Fenomena Ggateh berbasikal Fixie di Serambi Mekah

Monday, July 11, 2011

Kegilaan baru yang sedang merebak pantas.


Merebaknya fenomena “Ggateh” di Serambi Mekah. Sihat atau Tenat?

Semenjak dua menjak ini, saya terperasan sesuatu yang agak baru sedang menular di negeri Serambi Mekah ini. Fenomena yang dapat dilihat setiap kali saya pulang dari pejabat, ialah deretan anak-anak muda dengan basikal yang berwarna warni.

Pink, hijau, biru, hitam, putih dan bermacam-macam warna.
Semuanya ada.

“ Dah macam satu fenomena pulak berbasikal macam ini?,” Komentar seorang sahabat saya.

“ Ini basikal apa?,” Soal saya.

“ Kalau tak silap, orang paling basikal Fixie!,” Katanya mudah.

“ Inilah fenomena ggateh!,” Kata saya.

Dalam bahasa kelate ia disebut “ Ggateh”. Apa tu?

Maknanya ialah kayuh.
Mengayuh basikal.
Ggateh dengan basikal fixie.


Warna jambu! (pink) - Antara warna yang popular di jalan raya. Jambu itu anggun? Betul kah?

Basikal Fixie

Secara umunya, saya lihat ia adalah satu aktiviti yang bagus, menyihatkan dan baik. Daripada para remaja kita melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa lebih baik ada sesuatu yang akan memberikan manfaat kepada mereka.

Seingat saya, waktu kecil-kecil dulu, saya ini ada penggemar basikal. Pernah menukar beberapa kali jenis basikal. Yang terakhir basikal yang saya beli hasil hadiah daripada abah saya ialah GT. Saya pernah memiliki satu basikal yang lain, - tetapi basikal yang biasa-biasa.Tidak ingat apa jenama dan jenisnya. Hadiah daripada pihak sekolah.

Saya minat GT dan BMX sewaktu kecil. Ia ada style yang tersendiri.


Dahulu, zaman saya kanak-kanak, selain GT - basikal yang agak popular ialah Chopper dan BMX. Menangis saya, memujuk abah membelikannya. Alhamdulillah teknik pujukan menjadi. Saya berjaya memiliki basikal GT secondhand. Kira oklah, abah belikan juga walaupun kewangan yang ada adalah terhad. Baik, catatan santai-santai saya ini, ingin saya berkongsi tentang basikal Fixie ini.

Fixie ini merupakan satu perkataan yang timbul daripada perkataan “fixed-gear”. Ini kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak walapun kaki si pembawa basikal tidak mengayuhnya.

Kerana itu, Fixie ini tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini maka anda (jika menaik basikal ini) haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur ke belakang.


Fakta Basikal Fixie yang perlu ada tahu


Ada beberapa fakta yang menarik tentang basikal Fixei ini. Sama-sama kita kongsikan.

1. Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia. Setelah hampir 70 tahun, baru kita mempopularkannya. Menarik!

2. Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek. Sehingga begitu sekali.

3. Untuk memberhentikan basikal Fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.

4. Sesetangah penunggang Fixie berpendapat basikal Fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen. Bergaya, steady dan ada stylenya.

5. Basikal Fixie tidak mempunyai gear. Ia adalah basikal yang unik – lain daripada lain. Kerana itu ia menjadi suatu fenomenan. Inilah asbab atau punca kenapa ia boleh menjadi suatu fenomena baru di kalangan masyarakat di Malaysia.

6. Harga basikal Fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal. Agak mahal juga. Apatah lagi, ia telah mendapat perhatian dan dicari-cari oleh para remaja dan anak muda masa kini.

7. Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai. Anak muda, dan orang ramai suka aktiviti secara berkelompok. Jadi ia adalah suatu yang kena dengan jiwa remaja.

8. Seperti basikal BMX, Fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir. Kemahiran-kemahiran berbasikal secara professional akan menambahkan lagi kegilaan kepada aktiviti berbasikal ini.

9. Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.

10. Sesetengah penunggang berpendapat menunggang Fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin. Dengan erti kata lain, ialah mereka mendapat kepuasan!

Warna yang garang

Sihat atau tenat?

Secara umunya, fenomena ini menyihatkan. Ia mengeluarkan peluh, mengerakan otot-otot kecil serta besar dan malah membawa satu syiar yang sangat baik. Cantik sekali dalam sebuah poster melihat Tuan Guru ( Tok Guru) Menteri Besar Kelantan sedang membuat gaya “good” dan sebelahnya ada perkataan Teruskan Ggateh!

Cuma satu perkara yang harus diharmonikan dan diperbetulkan ialah sesetengah penunggang di kalangan anak-anak gadis dan dara yang berbasikal dengan gaya pakaian yang kurang enak dipandang. Ia mengoncangkan dalaman para pengguna yang berlalu lalang di jalan raya.

Freehair, berbaju berseluar sendat dan ketat.
Gaya-gaya yang kurang sedap dipertontonkan dikhalayak ramai.

Suasana-suasana yang kurang baik untuk iman.
Melunturkan benteng-benteng iman yang ada di dalam jiwa.

Pandangan mata-mata dan tumpuan juga terganggu seketika.
Tontonan free dihidangkan.


“ Ala, itu pun hendak kecoh!,”
“ Rileklah, benda kecil!.”

Kerana ia kecil bagi pandangan umum. Tetapi, tasawur ilmu saya yang kerdil dan tiada apa-apa : pada saya ia adalah perkara yang besar.

Ia memberikan gambaran yang besar kepada sesebuah komuniti masyarakat. Perkara yang kecil-kecil yang akan mempengaruhi hal-hal yang besar.

Saya suarakan pandangan yang mungkin tidak ada power dan apa-apa dalam menyatakan hasrat. Bagi saya, satu garis panduan harus dikeluarkan oleh pihak yang berwajib kepada mereka. Adab-adab menunggang, adab bermuamalat di jalan raya dan sebagainaya. Didikan dan panduan yang baik akan memberikan sesuatu yang baik kepada generasi di masa hadapan.

Mereka membawa suatu yang besar kepada sebuah harapan buat masa depan negara kita. Saya selalu terbayangkan suasana yang tenang, harmoni dan menyejuk di jalanan. Yang berggateh di tepi-tepi jalan ini adalah anak-anak muda yang punyai etika pengguna yang tinggi. Mesra, menghormati dan sopan. Pemudi yang mengayuhnya menutup aurat sesempurnanya dan terpelihara segala-galanya di lintasan awam pengguna jalan raya.

Alangkah baiknya, jika ia sebegitu!

Wallahu’alam, atau anda punyai pandangan?

17 comments:

Yildirim Fateh July 11, 2011 at 8:32 PM  

ada satu kes ana pergi kelantn baru-baru nie,,
jam 4 pagi kayuh basikal,,

BroHamzah July 11, 2011 at 8:32 PM  

nurFahri

Jom, kita Ggateh ramai-ramai kat KB

BroHamzah

BroHamzah July 11, 2011 at 8:43 PM  

shairazi sharizan

4 pagi, itu luar biasaaa..Fenomena berGgateh di awal pagi vs tahajud di dinihari

BroHamzah

Ha Jaafar July 11, 2011 at 8:51 PM  

Baru saja semalam berdiskusi dgn akhi razali mengenai fenomena ini. sepanjang perjalanan pulang dr menziarahi ukhtie mumtazah, kelihatan anak2 muda berbasikal disana-sini. Ketika azan maghrib berkumandang, masih ramai yg berbasikal sambil 'melepak-lepak' ditepi jalan raya secara berkumpulan. Betapa hebatnya penangan seruan'basikal' ini, berbanding seruan Ilahi.

BroHamzah July 11, 2011 at 8:59 PM  

Ha Jaafar

Ini kesan yang menenatkan.

BroHamzah

Mujtahid005 July 11, 2011 at 10:44 PM  

Abang Ali,

Ini bukan di Kelantan saja. Rasa-rasanya satu negara. Lama-lama matilah trend ni. Dulu remaja kita sibuk dengan fenomena Shuffle, kemudian Parkour, sekarang ini Fixie pula. Sekarang ni, DSLR pun sudah jadi trend.

Ana harap remaja kita ambil yang positif daripada trend ini seperti pembinaan fizikal, dan banyak meluangkan masa outdoor berbanding terperap di hadapan komputer.

Yang ana bimbang ialah falsafah Barat yang biasa menjadi tunjang trend-trend ini. Sebagai contoh, budaya Parkour yang berfalsafahkan kebebasan.

Antara kesan negatif yang ana nampak ialah wujudnya puak-puak. Fixie/BMX. Fixie/Tiada Fixie. Seolah-olah pemilikan Fixie itu menjadi satu nilai tambah kepada diri.

Alangkah indahnya pemandangan sekumpulan remaja ber-Fixie ke surau untuk solat berjemaah.

Allahua'lam.

BroHamzah July 11, 2011 at 11:53 PM  

Mujtahid005

Alhamdulillah, bagus percambahan dan perkongsian pendapatnya. Sangat teliti pemerhatiannya. Alhamdulillah.

Trend trend juga. Tetapi ke manakah ia membawa kita? Harus dijawab dengan nada yang seragam.

BroHamzah

yaqut hulaif July 12, 2011 at 12:44 AM  

kalau fenomena Fixie nie dapat mengurangkan jumlah mat rempit bagus jgk...

tapi ada jugak benda 'tenat' yang menyelit.

kesan sampingan yang memenatkan.

BroHamzah July 12, 2011 at 12:47 AM  

yaqut hulaif

Benar tu, jika diperhalusi ia adalah suatu peluang keemasan untuk mendekati remaja. Bagaimana?

BroHamzah

Yildirim Fateh July 12, 2011 at 1:25 AM  

join kelab basikal? mcm 2 ke?

BroHamzah July 12, 2011 at 2:43 AM  

shairazi sharizan

Mungkin. Wujudkan jaringan & biah yang baik. Strategi.

BroHamzah

Tengku Fatimah Azzahra July 12, 2011 at 3:19 AM  

salam, sy bersetuju dgn akhi..
tp sy nk tye blhkah klau seorg muslimah menutup aurat berbasikal sorang2?

minta perjelasan...

Anonymous,  July 12, 2011 at 9:29 PM  

ia bleh jadi sihat dan boleh jadi tenat...brgantung kpd yg mnggunakannya...ziarah lah blog ana ust. 'ali...(pewarisislam.blogspot.com)-fathi, mtqMAIK... jazakallah atas prkongsian...ana pun krang pngtahuan ttg basikal ini, jzkallah...

BroHamzah July 13, 2011 at 1:18 AM  

Wassalam,

Muslimah berbasikal menutup aurat, berdua atau beramai-ramai. InsyaAllah. Terpelihara dan elak fitnah.

BroHamzah

BroHamzah July 13, 2011 at 1:19 AM  

Abu Dzar

Alhamdulillah, tahniah sudah aktif menulis. Teruskan menulis dan mengilap bakat. Ia menjadi mata pena yang tajam dalam bertinta.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP