PERHATIAN UNTUK PELAJAR CTU 211 & CTU 101

Thursday, October 29, 2009

Ragam Musim Exam

Assalamualaikum WBT

Buat semua pelajar-pelajar saya yang dihormati. Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester ini. Saya hendak umumkan bahawa Markah Carry Mark ( 40%) sudah saya tampalkan di notice board Bilik Mesyuarat 1 Berhampiran dengan Pejabat CITU. Sekiranya ada apa-apa permasalahan boleh rujuk saya.

Ustaz 'Ali 'Irfan Bin Jamalludin


Terima kasih

Read more...

Minda Kelas Pertama

Generasi Yang Mencintai Allah SWT adalah Generasi Yang Hebat

Minda Kelas Pertama

Oleh : BroHamzah

“ Para Sahabat RA dibawah didikan Rasulullah SAW memiliki minda kelas pertama. Kenapa? Mereka mempunyai misi dan visi hidup yang menjangkaui alam Dunia. Mereka nampak akhirat dengan mata mereka sendiri.” Ujar Ustaz Abdul Hadi Osman ketika tazkirah Subuh pagi tadi.

Setiap kali Solat Subuh, saya akan menunaikannya di Surau MATRI. Saya sukakan suasana pagi yang tenang dan kesejukannya yang dingin. Memulakan pagi hari dengan Al-Quran dan Solah Sunnat sebelum Subuh, memberi kenikmatan dan kekuatan kepada saya. Dan yang lebih membahagiakan saya, apabila mendengar pengisian rohani oleh Ustaz Abdul Hadi. Bersahaja, santai dan penuh dengan untaian kalam-kalam nasihat yang memikat.

Pagi tadi, Ustaz menyebut tentang Minda Kelas Pertama. Hari ini, sistem pendidikan perdana menwar-warkan tentang perlunya mendidik manusia untuk mencapai standard minda kelas pertama. Sudah pasti kayu ukurnya adalah berkiblatkan Negara-negara yang maju dan hebat. Minda kelas pertama dinilai dari segi keintelektualan yang tinggi dan tahap akademik yang membanggakan.

Namun, pagi ini Ustaz memberi satu penjelasan yang mudah. Minda Kelas Pertama yang ingin Islam lahirkan adalah minda kelas pertama yang diambil daripada Para Sahabat di bawah didikan Rasulullah SAW.

“ Mereka HEBAT dan sangat HEBAT kerana mereka berpandangan JAUH. Mereka melihat dunia ini melalui pandangan keimanan kepada Allah SWT.” Ujar Ustaz Abdul Hadi Osman

Kehidupan mereka dipenuhi dengan keimanan. Mereka mulakan pagi hari mereka dengan membaca Al-Quran dan Solat Subuh sebagai tanda kehambaan mereka kepada Allah SWT. Keimanan mereka benar-benar menyerap dan dihayati dalam setiap detik kehidupan mereka.

“ Kami didik antum bukan hanya untuk CEMERLANG akademik, boleh mendapat kerja yang hebat dan dikenali masyarakat. Tetapi kami didikan antum supaya berjaya dunia dan akhirat dan akhirnya boleh bersama-sama dalam menegakkan deen Islam.”

“ Kita semua akan pulang kepada Allah SWT. Yang terpenting dalam hidup kita adalah KEREDHAAN Allah SWT.” Bibir Ustaz Abdul Hadi terus menerus mengungkapkan mutiara-mutiara nasihat.

Saya benar-benar tersentuh dengan nasihat Ustaz Itu. Mungkin bagi orang lain, ia merupakan kata-kata biasa, namun bagi saya ia adalah ungkapan yang membangkitkan dan menghidupkan. Dengan nada yang lemah lembut, kata-kata dan peringatan Ustaz akan sentiasa menyentap hati saya. Saya boleh mengingati setiap kata-katanya yang tidak jemu-jemu menasihati dan memberi peringatan.

DIDIKLAH HATI

Apakah Rahsia para sahabat begitu hebat dan Berjaya memiliki Minda Kelas Pertama yang diiktiraf oleh Allah SWT? Jawapannya kerana hati mereka dididik untuk mengingati Allah SWT dan banyak mengingati Mati. Mereka memandang dunia ini dari sudut pandangan yang berbeza daripada masyarakat yang tidak berminda. Mereka memfokuskan hidup mereka kepada Akhirat dan menjadikan Dunia ini medan yang terbaik untuk menuju akhirat yang kekal abadi sebagai hari pertemuan dengan Allah SWT.

Dalam dunia yang ada pada hari ini, kita akan mengalami banyak ujian dan cabaran. Ibnu Taimiyah RA adalah menyebut :

“ Sekiranya kita memilih jalan keimanan bererti kita memilih jalan ujian dan dugaan.”

Apabila dilanda Ujian dan Dugaan, ingatlah ia merupakan tanda kasih sayang Allah SWT.Berbaik sangka la dengan Allah SWT dan binalah hubungan hati terus menerus kepada Allah SWT. Merasai keperluan untuk melihat keadaan hati kita adalah satu tuntutan yang penting bagi sesiapa sahaja yang berada dalam proses pendidikan hati.

Saya teringat kata seorang senior saya kepada saya :

“ Orang Mukmin sentiasa merindui suasana Iman dan Ukhuwah, dan merekalah yang berusaha membinannya.”

Keperluan kepada suasana yang hidup dan segar yang dihubungkan dengan keimanan amat perlu untuk jiwa-jiwa yang merindui kehangatan dalam mendambakan cinta Allah SWT. Kemanisan beriman itu akan zahir secara jelas melalui kehidupannya.

TERUSKAN USAHA-USAHA INI

Buat semua, janganlah berputus asa dalam mendidik diri. Andai diri kita selalu kecundang dan tewas, bangkitlah semula. Seorang Murabbi yang sangat saya hormati Cikgu Mohd Abduh Zainal Abidin atau lebih dikenali Sir Abduh pernah berpesan :

“ Putus Asa bukanlah sifat orang Mukmin.”

Jangan kecewa dan bersedih. Binalah kekuatan hati dengan menghubungkan ia dengan ruh Al-Quran. Giatkan majlis-majlis Ilmu dan sebarkan Kefahaman Islam di mana sahaja kita berada. InsyaAllah, kekuatan itu akan diberikan oleh Allah SWT.

Read more...

Demam Exam

Wednesday, October 28, 2009

Bebaskan Diri Anda Daripada Tekanan Exam

Demam Exam

Oleh : BroHamzah

brohamzh@yahoo.com

http://brohamzah.blogspot.com

Dua tiga minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi kebanyakan universiti tempatan di Malaysia. Begitu juga dengan pelajar-pelajar saya dan rakan-rakan saya di mana sahaja kalian berada, sibuk dengan persiapan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan bagi semestre ini.Sebagai inspirasi dan kata-kata semangat untuk semua saya sertakan kata-kata motivasi untuk dorongan kejayaan.

Semasa mempengerusikan sesi sharing moment program HIMEGA'08, saya teringat kata-kata seorang ahli Panel iaitu Kak Mashitah bahawa surah al-Hajj: 40 menjadi motivasi dan inspirasi dalam hidupnya. Maksud ayat tersebut :

" Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya." (Al-Hajj : 40)

Hadith Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Allah (swt) sangat suka (bahkan cinta) kepada seseorang kamu,
apabila melakukannya dengan ketekunan dan kemahiran”.

Riwayat Al-Baihaqi

Semasa membelek dairy harian saya terbaca sebuah kata-kata yang terdapat pada helaian kertas yang amat memotivasikan .

" Dalam mengerjakan sesuatu TIDAK usah tergesa-gesa,asalkita rajin, teliti dan tabah serta hasilnya tentu akan tercapai."

Saudara Nur Muhammad ada menyebut ketika menyampaikan slot cemerlang Akademik baru-baru ini.

"“Kamu mengharapkan kejayaan, tetapi kamu tidak lalui jalannya, sesungguhnya kapal takkan dapat berlayar atas daratan”

“Siapa yang mencari ketinggian tanpa lalui kesusahan, dia telah mensia-siakan umurnya mencari sesuatu yang mustahil”

Sheikh Mustafa Masyur ada menyebut :

“Mahasiswa Muslim contoh hendaklah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain.”

Pak Cik Rosdi Baharom ada berpesan :

"Ilmu dan kepakaran tidak mungkin dapat diraih dengan bersantai/berehat-rehat."

Seorang penyair ada bermadah indah :

“JADILAH RIJAL DENGAN KAKI BERPIJAK DI BUMI NAMUN CITA-CITA TERGANTUNG DI LANGIT NAN TINGGI”

Zig Ziglar

Wisdom from America’s Top Motivator ( Seorang Pakar Motivator Amerika)

"SUCCESS occurs when OPPORTUNITY meets PREPARATION."

Teringat nasihat Ust NoorKhairan Nordin, seorang panel sharing moment.

"Kalau nak studi yang terbaik, studi lah di library. Di situ ada kekuatan!."

Dan akhir sekali, hayatilah kata-kata Imam Hassan al-Banna ini :

“Yang kita harapkan tidak lain adalah keredhaan Allah Subhanahuwata’ala dalam menjalankan tugas dan kewajipan dakwah ini

Semoga kalian, tekun dan perbetulkan NIAT dalam menghadapi peperiksaan ini. Semoga Allah mudahkan.

Read more...

Hidup Ini Hambar Tanpa Iman

Friday, October 23, 2009

Read more...

Seikhlas Kasih Sayang Yang Abadi

Kasih Sayang itu Indah Jika Ianya Kerana Allah SWT
 

Kisah ini adalah perkongsia seorang teman saya, sudah lama rasanya saya baca Sekitar Tahun 2005. Semoga bermanfaat.
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda  daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket  seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil  kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku 
menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
 
"Siapa ambil  duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya  menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk  memandang lantai.
 
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang  aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah  tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik  nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti  menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit  menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
 
Setelah puas  melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar  mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah  di luar kelak?"
 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik  cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan  yang mencucuk-cucukMelihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati,  kesan dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup  mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,  semuanya dah berlalu!"
 
 
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu  membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran  belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan
menyambung  pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah  cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah  berkata, "Zah,kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga  sekali!"
 
 
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.  "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik  keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu. "Ayah, saya tak mahu  ke sekolah lagi!"
 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik  dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti  biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
 
"Kenapa  kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu,  ayah akan lakukan!"
 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik  tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
 
"Kakak  perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka,  dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai  baju lusuh yang dia
ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat  sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke  universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat  akak."
 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas  dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya  memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
 
"Pemuda kampung?"  bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak  adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 
 
"Kenapa  sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia  menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata  kalau mereka tahu saya adik kakak?"
 
Jantungku terasa berhenti  berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air  jernih mengalir di pipi.Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen  pada pakaian adik.
 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik  keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku  sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli  satu untuk akak."
 
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul  adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat  ditahan-tahan.
 
 
 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara  menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti  selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya  balik."
 
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
 
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.  Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada  tangannya.
 
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak,  kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang  masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya  untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti  selalu.
 
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang  usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
 
"Kalau adik  terima jawatan tu, apa kata orang lain?"kata adik. "Adik takde pelajaran.  Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
 
"Adik tak ke  sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk
 
"Kenapa sebut kisah lama,  kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik  terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada  majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis  bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik  menjawab, "Selain emak, kakaksaya...."katanya lantas menceritakan suatu  kisah yang langsung tidak ku
ingati.
 
"Semasa sama-sama bersekolah  rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut  saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka  kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.  Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan 
calar-balar."
 
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya  akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan  menjaganya sampai bila-bila."
 
Sebaik adik tamat bercerita, aku  meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan  diserang histeria.
 
Jika manusia berkasih sayang krn allah mungkin lebih
hebat dan menarik!!!
ia bermula dari islam dan iman!!!
 
Ada yang mengangis ke ??? Ambil lah iktibar ye… 

Read more...

Persahabatan

Wednesday, October 21, 2009

Kerana Kita Adalah Saudara


Persahabatan
Ada satu kisah, saya ingin berkongsi dengan anda. Ia adalah sebuah kisah persahabatan

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengahperjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pebdapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidakmengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.



Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir:



“ Hari ini sahabat baikku telah memukulku.”



Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama. Setelah lama berjalan, mereka sampai si sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasiktersebut untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.



Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan erima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:



“Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”



Sahabatnya bertanya, “Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?”



Jawab sahabat tersebut, “Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila..”



Begitulah kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung,keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segeraa boleh melupakannya. Namun sebaliknya,apabila kita mengecapi nikmatdaripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia di dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.



Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakanlah dan maafkanlah segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.



Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri.



Justeru itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan. Binalah persahabatan dengan banyak memberi bukannya menerima. Kemanisan dalam persahabatan hanya dapat dirasai oleh mereka yang banyak memberi kepada sahabatnya.



Ya, memberi kasih sayang,perhatian, segala-galanya dimiliki sebagai perkongsian yang baik. Berkongsi ilmu, pengetahuan dan apa jua yang akan menyenangkan sahabat anda.




Buat sahabat, maaf saya sekiranya saya tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik dalam hidup kalian

Read more...

Tarbiyah Dan Perubahan

Tuesday, October 13, 2009

Perubahan Itu Bermula Dari Dalaman

TITIK TOLAK PERUBAHAN

"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah (keadaan mereka) sendiri."

[Ar-Ra’d:11]

Kehidupan yang dilalui seharian dalam perjalanan kehidupan ini sentiasa menuntut perubahan. Semua makhluk cipta Allah SWT BERUBAH. Sunnatullah yang tiada sesiapa pun dapat menolaknya. Muslim mukmin dituntut untuk sentiasa berubah dan meningkat ke arah sesuatu yang lebih baik. Baik dari segi pandangan hidup, kehidupan seharian, cara berfikir, bertindak dan bergerak.

Titik tolak, masdar, punca atau sumber perubahan dalam kehidupan seorang Muslim perlulah jelas dan benar. Ketahuilah asas kepada perubahan seorang insan itu terletak kepada dirinya. Lebih mendalam iaitu kepercayaan, keimanan dan keyakinannya yang disematkan di dalam Hati.

PERBAIKILAH DIRI DAN SERULAH ORANG LAIN

Seorang Ulamak Haraki dalam pergerakan Islam, Sheikh Mustafa Masyur pernah berpesan : “ Perbaikilah diri kamu dan Serulah Orang Lain.”Ungkapan ini sangat mendalam dan penting pengertiannya kepada kita. Apatah lagi, bagi diri kita yang telah disentuh oleh Tarbiyah Imaniyah.

Asas kejayaan setiap Insan adalah terus memperbaiki dan mempertingkatkan diri. Kerana nilai dan harga diri seseorang terletak kepada nilai dan kualiti dirinya.Namun, keunikan ajaran Tauhid ini adalah ia bersifat mementingkan diri sendiri sahaja tetapi ia perlu mengajak dan menyeru individu lain untuk turut beriman dan berjaya serta mempertingkatkan diri.

Formula Di sini ialah :

Tarbiyah + Dakwah = Kejayaan Hakiki

Perbaiki Diri + Menyeru Kebaikan = Hamba Rabbani yang diredhai

TARBIYAH DAN PERUBAHAN

Tarbiyah adalah proses yang menghidupkan watak-watak mukmin, watak mujahid dan keperibadian Hamba RabbaniSentuhan Tarbiyah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW telah menghasilkan sesuatu yang mengejutkan dalam sejarah peradaban dunia

Hasil sentuhan Tarbiyah ini telah melahirkan Satu Jil atau Generasi yang sangat Hebat dan UnikGenerasi Para Sahabat RA telah mencipta sejarah perubahan yang menggagumkan dan mempesonakan.Seorang Tokoh Gerakan Islam Abad ke 21, As-Syahid Sayyid Qutb RA telah member jolokan gelaran kepada mereka dengan gelaran Jil Nul Quranul Farid (Generasi Al-Quran Yang Unik)

Apakah Formula yang menyebabkan mereka menjadi sangat hebat dan mampu merubah dunia jahiliyah yang kelam serta menyesak dada kepada dunia Islam yang luas dan membahagiakan?Lantaran itu, Sheikh Tarbiyah Mustafa Masyur mengungkapkan satu ungkapan yang penting untuk kita fahami, hayati dan renungi. “ Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi Segala-galanya dapat diraih dengan Tarbiyah.”

Justeru itu, apa langkah pertama kepada perubahan?

Read more...

BANTUAN KEMANUSIAAN

Saturday, October 10, 2009



Read more...

6 Syarat Matlamat


6 Syarat Matlamat ~ Agar Ia Menjadi Sesuatu Yang Serius!

Oleh :

BroHamzah

brohamzh@yahoo.com

MATLAMAT yang jelas menghasilkan TINDAKAN yang jelas

MATLAMAT yang besar menghasilkan USAHA yang besar

MATLAMAT yang kecil menyebabkan FIKIRAN remeh

MATLAMAT memberi tenaga positif untuk terus BERUSAHA

Berusaha tanpa PUTUS ASA demi mencapai MATLAMAT

BELAJAR dari kesilapan untuk MEMPERBAIKI DIRI

Mission Statement ( Pernyataan Misi)

Apa itu Matlamat? Ia merupakan tujuan, cita-cita, keinginan yang ingin dicapai. Matlamat yan nyatakan di sini merangkumi semua kategori matlamat sama ada matlamat Utama, jangka pendek ataupun jangka panjang.

[1] Matlamat mesti DITULIS

Bagi saya sesuatu yang serius dan penting perlu dizahirkan ke alam realiti. Matlamat yang kita hajati dan ingin dicapai perlu ditulis di atas kertas. Saya namakan catatan ini sebagai "Mission Statement." Ia adalah sebagai bukti niat dan sasaran kita. Sudah banyak pendapat dan pengalaman orang yang berjaya, mengiyakan kenyataan ini. Tunggu apa lagi , catatkan dan lakarkan apa jua impian dan matlamat anda!

[2] Matlamat mesti dengan NADA yang POSITIF.

Impian kita mestilah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Fikirkan secara positif untuk mencapainya! Berfikiran positif, itu adalah langkahan awal kepada kejayaan.

[3] Matlamat mesti mempunyai JANGKA MASA.( Time Frame)

Jangka masa amat penting untuk memastikan bahawa anda dapat mencapai matlamat selangkah demi selangkah. Kerja anda menjadi lebih sistematik dengan sistem jangka masa. Inilah masanya untuk melakukan dengan sistematik dan teratur!

[4] Matlamat anda, MILIK ANDA.

Jangan meniru matlamat orang lain. Setiap orang punyai matlamat masing-masing dan ia berbeza mengikut kelebihan masing-masing. Jadi, kenali potensi diri dan impianlah untuk punyai matlamat yang realistik!

[5] Matlamat mestilah PRAKTIKAL dan TIDAK MUSTAHIL dicapai.

Matlamat yang disetkan hendaklah boleh dan dapat dilakukan bukan matlamat yang membebankan dan tidak masuk akal. Anda tahu kemampuan anda! Anda mampu melakukan sesuatu selagi anda punyai keyakinan kepada diri anda!

[6] Matlamat mesti ada FOLLOW UP & MONITORING

Maknanya kita perlu ada sistem hentian muhasabah untuk semak balik dan check balik segala tindakan kita. Adakah ia menjurus ke arah matlamat kita atau tidak. Atau anda hanya leka dengan membuang masa dengan sia-sia. Renungilah seketika, sama ada anda semakin menghampiri matlamat anda atau semakin jauh daripadanya.

Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda untuk merangka matlamat anda dengan baik dan cemerlang. Ia juga sebagai satu muhasabah untuk diri saya. Teruskan berimpian dan bercita-cita. Gantunglah matlamat anda setinggi mungkin untuk mencapai redhaNya. Matlamat untuk dicapai !

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP