Ujian Adalah Tarbiyah Daripada Allah SWT
Sunday, September 13, 2009
Ujian Adalah Tarbiyah Daripada Allah SWT
" Abang, adakah Allah membenci saya. Hidup saya selalu banyak masalah. Kekadang itu bertimpa-timpa. Sehingga sudah kering air mata saya."
Soalan sebegini kerap ditanya. Saya yakin, inilah satu bentuk proses kehidupan untuk kita.
WARNA WARNI KEHIDUPAN
Kehidupan kita yang singkat ini tidak akan sunyi daripada pelbagai bentuk ujian, cabaran dan dugaan. Inilah hakikat kehidupan yang dicorakan oleh pelbagai jenis warna. Ujian yang Allah SWT datangkan kepada hambaNya adalah sebagai bentuk didikan atau tabiyah yang sangat penting kepada proses pembinaan jiwa hamba. Kenapa?
Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, Allah SWT berfirman :
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : “ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?”
Segala bentuk dan rupa ujian daripada Allah SWT samaada kematian, kemalangan, musibah, kesusahan dan apa jua cabaran kehidupa dunia mempunyai hikmahnya kepada manusia.
Jika kita mendapat kesusahan dan kepayahan, lihat dan renungi nasib mereka-mereka yang berada dibawah kita. Mereka-mereka yang lebih susah, papa kedana dan tidak punyai apa-apa. Saya masih teringat kata seorang kawan saya ketika menuntut di Nilam Puri. Katanya, Jika kita mempunyai kasut, lihat orang yang memakai selipar. Jika kita dianugerahi sepasang selipar, lihat mereka yang berkaki ayam ( tidak punyai selipar). Dan jika kita mempunyai sepasang kaki, lihatlah mereka yang hanya mempunyai sebelah kaki.”
Terkandang Allah member nikmatNya
Berupa dugaan meskipun berat terasa
Dan terkandang juga Allah menguji sebahagiaan orang
Dengan memberikan nikmatNya
Kekayaan, kemewahan, kesenangan dan segala bentuk kemegahan duniawi juga adalah Ujian. Ya ujian. Pernah para sahabat Rasulullah SAW dinasihatkan oleh Rasulullah SWT yang maksudnya : “ Aku tidak begitu bimbang dengan ujian yang berbentuk kesusahan kepada Ummat ku tetapi aku amat khuatir jika kemewahan dan kesenangan yang melanda kehidupan ummat ku, kerana segala bentuk kesenangan dan kemewahan ia akan melemahkan.”
Justeru, ujian itu terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bukan hanya kesusahan dan keperitan itu sahaja ujian. Tetapi kekayaan, kemewahan dan kemegahan juga adalah ujian bagi orang yang beriman.
Redha, Nescaya Kita Selamat
Oleh itu jika kita dilanda oleh badai kesusahan, dilambung oleh tsunawi kekecewaan dan dihimpit oleh kesempitan kehidupan, maka terimalah ia dengan jiwa yang tabah dan redha. Kerana keredhaan itu adalah penawar dan ubat yang sangat mujarab.
Firma Allah SWT dalam surah Al-Maidah, ayat 119
“ Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.”
Keredhaan memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. Mereka yang jiwanya redha akan terangkat hingga ke tempat yang paling tinggi, kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar ke dalam sanubarinya.
Keredhaan akan menciptakan ketenangan jiwa, hati yang dingin, keteguhan dalam menghadapi keperitan, dan ketegaran dalam mendepani segala permasalahan yang datang bertindih-tindih.Hati yang redha akan meyakini sepenuhnya(total) kepada janji-janji Allah SWT dan Rasulnya.
Keredhaan akanm mengosongkan hati dari berbagai permasalahan dan membiarkannya hanya untuk Allah SWT.
Sesiapa yang memenuhi hatinya dengan keredhaan terhadap qadha maka Allah akan memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman, kesejukan, ketenteraman, kedamaian serta Qana’ah ( rasa cukup). Selanjutnya, Allah akan menjadikan hatinya penuh dengan cinta, rindu dan tawakkal kepadaNya.
Keredhaan akan membuka pintu keselamatan. Keredhaan membuat hati menjadi bebas dan bersih daripada tipu daya, kebusukan dan kedengkian.
Sabda Rasulullah SWT dalam Hadis, maksudnya :
“ Telah merasai manisnya keimanan orang yang redha kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Nabi ikutannya.”
Sebaliknya, tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang, ragu dan cemas, sakit hati dan bergelojak. Segalanya terhimpit, dunia yang luas terasa begitu sempit. Ia akan membuka kepada pintu keraguan kepada Allah SWT, kepada Qada’ ketentuan Allah dan juga kepada segala bentuk ketetapan Allah SWT. Dan akhirnya buah kepada tidak redha adalah Kufur. Melupai Allah SWT dalam hidup dan akhirnya kehidupan yang dilalui adalah satu bebanan yang amat MENYEKSAKAN.
Usirlah Kesedihan
Jika ujian datang bertimpa-timpa, masalah menghimpit dada, dan dugaan melanda berganda-ganda, janglah bersedih. Tabahkan hati kita.
Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Ia akan menghentikan daya kekuatan manusia yang mempunyai kudrat dan tenaga.
Kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan. Ia boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan.
Kesedihan boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu.
Usirlah kesedihan dengan menghadirkan rasa redha dan pasrah. Binalah kehidupan dengan jiwa dan hati yang sentiasa jernih dan hidup. Kuatkan hati dengan menguatkan rasa kehambaan kita kepada Allah SWT.
Penyejuk Jiwa
Kalam Allah SWT ini menyejukan jiwa mereka yang diselubungi masalah
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(Al-Baqarah : 286)
Mudahan kita sentiasa tabah dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT. Ingatlah inilah didikan Allah SWT.
Sekiranya kita ditimba musibah, yakinlah itulah tanda kasih sayang Allah SWT agar kita tidak alpa dan lupa. Allah SWT menetapkan begitu agar kita sentiasa ingat kepadaNya.
Indahnya tarbiyah sebegini.
4 comments:
Allah bg ujian tanda Allah sayang akan kita..sayangnnya kalau kita tidak sedar ujian itu dalam rangka untuk mendekatkan lagi denganNya..
ujian ukhuwah..salah satu ujian yang ana x sanggup hadapi..
dengan membaca ayat tu insyaAllah hati rasa terpujuk..
-> ali, kalau tak silap ana itu ayat 286, bukan 49..
maaf kalau ana tersilap.
Ya betul, maaf kan ana.Tersilap taip.Syukran
hmm..sama2 perbetulkan..
ana byk print anta punya tulisan..minta izin
Tak pa.Ini perkongsian bersama
Post a Comment