat siber. Hilal juga bergiat menulis puisi, cerpen dan novel. Kini, karya-karya beliau yang berada di pasaran adalah Novel VT, Relasi, Terasing dan Motivasi LangitiIlahi.

Hilal juga merupakan junior dan sahabat saya semasa di sekolah menengah dahulu. Walaupun hanya sempat setahun sahaja bersamanya kerana ketika itu saya sudah tingkatan 5 dan dia sewaktu itu baru sahaja tingkatan satu, hubungan kami sebagai sahabat terus terjalin kerana saya kerap juga menziarahi guru-guru dan sahabat-sahabat di sekolah lama saya setiap tahun.

Kekuatan Hilal Asyraf

Hilal yang saya kenal, adalah seorang yang serius dan sangat bersungguh dalam setiap kerja yang dilakukan. Namun percaya lah, dihatinya terselit kasih sayang kepada mereka-mereka yang hampir dan dekat denganya. Hilal ingin menjadikan bidang penulisan ini sebagai medan utamanya untuk menyampaikan dan menyebarkan kefahaman Islam.Semoga Allah meredhainya.

Penulisan dan Konsep Tersendiri

Hilal membawa bentuk penulisan yang amat sesuai untuk bacaan umum. Bersahaja, santai dan seolah-olah berbicara secara live dengan para pembacanya. Ranting LangitIlahi melonjak mendadak semenjak corak penulisannya berubah kepada konsep sebegini. Ini kekuatan yang ada pada penulisan web ini.

Saranan Saya

Anda boleh layari blog ini setiap hari kerana ia dikemaskinikan hampir setiap hari. Jadikan ia sebagai web mesti kunjung untuk anda. Sekian

Read more...

Usirlah Kesedihan

Monday, September 28, 2009

Ukirlah Sebuah Senyuman, Kerana Ia Amat Membahagiakan


“ Kesedihan tidak selamanya menutup sinar keceriaan hati,dan kebahagiaan juga tidak selamanya bertakhta di sanubari. Usirlah keresahan, kekecewaan dan kehampaan yang memilukan dari terus mencengkam dan membelenggu hati. Hadirilah rasa kehambaan kepada Allah SWT dengan keimanan yang sebenar agar segala kekusutan yang menyedihkan itu tersirna dari hati insani.”

( BroHamzah ; Sg Kechil, 20 Sept)

Read more...

Imbasan Disentuh Oleh Tarbiyah

Friday, September 25, 2009

MATRI ; Bukan Sekadar Sebuah Sekolah

Imbasan Disentuh oleh Tarbiyah – Bersempena Wacana Lepasan MATRI

Oleh : BroHamzah
brohamzh@yahoo.com
http://brohamzah.blogspot.com

Mengimbau detik-detik awal ketika berada di bumi wakafan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) tentunya membuatkan saya terkenang akan bibit-bibit awal saya dengan MATRI. Tahun 1998 merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini. Seusai tamat pengajian di alam sekolah rendah, Abah memberitahu bahawa saya akan dimasukan ke sebuah sekolah di utara. Katanya di Negeri Perlis. Sebelum ini saya tidak tahu menahu tentang kewujudan ini sehingga Abah membawa saya dan adik-adik ke MATRI pada tahun 1997. Kalau saya tidak silap tahun itu merupakan sambutan 1 dekad sekolah ini.

Semasa di sekolah rendah, saya mempunyai memasang keazaman untuk memasuki sebuah sekolah sains yang terletak diTerengganu. Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim atau Abdul Hamid ( Tak ingat dah). Itu cita-cita masa tu. Saya pulun habis-habisan untuk ke sana. Alhamdullillah dengan keputusan yang cemerlang semasa UPSR saya ditawarkan ke Sekolah tersebut. Sebuah sekolah berasrama penuh. Namun, pada suatu hari Abah memaklumkan bahawa Abah dan Emak hendak masukkan saya ke MATRI. Sebagai seorang anak, saya fikir tentu Abah dan Emak mahukan yang terbaik untuk anaknya. Saya akur dengan hati yang senang dan menolak tawaran ke SBP itu tanpa ragu-ragu.

Saya mendaftar di MATRI pada bulan Ramadhan dan tentunya ini pengalaman pertama berpuasa berjauhan dengan Keluarga. Selepas sesi pendaftaran dan perjumpaan dengan Ibu Bapa pelajar baru, abah saya terus pulang ke Kelantan kerana keesokkan beliau bekerja. Saya agak terkejut dengan suasana yang baru ini. Namun, dengan program orientasi yang disediakan oleh pihak Sekolah saya sedikit sebanyak dapat menyesuaikan diri. Ini pertama kali berjauhan dengan keluarga, kekadang tu mengalirlah jugak air mata ini.( Hehe terbongkar rahsia). Rindukan keluarga. Namun, saya kata pada hati.Ali Kena tabah…

KENANGAN ITU BERMULA

Dari hari ke hari, saya mulai berkenalan dengan Ustaz-ustaz di sini, abang-abang dan sehinggalah kawan-kawan satu batch dengan saya. Kali pertama saya masuk, abang-abang di sini amat peramah dan tidak kekok membantu adik-adik dalam mengurus masalah harian kami. Hidup berasrama dan berdikari mulai mewarnai kehidupan saya. Semua perkara kena buat sendiri. Banyak perkara baru yang dipelajari, di sini saya mulai diminta menggunakan ganti nama “ana” dan “anta” apabila membahasakan diri kami. Mulanya agak kekok, tapi lama-lama boleh diikuti dengan mudah. Bermula dari pagi hinggalah malam, kami perlu mengikuti rutin harian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Bermula saat inilah, saya mulai disentuh oleh Tarbiyah Islamiyah.

Guru-guru, ustaz-ustaz dan abang-abang di sini semuanya ada keunikan dan keistimewaan masing-masing. Teringat Mudir yang dikasihi,Ustaz Dahlan Mohd Zin (UDMZ) orangnya tenang dalam berbicara dan yang menarik ustaz tidak suka orang mencium atau kucup tangannya apabila bersalam. Rendah hati dan sifat tawaduk Ustaz ini amat memikat hati saya. Seorang lagi, cikgu yang saya kagum adalah Cikgu Abduh. Beliau amat tegas dan punyai suara yang kuat dan lantang. Cikgu Abduh selalu menyebut kepada kami : “ Mesti menjadi pelajar TERBAIK dalam DUNIA!!.” Sehingga kini, inilah trademark Cikgu Abduh..

Terlalu banyak kalau nak diceritakan tentang pengalaman saya di sini, namun biarlah saya kongsikan yang penting-penting sahaja. Yang terpenting adalah saya telah mendapat didikan Tarbiyah Islamiyah dan saya memahami tuntutan saya sebagai seorang muslim. Harapan Ust Dahlan Mohd Zain dalam mendidik anak muridnya adalah agar kami memahami peranan kami sebagai hamba Allah dan kami dapat menyumbangkan serta melaksanakan tugas sebagai pejuang untuk menegakkan deen Allah SWT. Cita-cita UDMZ adalah ingin menjadikan MATRI sebagai pusat pendidikan yang terkemuka di Malaysia dan seterusnya di dunia.

MATRI bukanlah sekadar sekolah biasa tetapi kewujudan MATRI mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan cita-cita MATRI teramatlah besar dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang holistik dan seterusnya mampu membawa risalah agung ini ke seluruh alam. Kini motto MATRI adalah Pembangunan Insan Melalui Pendidikan Terancang.

WACANA LEPASAN MATRI

Tahun ini merupakan detik yang sangat bersejarah kerana buat pertama kalinya akan diadakan himpunan Lepasan MATRI yang akan menghimpunkan kesemua lepasan MATRI bermula daripada batch yang pertama sehingga yang baru menamatkan pengajian di MATRI bagi batch SPM 2008.

InsyaAllah, perhimpunan ini dinamakan WACANA LEPASAN MATRI yang akan diadakan pada Hotel Putra Palace, Kangar yang bertarikh 10 Oktober 2009 iaitu hari Sabtu. Segala maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web MATRI http://www.matri.edu.my .

Saya war-warkan kepada semua lepasan MATRI untuk menghadiri wacana ini sebagai titik tolak dan sumbangan kita kepada Ma'had yang telah banyak mendidik dan mengasuh kita sehingga menjadi insan yang berjaya pada hari ini.

Dato’ Mudir akan merasmikan perhimpunan ini dan beliau sangat berbesar hati dengan kehadiran semua lepasan yang berkelapangan untuk sama-sama menjayakan perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini.

Read more...

Catatan Perjalanan - Kenangan Bersama Ramadhan

Kenangan Itu Masih Basah dan Segar Dalam Ingatan

“ Kenangan manis pengembaraan Tarbawi bersama Ramadhan masih segar dirasai. Di Pagi Syawal dilayari dengan layaran syuur (semangat) kemenangan yang diraihkan dengan tiupan rasa kesyukuran, kehambaan dan kejayaan yang menyentuh jiwa. Destinasi akhir pengembaraan yang penuh rahmah ini adalah pakaian taqwa yang dijanjikan dan tertingkatnya keimanan kepada Allah SWT kepada suatu tahap yang membahagiakan.”

(BroHamzah ; Sg Kechil Hilir, 20 Sept)

“ Ketenangan dan kebahagiaan bersumberkan keimanan kepada Allah SWT adalah anugerah teristimewa daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Hembusan keimanan di keheningan Malam Ramadhan adalah rahmah dan kemanisan beriman kepada Allah SWT yang tidak terhingga bagi jiwa-jiwa yang mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah SWT.”
( BroHamzah, Sg Kechil, 20 Sept)

Read more...

Catatan Perjalanan - Jalan Dakwah

Wednesday, September 23, 2009

Jalan Yang Membersihkan Dan Menyucikan Hati

“ Dakwah memerlukan seorang Dai’ yang berjiwa haraki dan sufi. Keimanan yang kukuh menyakini janji-janji serta ancaman Allah SWT, berwawasan sejauh akhirat, berpandangan kehadapan melangkaui zaman, kesentiasan sedar mengalir dalam salur nadinya dan ruh bersemangat membara dalam gerak kerja dakwah adalah ciri-ciri Dai’ yang sejati dan hidup.”
( BroHamzah ; UUM, 17 Sept )

“ Perjalanan Dakwah yang panjang dan sukar pastinya akan menguji kesabaran, keteguhan dan kejujuran dalam beramal. Kebersihan niat dan kejernihan dalam keikhlasan menjadi titik tolak serta sumber pancaran yang memancarkan kekuatan untuk terus thabat untuk berada dalam thaifah (kumpulan) dakwah dan tarbiyah.”
( BroHamzah ; Jitra, 18 Sept)

“ Bagi mereka-mereka yang menajamkan keupayaan dan kecerdasan diri dalam proses Dakwah dan Tarbiyah, segala ujian dan kepayahan adalah sebahagiaan daripada fasa-fasa pembentukan diri untuk menjadi muslim yang lebih baik daripada yang sebelumnya.”
( BroHamzah ; Penang, 18 Sept)

Read more...

Amalan Harian Insan Yang Berjaya

Monday, September 21, 2009

Insan Yang Berjaya, adalah Insan Yang Dekat dan Hampir dengan RabbNya

TAJUK : Amalan Harian Insan Yang Berjaya

Oleh : BroHamzah

Kehidupan yang dianugerahi oleh Allah SWT ini seharusnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh menghidupkan hati. Jiwa-jiwa yang biasa dengan amalan yang menghidupkan hati mampu memberi kesan kepada insan-insan yang berada disekitarnya.Kesan yang akan membawa kita untuk mengingati Allah SWT dan membersihkan hati kita. Inilah kehidupan yang sebenarnya. Ia akan dipenuhi dengan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan segala bentuk ketenteraman yang akan membahagiakan pemiliknya. Inilah hati yang hidup dan menghidupkan. Justeru, detik-detik seharian yang berlalu penuhilah ia dengan ..

Amalan 1 : Membaca Al-Qur'an

Ruh Al-Quran yang mengalirkan dalam diri insan yang membaca dan menghayatinya akan menjadikan ia KUAT dan BERTENAGA. Al-Quran adalah penawar bagi hati yang lara dan luka. Terluka dek dosa dan kelalaian. Ambillah masa dalam seharian kita untuk memperuntukan masa untuk duduk bersama Al-Quran. Alangkah nikmatnya andai kita merasai kemanisan yang jarana-jarang dirasai oleh manusia ini.

Amalan 2 : Zikir Al-Mathurat

Berpagi-pagian dengan bangun berzikir kepada Allah SWT, punyai kekuatan yang tersendiri. Selalulah amalan zikir sesudah Solah Subuh. Duduk dengan tertib dan menghadap kiblat dan alunkanlah zikir dengan tenang dan fokuskan hati kepada Allah SWT. InsyaAllah , pagi itu anda akan rasa begitu ceria dan bertenaga untuk memulakan langkahan pekerjaan anda. Lakukanlah ia dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri, saya pasti anda akan rasa kelainannya.

Amalan 3 : Solat Fardu 5 Waktu

Solah fardu seharian yang dilakukan sehari semalam adalah lambang ketaatan dan kepatuhan kita sebagai hamba kepadaNya. Bagi orang yang lalai dan culas, melakukan solat fardu amat berat dan terbeban rasanya. Terutamanya solah subuh. Sekiranya mampu dan terdaya mantapkan kualiti ibadah solah melalui ilmu yang sahih dan menyakinkan. Tingkat kualiti khusyuk agar kita rasa Allah itu DEKAT dengan kita.

Amalan 4 : Solat Sunnat

Ibadah solah sunat sepatutnya menjadikan sesuatu yang kita rindu-rindukan. Ia umpama pelengkap amalan fardu yang kurang sempurna. Kalau mampu, dirikan solah dhuha tatkala orang lain sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Sebelum tidur dirikan solat sunat taubat 2 rakaat. Ya la, kitakan banyak melakukan dosa. Solah Taubat sebagai pohonan segala kelalaian dan kelupaan kita.

Amalan 5 : Menuntut Ilmu

Ilmu perlu dan WAJIB dituntut. Ilmu itu cahaya yang akan menyinari hati insan.Dalami ilmu yang anda khususi sehingga menjadi pakar. Bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kerana harga ILMU terlalu mahal dan jangan lupa kongsi-kongsikan ilmu anda dengan orang lain. Dalam usaha yang murni ini pastikan anda mempunyai perancangan yang sistematik dan berjadual. Agar ilmu itu mampu membentuk anda menjadi seseorang yang boleh DITUMPANG suatu hari nanti.

Amalan 6 : Berakhlak Mulia

Hiasi diri dengan amalan yang baik dan sifat mahmudah. Orang akan suka memandang dan selesa dengan anda. Kebaikan selalunya menyenangkan dan membahagiakan. Orang yang berakhlak mulia, selalu membawa barakat dan rahmat kepada orang sekelilingnya. Tidakkah anda mahu seperti itu?

Amalan 7 : Senyum & Ceria

Senyum itu manis dan senyum lah dengan ikhlas dan tidak berpura-pura. Senyum itu sedekah dan ia akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat anda. Senyuman yang indah akan menceriakan suasana dan seterusnya mencetuskan hubungan yang baik. Senyuman akan memberi suatu cahaya yang cerah pada wajah anda. Dengan senyuman, anda mampu membahagiakan orang yang berada disekeliling anda. Senyum lah, kerana ia membahagiakan!

Amalan 8 : Muhasabah

Sebelum tidur jangan lupa untuk muhasabah diri. Ini penting dan sangat penting. Sesudah solat sunat Taubat. Baringkan diri anda di atas tempat tidur. Pejamkan mata dan bayangkan amalan anda seharian bermula saat anda bangun sehingga ke saat mata anda dipejamkan tadi. Cuba hitung-hitungkan dan hisab-hisabkan. Amalan baik ku bagaimana? Amalan cela ku,macamana? Saya pasti amalan sebegini mampu memberi kesan kepada anda. Lakukan lah untuk akhirat anda.

Sekian kongsian kita kali ini. Amalan untuk diri kerana Allah SWT. Sama-sama kita lakukan

Read more...

Kata Abu Umar - Kehidupan

Menghidupkan Nadi-nadi Kehidupan dengan Hati Yang Hidup

"Berada di bumi Allah tanpa taufiq dan Hidayah-Nya seperti manusia buta tanpa tongkat sebagai pemandu arah; tidak tahu arah tujuan hidup. Akhirnya jiwa menjadi gelisah dan keluh kesah serta menerima kehidupan sebagai satu bebanan yang membosankan."
(AbuUmar; KB, 4Jun06)

Read more...

Eidul Mubarak Buat Semua

Sunday, September 20, 2009

BroHamzah - Pagi Syawal 1430 H
Salam Syawal Untuk Semua.
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghidupkan roh Ramadhan sehingga bertemunya kembali pada tahun hadapan. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Minal'a Idin Wal Fa Izin. Wa Kullu Amin Wa Antum Bi Khair

Usrah Jamalludin di Pagi Syawal 1430 H/ 2009 M
Daripada Kami Sekeluarga
Jamalludin Ramli
Hasnah Bt Rashid
'Ali 'Irfan
Muhammad Nabil
Muhammad Siddiqi
Fatin Sakinah
Ibrahim 'Izzat
'Abidatul Mardhiah
Umar Hanif
Nadzifatun Najwa
Kamaliya Khairina
Hamzah Handzalah

6 Jejaka Bakal Mencipta Sejarah
Semoga kegembiraan Syawal disambut dengan kemenangan yang sebenarnya. Meraih ganjaran TAQWA yang akan menyuburi jiwa-jiwa dan hati-hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah SWT.






Read more...

Inspirasi Ke Puncak - Gagal?

Friday, September 18, 2009


TAJUK : Gagal?

Ramai yang gagal dalam meniti laluan menuju puncak cita-cita yang diidamkannya. Kegagalan yang dialami selalu menyebabkan seseorang putus asa dan lemah tekadnya. Ia merupakan halangan yang menyekat untuk kita melangkah lebih jauh.

Terdapat banyak halangan mendapat kejayaan. Terlalu banyak alasan diberi dan halangan ini menyebabkan kita terlalu JAUH untuk melangkah ke tangga kejayaan. Kenali halangan untuk mendapat kejayaan , agar kita tahu siapa kita?

H 1 : Sifat MALAS


Malas adalah kata keramat yang berbisa. Dalam sejarah manusia, malas telah menghancurkan sisa-sisa harapan dan impian insan yang menggunung yang diangan-angannya di alam kayangan. Usirkan kemalasan mu dan aktifkan kerajinan untuk menggapai cita-cita yang diimpikan.

H 2 : Tidak bersungguh-sungguh

Tidak bersungguh-sungguh adalah tanda kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan. Bersungguh-sungguh menampakan keseriusan dan ketekunan kita dalam melakukan sesuatu. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bermain-main dan bertindaklah dengan BIJAK mulai sekarang.

H 3: Suka menangguh-nangguh

Sikap menangguh telah merugikan masa yang ada. Kenapa perlu bertangguh sedangkan kita boleh melakukannya hari ini. Hindari bertangguh untuk lebih cemerlang! Bertangguh adalah racun kepada keupayaan. Kita mampu melakukannya, namun kerana sikap bertangguh ini, kita disuntik bisanya sehingga terleka.

H 4 : Tiada matlamat

Hidup tidak bermatlamat umpama seorang buta yang melalui jalan yang berduri tanpa tongkat dan pimpinan orang lain. SI BUTA terkapai-kapai di jalan namun ia terus berjalan dan duri-duri di jalan memberi bisa pada kakinya. Set kan matlamat hidup anda dan pastikan anda faham dan jelas matlamat hidup anda!

H 5 : Tidak fokus

FOKUS amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. FOKUS akan menghasilkan ketekunan dan ketekunan membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan bermutu. Walaupun kita banyak kerja dan sibuk dengan tugasan harian, agih-agihkan tugasan mengikut keperluan dan keutamaan. Yang penting FOKUS dan TEKUN pada kerja anda.

H 6 : Tidak konsisten dan istiqamah.

Yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang lai adalah mereka KONSISTEN dengan pekerjaan dan perubahan yang mereka lakukan. Mereka terus bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka kerjakan sehingga impian mereka tercapai. Kita bagaimana?

Halangan bukan alasan dan penyebab untuk kita tidak berjaya. Apa lagi alasan kita selepas ini?

Read more...

Blog Pilihan - Keimanan & Kehidupan

Wednesday, September 16, 2009

Abu Umar ; Rasailah Kehadiran Allah SWT Setiap Detik Kehidupan

Blog Pilihan

Oleh : BroHamzah

Url : http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Pemilik : Abu Umar

Fokus : Keimanan dan Kehidupan

Siapa Abu Umar?

Abu Umar sebenarnya adalah cikgu saya semasa di Sekolah Menengah. Beliau adalah murabbi, pendidik, seorang sahabat, dan juga seorang insan yang banyak mendidik dan mengasuh saya untuk mengenal Allah SWT. Sepanjang tempoh bersamanya saya telah dilayan dan dididik untuk menjadi seorang insan yang mengetahui hakikat kewujudan diri dan berguna untuk Islam . Didikannya dan perkongsiannya banyak menyedarkan saya tentang hakikat diri dan matlamat utama kehidupan ini. Dasar utama didikannya kepada saya ialah asas keimanan kepada Allah SWT dan menyakini sepenuhnya janji-janji Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati Abu Umar atas usaha yang dilakukannya untuk mengajak dan membentuk hati-hati insan yang dididiknya untuk mencintai Allah SWT

Tema Blog

Abu Umar menjadikan tema blog peribadinya adalah keimanan dan kehidupan. Tulisan-tulisan yang ditulis kebanyakannya dinukilkan untuk menyentuh soal asas kehidupan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Soal keimanan adalah perkara ASAS yang menjadi nadi bahagia atau sengsaranya kehidupan seseorang manusia di dunia ini.

Keunikan Penulisan

Tulisan Abu Umar sangat menyentuh hati. Bagi yang membaca setiap artikelnya akan dapat merasakan bahawa seolah-olah beliau sedang bercakap dengan hati kita. Jiwa kita akan tersentak dengan tulisan yang menyentuh jiwa, susunan bahasa yang indah dan pengisian yang benar-benar menghidupkan kegersangan hati. Bagi saya, beliau menulis dari hati dan hajatnya sudah tentu untuk menyentuh hati manusia.

Saranan Peribadi

Saya menjadikan Blog ini bacaan harian saya. Banyak peringatan dan penyegaran yang membangkitkan dan menghidupkan jiwa. Sila lawati blog Keimanan dan Kehidupan untuk hidup yang lebih bermakna dan bererti. Sekian

Read more...

Catatan Perjalanan ~ Generasi Unggul

Kunci Kejayaan Itu Ada Pada Jiwa Yang Sentiasa Hidup Bersama Allah SWT


"Kejayaan utama gerakan dakwah dan tarbiyah adalah disebabkan jiwa-jiwa pendokongnya yang sentiasa berdampingan dengan ruh Al-Quran sepanjang masa. Al-Quran seolah-olah mengalir dalam setiap urut nadi mereka. Sentuhan Al-Quran menjadi pancaran cahaya keyakinan yang kukuh, sumber kekuatan jihad yang berterusan, sinaran kebahagiaan yang hakiki, peneguh pengharapan yang meninggi, pergantungan kepada Allah yang tidak berbelah bagi dan siraman ketenangan jiwa yang mendamaikan.Inilah kunci kejayaan generasi unggul zaman berzaman."

( BroHamzah, Penanti, 14 Sept)

Read more...

Qudwah Hasanah Di Malam Hari

Tarbiyah Malam Untuk Sang Pencinta

Qudwah hasanah di Malam Hari

Oleh : BroHamzah

Kecintaan dan kehangatan menghidupkan malam telah ditunjukan secara serius, konsisten dan penuh ketekunan oleh Junjungan Mulia Muhammad SAW dan para Sahabat baginda.

Lebih-lebih lagi, ibadah di Malam hari ini terus digiatkan pada Malam Ramadhan Al-Mubarak

Usaha ini terus dilipat gandakan pada Malam Lailatul Qadr.

Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam beberapa hadith :-

Hadis Pertama

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Hadis Kedua

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis Ketiga

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Aneh, Rasulullah SAW yang banyak beribadah di Bulan-bulan lain terus giat meningkatkan tumpuan ibadah pada bulan ini. Kita pula bagaimana?

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Doa itu tali penghubung “kasih” antara Allah SWT dengan hambaNya. Nilai doa itu adalah pengharapan, ketundukan dan penuh kepercayaan.

Di malam ini, banyakanlah berdoa. Tadahkan tangan mu yang selalu berlumuran dosa. Pejamkan mata menghadap Allah SWT dan tunduk la dengan perasaan yang berdosa dan penuh kehambaan. Lalu, bayangkan dosa-dosa yang mengotori hati. Bayangkan hati-hati kita yang kotor dan penuh kehitaman satu persatu.

Bayangkan jiwa kita yang lesu tidak bernyawa. Bayangkan Dosa kita kepada diri sendiri,kesalahan yang tidak terkira terhadap ibu bapa,kesilapan kepada kaum kerabat, tingkah laku yang kurang sopan terhadap jiran tetangga, dan kelakuan yang menyakitkan terhadap manusia di sekeliling. Bayangkan juga dosa kepada Rasulullah SAW dan paling utama dosa kita kepada Allah SWT.

Kemudian pohonlah dengan doa-doa pengharapan dan keampunan dengan bersungguh-sungguh. Mintalah kesejahteraan, kebahagiaan, keimanan dan keampunan daripada Allah SWT

Fokus dalam berdoa

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Selain itu, mohonlah juga kesejahteraan kehidupan dunia. Pohonlah kejayaan yang diredhai Allah SWT dalam lapangan ilmu. Kemurahan rezeki untuk kebaikan seluruh insan. Kemudahan dalam berurusan dan pintalah segala-galanya dengan penuh pengharapan yang membulat serta keyakinan yang tinggi.

Tekun dan Usaha

Kita tidak menyembah Ramadhan mahupun Lailatul Qadr, kerana Allah SWT adalah sembahan mutlak yang hakiki

Kita ingin menjadi Hamba Rabbani bukannya Hamba Ramadhani.

Kita hajatkan keampuanan dan keredhaan Allah SWT bukannya pujian penduduk dunia yang suka mengadu domba

Kita rindukan haruman bauan Syurga, bukannya bau busuk dan terikan seksaan azab ahli Neraka Jahaman

Kita kata kita idamkan syurga, namun usaha yang ada hanya melepaskan batok ditangga.

Kita war-warkan kita takutkan neraka, namun kehidupan dan jalan hidup kita banyak menempah tiket ke sana.

Inilah kita, manusia yang berdosa. Suka berkata-kata, namun usahanya terlalu duka.

Gesaan dan Ajakan

Dengan rasa hina, kerdil lagi hina. Saya mengajak, mewar-warkan kepada semua pembaca , pengunjung, sahabat-sahabat, adik-adik, pak cik makcik, dan semua kita terus meningkatkan fokus beramal di malam-malam akhir Ramadhan dengan tekun, tekad dan usaha yang selayaknya untuk menjadi Mukmin bertaqwa, muslim beriman dan hamba yang soleh.

Ramadhan 1430 H, rintihan ku kerana dirimu akan meninggalkan jiwa-jiwa sang perindu

Tangisan ku mengenangkan akan pemergian mu

Bulan yang kurindui, kerana ia ada sesuatu

Ramadhan, aku pasti rindukan sentuhan ajaib mu

Buat hati ku yang gersang

Khusus untuk jiwa ku yang kontang

Dan untuk Sanubari ku yang kosong

Semoga ganjaran dan timbalan TAQWA menjadi milik kita semua. Pakaian yang baru diperagakan di pagi Syawal bukannya kerana warnanya yang memikat jiwa, tenunan yang kemas mempesona dan kesegakan si pemakaiannya tetapi yang baru itu tekad dan rasa bertuhan yang meningkat.

Baru dari segi syuur dan semangat untuk terus memperhambakan diri kepada Allah SWT

Kesegaran jiwa terus mekar dengan sentuhan keimanan

Merasai kenikmatan kemanisan berimankan Allah SWT tanpa ada rasa sangsi dan ragu

Dan kehidupan akan diteruskan dengan bekalan Taqwa sehingga akhir hayat dan mudahan inilah bekalan yang akan dibawa serta dipersembahkan di saat pertemuan dengan Allah SWT.

Semoga berakhirnya Ramadhan ini, perasaan cinta kita kepada yang Esa terus mekar dan subur.

Ya Allah, redhailah kami dengan amal ini.

Terimalah kami dengan rahmatmu

Mudahkanlah segalanya untuk kami mendekati diriMu di Malam Al-Qadr yang dijanjikan

Amin.

Read more...

Catatan Perjalanan ~ Murabbi Mithali

Tuesday, September 15, 2009

Murabbi Mithali, hatinya sangat sensitif dengan perubahan sekitarnya

"Murabbi Mithali adalah individu yang mempunyai kekuatan nurani yang tulen dan sentiasa menjaga hubungan hatinya dengan Allah SWT sepanjang masa. Sikap kepekaannya akan membangkitkan jiwa-jiwa yang mendampingnya dan sentiasa menanti mutiara kata-kata yang meniti dari bibirnya. Setiap ungkapan nasihat dan rangsangan rohani dari tutur bicaranya akan menambahkan rasa cinta kepada hari di saat pertemuan dengan Allah SWT. Malah setiap amalannya yang terpamer akan menambahkan syuur dalam beramal."

( BroHamzah, Sg Kechil 7 Sept)

Read more...

Hidupkan Hati di Malam Hari

Kegelapan Malam, pusat latihan generasi unggul zaman berzaman

Hidupkan Hati Di Malam Ramadhan Al-Mubarak

Oleh : BroHamzah

Bulan Ramadhan adalah Bulan bermadu kasih bagi jiwa-jiwa dan hati-hati yang dahagakan kasih sayang yang menenangkan. Kasih sayang yang bersumberkan keimanan dan ketaqwaan yang sepenuhnya dicurahkan kepada Allah SWT.

Bersunyian di tengah malam dan mengisinya dengan ibadah kepada Allah SWT mempunyai kemanisan dan kenikmatannya tersendiri. Saya masih lagi teringat kata-kata seorang senior yang selalu menggalakkan kami semua untuk bangun di tengah malam.

“ Jangan Lupa temujanji kita malam ini.”

Ya, temujanji untuk mengadu, bermunajat dan menghadap kekasih yang Esa.

Slot khusus untuk meluahkan dan menyatakan perasaan cinta yang sangat mendalam kepadaNya

Masa-masa sepi yang sangat mendamaikan jiwa ketika insan lain nyenyak berbantalkan mimpi

Waktu-waktu menyejukan jiwa umpama disirami daripada air yang menyegarkan dari Syurga

Dan ketahuilah inilah masa yang sangat menghidupkan hati yang selalu lupa dan alpa kepada yang Esa

Malam-malam di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan adalah bulan intensif, bulan latihan kejiwaan dan bulan membentuk jiwa kehambaan. Salah satu pakej yang disediakan dalam proses latihan ini ialah BANGUN / MENGHIDUPKAN MALAM atau QIAMULLAIL/ IHYA ULLAIL.

Malam adalah satu tempoh tarbiyah yang telah mendidik generasi pertama di bawah didikan Rasulullah SAW sehingga mereka menjadi manusia yang luar biasa.

Malam adalah satu madrasah pendidikan yang perlu dilalui untuk membentuk keimanan yang jitu dan membina keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Allah SWT

Malam, ia menyimpan rahsia-rahsia yang telah terbukti melahirkan manusia-manusia yang hebat sehingga dikagumi penduduk dunia dan penghuni langit.

Kenapa malam?

Malam itu sangat unik dan penuh dengan kemisterian. Malam itu diselubungi kegelapan dan kehitaman.

Malam itu suasananya menyejukan dan menusuk sehingga ke tulang.

Malam itu, waktu-waktu khusus untuk merehatkan badan dan fizikal

Namun, malam itu juga adalah masa-masa yang mendekatkan kepada Ilahi

Malam itu melatih sifat keikhlasan dalam beramal. Tanpa riak, menunjuk dan ujub diri.

Dan bangun di tengah Malam menjadi harian rutin para sahabat dan ibadah wajib Para Rasul.

Jiwa mereka dilatih di kegelapan dan kesepian malam.

Satu Malam Yang Dinantikan

Terdapat satu malam yang mengujakan jiwa-jiwa yang rindukan Ilahi

Malam yang menjanjikan ganjaran yang pelbagai dan malam ini pastinya mendekatkan jiwa hamba Rabbani kepada RabbNya.

Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Malam ahli Ibadah yang khusuk berzikir kepada PenciptaNya

Malam ahli sufi yang ingin membersihkan jiwa-jiwanya daripada kehitaman titik titik dosa yang bernoda

Malam yang dirindui oleh hati-hati yang menyakini sepenuhnya janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT

Malam membaca, mentadabur ayat Al-Quran dan menghayati kalam Allah SWT

Malam yang mengasyikkan dengan aluanan bacaan Al-Quran yang menenangkan jiwa yang inginkan sentuhan keajaiban keimanan yang

Malam ahli masjid yang ber’iktikaf untuk mengosongkan jiwa daripada keinginan dan kesibukan dunia

Malam tersungkurnya hamba yang hina di hadapan RabbNya untuk menjernihkan jiwa sanubari daripada tuntutan nafsu yang buas lagi menjijikan

Malam yang sunyi yang akan dicelahi rintihan hamba-hamba yang ikhlas yang mengharapkan keampunan daripada Tuhannya

Malam yang akan bercahaya dengan cahaya Hidayah dan Taufiq Sang Pencipta

Malam bermadu kasih untuk hati-hati yang mencari erti sebuah cinta yang sempurna

Malam yang menghidupkan jiwa yang lara dan duka nestapa

Malam yang dihiasi keindahan alunan kebesaran dan keagungan Allah SWTMalam tangisan esakan hamba yang takutkan Azab neraka dan seksaan dahsyat Jahanam

Malam linangan airmata yang hangat mengalir di pipi insan yang mengenangkan dosanya yang tidak terkira

Malam ketenangan jiwa yang penuh keistimewaan dan kebahagiaan yang berbunga-bunga.

Itulah malam untuk mendapat redha dan ampunan Rabbmu Alamin

Malam itu akan tiba.

Dan kita bagaimana?

Read more...

Ujian Adalah Tarbiyah Daripada Allah SWT

Sunday, September 13, 2009

Usirlah Belenggu Yang Menekan Jiwa dengan Keredhaan Yang Teguh

Ujian Adalah Tarbiyah Daripada Allah SWT

" Ustaz, kenapa Allah SWT selalu menguji saya dengan ujian yang berat?"

" Abang, adakah Allah membenci saya. Hidup saya selalu banyak masalah. Kekadang itu bertimpa-timpa. Sehingga sudah kering air mata saya."


Soalan sebegini kerap ditanya. Saya yakin, inilah satu bentuk proses kehidupan untuk kita.


WARNA WARNI KEHIDUPAN

Kehidupan kita yang singkat ini tidak akan sunyi daripada pelbagai bentuk ujian, cabaran dan dugaan. Inilah hakikat kehidupan yang dicorakan oleh pelbagai jenis warna. Ujian yang Allah SWT datangkan kepada hambaNya adalah sebagai bentuk didikan atau tabiyah yang sangat penting kepada proses pembinaan jiwa hamba. Kenapa?

Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, Allah SWT berfirman :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : “ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?”

Segala bentuk dan rupa ujian daripada Allah SWT samaada kematian, kemalangan, musibah, kesusahan dan apa jua cabaran kehidupa dunia mempunyai hikmahnya kepada manusia.

Jika kita mendapat kesusahan dan kepayahan, lihat dan renungi nasib mereka-mereka yang berada dibawah kita. Mereka-mereka yang lebih susah, papa kedana dan tidak punyai apa-apa. Saya masih teringat kata seorang kawan saya ketika menuntut di Nilam Puri. Katanya, Jika kita mempunyai kasut, lihat orang yang memakai selipar. Jika kita dianugerahi sepasang selipar, lihat mereka yang berkaki ayam ( tidak punyai selipar). Dan jika kita mempunyai sepasang kaki, lihatlah mereka yang hanya mempunyai sebelah kaki.”

Terkandang Allah member nikmatNya

Berupa dugaan meskipun berat terasa

Dan terkandang juga Allah menguji sebahagiaan orang

Dengan memberikan nikmatNya

Kekayaan, kemewahan, kesenangan dan segala bentuk kemegahan duniawi juga adalah Ujian. Ya ujian. Pernah para sahabat Rasulullah SAW dinasihatkan oleh Rasulullah SWT yang maksudnya : “ Aku tidak begitu bimbang dengan ujian yang berbentuk kesusahan kepada Ummat ku tetapi aku amat khuatir jika kemewahan dan kesenangan yang melanda kehidupan ummat ku, kerana segala bentuk kesenangan dan kemewahan ia akan melemahkan.”

Justeru, ujian itu terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bukan hanya kesusahan dan keperitan itu sahaja ujian. Tetapi kekayaan, kemewahan dan kemegahan juga adalah ujian bagi orang yang beriman.

Redha, Nescaya Kita Selamat

Oleh itu jika kita dilanda oleh badai kesusahan, dilambung oleh tsunawi kekecewaan dan dihimpit oleh kesempitan kehidupan, maka terimalah ia dengan jiwa yang tabah dan redha. Kerana keredhaan itu adalah penawar dan ubat yang sangat mujarab.

Firma Allah SWT dalam surah Al-Maidah, ayat 119

“ Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.”

Keredhaan memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. Mereka yang jiwanya redha akan terangkat hingga ke tempat yang paling tinggi, kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar ke dalam sanubarinya.

Keredhaan akan menciptakan ketenangan jiwa, hati yang dingin, keteguhan dalam menghadapi keperitan, dan ketegaran dalam mendepani segala permasalahan yang datang bertindih-tindih.Hati yang redha akan meyakini sepenuhnya(total) kepada janji-janji Allah SWT dan Rasulnya.

Keredhaan akanm mengosongkan hati dari berbagai permasalahan dan membiarkannya hanya untuk Allah SWT.

Sesiapa yang memenuhi hatinya dengan keredhaan terhadap qadha maka Allah akan memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman, kesejukan, ketenteraman, kedamaian serta Qana’ah ( rasa cukup). Selanjutnya, Allah akan menjadikan hatinya penuh dengan cinta, rindu dan tawakkal kepadaNya.

Keredhaan akan membuka pintu keselamatan. Keredhaan membuat hati menjadi bebas dan bersih daripada tipu daya, kebusukan dan kedengkian.

Sabda Rasulullah SWT dalam Hadis, maksudnya :

“ Telah merasai manisnya keimanan orang yang redha kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Nabi ikutannya.”

Sebaliknya, tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang, ragu dan cemas, sakit hati dan bergelojak. Segalanya terhimpit, dunia yang luas terasa begitu sempit. Ia akan membuka kepada pintu keraguan kepada Allah SWT, kepada Qada’ ketentuan Allah dan juga kepada segala bentuk ketetapan Allah SWT. Dan akhirnya buah kepada tidak redha adalah Kufur. Melupai Allah SWT dalam hidup dan akhirnya kehidupan yang dilalui adalah satu bebanan yang amat MENYEKSAKAN.

Usirlah Kesedihan

Jika ujian datang bertimpa-timpa, masalah menghimpit dada, dan dugaan melanda berganda-ganda, janglah bersedih. Tabahkan hati kita.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Ia akan menghentikan daya kekuatan manusia yang mempunyai kudrat dan tenaga.

Kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan. Ia boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan.

Kesedihan boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu.

Usirlah kesedihan dengan menghadirkan rasa redha dan pasrah. Binalah kehidupan dengan jiwa dan hati yang sentiasa jernih dan hidup. Kuatkan hati dengan menguatkan rasa kehambaan kita kepada Allah SWT.

Penyejuk Jiwa

Kalam Allah SWT ini menyejukan jiwa mereka yang diselubungi masalah

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”

(Al-Baqarah : 286)

Mudahan kita sentiasa tabah dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT. Ingatlah inilah didikan Allah SWT.

Sekiranya kita ditimba musibah, yakinlah itulah tanda kasih sayang Allah SWT agar kita tidak alpa dan lupa. Allah SWT menetapkan begitu agar kita sentiasa ingat kepadaNya.

Indahnya tarbiyah sebegini.

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP