Syabas kepada Halaqah Maya yang mengambil insiatif mewujudkan page Presiden Dr Muhammad Mursi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Sila pakat-pakat like Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].
Transformasi Islamik : Ikrar Dr
Morsi Buat Semua
Paluan gendang perjuangan dan
kemenangan pasca Revolusi Mesir 2011 – kian rancak dan ia digencarkan lagi oleh
pimpinan wajah baru Mesir yang diketuai oleh Presiden Republik Arab Mesir yang
baru, Dr Mohammed Morsi Isa Al-Ayyat.
Saya, anda dan kita semua
tertanya-tanya apakah langkah sulung beliau di saat memasuki pejabat rasmi
Presiden Mesir yang terletak di Istana Presiden Kaherah, Mesir. Gagasan apakah
yang akan beliau cetuskan untuk hari-hari awal sebagai presiden dan ke manakah
halatuju beliau dalam menjenamakan Mesir yang “baru”.
Rancangan 100 Hari # 1
Saya tertarik dengan ucapan
sulung beliau sejurus diisytiharkan sebagai pemilik kerusi tertinggi Mesir :
“ Saya berjanji menjadi presiden
untuk semua rakyat Mesir. Apa yang saya harapkan, kita semua dapat mengukuhkan
perpaduan negara yang tercinta ini kerana perpaduanlah satu-satunya jalan
keluar pergolakan yang sedang berlaku.”
Beliau kotakan janji itu dengan
meletakan semua jawatan dalam parti yang dipimpinnnya dan juga di dalam gerakan
yang didokonginya iaitu Ikhwanul
Muslimin. Dan fokus beliau terarah kepada satu sahaja iaitu “Membangunkan Mesir
Yang Baru” melalui satu kot pakaian sahaja iaitu Presiden Republik Arab Mesir.
Kemenangan ini hanyalah titik mula bagi Dr Morsi dan angkatannya dalam memimpin
Mesir ke arah sebuah negara Madani.
Rancangan 100 Hari # 2
Slogan beliau : “ Menjadi
presiden untuk semua rakyat Mesir.” – amat-amat dialukan.
Secara umunya, kita dapat lihat –
Dr Morsi ingin membawa perubahan yang berasaskan kepada ideologi gerakan yang
didokongi dan transformasi yang akan dijulung adalah berpaksikan Islam yang
syumul, sederhana dan murni. Dengan berlatar belakangkan pendidikan professional
– PhD kejuruteraan dan juga “sheikh” – sahsiah mukmin dan hafal 30 juzuk :
tentunya ia adalah ciri-ciri kepimpinan yang ideal buat masa ini. Bahkan,
beliau juga –secara tidak langsung- telah meletakan batchmark yang tinggi untuk “bakal-bakal” presiden di masa hadapan
dan inilah suatu transformasi kepimpinan negara yang dihajati.
Justeru, transformasi Islamik
yang ingin diketengahkan seperti serasi, secocok dan masuk line dengan apa yang dijanjikan.
Rancangan 100 Hari #3
Kini,
tibalah saat dan ketikanya gerakan yang tersohor di seantero dunia itu
merealisasikan segala idea, falsafah, janji dan prinsip mereka kepada seluruh
rakyat Mesir. Seluruh mata melihat setiap perancangan, perlaksanaan dan menanti
hasil yang berlaku. Cabaran yang menanti beliau di hadapan amat hebat dan
besar. Jurang antara impian, hasrat dan kemahuan rakyat Mesir yang
tertunggu-tunggu serta ternanti-nantikan perubahan yang drastik pastinya
menguji kesabaran, kecekalan dan kekentalan beliau untuk mengurus tadbir Mesir
dengan transformasi yang dicanangkan.
Sejauhmanakah kemampuan beliau
mampu “bertahan” dalam jangkamasa yang lama memerintah Mesir, - ia masih
menjadi tanda tanya - dan sekiranya hal ini berlaku ia merupakan suatu legasi
yang baru kerana inilah kali pertama Mesir diperintah dan ditadbir urus oleh
rakyatnya sendiri. Sebelum ini, Mesir mengamalkan sistem kerajaan beraja,
tentera dan sistem berpresiden yang diamalkan secara authoritarian penuh.
Namun, kini semuanya bertukar atas kemahuan dan kehendak rakyat yang mahukan
perubahan demi masa hadapan Mesir yang lebih cerah, aman, harmoni dan adil.
Rancangan 100 Hari # 4
Menarik untuk kita amati, banyak
sejarah politik dunia Islam memperlihatkan bahawa begitu “rapuh” kerajaan
pimpinan gerakan Islam di beberapa negera. Kerajaan-kerajaan yang terbentuk
melalui revolusi atau pelbagai cara yang ada tidak mampu bertahan lama,
terutama apabila berhadapan dengan kemelut dunia politik dunia tempatan serta
global yang mencabar dan turut menerima tekanan daripada negara-negara kuasa
besar yang lain.
Parti Islam FIS, Parti Refah di
Turki serta beberapa kerajaan Islam yang ditubuhkan secara revolusi seperti di
Iran, Iraq, Afgahistan dan Libya mengalami suatu sindrom “pendek umur” akibat
daripada serangan “musuh” yang dahsyat serta tidak mampu bertahan dengan
gelombang politik global serta tekanan yang luar biasa dari pelbagai pihak.
Rancangan 100 Hari # 5
Namun, kemenangan Dr Morsi adalah
suatu tamparan yang hebat buat dunia barat – Amerika serta konco-konconya - dan
musuh-musuh Islam yang sebelum ini dilihat tidak akan memberi peluang kepada
mana-mana gerakan Islam untuk memperlihatkan “kepakaran” mereka mengurus tadbir
negara. Jelas, rakyat Mesir meletakan harapan yang tinggi buat Dr Morsi untuk
melakarkan sebuah kejayaan dalam mengisi kemenangan yang telah diraih bagi
mewujudkan sebuah negara Mesir yang baru.
Berjayakah Dr Morsi membawa gagasan bau ini kepada Mesir?
Mampukah beliau meruntuhkan presepsi bahawa gerakan Islam hanya mampu
bertahan seketika sahaja dalam memerintah negara?
Sanggupkah beliau terus bertahan dengan cabaran-cabaran yang dahsyat
di masa mendatang?
Bagaimanakah beliau melunaskan semua janji-janji yang telah ditaburkan
untuk rakyat Mesir?
Kita, tunggu dan lihat. Dan – titipan doa buat mereka agar Allah SWT
berikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan untuk menjayakan usaha-usaha murni
ini.
Sesuatu signifakan akan berlaku antara realiti dan mimpi.
Antara kenyataan dan keajaiban.
BroHamzah
Rasa Bahagia Melihat Sinar Islam Kian Terang Benderang!
Dr Mursi : Gagasan Baru Untuk Mesir - Mengisi Kemenangan
Sunday, June 24, 2012
Presiden Mesir Baru - Auranya bergelombang ke seluruh dunia.
Bermula tercetusnya Revolusi Mesir Januari 2011 yang lepas,
seantero dunia menumpukan mata, wajah dan jiwa mereka kepada Mesir. Satu
persatu peristiwa – baru, mengejut dan menggembirakan - berlaku dalam sejarah
Mesir bagi tahun 2011.
Satu persatu terakam kisah duka dan suka buat rakyat mesir.
Harapan, impian dan cita-cita yang tertanam begitu lama
dalam mimpi mereka mulai menjelma ke alam realiti. Revolusi yang berlaku
mengorbankan hampir 1,000 nyawa telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada
mereka dan hari ini pengorbanan itu “bagaikan” tertebus dengan sebuah permulaan
kejayaan bagi rakyat Mesir.
Saya begitu kekok untuk mencatat sesuatu berkaitan Mesir
ini. Ingin mencetuskan buah fikiran, pandangan dan pendapat pun tidak berhasil
baik. Sudah lama, tidak meninggalkan jejak di teratak ini terutamannya,
berkaitan isu Mesir. Tidak tahu mengapa, tetapi saban hari saya mengikut
perkembangan Mesir dengan perasaan yang berdebar-debar dan teruja.
24 Jun 2012 – Dengan izin dan kuasa Allah SWT.
Prof Dr Muhammad Mursi, calon Presiden Mesir daripada Parti
Kebebasan dan Keadilan yang ditaja oleh sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin secara
rasminya telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir pasca Revolusi Mesir tahun
lepas.
Boleh jadi juga, Dr Mursi akan menjadi parameter, kayu aras
dan juga “standard” syarat yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam di
masa hadapan untuk abad ke 21 untuk
memikul tanggungjawab kubra ini. Latar belakang akademik yang menyakinkan,
bidang kepakaran yang mengagumkan dan juga keperibadian Islam yang menyejukan. –
Bayangkan dia merupakan seorang muslim yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kini, seluruh dunia meletakan harapan buat kepimpinan baru
Mesir terutama Dr Musri dalam mengencarkan corak pemerintahan Negara Madani
yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Tanggungjawab, bebanan dan amanah yang
digalas oleh Dr Mursi amat-amat berat, besar dan sungguh-sungguh menguji.
Menang satu aspek dan mengisi kemenangan suatu aspek yang lain.
Dua perkara yang berbeza dan jauh jurangnya.
Agenda kini adalah agenda mengisi kemenangan yang baru
diraih. Agenda sebenar baru bermula, gendang perjuangan mula diketuk penuh hikmah
dan himmah agar iramanya terus kencang dan bergema.
Semoga rahmat, inayah dan hidayah Allah SWT mengiring setiap
langkah perjuangan mereka. Mereka? Bukan – kita jua. InsyaAllah.
BroHamzah
Sujud Syukur
Seusai Pengisytiharan Rasmi.
Labels:
Isu Semasa,
Tokoh Islam
Anak-Anakmu Bukanlah Anak-Anakmu
Thursday, June 21, 2012
Lihatlah mereka, apa yang mereka tahu tentang kita sebagai ibu ayah?
Mereka ada dunia mereka, tetapi pernah kita sebagai ibu bapa berjaya "memasuki" dunia mereka.
Sembang-sembang
sambil memandang ke matanya yang sangat bulat.
“
Anak-anak adalah individu yang berlainan dengan kita. Kita sebagai ibu ayah
hanyalah berusaha untuk mendidik mereka dengan nilai-nilai Islam dan cinta.
Mereka punyai fikiran, potensi, kekuatan dan kelemahan sendiri.”
Ditambah
lagi.
“
Usahlah mendidik anak-anak kita untuk menjadi diri kita. Tetapi didiklah mereka
untuk menjadi apa yang Allah SWT kehendaki.”
Hampir
semua orang mengiyakan dan menganggukan kepala ketika seorang penyair Arab
Yahudi bernama Khalil Ghibran bertutur :
“ Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu
Mereka adalah putra putri
Yang merindukan kehidupan
Mereka datang melaluimu tetapi bukan
darimu
Meskipun mereka bersamamu,
Namun mereka bukanlah milikmu
Engkau dapat memberi mereka cintamu,
Tetapi bukan fikiranmu,
Kerana mereka memiliki fikiran
sendiri
Engkau dapat mengurung tubuh mereka
di rumah, tetapi
Bukan jiwa mereka….”
Jika kita
memiliki cita-cita hidup yang tidak tercapai maka anak adalah tumpuan paling
baik agar teraihnya cita-cita itu kembali.
Jika kita
menyesali perjalanan yang tersia-siakan maka anak adalah harapan paling mungkin
untuk mengukir sejarah hidup baru yang diidam-idamkan.
Jika kita
seorang yang berjaya dalam hidup ini maka anak adalah insan paling baik untuk
meneruskan legasi perjuangan kita dan memperkasakannya.
Jika kita
merasa lemah dalam pengabadian kepada Allah SWT maka anaklah manusia paling
mungkin membantu kita menambah pahala dan meringankan siksa akhirat kelak dengan
doa-doa dan amal solehnya.
Dengan cara
inilah kita menyantuni dan melihat anak kita, maka kehadirannya semestinya
disyukuri dan disambut dengan suka, cinta dan cita. Anak-anak adalah mad’u
anugerah. Insan yang dikurniakan Allah SWT untuk kita pelihara, santuni,
didik, jaga dan besarkannya dengan kasih sayang, cinta dan tauhid kepada-Nya.
Sehingga
kini, bagaimana kita memandang anak-anak kita? Sekadar terbatas apa yang mampu
dilihat atau melihat menembusi apa yang “patut” dilihat.
BroHamzah
Anak adalah milik Allah. Anak adalah
Amanah.
Read more...
Labels:
Anak
Catatan Kehidupan # Jun 2012
Monday, June 18, 2012
Catatan Demi Catatan : Titik Untuk Diri.
Bismillah, catatan ini dinukilkan.
[#] Bibit-bibit kejayaan
Dr Morsi dari Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwanul Muslimin dalam
pilihan raya Mesir memberikan suatu sinar harapan buat seluruh pejuang,
pencinta dan penegak Islam yang syumul. Perkembangan suasana “baru” di Mesir
kebelakangan ini – telah membuka seluas-luasnya tumpuan seantero dunia terhadap
fasa-fasa baru perubahan dunia kepada corak pemerintahan yang lebih adil,
harmoni dan islamik.
Banyak telaah, analisis, pandangan dan buah fikiran
pemerhati, penganalisis dan juga orang ramai tentangnya. Congakan, kiraan , pemerhatian,
dan andaian yang dibuat dari pelbagai sudut dan prespektif. Dunia seolah-olah
sedang menanti sesuatu yang signifikan yang akan berlaku.
Sama-sama kita doakan dan nantikan dengan tembakan doa,
tadahan munajat dan rayuan munajat kepada Allah SWT.
[#] Menulis itu
memerlukan “kekuatan” dari pelbagai sudut. Menulis adalah proses output yang
berlaku setelah segala “input” itu diproses, dianalisis dan dicernakan dengan “peralatan”
– ilmu, akal, pengetahuan dan pengalaman - yang ada. Seseorang tidak dapat
memberikan sesuatu jika ia tidak memiliki sesuatu.
Agak janggal menemui seseorang yang begitu ghairah menulis,
berkongsi melalui medium penulisan dan aktif dalam dunia pengkaryaan ini – tetapi
dia adalah seorang yang malas membaca, tidak suka bertanya, terperap dengan
dunia khayalan buatan sendiri dan gemar
menyisih daripada komuniti.
[#] Mulai Jun
ini, saya meneruskan usaha-usaha perkongsian dalam Langit Ilahi melalui ruangan
Motivasi. Kali ini lebih bersahaja, ringkas, santai-santai dan berbentuk tips.
Dengan bidang kerja yang tidak menentu dan tidak diduga – saya kira bentuk ini
amat serasi dengan saya untuk tempoh ini. Yang penting, saya boleh kekalkan
momentum penulisan dan mood berkongsi untuk terus subur dalam minda, jiwa dan
perasaan saya. Syukran buat sahabat saya, Hilal Asyraf atas lontaran idea yang sangat bernas dan praktikal ini.
Sehingga kini, sudah 3 tips yang saya kongsikan untuk
sama-sama kita janakan dan gerakan. Klik untuk semak tipsnya :
Ayuh sama-sama kita ambil manfaat. Di mana? Hanya di LangitIlahi.
Com. – Mari Menjadi Hamba.
[#] Skop Tarbiyah
diri. Bagi yang telah lama menjadi usrah, halaqah, liqo atau bulatan gumbira
sebagai medium mendidik dan memperingkatkan diri dalam usaha mendekati Allah SWT,
tentunya ia sudah sebati dan serasi dengan jiwa anda.
Tetapi, jika semakin hari semakin lesu, hambar, jemu, jenuh
dan bosan dengan pertemuan-pertemuan sebegini – kita harus cepat-cepat semak
akan keberkesanan, perjalanan dan pengisian bulatan gumbira anda. Lebih separuh
usia saya adalah terbina melalui nadi pembentukan ummah ini.
Setiap fasa, pastinya akan ada perubahan teknikal
perjalanan, kaedah penyampaian, agenda-agenda penstrukturan semula, tips dan
trik baru pengendalian halaqah dan bentuk-bentuk baru yang lebih segar,
bertenaga dan baru untuk semua peringkat.
Saya begitu gembira dengan penghasilan sebuah buku “Tip
& Trik Usrah” yang ditulis oleh sahabat seuniversiti dahulu, Syed Faiz Syed
Mahmad dan rakannya, Yusry Yusopp. Syabas dan tahniah. Semoga usaha “memasyarakat
usrah” mampu direalisasikan dengan titik mula ini. Ternyata, - usrah, halaqah,
liqo dan bulatan gumbira bukan hanya untuk indvidu yang terpilih, eksklusif,
tertentu, baik-baik dan berkopiah serta bertudung labuh sahaja.
Targetnya – ia mampu dimasyarakatkan sehingga pengaruhnya
menjadi sinonim dengan semua orang. Bagi saya, ia adalah usaha murni yang harus
disokong dan didokong.
BroHamzah
Setiap hari
adalah hari-hari baru untuk lebih maju!
Labels:
Catatan Perjalanan
Adik-adik, Kuatkan Semangatmu!
Wednesday, June 13, 2012
Petak-petak kejayaan, - Ia bermula dengan diri kita.
Semalam – Selasa, 12
Jun - saya menghubungi seorang pelajar
lepasan SPM 2011. Beliau pelajar yang pintar, bijak dan memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam SPM. (9 A & 1
C).
Setelah beliau tidak
mendapat kursus yang diminati yang ditaja oleh pihak MARA, beliau memohon untuk
memasuki bidang perguruan dan setelah itu beliau menunggu keputusan maktab. Semalam
juga keputusan maktab keluar, dan saya hubunginya untuk mengetahui
keputusannya.
Saya dan rakan-rakan membantunya untuk
melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).
“ Bagaimana, keputusan
maktab? Dapat kah?.”
“ Tidak abang, saya
tak dapat,”
“ Sabar adik, ada
hikmahnya itu,”
“ Abang, saya
sangat-sangat sedih. Semalaman saya tidak tidur kerana memikirkan masa depan
saya,”
Lama saya
bersembang-sembang dan menenangkannya. Kedengaran tangisan dan esakannya di
corong telefon. Jiwanya bebenar kacau dan penuh dilemma.
“ Saya rasa sudah
malas untuk belajar. Saya patah semangat.Saya asal dari keluarga yang susah
abang. Jika boleh, saya tidak mahu susahkan ibu bapa saya,”
“ Kamu pelajar yang
bijak dan pandai. Perjalanan kamu baru bermula. InsyaAllah, abang akan bantu.
Nanti abang pergi ke rumah kamu. Boleh ka?.”
“ Tak pa la, abang.
Tak perlu susah-susah. Nanti saya akan ke kolej berjumpa abang. Saya tidak mahu
susahkan sesiapa.”
Itu sebahagian dialog
saya dengan seorang pelajar lepasan SPM yang cemerlang, tetapi Allah SWT uji
dengan sedikit dugaan kepada-Nya. Apabila direnungkan, sesungguhnya setiap
orang ada ujian, dugaan dan mehnah yang Allah SWT ditimpakan kepadanya.
Beliau berasal
daripada Gua Musang, dari keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik yang
ramai. Sayu rasa hati mendengar kisahnya. Dan, itulah realiti dan hakikat yang
ada. Usaha untuk membantunya agar dapat menyambung pelajar ke KTD sedang
diusahakan oleh kami di sini. Doakan.
Kolej Terbaik Dunia
Kolej Terbaik Dunia
Kini, hampir 230 orang
pelajar yang mendaftar ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), selamat datang saya
ucapkan. Pelbagai latar belakang keluarga, keupayaan akademik dan taraf sosial yang berbeza yang dipilih
oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran di “kilang” ini.
Adik-adik, inilah
titik asas anda untuk memulakan langkah
pertama dalam membina mercu kejayaan anda. Ada yang mendaftar kerana terpaksa,
ada yang hadir penuh sukarela, ada yang melangkah 50-50 pasti atau tidak dan
ada yang samar-samar lagi halatuju.
Ingin saya katakan, di
mana sahaja kita diletakan dan dipilih untuk berada – di situ sebenarnya ada
asbab-asbab dan titik-titik untuk kita berjaya. Pokok pangkalnya, kembali kepada kita untuk
membuat suatu perubahan yang besar kepada diri.
SPM yang lepas itu,
biarkan ia berlalu. Usah difikir-fikirkanlah. Membebankan jiwa sahaja kalau
direnung lama-lama. Kini, saatnya kita memulakan suatu kehidupan yang baru.
Ujian, cabaran, dugaan dan halangan di alam baru ini perlu dihadapi dan
disantuni. Justeru, persoalannya bersiap sediakah kita?
Di sini, saya sudah melihat bagaimana seorang
pelajar yang dahulu mendapat keputusan yang rendah semasa SPM, tetapi
diperingkat diploma cemerlang setiap semester pengajiannya.
Di sini juga, saya temui insan yang dahulunya “nakal-nakal”
tetapi berubah 180% lantaran disapa hidayah daripada Allah SWT.
Banyak yang luar biasa berlaku dengan izin Allah SWT.
Buat yang ragu-ragu, masih berbelah bagi dan hati semakin tawar – dirikanlah solat
hajat serta bermunajatlah kepada Allah SWT. Pohon kekuatan daripadanya kerana
semua masa depan kita dalam genggaman-Nya. Lihatlah secara big picture, - perkara yang prinsip dan asasi bukannya kepada masalah-masalah yang cabang dalam membuat penilaian serta keputusan. Jika telah bulat hati, - terus berlari sih ke puncak, usah pikir-pikir lagi!
Usirkan kekecewaan yang lalu, bungkuskan ia dalam
memori silam dan campaklah ia jauh-jauh mulai saat ini. Jangan berpaling lagi
ke belakang. Tetapkan hati dan jiwa – hadapan diri ke hadapan dan teruslah
berjalan dengan tekad dan keazaman.
Jika rebah kita bangkit semula,
Jika rebah lagi, kita bangkit sekali lagi,
Jika rebah berkali-kali, terus kita bangkit dan bangkit!
Jika jatuh kita bangun semula,
Jika jatuh lagi, kita bangun sekali lagi,
Jika jatuh berkali-kali, terus kita bangun dan bangun!
Kita tidak akan menyerah kalah dan mudah berputus harap. Bak kata murabbi saya MAZA :
" Tiada istilah putus asa dalam diari kehidupan mukmin!."
Pasakkan Asa Di Jiwa Kita.
Kobarkan Ia Di Jiwa Hamba.
Jika rebah lagi, kita bangkit sekali lagi,
Jika rebah berkali-kali, terus kita bangkit dan bangkit!
Jika jatuh kita bangun semula,
Jika jatuh lagi, kita bangun sekali lagi,
Jika jatuh berkali-kali, terus kita bangun dan bangun!
Kita tidak akan menyerah kalah dan mudah berputus harap. Bak kata murabbi saya MAZA :
" Tiada istilah putus asa dalam diari kehidupan mukmin!."
Pasakkan Asa Di Jiwa Kita.
Kobarkan Ia Di Jiwa Hamba.
BroHamzah
13 Jun 2012
Memandang Masa Depan Sendiri. Semboyan Untuk “Berjuang” Ke Peringkat Seterus Sudah Berbunyi.
Read more...
Labels:
Inspirasi Ke Puncak,
Motivasi Diri
Warming Up Ramadhan Versi 10
Sunday, June 10, 2012
10 Waming Up Menuju Ramadhan
Design oleh Umar Hakimi
Syukran & Syabas atas penghasilan sebegini. Semoga Allah SWT redha akan usaha anta.
Mungkin suatu hari nanti boleh join team Langit Ilahi dalam menghasilkan poster dan sebagainya.
BroHamzah
Sesi memanaskan jiwa untuk bertamu ke teratak Ramadhan.
Ia telah bermula.
Read more...
Labels:
Langit Ilahi.Com
15 Warming Up Menuju Ramadhan
Thursday, June 7, 2012
Tips - 15 Warming Up Menuju Ramadhan.
Pentingkah?
Ya. Ia adalah sesi memanaskan badan, jiwa, emosi dan perasaan kita.
BroHamzah
7 Jun 2012
Rejab, Syaaban & Ramadhan.
Read more...
B-L-O-G. - Apa Yang Saya Dapat?
Tuesday, June 5, 2012
Bismillah.
Hampir 8 tahun saya terlibat dengan dunia berblog ini –
sejak tahun 2005 -. Ada yang bertanya apa yang saya dapat? Justeru, saya
kongsikan apa yang saya rasakan melalui dunia blog ini. Saya cetuskan ia
melalui akronim B-L-O-G.
B - Bina Jaringan
Dengan mempunyai blog, tanpa sedar kita sedang membina satu
rangkaian serta jaringan sesama sahabat, rakan dan pengguna maya yang lain.
Menariknya – ia tidak terhenti di alam online sahaja. Jika boleh, rangkaian itu
dijelmakan juga di alam offline.
“ Ini BroHamzah kan?. Saya selalu ke blog saudara.”
“ Pak Cik kerap ke blog anta. Bagus-bagus. Teruskan menulis.”
Selalunya, ada yang akan menyapa lalu, membina talian persaudaraan
tanpa kita pinta. Justeru, blog mampu menjadi medium ukhuwah serta merapatkan
hubungan sesama manusia.
L - Ledakan Semangat
Ramai di kalangan kita suka meluahkan, mencoret dan
berkongsi melalui pelbagai medium. Bagi saya, blog ini sangat-sangat sinonim
dengan saya kerana, ia memberikan suatu motivasi dan inspirasi. Apabila
berkongsi, mencatat dan menukilkan sesuatu di sini – saya terasa suatu perasaan
yang lebih bertenaga, gembira dan bersemangat.
Justeru, bagaimana dengan kalian?
O - Optimakan Masa
Saya “cuba” mengagendakan budaya menulis dalam hidup dan
keluarga saya. Menulis itu semakin sebati dan serasi dengan jiwa dan perasaan
saya. Bagaimanakah ia bermula? Saya membiasakan budaya ini melalui menulis di
blog semenjak tahun 2005 lagi.
Semasa zaman student, jujurnya saya boleh menulis setiap
hari. Berkongsi apa sahaja tanpa diganggu hal-hal lain kerana fokus ketika itu
hanya belajar dan aktiviti-aktiviti yang relevan dengan saya sebagai seorang
mahasiswa.
Tetapi, apabila memasuki alam bekerja – timbul suatu masalah
yang belum pernah saya terfikir. Ketika mula bekerja sebagai pensyarah pada
tahun 2009 – saya “terberhenti” berblog selama 6 bulan. Adjustment, penyesuaian
dan mencuba mengurus masa membawa suatu dimensi baru kepada saya. Membawa suatu
fahaman - mengurus masa itu kepada mengurus diri, sikap dan tekad.
Alhamdulillah, saya belajar mengoptimukan masa dengan
berblog. ( Walaupun, ia sebenarnya perlu usaha yag lebih. Saya masih belajar
lagi.)
G - Gandakan Pahala
Pelik bunyinya? Bagaimana menggandakan pahala dengan
berblog. Mudah sahaja, tulis, sebarkan dan kongsikan hal-hal yang baik, benar
dan sahih. Nasihat yang kita petik daripada Al-Quran, Hadis, buku, bingkai pengalaman hidup dan
sebagainya amat “sihat” untuk dikongsikan.
Apa lagi? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dinukilkan di
blog anda. Oleh itu, bergantung kepada kita untuk merancang, melaksanakannya
dan me”maintain”kannya.
BroHamzah
6 Jun 2012
Terima kasih
kepada sahabat-sahabat pembaca yang sering berteduh di pondok saya ini. Pohon
maaf atas segala kelemahan, kekurangan dan kedaifan.
Labels:
Catatan Perjalanan,
Motivasi Diri
3 Papan Tanda Yang "Tiada" Harga
Berapa nilai sebuah papan tanda bagi anda?
Hari-hari, lelaki kurus itu tetap setia dengan penyapu dan
penyodoknya. Kerjanya dilakukan dengan tekun dan bersungguh. Ramai yang memuji
kebersihan yang dijaga olehnya. Dia kelihatan sentiasa optimis, tenang dan
sentiasa tersenyum. Jika berbicara sentiasa menuturkan yang positif, baik dan
bernada lemah lembut sehingga menyentuh hati yang mendengarnya.
Ramai yang hairan dengannya. Jika diselidiki latar belakang
keluarga dan kehidupannya – dia berasal daripada
susur galur keluarga yang susah. Getir kehidupannya usah diceritakan lagi.
Namun, suatu hari seorang temannya memasuki “pejabat”nya di
stor belakang yang menyimpan alatan tugasan harian sebagai seorang penyapu
sampah dan penyelenggaraan bangunan.
Tergantung 3 papan tanda
di gantung berdepan dengan pintu “pejabat”nya.
“ Papan apa ini?,”
Lalu dibacanya.
Pada papan pertama bertulis : “ Hari Kita adalah Sekarang,
Hari Kita adalah Sekarang.”
Pada papan kedua bercatat : “ Fikirkanlah dan bersyukurlah.”
Pada papa ketiga bernyata : “ Jangan marah.”
Kawannya itu sedikit kehairanan. Papan apa sebegini rupa.
“ Mad, apa yang kamu gantung ini?,” Soal rakannya itu
“ Ooo… itu papan tanda kebahagiaan aku.” Katanya ringkas.
---------------------------------------------------------
Ketiga-tiga papan ini merupakan tiga nasihat yang akan
menghantar kita kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat, mudah,
cepat dan berkesan.
“ Hari Kita adalah Sekarang, Hari Kita adalah Sekarang.” –
Bererti hiduplah kita dengan memfokuskan pada yang telah kita miliki.
“ Fikirkanlah dan bersyukurlah.” – Bermakna fikirkan tentang
nikmat Allah SWT, kemudian syukurilah.
“ Jangan marah.” – Ia adalah penawar kehidupan yang mujarab.
Titik kawal diri yang utama.
Mad, seorang tukang penyapu meraih bahagia apabila 3 papan tanda
yang tiada harga itu benar-benar menjadi dan meresapi ke setiap sendi-sendi
kehidupannya. Setiap hari, itulah perkara pertama yang ditatapinya ketika tiba di pintu pekerjaan sehariannya.
Kita pula bagaimana? Hari-hari terhimpit dengan tekanan dan
bebanan kerja. Lambakan tugasan dan assignment. Hilang seri wajah yang cerah
ceria. Terpamer raut muka yang masam dan dahi yang berkerut-piruk.
BroHamzah
5 Jun 2012
Tidak ramai
yang “tahu” apa yang kita alami, rasai dan hadapi. Apatah lagi untuk memahami.
Hebat Dengan Super 10
Monday, June 4, 2012
S.U.P.E.R 10 [ Sumber ]
Terima kasih buat sahabat saya, Ibnu Fuad Of Langit Ilahi yang me"design" poster Super 10 yang simple, kreatif, cantik dan osem.
Semoga Allah SWT rahmati anta sheikh!
Apakah Super 10 ini?
Saya kongsikan perincian elemen-elemennya di Sini.
Jemput singgah, berteduh dan mengambil ibrah.
Bukannya susah, hanya klik sahaja tanpa lelah.
___________________
BroHamzah
4 Jun 2012
Ahlan Wasahlan I Selamat Datang I Welcome
Kepada para pelajar baru Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Datang dari seluruh negeri di Malaysia.
Serta para pelajar antarabangsa - Thailand, Indonesia, Kemboja, Myammar dan menanti yang akan tiba pelajar sulung dari Somalia.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)