Kem JATIDIRI 2009/2010 Terus Mara

Wednesday, January 13, 2010

Juara Istana Pasir
Hasilkan yang terbaik

Wah besarnya kawasan Istana
Macam Masjid di Palestin saja

Kegembiraan terpancar di wajah

Penat ke?
MENCIPTA SEJARAH

Assalamualaikum WBT, Saya kini di Sri Pantai, Melawi bersama-sama dengan para peserta Kem Jatidiri 2009/2010. Maaf kerana tidak dapat update Blog ini sepeti biasa kerana di sana tidak ada kemudahan Internet. Ini pun sempat saya, update kerana pulang ke pejabat sekejap.
Alhamdulillah, Allah SWT banyak membantu kami semua dalam mengendalikan program sebesar dan selama ini. Penat, letih, tertekan, tension, gembira, tertawa, senyuman dan sebagainya menghiasi perjalanan hidup kami di sini.
Gambar di atas adalah sebahagiaan aktiviti peserta Lelaki di tepi pantai. Saya suka melihat gelagat dan kesungguhan mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kerjasama mereka sangat terserlah dan menggagumkan.
AJAKAN DAN DORONGAN
Saya ingin mengajak dan menjemput sahabat-sahabat Haluan Siswa untuk menyertai kami di sini. Untuk Fasilitator, kami sangat kekurangan tenaga Fasi ini. Namun, kami cuba buat yang terbaik dalam mengurus dan mengendalikan progam ini.
Jika anda ingin membantu, berkongsi syuur dan turun ke medan amal yang praktikal MARILAH Menyertai Angkatan Urusetia dan Fasilitator kami.
PENGALAMAN YANG BERHARGA
Saya sangat gembira dapat berkenalan dan berkongsi cerita dengan Pak Cik/ Mak Cik yang sudi datang dan tidak kekok membantu dalam menjayakan kem ini.
Ayuh.! Gunakan peluang ini sebaiknya. Hubungi saya jika anda berminat untuk membantu : 019-5 263 264. SMS Nama, No Tel, Wakil HaluanSiswa Negeri mana, Tempoh masa dan tarikh yang boleh berkhidmat.



Read more...

Membina Syuur dalam Tarbiyah Amaliyah

Saturday, January 9, 2010


Ya Allah, permudahkanlah Urusan kami ini.KepadaMu kami berserah sepenuh jiwa dan pengharapan

Pengalaman mengendalikan sesebuah kursus atau kem untuk remaja merupakan pengalaman yang sangat berharga dan bernilai buat saya. Ia merupakan tugasan yang sangat sukar tetapi menyeronokan dan memberi kepuasan.


Pengalaman di Kursus IKBN 2009


Satu pengalaman yang baru dan sangat memberi kesan kepada saya ialah kursus pemantapan Ibadah untuk Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis yang saya kendalikan pada hujung tahun 2009.


Kursus selama 3 hari ini saya kendalikan tanpa bantuan Fasilitator. Peserta kesemuanya berjumlah seramai 150 orang. Secara peribadi, saya belum pernah kendalikan kem tanpa bantuan Fasilitator. Pada mulanya, saya rasa agak janggal dan sukar untuk melaksanakannya. Tetapi saya positifkan fikiran dan kuatkan azam untuk menyahut cabaran ini kerana setiap cabaran perlu dihadapi dengan terbuka dan fikiran yang optimis.


3 Hari di Belantara Elit, tempat kem ini dijalankan , saya belajar banyak perkara. Pengendalian 150 orang pelajar yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah sangat memenatkan. Adakalanya saya rasa putus asa dan keletihan yang dirasai sedikit sebanyak menyebabkan semangat saya semakin turun.


Munajat dan Doa


Ketika ini, saya teringatkan pesanan Murabbi saya. Ketika jiwa terasa lemah dan hati mulai goyah, munajat kepada Allah SWT adalah kekuatan yang sangat ampuh. Seusai solat, saya akan tadahkn tangan memohon bantuan dan kekuatan daripada Allah SWT.


Membaca Al-Quran juga merupakan Ibadah yang memberi kekuatan yang sangat kuat ketika jiwa mengalami kegoncangan dan kelesuan. AL-Quran ditatapi dengan sepenuh jiwa, agar roh kekuatan itu sentiasa mengalir dalam jiwa dan hati.


Semua ini adalah amal-amal yang sangat-sangat dianjurkan oleh Islam dalam kita mempertingkatkan diri kit kepada Allah SWT. Al-Imam Hassan Al-Banna sendiri telah mengingatkan kita tentang 5 perkara Asasi yang penting untuk kekal dan thabat dalam jalan keimanan ini. Sekiranya kita memilikinya, insyaAllah kita akan dipelihara oleh Allah SWT diatas landasan yang benar. Lima perkara itu adalah :


Pertamanya, Keimanan yang teguh, tidak goyah dan tidak rapuh.

Keduanya, Keikhlasan yang benar yang tidak mengenal kepuraan dan menunjuk-nunjuk

Ketiganya, Keazaman yang kuat yang tidak mengenal takut

Keempatnya, Amal yang berterusan yang tidak menganl susah dan penat

Kelimanya, Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain kemenangn atau syahid



Tenang dan Bahagia


Tidak ada kebahagiaan dan ketenangan melainkan melalui jalan keimanan dan ketaqwaan. Inilah kunci yang sangat penting dalam menghadapi apa juga halangan dan masalah dalm kehidupan. Saya sangat tertarik dengan ungkapa dan nasihat As Syahid Syed Qutb :


" Ketenangan dan kebahagiaan aalah hembusan dari langit, diturunka ke lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan."


Memohon dengan kerendahan hati dan menyakini dengan sepenuh hati akan janji-janji Allah SWT adalah langkah utama untuk merasai ketenangan dan kebahagiaan ini. Kesemua perasaan ini adalah anugerah daripada Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang terpilih.


Selalu sahaja, teman-teman saya akan menasihati saya agar melakukan amal soleh ini dengan penuh kesungguhan, amanah dan ikhlas. Inilah gigi-gigi kunci untuk merasai ketenangan dan keteguhan dalam beramal kepada Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim :


" Bersungguhlah melakukan apa yang medatangkan faedah kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah."



Kem JATIDIRI 2009/2010


Bermula hari ini, saya akan membantu pihak urusetia kem ini sebagai Kem Komandan Kem JATIDIRI ini bersama-sama sahabat saya Saudara Zulkifli Willi. Kem ini sudah berlangsung selama hampir 2 Minggu lebih, dan akan diteruskan dengn perpindahan tempat kem di Sri Pantai, Melawi pada hari ini sehinggalah 7 Februari 2010. Masih berbaki 3 minggu lebih.


Mindsetting saya, adalah amal ini kerana Allah SWT dan melakukannya sepenuh jiwa dan hati. Saya katakan kepada sahabat-sahabat Fasilitator yang ada, ayuh kita lakukan yang terbaik. Saya membayangkan cabaran-cabaran yang mendatang dan kini persediaan serta persiapan ke arah itu sudah dibina dalam jiwa, hati dan semangat kami di sini.


Inilah peluang dalam beramal dan membantu. Tarbiyah ini memerlukan medan dalam beramal. Inilah TARBIYAH AMALIYAH yang sebenarnya.Segala yang kita perolehi dalam Liqo' mingguan, Halaqah ataupun Usrah akan dipraktikan apabila kita sama-sama bekerja dalam medan amal. Kami menganggapkan ia sebagai medan terbaik untuk MEMBERI segala tumpuan, perhatian dan kasih sayang kepada para peserta.


Kami juga telah sepakat untuk menyelaraskan Visi kami dalam kem ini, adalah REDHA ALLAH dan Misi kami dalam menjayakan kem ini sebagai Trainer dan Fasilitator sebagai Khadimul Ummah iaitu Pelayan Ummah.(Pelayan kepada para peserta). InsyaAllah, ukhuwah Islamiyah yang diikat atas simpulan Aqidah Islamiyah akan terjalin sesama kami pihak urusetia, fasilitator dan juga peserta.


Doa kalian


Mohon doa kepada semua, agar perjalanan kem yang julung-julung diadakan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sehinggalah ia selesai dengan lancar dan jayanya. InsyaAllah.




Read more...

Menulis Itu Memberi

Friday, January 8, 2010

Menulislah Kerana Allah


Menulis Itu Memberi

Oleh : BroHamzah

Menulis.
1 Perkataan yang ringkas dan juga satu perbuatan yang sangat dekat dengan hati dan jiwa saya.
Kenapa perlu menulis?




Menulis itu bukan bererti kita ingin menunjukan kita tahu, hebat atau mempunyai ilmu.Malah, disuatu sudut yang lain, kita sedang melakukan satu proses yang sangat memaknakan kehidupan kita.



Tidak sama sekali.



Tetapi menulis ini merupakan satu kelaziman yang menjadi perkara penting kepada para ilmuan terdahulu. Jika kita membaca kisah dan sirah para Ilmuan Islam, ramai dikalangan mereka sangat giat menulis. Segala input yang mereka pelajari, telaahi dan tekuni akan dirumuskan dan dipermudahkan untuk bacaan umum. Alangkah besarnya sumbangan mereka.



Kini, mereka sudah tiada. Tetapi masyaAllah, mereka meninggalkan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk masyarakat dan orang ramai serta ummat keterkemudian daripada mereka.
Apa yang kita boleh kita simpulkan?



Pahala yang mereka perolehi hasil kebaikan itu mengalir kepada mereka walaupun mereka sudah tiada.



Formulanya mudah, mereka MEMBERI dengan menulis Ilmu untuk manfaat orang ramai dan akhirnya mereka MENERIMA ganjaran pahala yang berterusan tanpa had selagi mana ilmu yang ditulis itu dibaca dan diamalkan oleh orang lain.

PERBETULKAN NIAT

Untuk tahun 2010, saya bercadang dan bercita-cita untuk menulis segala perkongsian, pengalaman mahupun ilmu secara lebih tersusun dan lebih kerap. Justeru, perkara terpenting di sini adalah NIAT saya menulis perlu sentiasa saya perbaharui.

Menulis kerana Allah SWT
Menulis adalah Ibadah
Menulis, medan untuk berubudiyah kepadaNya
Menulis juga kerana inilah medan penyebaran kebaikan, kebajikan, kefahaman Islam dan juga nasihat-nasihat untuk jiwa saya dan saya kongsikan kepada siding pembaca.

PENAMBAHBAIKAN

Saya meletakan target untuk perbaiki penulisan saya pada tahun ini denga beberapa penambah baik antara :



Pertama, setiap artikel akan cuba saya masukan Dalil-dali dari Al-Quran dan As-Sunnah, kata-kata Ilmuan Islam dan sumber rujukan yang bersesuaian dengan artikel. Ini mungkin mengambil masa namun, inilah penambahbaikan yang PERLU dibuat.


Kedua, memperkemaskan bahasa dan ejaan yang menepati tatabahasa Melayu yang terkini. Saya perlu luaskan pembacaan dan menggunakan bahasa yang baik dan mudah


Ketiga, saya akan berusaha untuk mengarang dan menulis di dalam Bahasa Inggeris untuk isu-isu yang dekat dan mudah. Ia merupakan usaha saya untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris saya.


Keempat, saya akan menulis rencana untuk dimuatkan di dalam Surat Khabar mahupun majalah-majalah yang terpilih. Saya akan fokuskan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan pendidikan dan kaunseling.

Inilah beberapa TARGET peribadi dalam penulisan. Semoga usaha saya ini akan memberi kekuatan kepada saya untuk dekat dengan Allah SWT. InsyaAllah

Read more...

Komitmen Dai Sejati

Ini jalanku
Komitmen Dai

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah


مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاق

“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”

[an Nahl, 16:96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan kebijakan pemimpinnya dan mengakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

Muhammad Abduh dalam buku Komitmen Dai Sejati

Read more...

Rinduku Kepadamu Ya Rasulullah

Thursday, January 7, 2010

Perjuangan ini menuntut Pengorbanan


Lebih Indah daripada Bulan




Jabri Ibn Samurah RA meriwayatkan, " Saya melihat Rasulullah SAW pada satu malam yang terang-benderang oleh cahaya bulan. Baginda mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap Baginda dan memandang Bulan. Sungguh, menurutku Baginda lebih indah daripada Bulan."




(Riwayat al-Tirmizi, al-Darimi, Abu Syaikh, al-Hakim dan al-Tabrani)




Pernah anda menrasai satu perasaan yang luar biasa sekali tentang perasaan rindu?


Rindu yang bersangatan dan mendalam rasanya.




Saya pernah mengalami satu perasaan yang sangat luar biasa. Ketika itu saya benar-benar hajat untuk menatap dan berjumpa dengan Rasulullah SAW. Seingat saya, ketika itu saya di tingkatan dua. Suatu hari, saya membaca satu Sirah tentang Rasulullah SAW.




Sirah ini berkaitan diri dan perjuangan Rasulullah SAW. Saya terpegun dan benar-benar kagum dengan Rasulullah SAW. Suatu yang benar-benar menyentap perasaan saya adalah apabila membaca Sirah pergorbanan Rasulullah SAW.




Pengorbanan yang berlaku kepada pimpinan Islam yang sangat hebat dan Baginda adalah manusia yang berjuang untuk sesuatu yang benar dan haq.




Pernah saya air mata saya mengalir membaca satu kisah baginda yang panjang. Tentang pengorbanan baginda. Rasulullah SAW pernah mengikat perut Baginda dengan 3 ketul batu untuk "menahan" lapar.




Saya tidak dapat mengawal perasaan sedih kerana, Baginda adalah insan yang istimewa dan hebat. Tetapi Baginda adalah manusia yang sanggup mengorbankan segalanya untuk perjuangan, pengorbanan dan deen Islam.




Kita sebenarnya, terlalu jauh jurangnya antara pengorbanan kita dengan Rasulullah SAW. Justeru, kita berkorban bukan setakat mana yang mampu. Tetapi berkorban juga kepada mana yang perlu. Perlu berkorban apabila ada keperluan untuk itu. Dan sesungguh perjuangan Islam itu sememangnya MEMERLUKAN pengorbanan.




Saya tahu kenapa saya rindu kepada Rasulullah SAW. Salah satunya kerana PENGORBANAN baginda. Baginda korbankan segalanya kerana ingin menyelamatkan kita daripada azab api neraka. Dan tanda keimanan kita itu hidup, apabila kita mencintai dan merindui Rasulullah SAW.




" Nta tahu tak, apa perkara yag paling sukar untuk kita buat dalam mencontohi Rasulullah," Soal kawan saya.




" Menjadi qudwah?," Jawab saya.




" Itu betul, ada satu yang sangat sukar...," Katanya serius




" Apa dia?", Tanya saya




" PERGORBANAN baginda," Jawabnya sambil memandang ke wajah saya.




" Kebanyakan orang boleh berkata-kata, bercakap-cakap sahaja. Tetapi bila turun medan amal dan medan berkerja, ramai yang tidak sanggup. Tetapi tidak Rasulullah SAW, baginda berkata dan baginda kotakan. Baginda melakukan apa yang disampaikan, dan inilah salah satu faktor kejayaan Baginda. Banyak berkorban dengan ikhlas tanpa mengeluh resah." Huraian rakan saya itu.




Ya, pengorbanan Baginda.




Ya Rasulullah, Engkaulah Insan mulia dan hebat




Dan Engkaulah contoh utamaku dalam menimpuhi Jalan Dakwah dan Tarbiyah.

Read more...

Cinta Kepada Allah SWT

Wednesday, January 6, 2010

Pohonan Keimanan yang membuahkan rasa rindu dan cinta kepadaNya

Al-Hubb atau cinta merupakan unsur yang sangat penting dalam sistem keyakinan atau Aqidah seorang muslim. Cinta itu naluri fitrah yang menggabungkan perasaan suka, rindu, kasih dan sayang kepada sesuatu. Ia adalah kemuncak perasaan yang sangat mendalam yang lahir daripada proses keimanan kepada Allah SWT.


Ibnu Qayyim mengibaratkan CINTA kepada Allah SWT adalah seperti sepohon pokok. Saya suka kongsikan dengan anda semua tentang perkara ini. Baiklah, apabila disebut tentng sepohon pokok, apa yang tergambar di dalam kotak fikiran anda?


Mari kita bayangkan sepohon pokok. Untuk menjadi sepohon pokok, terdapat beberapa elemen yang perlu ada, antaranya adalah akar, batang, ranting, daun, buah dan beberapa unsur lain yang penting untuk menghidupkan sepohon pokok yang subur dan segar. Kita lihat analisis Ibnu Qayyim dalam memberi gambar pokok dan kaitan dengan cinta kepada Allah SWT.


Kata Ibnu Qayyim,


Akar pokok itu adalah simbol ketundukan kepada Allah SWT.

Batangnya adalah pengenalan mendalam tentang-Nya.

Rantingnya adalah perasaan takut kepada-Nya

Daunnya ialah rasa malu kepada-Nya

Buahnya adalah ketaatan kepada-Nya

dan

Unsur-unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepada-Nya.


Seandainya salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang, maka berkuranglah kadar cinta tersebut.


Apa kesimpulannya?


Perasaan cinta kepada Allah SWT perlu dimulai dengan kepatuhan dan ketaatan kepadaNya. Kemudian kita akan timbul perasaan yang membuak-buak untuk mengenaliNya (Ma'rifatullah) melalui jalan ilmu dn sumber yang jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah. Kemudian akan timbul rasa takut, malu dan taat kepada Allah SWT. Inilah buah keimanan dan Mengingati Allah SWT itu bukit kepada rasa cinta kita yang sebenar kepadaNya.

Read more...

Blog Pilihan - Ummu Anas

Tuesday, January 5, 2010

Hidupkanlah Jiwa dengan Kalam Nasihat dan Untaian Madah Penyejuk Jiwa

Blog Pilihan

Url : http://ummu-anas.blogspot.com/
Pemilik/ Penulis : Ummu Annas
Fokus : Tazkirah Jiwa, Pesanan untuk remaja-remaja Islam, Motivasi Iman

Siapa Ummu Anas?


Noraini binti Eslah atau lebih dikenali sebagai Ummu Anas merupakan kolumnis tetap sebuah majalah ilmiah tempatan iaitu majalah HALUAN. Walaupun sibuk dengan aktiviti harian dan ibu kepada tujuh orang anak, beliau komited menulis untuk dua ruangan iaitu 'UmmuAnas' dan 'Muslimah'.

Saranan Peribadi

Saya mulai meminati tulisan Ummu Anas ketika di Tingkatan 2 apabila terbaca sebuku majalah di Asrama. Majalah HALUAN namanya. Saya sukakan nasihat beliau yang begitu dekat dengan jiwa saya. Panggilan mesra dan saya dapat rasakan sentuhan keibuaan dalam penulisannya terutamanya dalam ruangan Ummu Anas.

Keunikan penulisan

Ummu Anas adalah seorang penulis yang berjiwa ibu. Bahasa-bahasa dan juga kalimat-kalimat dalam penulisannya berbentuk bahasa yang membelai dan menyentuh jiwa-jiwa anak-anak mudah yang dahagakan pengisian berbentuk rohani. Bagi saya, inilah kekuatan Ummu Anas dalam setiap perkongsian dan nasihatnya. Dengan memulakan setiap artikel dengan panggilan mesra, “ Wahai-wahai anak-anak harapan Islam yang dikasihi dan disayangi” amat menyentuh jiwa. Umpama satu panggilan dengan sentuhan kasih sayang dan penghormatan yang sangat tinggi nilainya.

Mari kita manfaatkan

Saya sangat-sangat syorkan kepada anda untuk melayari dan membaca serta mengambil manfaat daripada Blog Ummu Anas ini. Sekian. Semoga maklumat ini adalah maklumat yang berguna buat anda.

Read more...

Catatan Perjalanan

Monday, January 4, 2010

Menjadi Muslim 24 Jam


“ Menilai diri dan sentiasa meneliti aib diri adalah jalan-jalan meningkatkan diri secara amaliyah dan praktikal. Tarbiyah untuk berubah menjadi lebih baik, soleh , cemerlang, dan bertaqwa di sisiNya.”

(Kota Bharu, 30 Dis 2009 )

“ Dakwah fulltime memerlukan persiapan jiwa yang teguh, kesediaan emosi yang stabil, dan kecergasan fizikal yang kuat. Dan yang paling utama adalah kekuatan Iman yang mendalam dan ia melalui proses tarbiyah secara berterusan sehingga berkemahuan dan sanggup berkorban dengan seikhlas hati.”

(Kota Bharu, 30 Dis 2009 )

“ Menimba dan mengutip pengalaman-pengalaman yang baru, segar dan mendidik amat penting bagi membantu seorang dai’ meneruskan usaha dakwah di masa hadapan.”

(Penang, 1 Jan 2010)

Read more...

Baiki Hubungan Dengan Allah SWT

Sunday, January 3, 2010

Jaga (hubunganmu) dengn Allah SWT, nescaya Allah akan menjagamu


Baiki Hubunganmu dengan Allah SWT
Oleh : BroHamzah

Satu kekuatan yang sangat menonjol di dalam Sirah para sahabat, tabiin dan juga ulama terkemuka Islam adalah kuatnya hubungan mereka dengan Allah SWT.



Saya teringat satu kisah tentang Kisah seorang Ulama Besar di Baghdad yang bernama Muhammad Bin Aslam, atau nama panggilannya Abu Al-Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang Ulamak yang hebat.



Beliau sangat kuat beribadah di tempat yang tersembunyi daripada manusia. Beliau berkata :




“ Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dengan sifat riyak.”

Setiap malam, beliau akan bangun bermunajat kepada Allah SWT ditengah malam sambil menangis sehingga ke pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah, beliau segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yang mengetahui perbuatannya.



MasyaAllah, hebatnya hubungan Ibnu Aslam ini dengan Allah SWT. Semua penduduk Baghdad pada masa itu sangat mencintai dan menghormati Ibnu Aslam dan Abu Nuaim meriwayatnya bahawa pada hari kematiannya, terlihat ratusan ribu bahkan jutaan manusia dating untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.



Melihat peristiwa yang mengagumkan ini, Imam Ahmad Bin Nasr al-Khuza’I berkata kepada murid-muridnya :



“ Wahai saudara-saudaraku sekalian. Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT. Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki berjuta-juta manusia melaluinya?”

PERUBAHAN MASYARAKAT



Inilah sebenarnya RAHSIA disebalik kejayaan para ulama dan murabbi besar di dunia dalam mereka melakukan pengislahan dalam masyarakat. Mereka menjaga hubungan jiwa dan hati mereka dengan Allah SWT. Tarbiyah mereka praktikal dalam melakukan segala bentuk Ibadah secara teliti dan ikhlas kepada Allah SWT.



Ikhlas ini adalah kuncinya. Dan Mereka benar-benar menjaga hati mereka agar sentiasa HIDUP, SEGAR dan MENGINGATI ALLAH SWT.



Hubungan hati mereka dengan ALLAH SWT sentiasa hidup apabila semua Ibadah-ibadah yang wajib dan sunnat dilakukan secara serius, kosisten dan bersungguh-sungguh tanpa cuai dan leka.



Apabila membaca kisah ini, apa perasaan kita?
Adakah kita tersentak?
Atau kita rasa sangat kagum dengan mereka?
Atau kita tidak merasai apa-apa?

SAAT INI



Saya mengajak diri saya dengan rendah diri, marilah kita lihat hubungan kita dengan Allah SWT. Apatah lagi jika kita ini berada dalam kelompok mereka yang sangat sayangkan Islam dan berjuang untuk Deen ini.



Hati yang berhubungan dengan Allah SWT adalah KUNCI dan CAHAYA kepada kejayaan Dakwah dan Tarbiyah.



Sama-sama kita bertekad untuk kuatkan tarbiyah Dzatiyah dengan memfokuskan Hubungan Hati dengan Allah SWT.



Kini, inilah CORE BUSSINESS kita yang utama.



Membaiki hubungan hati dengan Allah SWT.



Tadi semasa Liqo’ Mingguan KTD, Tuan Haji Rosdi, selaku Ketua HEP KTD dalam Tazkirahnya ada menyebut :



“ Kita adalah organisasi sederhana dan bergerak dengan kemampuan yang terbatas. Modal besar kita adalah hubungan kita dengan Allah SWT.InsyaAllah, Allah SWT akan membantu kita.”

Beliau memberi pesanan ringkas kepada semua Staff agar menjaga 2 perkara penting iaitu menjaga Solat harian diawal waktu dan secara berjemaah. Dan yang kedua sentiasa menjamah hidangan daripada Allah SWT iaitu Al-Qur’an. Saranan beliau agar semuanya meletakan Target untuk membaca Al-Quran agar ia dapat menguatkan hubungan hati dengan Allah SWT dan juga iman kepadaNya.

Read more...

Konvokesyen 2009

Saya Menerima Scroll Ijazah Sarjana Muda di Majlis Konvokesyen 2009

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segala kurniaan. Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, para pendidik atas curahan ilmu kepada saya. Semoga ALLAH SWT redha ilmu yang dicurahkan ini.
(UNIVERSITI MALAYA 2003-2008)

Read more...

KTD Aku Disini

Saturday, January 2, 2010

KTD, Ini aku bermula


KTD Aku Disini
Oleh : BroHamzah

Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) merupakan sebuah kolej swasta yang terletak di Kelantan yang menekankan aspek kecemerlangan Sahsiah diri dan Akademik. Dua aspek ini diterapkan secara seimbang sehingga ia melahirkan pelajar yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dan juga kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Maklumat Lanjut boleh layari website KTD (http://www.ktd.edu.my/)



Saya sangat tertarik dengan ungkapan Ketua KTD Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abdur Rahman tentang Trendmark atau Motto KTD yang mudah dan ringkas dalam loghat Kelantan :



“ Ngaji biar pandai, Perangai biar juruh, Hidup boleh tupe.”



Maksudnya Belajar biarlah sehingga pandai, Perangai biarlah elok dan hidup boleh ditumpangi atau dimanfaatkan oleh orang lain.



Misi dan Visi KTD dalam menjadi sebuah institusi pengajian tinggi amatlah besar dan berwawasan. Kini, KTD dalam usaha murninya menyediakan tempat pengajian yang mampu melahirkan pelajar yang bijak pandai dan juga berkemahiran dalam bersaing dalam dunia yang penuh cabaran ini.



SAYA MULAKAN LANGKAH



3 Januari 2010, tarikah rasmi saya berkhidmat dan berkerja di KTD. Kenapa saya memilih KTD? Jawapannnya ada di atas. Di samping itu, saya mahukan pengalaman-pengalaman baru dalam usaha mendidik masyarakat dan bangsa saya untuk mengenal Allah SWT.
Niat saya, semua ini adalah medan Ubudiyyah saya kepada Allah SWT.



Mencari kasih dan redhaNya adalah cita-cita Utama dalam hidup ini.
Hasrat saya juga, ingin menimba dan mengutip pengalaman daripada mereka-mereka yang telah lama berkecimpung dalam soal pendidikan manusia ini. Saya masih baru dan memerlukan panduan, tunjuk ajar dan didikan daripada mereka.

PESANAN



Seorang mentor, murabbi dan teman saya ada berpesan secara ringkas :



“ Semoga dikurniakan Allah pengalaman-pengalaman yang lebih berharga sebagai bekalan untuk penerusan dakwah di masa hadapan.”

Untuk semua, doakan saya.

Read more...

Rancang Untuk Berubah!

Antara Kem Kendalian Saya
Bersama Pelajar UiTM Saya.


2009 – Laluan sebuah kehidupan ( Rancang Untuk Berubah!)
Oleh : BroHamzah

Setahun berlalu, pastinya banyak perkara yang kita perolehi. Bagi saya 2009, adalah tahun yang banyak memberi sesuatu yang baru kepada saya.



Tahun 2009, saya mulakan dengan melangkah kaki ke alam kerja. Bekerja sebagai seorang pendidik atau pensyarah sambilan di UiTM Arau dan juga disamping itu bergiat aktif sebagai jurulatih bagi sebuah syarikat pembangunan insan iaitu RMC Training Centre.
Di samping saya turut membantu Ustaz-ustaz saya di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung Perlis dengan kemampuan yang saya ada terutamanya dalam soal Tarbiyah pelajar dan juga program-program yang melibatkan pelajar.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, ARAU


Alam kerjaya atau kerja saya bermula di sini. Pada tanggal 4 Jan 2009, saya melangkah kaki ke Dewan Kuliah sebagai seorang pensyarah muda. Pelbagai perasaan ketika itu. Gementar, takut, kecut, tidak selesa dan pelbagai gambar-gambar yang bermain di fikiran saya.


Ketika masuk ke dalam Kelas, kebanyakan pelajar terkejut melihat saya. Mungkin mereka lihat, wajah saya yang muda ini. Seolah-olah kawan mereka yang mengajar di depan.


“ Assalamualaikum semua, “ Ucap saya memulakan sesi pembelajaran yang pertama. Kebanyakannya kelihatan kekok dengan saya diawal kelas pertama ini.

Saya lalui semua kerja saya sebagai pensyarah di sini dengan bantuan pensyarah-pensyarah veteran yang ada. Alhamdulillah, mereka banyak membantu malah senang menghulurkan bantuan serta kerjasama kepada saya pada bila-bila masa.

Pada peringkat awal, banyak perkara yang saya lakukan bermula daripada bawah senang kata daripada zero. Penyediaan nota syarahan, menyesuaikan diri dengan suasana sekitar, membina hubungan dengan semua staff di sini dan juga bergaul dengan para pelajar. Di sinilah cabarannya, dan saya sukakan cabaran, dan inilah peluang terbaik untuk diri saya.

RMC TRAINING CENTRE

Jika pada hari kerja saya sibuk di Kelas saya di UiTM, hujung minggu saya penuhkan masa dengan program-program dan kem-kem yang banyak disusun atur oleh RMC Training Centre. Bermula Januari sehingga Disember, jadual mingguan saya dipenuhi dengan kem. Banyak sekolah rendah, menengah, pusat-pusat kemahiran dan juga institusi pengajian tinggi yang menjemput kami untuk mengendalikan kem atau kursus untuk agensi dan sekolah mereka. Alhamdulillah, peluang ini saya gunakan sehabis baik untuk jadikan ia sebagai medan memberi dan perkongsian ilmu serta pengalaman kepada para peserta kem saya.

Antara, sekolah-sekolah dan institusi pengajian yang sempat kami ada kursus bersama mereka adalah MATRI, SMK Tengku Suleiman, SMK Kuala Perlis, SMK Padang Kota, SMK Lubuk Buntar, SMA Maktab Mahmud Kuala Muda, SMK Bukit Kayu Hitam, Sek Rendah Islam Seri Melati, Institusi Kemahiran Belia, Politeknik Sirajudin, Hotel Best Resort Langkawi dan juga beberapa kursus dengan kerja sama JAKIM.

KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILL)

Banyak manfaat yang saya dapat apabila melibatkan diri dalam kem sebegini. Sangat banyak. Saya sentiasa mengganggap kem sebegini sebagai medan latihan kepada saya untuk meningkatkan potensi diri saya dalam pelbagai aspek.

Antaranya ialah seni kemahiran pengucapan awam, kemahiran membuat keputusan, skill dalam mengurus kem dan kursus dan juga kemahiran untuk mengendalikan majlis-majlis rasmi yang berprotokol.

Tahun ini saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah sekitar 2 jam setengah. Pada awalnya saya tidak yakin dan rasakan diri tidak berkemampuan. Setelah dilatih dan diberi dorongan oleh Mentor saya, Cikgu Azmi Bahari ( Motivator RMC Training Centre) akhirnya saya dapat melaksanakannya. Saya puas kerana berlakunya peningkatan kepada diri. Inilah tarbiyah amaliyah yang sebenar. Kita sedar bahawa kita sedang meningkat dan tidak berada di takuk yang lama.

MERANCANG PENINGKATAN DIRI

Perkara yang terpenting yang saya pelajari sepanjang tahun 2009 ini adalah, kita seharusnya mempunyai perancangan untuk meningkatkan diri kita. Tanpa TARGET, dan MISI untuk meningkatkan segala potensi yang terpendam di dalam diri, kita akan hilang fokus dan tidak akan berusaha untuk menggilap diri ke tahap yang lebih baik.

Proses Tarbiyah atau pun pendidikan bukan sahaja proses untuk membersihkan jiwa dan hati sahaja. Tetapi ia adalah proses pendidikan yang menyeluruh mencakupi semua aspek pembangunan modal insan. Soft skill kita boleh dibangunkan dengan medan tarbiyah Islamiyah. Bagaimana? Anda sendiri yang tentukan. Gali dan cari kekuatan diri, dari situ kita bina kekuatan potensi yang ada.

Keberadaan dalam proses pendidikan tanpa peningkatan, akan menyebabkan berlakunya kepincangan kepada diri. Peningkatan itu seharusnya berlaku dalam keadaan kita rancang, sedar dan tahu menilai diri kita sendiri.

“ Saya tidak layak.”
“ Saya tidak mampu.”
“ Siapa la ana nak buat perkara-perkara ini.”
“ Bagilah tugasan ini kepada orang lain dulu.”

Ungkapan-ungkapan inilah yang akan MEMBUNUH kita dalam proses peningkatan. Kenapa kita tidak pernah ada hasrat dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang bermanfaat kepada kita.

“ InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.”
“ Ya, ini peluang kepada saya. Terima kasih kerana mempercayai saya.”
“ Alhamdulillah, ana akan ambil ini sebagai cabaran kepada diri.”

Proses peningkatan akan berlaku apabila kita BERSEDIA DILATIH dan MAHU MENCUBA. Mungkin pada peringkat awal kurang menjadi atau tidak sempurna. Itu perkara biasa, tetapi saya yakin apabila anda sudah mencuba akan tertingkat satu tahap keyakinan dalam diri anda. Inilah kunci kejayaan bagi mereka yang telah Berjaya.



“ Membuka lorong dan peluang kepada diri untuk DILATIH dan MENCUBA.”

MOTIVASI TARBAWI

Bangunkanlah dirimu, agar sentiasa tertingkat.
Setiap hari, kita perlukan perubahan kepada diri. Dengan membangunkan diri kita sudah menapak ke lorong perubahan.
Bangkitkan semangatmu, agar usaha sentiasa konsisten tanpa putus asa
Semangat yang membara dan jitu sangat diperlukan dalam apa jua tindakan dan kerja. Kerana ia akan menjadi bahan bakar yang sentiasa membakar jiwa dan tekad untuk terus berusaha.

Semoga tahun 2010, bakal menyaksikan banyak peningkatan dan perubahan kepada diri kita semua.

TARBIYAH UNTUK PERUBAHAN.

Read more...

SMA Ibrah Memulakan Langkah

Friday, January 1, 2010

SMA Ibrah Di Masa Hadapan. InsyaAllah

SMA Ibrah Memulakan Langkah

1 Januari 2010, saya mulakan pagi di tahun baru ini dengan menghadiri satu gotong royong khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Ibrah yang terletak di Tanjung Putus, Seberang Perai Utara Pulau Pinang.

Sebenarnya, SMA Ibrah bakal memulakan pengambilan pelajar Sulungnya pada esok hari, 2 Januari 2010. Alhamdulillah, usaha menubuhkan sebuah lagi sekolah yang menitik beratkan pendidikan Akhlak dan Akademik seharusnya disokong 100 % oleh semua pihak. Bagi saya ini merupakan satu usaha yang murni dalam melahirkan generasi Masyarakat yang bertaqwa dan mampu memimpin masyarakat ke arah kesejahteraan pada suatu hari nanti.

Institusi pendidikan merupakan sebuah pusat pendidikan yang amat penting dalam membina sebuah masyarakat yang mempunyai nilai-nilai hidup yang baik dan selari dengan tuntutan agama. Proses pendidikan yang dituntut oleh Islam seharusnya menepati dan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Alhamdulillah, dengan lahirnya sekolah seperti SMA Ibrah ini ia dapat memenuhi keperluan semasa dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.

Ramai penduduk kampung dan juga individu-individu yang turun membantu dalam gotong-royong ini. Saya suka suasana sebegini. Ia memberi gambaran ikatan kerjasama yang erat berteraskan Aqidah yang satu dan semangat ukhuwah yang sihat ke arah menyuburkan hubungan silaturahim kerana Allah SWT. Tahniah kepada semua yang sanggup membantu.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kewangan boleh melawati website sekolah ini. (www.ibrah.moonfruit.com). Semoga bantuan anda ini akan menjadi saham yang berguna di akhirat kelak dan menjadi salah satu penyumbang yang besar ke arah melahirkan masyarakat yang berguna.

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP