Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Result Merudum, Stress Bertimpa-timpa

Monday, December 10, 2012


New Semester
New Spirit
1 Hope


------

Semester baru menjelma lagi di kolejku ini. Rata-rata pelajar semuanya sudah memunculkan wajah masing-masing dengan pelbagai mode yang beraneka ragam.

Tentunya – antara soalan favourite saat ini ialah :

“ Hah, result kamu macamana?,”

Ada muka cuak. Ada mengelak. Ada yang rilek. Ada gembira dan tersenyum. Ada bermuka semangat. Dan, ada juga berwajah masam.

Semester ini, result merudum agak teruk secara keseluruhan. Semua pihak mulai mencari puncanya. Bukan menunding jari kepada sesiapa tentunya tetapi, bertujuan memperbaikinya jika ada kelemahan dan kekurangan. Sudah tentu ada kekurangannya dan kelemahannya bukan?. Justeru, semuanya harus berlapang dada, tenang dan menerimanya dengan jiwa yang terbuka.


Mengali Hikmah

Ada pelajar yang resultnya sangat-sangat teruk. Tidak tahu punca katanya. Dah habis study bagaikan nak rak! Dah buat macam-macam untuk score tetapi keputusan hampeh rungutnya!

Ada pelajar cukup-cukup makan. Studi pun lepas-lepas batok di tangga. Buku jarang-jarang disentuh dan minat belajar dah lama mati.

Ada pelajar yang awalnya semangat, pertengahan kian kendur dan akhirnya terus malap. Banyak paper dan subjek fail. Nak sedih, tidak berguna – salah aku.

Ada pelajar hilang fokus dalam studi. Akibatnya, banyak assignment tunggang langgang. Kuiz, test dan sebagainya hampir hancur. MKK usah disebut. Pensyarah hendak bagi markah kesian pun tidak tergamak.

Ada yang putus cinta. Frust, tension dan tertekan tahap gaban. Sedih, kecewa dan patah hati. Studi entah ke mana. Hidup makin derita. Semangat terus hilang dalam jiwa. Lalu, akademik menjadi mangsa.

Ada yang bersungguh, tekun dan penuh usaha. Result meningkat dan wajahnya semakin ceria. Semester mendatang memberikan harapan, bahawa kejayaan pasti ada.

Ada yang terus-menerus maintain dengan kejayaan dan kecemerlangan. Bertekad untuk kekalkan apa yang ada dan berusaha untuk lebih baik. Dan yang lebih mulia, akan gigih untuk kecemerlangan di masa hadapan.

Saya sedih jika mendengar cerita – jika gagal atau fail kerana faktor-faktor yang “lekeh” :- putus cinta, couple tidak studi sekali, ditolak cinta oleh si dia, dan sewaktu dengannya.

Untuk para pelajar, jika gagal, dapat result rendah dan sebagainya – berikanlah jawapan yang kukuh, alasan yang logik dan sebab musabab yang munasabah. Barulah “harga” diri kita tidak tercalar.

Jika sudah usaha sungguh-sungguh, studi 24 jam dan semua asbab musabab untuk berjaya telah dilaksanakan semuanya – maka, ketahuilah Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Jika result tidak menepati seperti yang dihajati maka semak, muhasabah dan review perkara-perkara lain :

1. Hubungan kita dengan Ibu Bapa bagaimana? Pernahkah minta ampun?
2. Solat kita bagaimana? Berjemaah, mutu khusyuknya dan solat sunat sebelum dan selepasnya?
3. Dosa dan maksiat kita sudah terkikis atau belum? Taubat kita?
4. Bagaimana perasaan pensyarah kita sebagai tenaga pengajar? Redhakah mereka?
5. Dan, teruskan senaraikan lagi perkara-perkara lain.

Janganlah, usahlah dan tolongnya – hanya mencari kesalahan, kesilapan dan keburukan orang lain jika kita gagal atau tidak berjaya. Sikap berlepas tangan tanpa tanggungjawab ini – banyak sekali terlekat pada para pelajar dan mahasiswa dewasa ini.

Eh, betulkah? Jangan tulis tanpa fakta dan bukti yang kukuh!

-------
BroHamzah
What Ever!

Read more...

35 : 35 - Pengubat Segala Letih, Lelah & Lesu

Monday, December 3, 2012



Untuk Apa Semua Keletihan, Kepenatan, Kelesuan dan Kepenatan Di Dunia Ini?
Bekerja Keras Untuk Apa?


Petang itu, seluruh tubuh badan benar-benar disengat kesakitan, kelenguhan dan keperitan. Satu badan rasa sengal dan terasa bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum yang halus tetapi berbisa.

“Hahhh!...,” Saya melepaskan lelah.

“Kenapa abang?,” Soal zaujati disebelah.

“ Entahlah, sayang. Tubuh abang ini memang lemah la. Tiada stamina dan tak tahan lasak,” Ujar saya lesu. 

Senyum tawar saya – ia tetap diukir agar bunga-bunga keceriaan tetap ada. Melangkah ke alam rumah harus dengan warna-warna yang cerah walaupun mode pasca bekerja masih berbaki.

Kerja-kerja bertimbun, tak sudah-sudah dan bermacam-macam bentuk yang bernama  “tugas” singgah ke benak fikiran. Baru nak selesai satu perkara, datang satu perkara. Kerja yang sedia banyak tidak beres, muncul pula kerja baru.

“ Itulah kehidupan…,” Ujar saya sayu. Badan direbahkan melepaskan kelelahan, kegusaran  dan kepenatan.

------

Malam itu, jika mengikut biasanya – harus Usrah Cinta kami bersulam kasih antara kami. Namun, saya benar-benar hilang maya dan tenaga. Serius. Tidak tahu punca.

“ Macamana malam ini?,” Tanya saya bersahaja.

“ Terpulanglah kepada abang. Jika rasa tidak sedap badan. Kita berehat sahaja,” Kata zaujati dengan nada menyejuk.

Rasa sayang pula. Program mingguan kami berdua ditangguh kerana satu alasan yang sangat kecil. – Keletihan.

“ Abang rasa kita teruskan juga, tapi ringkas sahaja. Kita baca Al-Quran bersama dan kita tadabur tafsirnya,” Cadangan saya tercetus.

“ Alhamdulillah. Ok. Sayang ikut sahaja,” Patuh Sang Zaujati.

------

Maka, berlayar Usrah Cinta kami.

Saat itu, saya membaca Al-Quran dengan tenang. Mata berkelip-kelip menatap kalamullah itu. Bacaan saya didengari oleh zaujati. Surah Pilihan kami ialah Al-Fatir. Saya mulakan dengan gagahan lantunan suara yang tersekat-sekat tetapi Alhamdulillah mampu dibaca dengan sebaiknya. Tiba-tiba, bagaikan satu susunan Allah SWT – saya amati bacaan pada ayat ke 35 yang bermaksud :

“ yang dengan kurnia-Nya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) ; di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu.”

( Surah Al-Fatir 35 : 35)

Umpama hembusan angin bayu bertiupan lembut  menitip kudus ke hati saya. Terasa beransur-ansur keletihan, kepenatan dan kelesuan berlalu pergi. Mata saya sedikit membulat dan membesar. Ada sesuatu yang menarik minat saya.

Saya  dapat rasakan Allah SWT berbicara dengan saya. Berbicara tentang keadaan saya saat itu. Lalu saya menyemak sebab turun ayat ini (35 : 35) – diriwayatkan oleh al-Baihaqi, ayat ini turun setelah Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang tentang tidur dan istirehat di dalam Syurga.

Orang itu berkata : “ Wahai Rasulullah, tidur adalah nikmat Allah SWT, apakah di dalam Syurga kita juga akan tidur?”

Baginda menjawab : “ Di Syurga, tidak ada tidur kerana tidur kawannya kematian, dan di Syurga tidak ada kematian. Di Syurga tidak ada kepenatan. Semua urusan mereka menyenangkan.” (Lubabun Nuqul: 165).

Di dalam Syurga, kita tidak merasa letih, lesu mahupun tidak merasa  lemah. Tidak sama sekali. Kata nasab (lelah) dan lugub (lesu), keduanya dipergunakan untuk menunjukan erti kerja keras. Seolah-olah maksudnya adalah hal tersebut tidak berlaku kepada mereka, iaitu tidak ada kerja keras pada tubuh dan jiwa mereka. ( Al-Misbah, Al-Munir fi Tahzib Tafsir Ibnu Kathir.)

MasyaAllah!  MasyaAllah! MasyaAllah!

Terubat hati saya. Ia merawat rasa-rasa yang menyelubungi perasaan saya saat itu!
Al-Quran itu benar-benar Kalamullah!

Usrah Cinta berlabuh dengan rasa sayang, dekat dan hampir kepada Allah SWT. Saya penat tetapi saya bahagia. Saya letih tapi saya damai. Saya lesu tetapi saya tahu inilah harga sebuah perjuangan.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
--------
BroHamzah
Al-Quran Sebagai Teman Akrab!

Read more...

Gagal = Fail, Bukanlah Penghujung Kehidupan

Tuesday, November 13, 2012





Anda pernah rasai keperitan sebuah kegagalan, kejatuhan dan kekalahan?
Jika pernah, anda adalah insan yang hebat!


-----

Jam sekitar 3.30 pagi.

Peti mesej handsetku berbunyi. Aku begitu sensitif sebenarnya dengan “gangguan” luar yang menjengah di ufuk lenaku yang menyenangkan. Lalu, dengan mata yang kabur ku capainya dalam kegelapan yang ada.

1 Mesej.

“ Salam abang Ali. Saya F bekas student SMK XX. Sekarang tengah belajar sambung diploma di UYY. Dah nak masuk semester last. Saya baru dapat result semester 5, result saya fail 2. Rasa sangat kecewa, saya dah buat habis baik, sedangkan kawan yang saya tolong ajar diaorang lulus. Saya dah macam hilang semangat. Saya perlu nasihat abang Ali. Tolong saya.. Maaf ganggu.”

Aku termenung lama jua. Mengingati siapa pelajar lelaki ini. Samar-samar ia hadir dalam minda dan memoriku. Salah seorang adik yang pernah aku santuni dalam beberapa siri program motivasi kesedaran di Perlis beberapa tahun yang lalu. Bagus orangnya. Ada kesedaran yang tinggi dan punyai semangat untuk berubah.

Pagi itu seusai subuh aku membalas mesejnya untuk membangkitkan semangatnya yang kian hilang dan pudar. Pahit rasanya melalui kegagalan, kekalahan dan kejatuhan. Tetapi, itulah juga perkara yang pernah aku lalui sebelum ini. Sebelah malamnya - aku titipkan sedikit bingkasan buatnya melalui emel.

----------
Assalamualaikum, F.

Terima kasih atas perkongsian perasaan. Semoga berada dalam kekuatan jiwa dan perasaan.

Semoga Allah SWT iringi kehidupan F dengan kasih sayang dan cinta-Nya. Insan beriman amat yakin bahawa setiap ujian,musibah dan dugaan adalah penghapus dosa dan juga tanda kasih Allah SWT terhadap kita.

Saat inilah doa, munajat dan tangisan kita amat berharga. Kerana apa?

Kerna kita amat-amat perlukan Allah SWT, Dialah Rabb tempat meluah dan mengadu. Jadikan ia sebagai titik untuk F kembali muhasabah masa yang lalu.Jika benar ini adalah satu teguran daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan redha, pasrah dan tenang.

F yang budiman,

Gagal, bukanlah penghujung kehidupan tetapi ia adalah langkah untuk semak, baiki dan bangun semula untuk jadi lebih baik. Justeru, susun semula kehidupan dan laluinya dengan keimanan, keyakinan, kepasrahan kepada Allah SWT.

Jika ada masa terluang jemputan singgahan satu laman web yang punyai motivasi untuk bangkit dan membina jiwa.


Lihatlah dan ambilah manfaat daripadanya.

Sekian.

//aali

-----------------------------

Aku temui ramai insan-insan yang melalui pelbagai detik-detik kegagalan, kejatuhan dan kekalahan yang memeritkan. Mereka terpaksa menempuh pengalaman yang mencengkam perasaan sehingga kekecewaan, kesedihan dan kepiluan itu terpaksa ditelan dengan kepasrahan tanpa rela.

Namun, mereka bangkit semula. Bangun dengan sebuah harapan dan asa. Digenggam dengan penuh hasrat, cita dan kuasa. Mereka bangkit untuk terus berjuang hingga ke akhir usia!

Warna Warni Kehidupan

Inilah kehidupan. Perjalanannya sungguh memenatkan. Apa tidaknya, semakin ke hujung semakin banyak pula ujian-ujian, cabaran-cabaran dan dugaan demi dugaan. Justeru, biarpun begini - kehidupan ini tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu.

Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu diukir dengan keindahan, keceriaan dan kegembiraan. Hari-hari yang baru adalah saat yang terbaik untuk mencipta sesuatu yang lebih baik. Hari untuk menukilkan karya baru yang lebih unggul, terbaik dan memberikan kepuasan kepada hati dan nurani.

Tiada istilah kalah, gagal atau fail – tetapi kejayaan dan kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran, ibrah dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini.

Justeru, laluilah ia dengan ketabahan, kecekalan dan kesungguhan. InsyaAllah – inilah modal yang perlu dilaburkan untuk melihat senyuman penuh kepuasan di masa hadapan.

Berjuang Untuk Berubah!
BroHamzah

Read more...

Jiwa Pejuang : Jatuh - Bangun, Rebah - Bangkit Semula

Monday, July 16, 2012


Mengaku Kalah, tidak sesekali.
Putus asa - jauh sekali.
Kita berjiwa pejuang
Tetap kuat, gagah & tabah.

Pelbagai kisah dan cerita-cerita suka duka kehidupan banyak mewarnai kehidupan rakan-rakan, teman-teman dan sahabat-sahabat di sekeliling saya.


Berkongsi, meluahkan, bersembang-sembang dan bertanya khabar sesama kita tentunya ada kelazatannya dalam persahabatan. Ambil tahu, cakna dan peduli – itu adalah tanda sikap dan sensitiviti kita kepada orang lain.

Biar pun jarak tempat dan berbeza bidang kerjaya atau kehidupan ketika ini – marilah kita fokuskan kehidupan kepada yang satu. Fokus untuk kerja-kerja yang hebat dan luar biasa. Kerja-kerja yang menghalakan derapan tapak kaki kita menuju Syurga. Kerja-kerja untuk menukar segalanya kepada pahala.

Kalah, jatuh dan rebah itu biasa untuk para pejuang dan penggalas misi yang besar.

Titik itu,- mereka bangkit untuk menggengami pegangan, prinsip dan halatuju perjuangan. Tidak salah rasanya kita merasai sebuah kegagalan, keperitan, kepayahan, kesusahan dan penderitaan dalam setiap perjuangan kita di setiap celahan fasa-fasa ini.

Yang salahnya ialah, kita biarkan kejatuhan, kekalahan dan ke”rebahan” kita itu terperap lama dalam diri kita. Biar, biar dan biar – sehingga keputus asaan, kekecewaan dan kesedihan menerpa kehidupan kita yang berharga ini.

Jika, jatuh.
Bangun semula.
Jika jatuh lagi
Bangun lagi. Berkali-kali pun tidak mengapa!

Andai Gagal, kita bangkit
Gagal kali kedua, kita bangkit semula.
Gagal berkali-kali, kita bangkit lagi berulang kali.

Atur strategi, susun kehidupan dan terus sahaja membina diri.
Kita adalah kita di masa hadapan.
Kita adalah apa yang kita “laksana”kan di masa ini.
Kita adalah apa yang kita percaya dan yakini!

BroHamzah
Terus tersenyum.^^
Semakin bersemangat!

Read more...

Adik-adik, Kuatkan Semangatmu!

Wednesday, June 13, 2012




Petak-petak kejayaan, - Ia bermula dengan diri kita.

Semalam – Selasa, 12 Jun -  saya menghubungi seorang pelajar lepasan SPM 2011. Beliau pelajar yang pintar, bijak dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. (9 A &  1 C).

Setelah beliau tidak mendapat kursus yang diminati yang ditaja oleh pihak MARA, beliau memohon untuk memasuki bidang perguruan dan setelah itu beliau menunggu keputusan maktab. Semalam juga keputusan maktab keluar, dan saya hubunginya untuk mengetahui keputusannya.

 Saya dan rakan-rakan membantunya untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).

“ Bagaimana, keputusan maktab? Dapat kah?.”

“ Tidak abang, saya tak dapat,”

“ Sabar adik, ada hikmahnya itu,”

“ Abang, saya sangat-sangat sedih. Semalaman saya tidak tidur kerana memikirkan masa depan saya,”

Lama saya bersembang-sembang dan menenangkannya. Kedengaran tangisan dan esakannya di corong telefon. Jiwanya bebenar kacau dan penuh dilemma.

“ Saya rasa sudah malas untuk belajar. Saya patah semangat.Saya asal dari keluarga yang susah abang. Jika boleh, saya tidak mahu susahkan ibu bapa saya,”

“ Kamu pelajar yang bijak dan pandai. Perjalanan kamu baru bermula. InsyaAllah, abang akan bantu. Nanti abang pergi ke rumah kamu. Boleh ka?.”

“ Tak pa la, abang. Tak perlu susah-susah. Nanti saya akan ke kolej berjumpa abang. Saya tidak mahu susahkan sesiapa.”

Itu sebahagian dialog saya dengan seorang pelajar lepasan SPM yang cemerlang, tetapi Allah SWT uji dengan sedikit dugaan kepada-Nya. Apabila direnungkan, sesungguhnya setiap orang ada ujian, dugaan dan mehnah yang Allah SWT ditimpakan kepadanya.

Beliau berasal daripada Gua Musang, dari keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Sayu rasa hati mendengar kisahnya. Dan, itulah realiti dan hakikat yang ada. Usaha untuk membantunya agar dapat menyambung pelajar ke KTD sedang diusahakan oleh kami di sini. Doakan.


Kolej Terbaik Dunia

Kini, hampir 230 orang pelajar yang mendaftar ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), selamat datang saya ucapkan. Pelbagai latar belakang keluarga, keupayaan akademik  dan taraf sosial yang berbeza yang dipilih oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran di “kilang” ini.

Adik-adik, inilah titik asas  anda untuk memulakan langkah pertama dalam membina mercu kejayaan anda. Ada yang mendaftar kerana terpaksa, ada yang hadir penuh sukarela, ada yang melangkah 50-50 pasti atau tidak dan ada yang samar-samar lagi halatuju.

Ingin saya katakan, di mana sahaja kita diletakan dan dipilih untuk berada – di situ sebenarnya ada asbab-asbab dan titik-titik untuk kita berjaya. Pokok pangkalnya, kembali kepada kita untuk membuat suatu perubahan yang besar kepada diri.

SPM yang lepas itu, biarkan ia berlalu. Usah difikir-fikirkanlah. Membebankan jiwa sahaja kalau direnung lama-lama. Kini, saatnya kita memulakan suatu kehidupan yang baru. Ujian, cabaran, dugaan dan halangan di alam baru ini perlu dihadapi dan disantuni. Justeru, persoalannya bersiap sediakah kita?

Di sini, saya sudah melihat bagaimana seorang pelajar yang dahulu mendapat keputusan yang rendah semasa SPM, tetapi diperingkat diploma cemerlang setiap semester pengajiannya.

Di sini juga, saya temui insan yang dahulunya “nakal-nakal” tetapi berubah 180% lantaran disapa hidayah daripada Allah SWT.

Banyak yang luar biasa berlaku dengan izin Allah SWT. Buat yang ragu-ragu, masih berbelah bagi dan hati semakin tawar – dirikanlah solat hajat serta bermunajatlah kepada Allah SWT. Pohon kekuatan daripadanya kerana semua masa depan kita dalam genggaman-Nya. Lihatlah secara big picture, - perkara yang prinsip dan asasi bukannya kepada masalah-masalah yang cabang dalam membuat penilaian serta keputusan. Jika telah bulat hati, - terus berlari sih ke puncak, usah pikir-pikir lagi!

Usirkan kekecewaan yang lalu, bungkuskan ia dalam memori silam dan campaklah ia jauh-jauh mulai saat ini. Jangan berpaling lagi ke belakang. Tetapkan hati dan jiwa – hadapan diri ke hadapan dan teruslah berjalan dengan tekad dan keazaman.

Jika rebah kita bangkit semula,
Jika rebah lagi, kita bangkit sekali lagi,
Jika rebah berkali-kali, terus kita bangkit dan bangkit!


Jika jatuh kita bangun semula,
Jika jatuh lagi, kita bangun sekali lagi,
Jika jatuh berkali-kali, terus kita bangun dan bangun!

Kita tidak akan menyerah kalah dan mudah berputus harap. Bak kata murabbi saya MAZA :

" Tiada istilah putus asa dalam diari kehidupan mukmin!."


Pasakkan Asa Di Jiwa Kita.
Kobarkan Ia Di Jiwa Hamba.

BroHamzah
13 Jun 2012
Memandang Masa Depan Sendiri. Semboyan Untuk “Berjuang”  Ke Peringkat Seterus Sudah Berbunyi.



Read more...

B-L-O-G. - Apa Yang Saya Dapat?

Tuesday, June 5, 2012



 Memanfaatkan medium teknologi yang bernama - Blog.
Bismillah.

Hampir 8 tahun saya terlibat dengan dunia berblog ini – sejak tahun 2005 -. Ada yang bertanya apa yang saya dapat? Justeru, saya kongsikan apa yang saya rasakan melalui dunia blog ini. Saya cetuskan ia melalui akronim B-L-O-G.

B - Bina Jaringan

Dengan mempunyai blog, tanpa sedar kita sedang membina satu rangkaian serta jaringan sesama sahabat, rakan dan pengguna maya yang lain. Menariknya – ia tidak terhenti di alam online sahaja. Jika boleh, rangkaian itu dijelmakan juga di alam offline.

“ Ini BroHamzah kan?. Saya selalu ke blog saudara.”
“ Pak Cik kerap ke blog anta. Bagus-bagus. Teruskan menulis.”

Selalunya, ada yang akan menyapa lalu, membina talian persaudaraan tanpa kita pinta. Justeru, blog mampu menjadi medium ukhuwah serta merapatkan hubungan sesama manusia.

L - Ledakan Semangat

Ramai di kalangan kita suka meluahkan, mencoret dan berkongsi melalui pelbagai medium. Bagi saya, blog ini sangat-sangat sinonim dengan saya kerana, ia memberikan suatu motivasi dan inspirasi. Apabila berkongsi, mencatat dan menukilkan sesuatu di sini – saya terasa suatu perasaan yang lebih bertenaga, gembira dan bersemangat.

Justeru, bagaimana dengan kalian?

O - Optimakan Masa

Saya “cuba” mengagendakan budaya menulis dalam hidup dan keluarga saya. Menulis itu semakin sebati dan serasi dengan jiwa dan perasaan saya. Bagaimanakah ia bermula? Saya membiasakan budaya ini melalui menulis di blog semenjak tahun 2005 lagi.

Semasa zaman student, jujurnya saya boleh menulis setiap hari. Berkongsi apa sahaja tanpa diganggu hal-hal lain kerana fokus ketika itu hanya belajar dan aktiviti-aktiviti yang relevan dengan saya sebagai seorang mahasiswa.

Tetapi, apabila memasuki alam bekerja – timbul suatu masalah yang belum pernah saya terfikir. Ketika mula bekerja sebagai pensyarah pada tahun 2009 – saya “terberhenti” berblog selama 6 bulan. Adjustment, penyesuaian dan mencuba mengurus masa membawa suatu dimensi baru kepada saya. Membawa suatu fahaman - mengurus masa itu kepada mengurus diri, sikap dan tekad.

Alhamdulillah, saya belajar mengoptimukan masa dengan berblog. ( Walaupun, ia sebenarnya perlu usaha yag lebih. Saya masih belajar lagi.)

G - Gandakan Pahala

Pelik bunyinya? Bagaimana menggandakan pahala dengan berblog. Mudah sahaja, tulis, sebarkan dan kongsikan hal-hal yang baik, benar dan sahih. Nasihat yang kita petik daripada Al-Quran, Hadis, buku, bingkai pengalaman hidup dan sebagainya amat “sihat” untuk dikongsikan.

Apa lagi? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dinukilkan di blog anda. Oleh itu, bergantung kepada kita untuk merancang, melaksanakannya dan me”maintain”kannya.

BroHamzah
6 Jun 2012
Terima kasih kepada sahabat-sahabat pembaca yang sering berteduh di pondok saya ini. Pohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan dan kedaifan.


Read more...

Titik Mula Untuk Berubah

Friday, April 20, 2012

" Di antara perkara yang boleh membawa kepada dosa adalah kelalaian.
Ia adalah titik penghalang untuk memacu perubahan pada diri."


-------------------------------------------------------------------------

“ Menuju Perubahan”
“ Bergerak Memacu Perubahan.”
“ Berubah Untuk Masa Hadapan.”

Banyak benar slogan, motto dan laungan berkisar “perubahan” sejak akhir-akhir ini. Jauh disudut hati, saya juga ingin sentiasa berubah ke arah lebih baik. Fitrah manusia, dalam dirinya pasti cenderung untuk melakukan anjakan, paradigma dan kelainan dengan meningkat lebih baik, maju dan berwawasan. Semua kita, ingin dan berhajat untuk berubah. Namun – di sana ada benteng-benteng penghalang yang menjarakan antara kita dengan pintu perubahan.

Justeru itu, apa yang perlu kita buat?

Saya masih ingat, seorang murabbi saya menyebut tentang perubahan. Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula.

Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah.

Titik mula melakukan perubahan, kata murabbi saya ialah :

“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”

Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ?

Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan “terpaksa” - akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat – sangat kerdil, hina dan lemah.

Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

( Al- Fatir 35 : 15)

Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!

Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan – koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita.

Pengalaman Untuk Berubah

Sejak akhir-akhir ini , saya mulai berlawan dengan suatu perkara yang begitu dekat dengan diri saya. Saya mulai perasaan akan beberapa perkara yang menganggu dan menyekat diri saya untuk meningkat. Apabila saya berbincang dengan zaujati, salah satu yang melalaikan saya ialah memiliki akaun muka buka atau facebook. - Laman sosial yang digilai ramai saat ini. Lama saya berfikir & bermuhasabah, jujurnya saya telah dilalaikan oleh facebook. Saya tidak kuat untuk mengendalikan facebook dalam kehidupan saya.

Walaupun, jarang mengemas kini status, melayari ke akuan rakan-rakan lain dan sebagainya. Bagi saya, - diri ini telah dilanda ketagihan bermuka buka yang belum pernah saya alami sebelum ini. Banyak kesan buruk facebook kepada saya. Dan paling mengesani saya ialah, saya terbaca dan terambil tahu tentang berita-berita, status-status dan perkara-perkara yang tidak perlu saya tahu dan virus-virus facebook yang melanda suatu masa dahulu sehingga memaparkan imej-imej yang tidak senonoh! Luka hati saya.

Banyak rakan-rakan & adik-adik, mulai kongsikan permasalahan mereka dengan keburukan facebook dan perangkap-perangkapnya. – Salah memahami maksud status yang membawa perselisihan faham, tercetusnya hubungan percintaan terlarang, penggunaan yang merosakan dan sebagainya. Ada juga terperangkap dengan kononnya – saling menasihati kawan-kawan – tetapi terselindung maksud yang buruk di sebaliknya.

Setiap hari saya akan melayarinya, sehingga mengganggu dan merencatkan tugasan harian saya yang lebih utama. Saya kata bahawa saya lalai dengan facebook apabila saya menggunakannya lebih daripada 1 jam sehari. Bagi saya, itu terlalu membazirkan masa!

Apa kesan kelalaian ini?

Saya mulai rasa lain ketika solat, - hilang kekhusyukan. Membaca Al-Quran tidak lagi manis. Ibadah di awal Subuh mulai suam-suam sejuk. Masa menatap Al-Quran, berzikir dan tadabur ayat-ayat Al-Quran kian kurang dalam kehidupan.

Justeru, saya berbisik kepada diri - saya ingin berubah kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan. Masya-Allah, ketahuilah betapa sukarnya untuk mengurangkan masa saya bersama facebook. Saya menjadualkan semula kehidupan dengan hanya membuka akaun facebook hanya di sebelah malam dengan peruntukan masa hanya sejam sahaja. Tetapi saya gagal.

Lalu hujung bulan lepas, - Bulan Mac- saya mulakan dengan deactivekan akaun facebook sehingga kini. Pada peringkat awalnya, ia kelihatan drastik – saya tumpang juga untuk lihat apa maklumat berkaitan dengan menggunakan akaun zaujati saya & lama-kelamaan jarang-jarang membukannya. Dan, alhamdulillah ia menunjukan kesan yang sangat positif!

Mungkin, menutup akuan itu adalah jalan yang terbaik buat saya.

Bagi saya, walaupun ianya kelihatan kelakar, simple dan melucukan. Tetapi, itu realiti kehidupan. Itulah lemahnya saya.

Saya semakin tenang tanpa facebook, dikeliling status-status yang tidak perlu saya tahu, dan apa-apa yang berhubung kait dengannya. Maaf, bagi saya inilah titik kelemahan yang menyebabkan saya sukar meningkat selama ini.

Kelemahan saya ialah : Kelalaian!

Hakikatnya, bukannya salah itu pada facebook. Tetapi diri saya, gagal menguasai hati, jiwa dan diri untuk bertindak mengikuti keimanan, ketaqwaan dan kefahaman yang benar. Justeru, setakat ini – inilah jalan yang terbaik buat saya.

Andai bagaimana? Inilah salah satu pengalaman saya dalam titian perjalanan untuk berubah dan terus meningkat. Berubah meninggalkan perkara yang boleh merosakan dan merencatkan pembangunan diri saya. Dan – terima kasih buat zaujati yang sentiasa memberikan nasihat dan peringatan. Alhamdulillah, zaujati mampu mengendalikan diri dengan baik dalam berfacebook. Kagum saya!^^

“ Dalam hidup kita, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk meningkat. Terutamanya, meninggalkan perkara-perkara yang kita sayangi. Apatah lagi, jika ia adalah sesuatu yang aib,” Nasihat murabbi saya suatu masa dahulu.

“ Kita semua memiliki keaiban-keaiban yang sangat kita sayangi kerana hawa nafsu. Justeru, tinggalkan ia secara berperingkat-peringkat. Mungkin, setiap kita tidak sama kekuatan dan kudratnya. Tetapi, berusahalah dengan mengikis kelemahan-kelemahan yang ada,” Ujar murabbi lagi.

Bagi yang memiliki facebook, saya tidak menyatakan kalian bersalah atau apa-apa. Tidak sama sekali, itu hanya secebis pengalaman saya yang lemah dan kerdil yang gagal menguasai diri serta berdisiplin dalam mengemudi alat teknologi untuk manfaat diri. Itu sahaja.

Kalian, mungkin bijak serta cermat menggunakan facebook. Maka teruskan memanfaatkannya, serta menggunakannya untuk kebaikan dan kebenaran. Saya hanya berkongsi akan “gagal”nya saya dalam hal ini. Teringat akan artikel saya berkaitan facebook pada tahun lepas, hari ini Allah SWT uji akan apa yang saya catat dan tulis dahulu. Allah!

Saya masih berjuang, dan akan terus berjuang untuk berubah serta mengekalkan momentum perubahan buat diri kerana saya hajat ingin meningkat dalam perjalanan menuju Allah SWT. Dan, mohon maaf atas kekurangan, kelemahan dan kekerdilan hamba Allah ini.

BroHamzah
20 April 2012
Menerima Teguran Dengan Jiwa Yang Lapang
Ingin Pulang Sebagai Hamba Allah SWT,
Dengan Penuh Kasih Sayang

Read more...

Berubah, kenapa terlalu sukar?

Saturday, November 26, 2011

Sinaran harapan untuk berubah, masih tetap ada.


Himmah : Berubah, kenapa terlalu sukar?

Benar, sungguh sukar untuk berubah! Ramai yang sebenarnya hajatkan kepada perubahan demi perubahan, tetapi perubahan yang dilakukan tidak kekal lama. Kata orang, hangat-hangat tahi ayam. Kasar bunyinya, tetapi apabila direnungi – semenangnya itulah hakikat yang ada. Ya, itulah realiti yang berlaku kepada kita semua.

Beberapa tahun sebelum ini, saya sering bersama-sama sahabat saya mengendalikan kursus motivasi dan suntikan kesedaran hati kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT selalunya kursus-kursus sebegini memberikan suatu pengalaman yang baik dan menyuntik kesedaran kepada para peserta.

Pengalaman mengikuti modul-modul serta pengisian-pengisian berteraskan Al-Quran serta alunan zikrullah dapat melembutkan hati mereka lalu memberikan suatu keinsafan dan kesedaran. Suasana yang dibina dan dibentuk dengan pendekatan sebegini mempunyai pengaruh dan kesannya yang tersendiri.

Jiwa mereka disentuh dengan hakikat perhambaan kepada Allah SWT. Hati mereka ditiup lembut dengan ayat-ayat Allah SWT yang melunakan dan meleburkan kekerasan jiwa. Akhirnya, mata mereka berkaca-kaca dengan linangan air mata yang membasahi pipi dan nurani dalaman mereka.

Masih segar suasana kem itu difikiran dan minda saya. Bahkan – saya sendiri rasa tenang, damai dan bahagia dengan biah-biah yang menyuburkan jiwa sedemikian rupa.

Pernah saya dihubungi oleh seorang adik peserta selepas beberapa minggu program berlalu. Katanya :

“ Saya sangat-sangat merindui suasana kem. Hajat benar untuk mengulanginya dan terus kekal dengan perasaan yang jarang-jarang saya rasai. Ramai kawan-kawan saya yang berubah, namun ianya hanya untuk beberapa minggu sahaja. Kemudian, kami akan kembali seperti asal.”

Tersenyum saya mendengar luahannya. Lalu saya kongsikan sesuatu kepadanya.

“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”

Jika berubah kerana terpaksa dan buat-buat, ia adalah natijah atau kesan yang cetak. Berubah kerana suasana, kerana keluarga, kerana ikut-ikutan, kerana desakan ibu bapa dan sebagainya – ia adalah suatu bebanan perasaan yang menyesakan dada. Ingin berubah, tetapi tiada asas yang kukuh dan kuat. Masih samar-samar dan kabur dalam langkahan untuk berubah.

Ya. Inilah suatu hakikat yang sama-sama kita rasai sebelum-sebelum ini. Apabila hidayah “perubahan” dan kesedaran menerpa ke dalam diri kita – rasa penyesalan, keinsafan dan kesedihan akan segala kisah silam dan perbuatan yang menyalahi tuntutan Allah SWT. Justeru, timbul bibit-bibit keazaman dan usaha tekad untuk berubah, berubah dan terus berubah.

Namun, apabila suatu tempoh masa berlalu – kita menyedari bahawa perubahan itu tidak kekal lama. Suam-suam sahaja, kemudian sejuk kembali. Perasaan yang berkobar-kobar untuk menggerakan perubahan diri telah hilang dimamah usia dan ianya hanya tinggal memori. Dan – akhirnya, kita terus di takuk lama. Tidak berubah, zaman berzaman lamanya.

Titik tolak untuk berubah!

Justeru itu, apa yang perlu kita buat?

Saya masih ingat, seorang murabbi saya menyebut tentang perubahan. Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula.
Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah.

Titik tolak melakukan perubahan, kata murabbi saya ialah :

“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”

Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ?

Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan “terpaksa” - akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat – sangat kerdil, hina dan lemah.

Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

( Al- Fatir 35 : 15)

Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!

Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan – koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.”

( Ar Ra’du 13 : 11)

Takut untuk berubah

Takut untuk berubah? Benarkah?

Ya.

Kebanyakan manusia sebenarnya takut dan sukar menerima perubahan walaupun zahirnya mereka sangat inginkan perubahan. Tapi sayang perubahan kepada kebaikan tidak berlaku secara mukjizat atau sekelip mata umpama magis yang memukau anak-anak mata manusia. Kita, kita dan kita semua – yang bertanggungjawab untuk berubah dan semua itu ada harga yang perlu kita bayar.

Sedar atau tidak, semua manusia – saya, anda dan mereka – hajatkan kepada perubahan tetapi tidak sanggup untuk membayar harganya. Harga bagi sebuah perubahan adalah pengorbanan, kesukaran dan kepayahan. Kita sentiasa harapkan perubahan yang bersifat “instant” , segera dan mudah – sedangkan perubahan tidak semudah yang kita angan-angankan.

Murabbi saya juga selalu mengulangi kata-kata ini :

“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”

Saya sering menyoal sesuatu perkara :

Kenapa perubahan itu terlalu sukar?

Sebenarnya perubahan menuntut kita untuk meninggalkan sesuatu tabiat atau kebiasaan yang salah kepada yang betul. Untuk merubah tabiat atau kebiasaan-kebiasaan yang sudah mendarah daging dalam jiwa kita bukanlah mudah melain kita benar-benar bertekad, berazam dan menjiwai sebab serta alasan untuk kita berubah.

Oleh itu, perubahan yang sebenarnya bermula dari dalam diri kita iaitu apabila kita membina matlamat hidup yang jelas sehingga kita sanggup berkorban untuk mencapai apa yang kita benar-benar hajati. Tanpa memiliki kejelasan matlamat dan himmah yang tinggi adalah terlalu sukar untuk kita berubah.

* Artikel ini disiarkan di Langit Ilahi.Com

Read more...

Soalan maut : Berapa kerapkah anda menulis blog?

Wednesday, July 6, 2011



Berapa kerapkah anda menulis blog?

Ia bukan soal “rajin”nya anda mengupdate blog anda saban hari.

Ia bukan soal anda ini sangat-sangat berdisiplin, bersistematik, kreatif, dinamik dan proaktif dalam mengendali blog sendiri.

Ia juga bukan berkaitan kebijakan dan kepintaran anda menarik berapa ramai readers untuk membaca tulisan di blog.

Malah, ia juga bukan soal pujian dan penghargaan "perkongsian" yang anda postkan di blog-blog anda.

Dan - Ia tidak kisah berapa ramai pengunjung yang menyesakkan trafik di laluan maya anda.

Ia bukannya mempertikaikan kedalaman dan ketinggian ilmu serta pengetahuan yang anda miliki.

Ia bukannya menidakan kehebatan hujjah anda dalam menyampaikan ilmu atau apa sahaja yang dinukilkan di blog peribadi.

Bahkan, ia bukanlah perkara yang penting untuk mengembar-gemburkan jumlah follower yang “setia” dengan blog anda.

Tetapi

Ia adalah soal kewibawaan anda mengamalkan apa yang ditulis, membumikan apa yang dicoretkan dan jujur dengan apa yang dikongsikan.

Ia adalah soal keikhlasan dan ketulusan dalam berkongsi apa yang dirasai dan dialami.

Ia berkait rapat dengan soal akhirat anda. Ketahuilah apa yang ditulis, dicatatkan, diluahkan, diletakan sama ada gambar, bingkisan dan sebagainya – akan dipersoalkan perbuatannya di mahkamah akhirat.

“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Nasihat,ungkapan dan titipan itu menyerap sedalam-dalamnya ke jantung jiwa. Terasa akan “pukulan” yang memecahkan kebekuan hati sendiri.

Semuanya tertunduk menginsafi.

Read more...

Menulis, seni yang menguatkan

Sunday, May 22, 2011

Menulis, ia adalah suatu seni yang didalamnya ada makna
dan perasaan cinta.


Menulis, seni yang menguatkan
Oleh : BroHamzah

“ Bagaimana abang menulis?,” Satu soalan yang kerap menghinggapi cuping telinga saya.

“ Sejak bila saudara memulakan hobi menulis di blog?,” Ini juga antara soalan yang biasa berkunjung di hadapan saya, sama ada di alam realiti atau di alam maya.

“ Kenapa, anta tidak bukukan penulisan anta?,” Satu lagi soalan yang kerap kunjung kepada saya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada saya individu-individu seperti mereka. Sentiasa memotivasikan saya, menginspirasikan semangat saya, bahkan sentiasa melorongkan saya kepada jalan-jalan kebaikan. Sekadar berkongsi berkaitan penulisan, menulis, dunia blog, blogger dan keseronokannya.

Kenapa menulis?

Soalan yang mudah tetapi sangat-sangat menarik untuk direnungi. Saya terbaca satu artikel penulisan isteri saya. Beliau mengambil satu kata-kata oleh Razib Ahmad, seorang penulis juga. Katanya :

“ Kita menulis – kebiasaanya – kerana dua sebab utama : pertamanya, untuk memenuhi kepuasan diri dan keduanya, untuk memperolehi tambahan pendapatan (wang).”

Mungkin, ya atau mungkin tidak. Saya tidak menafikan hakikat hal di atas. Namun, saya benar-benar tersentuh apabila isteri saya menulis sebab kepada dia menulis. Katanya :

“ Saya menulis kerana satu sahaja, iaitu cinta.”

Cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada dakwah kebaikan serta kebenaran. Dan cinta kepada ummah – ingin mengajak mereka kepada Islam yang syumul, sempurna dan meneduhkan.

Terdiam seketika saya. Saat itu, saya merenungi balik diri saya. Kenapa saya menulis? Terdiam setika, selama ini kenapa aku menulis, untuk apa dan kenapa? Soalan itu bertubi-tubi menghujani akal fikiran saya. Ia memenuhi kolam hati saya, lantas saya berdayung mencari destinasi jawapan akan persoalan ini.

Menulis bagi saya ia bukannya hobi. Ya bukannya hobi mengisi masa lapang yang terluang atau tersisa. Bukan itu tujuan saya menulis. Bahkan telah saya letakan menulis itu sebahagian daripada kehidupan saya sendiri. Menulis bukan sekadar ingin memberitahu, menceritakan, mengisahkan atau bermain-main dengan susunan bahasa yang puitis atau indah. Saya benar-benar tertarik dengan ungkapan Ustaz Hasrizal Jamil – penulis laman web terkenal SaifulIslam.Com :

“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.”

Menulis dengan suatu arah, fokus dan sasaran yang jelas dan bermatlamat. Dunia penulisan dan penghasilan karya-karya yang hebat-hebat, berkualiti lagi bermutu telah mempertemukan saya dengan beberapa orang tokoh penulis yang sangat saya segani dan kagumi.

Saya benar-benar ingin mencontohi Syed Abul Ala Al-Maududi - merupakan seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Beliau banyak menulis buku-buku asas kefahaman Islam yang mudah, simple dan mampu difahami oleh kebanyakan orang. Dan membuatkan saya kagum ialah, beliau tidak pernah mengambil bayaran royalti jualan bukunya. Semuanya diserahkan kepada organisasi yang dipimpinnya untuk tujuan amal.

Namun sering kali emak saya berkomentar :

“ Sesetengah penulisan Ali sukar difahami, masih terdapat banyak perkara yang perlu dibaiki.” Saya menerima dengan senang hati. Berazam mencontohi penulisan yang bahasanya sederhana dan tinggi nilai intipati dan kandungannya.

Disamping itu, seorang lagi tokoh sasterawan Islam yang sangat dekat dihati saya iaitu As-Syahid Sayyid Qutb. Penulis buku Mua’alim Fil Tariq dan Tafsir Fizilalil Quran ( Di Bawah Naungan Al-Quran). Bahasanya, sentuhan literalnya, ketinggian kesasteraannya dan susunan puitis tulisannya : benar-benar indah! Kuat, mengugah, terkesan, berimpak dan sungguh mendalam.

“ Bahasa beliau mungkin tinggi bagi sesetengah orang, tetapi ia lain daripada lain. Beliau menulis melalui hati dan ia akan terkesan kepada hati dan menyentuh nurai bagi jiwa yang benar-benar hajatkan sesuatu daripadanya.” Pesan seorang murabbi berkaitan penulisan As-Sayyid Syed Qutb.

Seorang lagi, yang menjadi tokoh penulis yang saya benar-benar segani iaitu Dr Aid Abdullah Al-Qarni. Seorang Ulama Arab Saudi yang warak, alim dan soleh. Beliau juga merupakan penulis motivasi Islam yang terkenal lewat penulisan karya best sellernya iaitu La Tahzan. ( Janganlah bersedih!). Saya tersentuh membaca syair indah yang dikarangnya berkaitan penulisan :

Betapa pun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku.

Merekalah yang menjadi inspirasi buat saya dalam dunia penulisan ini. Saya berjinak-jinak dengan dunia blog sejak tahun 2005 lantaran ini berkongsi dengan sedikit pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang ada. Namun melaluinya saya mendapat banyak perkara.

Menulis, ia adalah seni yang menguatkan

Suatu petang, semasa bermusafir dengan seorang sahabat saya – Abu Ridhuan kami bersembang-sembang tentang dunia penulisan.

“ Anta tahu, antara perkara yang ana dapat dengan menulis ini ialah ia akan memaksa ana untuk membaca. Untuk menulis kita perlu ada sesuatu, dan membaca adalah jalannya.” Kata beliau.

Ya. Saya sangat-sangat bersetuju dengan beliau. Melalui penulisan inilah, ia telah membuka lembaran minat, paksaan, perasaan dan keperluan untuk saya membaca. Secara tidak langsung dan tanpa sedar.

Dan, saya simpulkan buat kalian semua :

“ Menulis adalah merupakan suatu seni. Seni yang akan menguatkan kita. Malah, kesannya kepada kehidupan sangat-sangat besar dan mempengaruhi kehidupan kita.”

Baik, saya simpulkan kebaikan menulis daripada kaca mata saya :

(1) Menulis, ia adalah menjadi salah satu medan dalam beramal. Beramal soleh, sedarkah kita semua bahawa kebanyakan para rasul, nabi-nabi, pemimpin terdahulu,ulamak dan daie banyak menghasilkan penulisan dan karya. Rasulullah SAW mengutus surat kepada pembesar-pembesar menyeru untuk memeluk Islam. Ulama Islam – berkat kegigihan mereka berkarya, hari ini kita berkesempatan meneguh sebanyak mungkin ilmu hikmah yang sangat berharga daripada kecerdikan dan kebijaksanaan mereka.

(2) Menulis, ia memberikan suatu motivasi yang tinggi untuk kita merumuskan sesuatu ilmu yang kita perolehi. Untuk memahami suatu ilmu, kita perlu menulis, menganalisis dan merumuskannya. Ia adalah kaedah menuntut ilmu zaman berzaman. Tokoh cendiakawan silam, menjadikan menulis sebahagian daripada kehidupan mereka. Di mana-mana, membawa pen dan kertas. Ilham yang terlintas, dicatat di lembaran kertas dengan sebaiknya.

(3) Menulis, ia adalah wadah perkongsian ilmu yang sangat-sangat baik. Lihatlah, dengan penghasilan karya-karya hebat, kitab-kitab yang mashsyur dan lembaran-lembaran penulisan ulamak, cendiakawan, ilmuan, penyair, sasterawan, para alim serta tokoh akademik – kita akan mendapat seribu manfaat daripada nya.

(4) Menulis, melaluinya akan terhasillah buku-buku yang akan ditelaah, ditatap dan dibaca. Buku ia akan memberikan suatu pengalaman yang sangat mengasyikan. Ia adalah teman yang baik, khadam yang jujur, sahabat yang setia dan akan menemani kita saat suka, duka, gembira dan sedih. Buku, tulisan dan himpunan perkataan yang membawa maksud akan memberikan kekuatan.

(5) Menulis, ia adalah suatu seni yang boleh dipelajari, didalami dan ditekuni. “ Semua orang boleh menulis.” Kata seorang sahabat saya, Hilal Asyaf. Ya, saya bersetuju dengannya. Menulis, ia akan memberikan suatu kesan yang dalam kepada jiwa. Kita bebas, melakarkan pena di hujung tinta. Kita boleh mengerakan jari jemari di titian key board laptop dengan tenang tanpa apa jua sekatan dan halang. Jika anda sudah memasuki alam ini, rasailah keasyikannya.

(6) Menulis, ia menguatkan jiwa dan hati kita. Kenapa saya kata begitu? Menulis ia akan memberikan ketenangan, kedamaian dan menguatkan jiwa di saat hati dirundum kelaraan jiwa dan duka nestapa. Berapa ramai orang yang akan menyendiri lalu dicapai pena dan kertas atau buku lalui ia meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Bahkan, saat itu juga – ia akan menyendiri membaca kalam Ilahi, buku-buku penguat nurani dan segala tulisan yang akan mempertingkatkan kekuatan di jiwa. Pernahkah anda melalui saat-saat sebegini?

(7) Menulis, ia akan memberika satu tolakan, paksaan dan dorongan yang kuat untuk kita membaca. Perlu membaca, ia adalah prasyarat untuk menghasilkan suatu gagasan fikiran melalui penulisan. Membaca membuat kita terisi dengan ilmu, pengetahuan, hikmah dan suluhan cahaya yang benar. Membaca buku tulisan ulama’ muktabar, penulis-penulis yang ikhlas dalam berkarya dan lembaran karya yang berkualiti, bermutu dan punyai nilai keintelektualan yang tinggi.

(8) Menulis, secara berterusan dan konsisten ia memberikan latihan untuk berdisiplin kepada kita semua. Setiap hari, kita boleh menulis, melakarkan, mencatat dan menaip apa sahaja yang terlintas dihati, berbekas di hati dan bermain-main di minda. Antara medium yang saya jadikan medan menulis ialah buku catatan harian, buku rancangan harian, kertas perancangan, blog, FB dan emel. Alhamdulillah, ia sangat bermanfaat.

(9) Menulis, ia mampu membentuk gelombang arus yang besar kesannya. Tulisan-tulisan yang berpengaruh dan meninggalkan impak kepada dunia telah membuktikan bahawa himpunan tinta yang asalnya terdiri daripada huruf-huruf dan gabungan ayat-ayat - mampu membangkitkan suatu gelombang perubahan kepada sejarah peradaban manusia.

Menulis akan menghasilkan tulisan. Tulisan inilah yang dinamakan sebagai karya. Syed Abu Ala Al-Maududi dalam risalahnya iaitu Kesusateraan Islam menjelaskan bahawa karya-karya Islam terbentuk kepada dua kumpulan iaitu karya-karya berbentuk hujjah (argumentative literarute) dan karya-karya yang memberikan rangsangan (motivative literature). Kesemua karya-karya ini menjurus kepada satu matlamat iaitu menyakinkan para pembaca bahawa Islam ialah Ad-Deen ( satu-satunya cara hidup yang sebenarnya).

Bagi saya, inilah penjelasan yang sanga-sangat jelas, nyata dan konkrit.

Dimensi baru dunia penulisan alaf baru : Dunia blog


Itulah boleh saya coretkan berkaitan hal ini, Alhamdulillah – kini saya jadikan medan berblog sebagai medium saya untuk menulis, memahirkan penggunaan bahasa, menyusun masa, menganalisis bahan bacaan , mencurahkan pandangan serta idea, berkongsi pengalaman serta pengetahuan yang kerdil dan – yang terpenting saya temui hajat saya dalam menulis- iaitu segala-galanya adalah medan untuk berubudiyah kepada Allah SWT. Saya pernah menulis tentang tips untuk menjadi blog sebagai amal soleh : [ Tips : Perinciannya di sini ]



Hajat saya, ialah semakin ramai yang menulis, berblog dan menyebarkan warna-warna kebaikan di dalam maya ini. Sebab apa? Hati saya sakit apabila melihat begitu membiak dan bercambah blog-blog yang berbau maksiat dan dosa ( bayangkan setiap hari blog porno, lucah, politik kotor, mencaci dan merosak bertambah jumlahnya dengan mendadak). Kerana itu, saya sangat-sangat menyarankan anda yang membaca perkongsian ini untuk : - Terjun ke medan menulis.

“ Eh, saya tidak berbakat!”
“ Saya tidak reti la menulis!,”
“ Saya? – Malas la, sibuk saya ini,”

Berhenti! – Mari kita beralih ke tulisan ini. Perkongsian daripada sahabat saya, Hilal Asyraf. Kamu boleh menulis sebenarnya. Kemudian, anda berikan jawapan, alasan dan komentar anda. (‘’,).

Hasrat, impian dan cita-cita

Impian saya, mahu melihat lebih banyak blogger-blogger Islamik di alam maya ini. Sekarang ini tidak ramai, sekitar ribuan sahaja. Sedangkan, jumlah blog dalam alam maya adalah melebihi jutaan blog dalam pelbagai bahasa, bentuk, tema dan fokus. Kita mahu ia menjadi gelombang yang dahsyat yang merebak ke seluruh dunia alam maya. Ya, blogger muslim profesional, blogger islamik dan blogger yang punyai keunikan yang tersendiri.

Agar mampu menghasilkan lebih banyak SaifulIslam.Com dan Zaharuddin.Net , membiaknya aura IluvIslam.Com, laman sesawang LangitIlahi.Com, bertambahnya portal-portal Islamik seperti Murabbi.Net, Halaqah.Net, al-Fikrah.Net dan sebagainya di dunia online ini.

“ Bukan dah banyak ke?,”
“ Cukup la tu,”

Saudara saudari, jika kalian membuka minda dan menerokai dunia alam maya tanpa batasan ini – ketahuilah di sana terdapat banyak laman-laman sesawang, portal-portal dan blog-blog musuh Islam yang sedang meracuni pemikiran remaja muslim di di seluruh dunia. Pelbagai rupa dan bentuk.

Hiburan yang melampau
Membudayakan hedonism (hidup bermewah)
Gambar-gambar, video-video tidak bermoral
Permainan Games
Blog-blog picisan yang merosak
Lawak yang tidak berfaedah
Dan bermacam-macam lagi

Ia bukan satu atau dua, ratusan bahkan jumlah mencecah kepada puluhan ribu. Mereka bergerak, merancang, menjana, merencana, melaksana, berstrategi dan menyuntik idealogi-idealogi selain daripada Islam dengan niat yang jahat.

Justeru, kita punyai peranan. Peranan, tanggungjawab dan amanah yang besar. Berbangga sebagai muslim bukan sekadar kita hebahkan, gembar-gemburkan dan war-warkan kepada dunia – kita memakai pakaian muslim, beribu berbapakan muslim dan memiliki rumah bercorak islamik.

Kita mampu melakukan sesuatu :

“ Membentuk arus gelombang kesedaran dan kebangkitan Islam.”

Jadi, bagaimana dengan anda? Apa keputusan anda? Ingin menyertai gagasan blogger muslim, blogger islamik dan blogger acuan Islam yang sebenar.

Keputusan di tangan anda. Kita mampu menjadikan medan penulisan ini umpama pedang yang menghunus. Merobek jahiliyah yang rakus merosakan keperibadian muslim muslimah di seluruh dunia dengan sebuah kesedaran dan kefahaman yang jernih.

Anda mampu mengubahkannya!

Keyakinan saya :

“Semua orang mampu dan boleh menulis.”

-----------------------------------------------------------


Nota :

Harapan saya agar isteri saya juga akan turut aktif dalam lapangan penulisan ini. Beliau sangat berpotensi, berbakat dan mempunyai gagasan fikiran yang sangat-sangat baik. Moga Allah SWT permudahkan.

BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
23 Mei 2011

Read more...

Motivasi : Inspirasi Ke Puncak

Wednesday, April 20, 2011

Membara dalam jiwa : Motivasi diri full sentiasa!


Motivasi : Inspirasi Ke Puncak
Oleh : BroHamzah

Terasa ingin membakar semangat diri dan membangkitkan motivasi diri. Tidak mahu dihantui kelemahan, kemalasan, kelesuan, keletihan dan kepenatan yang membunuh jiwa yang membara.

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan.

Waktu yang berlalu, ia tidak berulang kembali. Masa adalah kehidupan. Terfikir dengan sepenuh hati, bagaimana untuk melalui sisa-sisa kehidupan dengan karya yang benar-benar mengugah jiwa. Kini, benar-benar mendalami ilmu seni mengolah kehidupan dan kematian agar titik akhirnya membuahkan sesuatu yang menjaminkan kesejahteraan di akhirat sana.

Orang yang berjaya ; diredhai Allah SWT kerana keimanannya, disayangi keluarganya kerana kelembutannya, dicintai manusia kerana akhlaknya, dihormati masyarakatnya kerana manfaat yang diberikannya.

Kejayaan, kemenangan dan kecemerlangan – sentiasa melekat dan dekat di hati. Sungguh, selalunya rasa ingin memaksa diri untuk mengikuti semua jalan-jalan, lorong-lorong dan denai-denai yang telah dilalui oleh manusia yang telah berjaya.

Umar Bin Abdul Aziz berkata : “ Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu. Jiwa yang merindui kepimpinan, maka aku mendapatkannya, merindui khalifah maka aku meraihnya, dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”

Meniti jalan ke syurga adalah laluan dan kebiasaan orang-orang soleh. Terbaca kisah luar biasa mereka dalam kesungguhan, komitmen, keseriusan dan keazaman dalam melaksanakan amalan soleh. Diri ini kerdil – masih jauh daripada bayangan keperibadian mereka.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasan yang jauh ke hadapan.

Cita-cita ialah jalan kejayaan, kesungguhan ialah kenderaannya.

Sesiapa yang memiliki cita-cita yang membakar, jiwa yang teruja, usaha yang giat dan kesabaran yang berterusan, maka dia memenuhi kriteria orang yang ulung.

Makanan yang paling lazat ialah makanan yang dimakan ketika lapar. Air yang paling nikmat ialah air yang diminum ketika kehausan. Tidur yang paling nyenyak ialah tidur dalam keadaan keletihan. Kejayaan yang paling indah ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikannya.

Manusia yang sanggup melalui pengorbanan dan bersusah payah, dialah adalah manusia yang bersedia untuk melalui detik-detik kemenangan di hari muka.

P E S A N A N

Alhamdulillah - anda telah membaca kesemua coretan dan perkongsian di atas. Dan sekarang, fokus betul-betul. Baca yang telah diboldkan sahaja.

Apakah yang dapat anda simpulkan?



Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP