Memimpin Diri Menuju Oasis Ramadhan

Wednesday, July 20, 2011

Ramadhan Kareem!


Memimpin diri menuju Oasis Ramadhan


Menanti oasis yang menyejukan jiwa.
Menghilangkan dahaga.
Dan, memberikan kebahagian dan ketenangan sanubari.

Bagi saya, Ramadhan juga umpama oasis. Di saat, melalui kehidupan yang meletihkan dan memenatkan. Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk.
Sesejuk salju putih.

Terbayangkan keindahan, kenikmatan dan keasyikannya.
Kedamaiannya, kebahagiaannya dan suasananya yang lain dari yang lain.
Terasa sangat. Anda bagaimana?

Saya teringat satu kata-kata Imam Hassan al-Banna, katanya :

“ Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam.”

Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah “mind setting” yang harus kita tanam dan gerakan nanti.

Baik, sekadar perkongsian. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini. Saya kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif saya, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini.

  • Memperbanyakan TAUBAT dan istighfar kepada Allah SWT. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
  • Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
  • Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua kita. Banyakan istighfar dan sedekah untuk mereka.
  • Belajar dan faham Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
  • Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardu.
  • Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan. Mindsetting yang mesti dilakukan.
  • Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
  • Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
  • Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
  • Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
  • Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaran terutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
  • Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.

Inilah peta laluan yang akan membawa kita menuju oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan.

Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.

" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."

Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.


BroHamzah I Kota Bharu, Kelantan
21 Julai 2011 I 19 Syaaban 1432 H

P/S : Mencari tempat untuk berteduh dan berehat sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Perkongsian berkaitan Ramadhan juga di Langit Ilahi.Com. Tajuk : Oasis Ramadhan, ia merehatkan jiwa yang lara. Semoga bermanfaat.

7 comments:

Qawiem Khairi July 20, 2011 at 10:19 PM  

salam abang ali,

teringin utk ulang kembali kata2 ini. sgt berkenan di hati.

"Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk. Sesejuk salju putih." Subhanallah.

Moga2 ana dpt meneguk air ramadhan itu. Amin
terima kasih atas perkongsian Dr Abdullah Sudin dan sudi melawat pondok Lautan Rabbani.

Salam ukhwah abg ali,
Pelaut Rabbani. =D

BroHamzah July 21, 2011 at 7:03 PM  

Pelaut Rabbani

Salam ukhuwah kembali buat anta, semoga Allah sentiasa merahmati anta insyaAllah.

Jom, kita nikmati keindahan Ramadhan yang kian menghampiri.

InsyaAllah
BroHamzah

Kumiko Ryou | Farah Amira July 22, 2011 at 2:07 AM  

Assalamualaikum..:)...miko dtg ziarah..betul 2 bro hamzah...miko pn dlm usaha memperbaiki diri...kita manusia yg x lari dr kesilapan...

Khaulah~ July 22, 2011 at 6:44 AM  

salam..
menanti ramadhan dengan pnh kegembiraan..:-)

lowprof July 23, 2011 at 7:25 AM  

salam,

ana reblog nta punyer post ni abg ali..

thanks for the post.. moga terus thabit dlm kerja dakwan insyaAllah..

Tengku Fatimah Azzahra July 29, 2011 at 6:17 AM  

salam...juz nk tye...confius
bukan ke kalau nk jauhkan dr mksiat n dosa perlu kpd bykkn amalan soleh....so mcm mne ukuran tu sebenarnya??

BroHamzah August 22, 2011 at 12:15 AM  

Fatimah az-Zahra

Salam, menilai "kekuatan" diri mukmin - para ulama memberikan panduan dengan menilai sejauhmana ia dapat meninggalkan dosa dan maksiat.Kerana meninggalkan dosa dan maksiat lebih susah daripada melakukan amalan soleh.

Berapa ramai orang yang selalu solat dan berpuasa, tetapi masih melakukan dosa-dosa dan keingkaran.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP