Seronokah Miliki Adik Beradik Yang Ramai ?

Wednesday, September 19, 2012




Keluarga saya semasa Majlis bersejarah buat saya.
--------
Abah, Mak, Mak Cik & Mak Su ( Mak Saudara Kembar)
Saya & Zaujah
5 Adik Lelaki & 4 Adik Perempuan

Dahulu jika orang tanya berapa bilangan adik-beradik, saya segan dan malu hendak menyatakannya. Entah – tidak tahu mengapa. Pelik juga saya dibuatnya.

10 Adik-beradik. 6 lelaki dan 4 perempuan. Itulah ahli “team” saya. Angka 10 telah memberikan suatu signifikan tersendiri buat saya.

Dulu, jika abah bawa kami sekeluarga keluar makan di gerai atau restoran saya terasa sangat malu. Orang akan pandang-pandang kami semua. Tercetus dalam benak saya, apalah yang mereka katakan.

“ Banyaknya adik-adik dia.”
“ Macam team bola sepak.”

Macam-macam andaian yang saya buat. Kelakar pula apabila difikirkan. Namun, kisah itu telah berlalu. Kini, saya benar-benar berbangga memiliki 10 adik-beradik. 10 inilah yang akan saya ulang-ulang bila orang tanya berapa ahli keluarga saya.

Saya akan jawab dengan penuh yakin dan teruja.

“ Tidak ramai pun.”
“ 10 adik-beradik!.”
“ 10 sahaja!.

Mereka adalah insan yang dekat dengan hati saya. Saya seronok mempunyai adik-beradik seperti mereka. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai abang sulung amat berat, besar dan luas jangkauannya. Namun, saya senang hati melalui setiap fasa-fasa kehidupan sebagai seorang abang.

Ramai orang mampu mengajak, memperbaiki dan menyeru orang lain untuk menjadi lebih baik. Tetapi gagal untuk melaksanakannya terhadap insan yang hampir dengan dirinya terutama adik-beradik sendiri.

Saya pernah alami suatu situasi yang menyentap jiwa saya apabila saya begitu sibuk tentang orang lain tetapi tidak hiraukan adik-beradik saya. Ya Allah, bantulah aku Ya Ilahi.

Saya bahagia melihat satu per satu adik beradik saya berjaya dalam bidang mereka. Cemerlang lebih daripada saya. Cemerlang, berjaya dan gemilang dalam lapangan akademik, sahsiah serta kehidupan dunia akhirat mereka. Semoga kehidupan mereka diberkati dan diberkahi oleh Allah SWT sentiasa.

Mereka akan terus-menerus menjadi darah daging saya dan lebih penting, saya hajatkan kami semua dapat merealisasikan cita-cita emak saya.

Apakah cita-cita dan impian itu?

Hajat emak saya - " Kami semua masuk ke Syurga bersama dan bahagia menikmat kehidupan di alam sana dengan anugerah kurniaan daripada Allah SWT."

Doakan kami!

BroHamzah
19 September 2012
Terkenangkan semua adik-adikku.
Semoga semuanya dalam lindungan dan inayah Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP