Titik-titik Berubah Dan Merobah!

Saturday, September 22, 2012


Ia mulai bertunas, akan berbunga, terus mekar dan berkembang subur. 
Itulah harapan!


Saya tarik nafas agak panjang hari ini.

Minda juga “sibuk” menyelak-yelak semula lembaran kehidupan saya sendiri. Sambil-sambil memetakan perjalanan yang telah dilalui dan sedang dirasai. Terbayang juga angan-angan yang ingin dikecapi dan digenggami. Fuh! Berpeluh juga saya memikirkannya. Fasa-fasa yang telah dilepasi banyak meninggalkan pengaruh, bekas dan kesan kepada hayat saat ini. Yang pasti, pilihan yang telah saya buat ini – amat-amat menepati citarasa kehendak jauh nun di sudut sanubari.

Baik!

Fasa-fasa ini telah saya lalui :

Pertama,
Alam bayi, alam kanak-kanak, alam remaja – kini cuba menjadi “sedikit” dewasa.

Kedua,
 Alam sekolah rendah, menengah dan kampus – kini berusaha keras di alam kerjaya.

Ketiga,  
Alam sendiri, bujang dan single – kini menikmati  hidup berkeluarga.

Keempat, 
Alam berdua suami isteri – kini mengorak langkah hidup bersama  seorang cahaya mata.

Kelima,
Alam berprestasi biasa-biasa – kini harus lebih luar biasa dan hebat!

Fasa-fasa ini adalah titik-titik termahal dan berharga buat saya. Ia punyai signifikan tersendiri buat saya di saat melaluinya. Bila diimbas, kekadang terasa banyak perkara yang telah saya abaikan dan tidak manfaatkan ia sepenuhnya.

Zaujati, sememangnya special – terus menerus membakar semangat saya untuk terus melangkah dan menapak jejak-jejak yang lebih tinggi dan terus menjulang “sesuatu” yang bermakna buat diri ini, keluarga dan ummah.

Syukran ya habibati solehah – zaujati!

Apakah yang akan dipetakan untuk pelan mendatang?

(1) - Saya bakal menjadi mahasiswa semula – puncak tertinggi harus diselesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan. Terus semangat!

(2) - Projek penulisan akan diteruskan. Tahun 2012 sebagai titik mula. InsyaAllah – nantikan buku sulung saya & beberapa rakan LangitIlahi.Com. (Zaujati juga sedang menanti buku sulungnya berkisar pendidikan kanak-kanak. Kolabirasi dengan gurunya. InsyaAllah, jangka terbit hujung tahun ini ).

(3) - Beberapa rombakan laluan kehidupan akan berlaku pada hujung tahun ini. Berdebarnya hati ini.

(4) - Pelan 2012 direview semula – banyak yang perlu dimuhasabahkan, dan tahun 2013 telah dirangka. Pelan Jangka Panjang turut diharmonikan agar hidup ini bebenar penuh erti!

(5) - Jom, terus semangat untuk berubah & merobah!

Kata-kata Tarbawi ini terus menyuntik himmah dan iradah saya :

“ Biasakanlah dirimu melakukan hal-hal yang termulia dan yang terbaik. Kirimkanlah dulu ke liang kuburmu hal-hal yang akan menyenangkanmu di sana sebelum kamu mendatanginya.”

(Ibnu Jauzi)

BroHamzah
Usaha Merobah Diri 

Read more...

Seronokah Miliki Adik Beradik Yang Ramai ?

Wednesday, September 19, 2012




Keluarga saya semasa Majlis bersejarah buat saya.
--------
Abah, Mak, Mak Cik & Mak Su ( Mak Saudara Kembar)
Saya & Zaujah
5 Adik Lelaki & 4 Adik Perempuan

Dahulu jika orang tanya berapa bilangan adik-beradik, saya segan dan malu hendak menyatakannya. Entah – tidak tahu mengapa. Pelik juga saya dibuatnya.

10 Adik-beradik. 6 lelaki dan 4 perempuan. Itulah ahli “team” saya. Angka 10 telah memberikan suatu signifikan tersendiri buat saya.

Dulu, jika abah bawa kami sekeluarga keluar makan di gerai atau restoran saya terasa sangat malu. Orang akan pandang-pandang kami semua. Tercetus dalam benak saya, apalah yang mereka katakan.

“ Banyaknya adik-adik dia.”
“ Macam team bola sepak.”

Macam-macam andaian yang saya buat. Kelakar pula apabila difikirkan. Namun, kisah itu telah berlalu. Kini, saya benar-benar berbangga memiliki 10 adik-beradik. 10 inilah yang akan saya ulang-ulang bila orang tanya berapa ahli keluarga saya.

Saya akan jawab dengan penuh yakin dan teruja.

“ Tidak ramai pun.”
“ 10 adik-beradik!.”
“ 10 sahaja!.

Mereka adalah insan yang dekat dengan hati saya. Saya seronok mempunyai adik-beradik seperti mereka. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai abang sulung amat berat, besar dan luas jangkauannya. Namun, saya senang hati melalui setiap fasa-fasa kehidupan sebagai seorang abang.

Ramai orang mampu mengajak, memperbaiki dan menyeru orang lain untuk menjadi lebih baik. Tetapi gagal untuk melaksanakannya terhadap insan yang hampir dengan dirinya terutama adik-beradik sendiri.

Saya pernah alami suatu situasi yang menyentap jiwa saya apabila saya begitu sibuk tentang orang lain tetapi tidak hiraukan adik-beradik saya. Ya Allah, bantulah aku Ya Ilahi.

Saya bahagia melihat satu per satu adik beradik saya berjaya dalam bidang mereka. Cemerlang lebih daripada saya. Cemerlang, berjaya dan gemilang dalam lapangan akademik, sahsiah serta kehidupan dunia akhirat mereka. Semoga kehidupan mereka diberkati dan diberkahi oleh Allah SWT sentiasa.

Mereka akan terus-menerus menjadi darah daging saya dan lebih penting, saya hajatkan kami semua dapat merealisasikan cita-cita emak saya.

Apakah cita-cita dan impian itu?

Hajat emak saya - " Kami semua masuk ke Syurga bersama dan bahagia menikmat kehidupan di alam sana dengan anugerah kurniaan daripada Allah SWT."

Doakan kami!

BroHamzah
19 September 2012
Terkenangkan semua adik-adikku.
Semoga semuanya dalam lindungan dan inayah Allah SWT.

Read more...

HQ HALUAN Malaysia - "Signal" Untuk Terus Bekerja, Bergerak & Berbakti

Tuesday, September 4, 2012



Ibu Pejabat HALUAN yang baru!


1. Tahniah & Syabas diucapkan kepada kepimpinan,  seluruh ahli dan warga kerja HALUAN Malaysia di atas perasmiaan  Ibu Pejabat HALUAN yang baru ini. Saya berkesempatan menghadiri majlis yang penuh bersejarah ini  – ia tentunya memberikan suatu suntikan perasaan, ruh dan semangat kepada seluruh warga HALUAN walaupun di mana antum berada.




Kamar Presiden HALUAN



Meja Operasi dan Kerja


2. HALUAN  telah melalui fasa demi fasa. Proses demi proses. Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan. Pencapaian demi pencapaian. Bermula tahun 1968 sehingga saat ini. Dan kini sebagai satu langkah untuk lebih serius, tersusun dan sistematik dalam merealisasikan visi dan misi  HALUAN maka tersergamlah HQ HALUAN yang telah dinanti-nantikan buat sekian lama –diharapkan pusat operasi utama yang baru ini akan membawa suatu dimensi yang lebih keterhadapan, gerak kerja yang dinamik dan terlaksananya kerja-kerja perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih “berganda-ganda” daripada sebelumnya.

Berdirinya, HQ HALUAN Malaysia ini adalah signal kepada ahli HALUAN untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti bahkan ianya akan lebih meluas dan melebar.

Dari fasa organik ke organisasi tentunya membawa suatu perubahan yang punyai signifikan yang tersendiri. Gagasan ini akan membawa kepada anjakan yang lebih baik untuk gerak kerja HALUAN di masa hadapan. Gabungan pendekatan organik dan juga organisasi tentunya  mampu menghasilkan suatu natijah yang besar.





Bilik Mesyuarat Utama


3. Difahamkan lebih RM 1.6 juta telah dibelanjakan  untuk menjayakan projek ini, - hasil sumbangan, infaq dan derma  daripada poket-poket warga HALUAN sendiri  dan juga mereka-mereka yang sentiasa prihatin dengan misi-misi HALUAN. Tentunya, modal yang dilaburkan ini tidak berbaloi sekiranya tiada usaha-usaha semaksima mungkin dan gerak kerja yang tinggi untuk menggunakan segala kemudahan yang ada bagi memperkasakan segala perancangan yang telah direncanakan bagi mencapai hasrat dan cita-cita HALUAN. Justeru, fasa ini adalah fasa untuk memastikan gerak kerja lebih efisien, berkesan dan mampu memberikan impak kepada HALUAN dan masyarakat.

Fasa keluar kepada masyarakat!



Bilik Seminar


4. Sekali lagi, saya ucapkan sekalung penghargaan – syabas dan tahniah - buat semua kepimpinan HALUAN terutamannya Tuan Presiden, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman yang gigih, berkerja keras  dan bersungguh-sungguh memimpin dan mengemudi bahtera HALUAN ini menuju kepada suatu puncak pencapaian yang lebih tinggi di masa hadapan. Serta kepada ahli-ahli HALUAN yang terus bersabar, tabah  serta penuh istiqamah dalam jalan ini sehingga ke akhirnya.

Benarlah, syiar kita yang terulung adalah “ Allahu Ghayatuna.” – “Allah adalah Matlamat Kami”.

BroHamzah
5 September 2012 M
18 Syawal 1433 H





HALUAN Malaysia 
"Berakhlak, Mendidik & Berbakti"

Kenali HALUAN di sini

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP